You are on page 1of 1

No.

Saman :
OKS : Sara Binti Ali (No. KP: 940114-02-5812)

FAKTA KES

Tuan Majistret,

Pada 14/01/2023 diantara lebih kurang jam 11.00 pagi dan 12.00 tengah hari, dua orang Pegawai Diberi Kuasa
di bawah Akta Makanan 1983 dari Pejabat Kesihatan Daerah Kangar iaitu Nur Azlinda Binti Jefri bersama dengan
Norashikin Binti Ishak telah pergi ke premis Kiosk Coffee Classic, Jalan Seruling, 01000 Kangar, Perlis dalam daerah
Kangar dalam negeri Perlis, di sana mereka berjumpa dengan perempuan dewasa yang merupakan pengendali makanan
di premis itu iaitu Sara Binti Ali (No. KP: 940114-02-5812). Mereka telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai
Diberi Kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dan menerangkan tujuan kedatangan adalah untuk menjalankan
pemeriksaan rutin premis makanan.
Hasil daripada pemeriksaan mendapati Sara Binti Ali (No. KP: 940114-02-5812) tidak memakai kasut
bertutup penuh ketika mengendalikan makanan dan telah melanggar Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan
Makanan 2009.
Maka dengan itu, Sara Binti Ali (No. KP: 940114-02-5812) telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan
32(3) Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.

amrizal
................................................................
Pegawai Pendakwa
Pejabat kesihatan Daerah Kangar

You might also like