You are on page 1of 14

E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp.

3-16

KAJIAN AWALAN PENDEKATAN MAQĀṢID SYARIAH SEBAGAI ALTERNATIF DALAM


DASAR DAN PERUNDANGAN BERKAITAN PELARIAN DI MALAYSIA

A PRELIMINARY STUDY OF MAQĀṢID SHARĪAH APPROACH AS AN ALTERNATIVE


IN POLICY AND LEGISLATION RELATED TO REFUGEES IN MALAYSIA

* 1,2 Zulfaqar Mamat, 1 Rodziana Mohamed Razali, 1,2 Wan Abdul Fattah Wan Ismail,
1 Tasneem Rahmatullah

1 Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia.
2 Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary, Institut Sains Islam,

Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

*
Corresponding author. E-mail: zulfaqar@usim.edu.my

ABSTRACT

The arrival of refugees and asylum seekers to Malaysia from several countries to seek protection
from persecution has prompted Malaysia to provide due protection to this group based on
humanity. In principle, the government does not recognize them as refugees because Malaysia is
not a country bound by the 1951 Refugee Status Convention or the 1967 Refugee Status Protocol.
This study focuses on the history of the arrival of refugees and asylum seekers to Malaysia and
the development of legislation that regulates their movement. This study uses qualitative
methods, where it is done through reading materials from the library such as books, journals,
articles and newspapers. This writing adapts a qualitative research pattern based on history. The
purpose of this study is to find out the history of refugees in Malaysia and the legal and accurate
legal requirements for them, and it is to ensure that they are treated humane and not oppressed in
any way, or any form. The policy approach based on maqāṣid sharīah proposed by the government
is seen as a good alternative in addressing and resolving some issues that surround refugees in
Malaysia in general. The results show that there are many crisis and problems about refugees that
affect them not only individually but also indirectly affect the Malaysian economy. An important
role is to identify the appropriate policies or laws related to refugees in Malaysia, the extent of the
application meets the requirements of maqāṣid sharīah as well as the need to design a strong and
appropriate policy or legal framework to ensure the country does not face problems, in accepting
refugees in the future.

Keywords: Refugees, Legislation, Cairo Declaration, maqāṣid sharīah, human rights

3| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

ABSTRAK

Kedatangan pelarian dan pencari suaka ke Malaysia dari beberapa negara untuk mendapatkan
perlindungan yang berpunca daripada penganiayaan telah mendorong Malaysia untuk
memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada golongan ini atas dasar kemanusiaan, secara
dasarnya kerajaan tidak mengiktiraf mereka sebagai pelarian kerana Malaysia bukan negara yang
terikat kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967. Kajian ini
memberi tumpuan kepada sejarah kedatangan pelarian dan pencari suaka ke Malaysia dan
perkembangan perundangan yang mengatur pergerakan mereka. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan seperti buku, jurnal, artikel dan surat khabar.
Penulisan ini mengadaptasi corak penyelidikan kualitatif yang berdasarkan sejarah. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengetahui sejarah pelarian di Malaysia dan keperluan undang-undang yang
tepat dan kukuh untuk mereka, ia bagi memastikan mereka diperlakukan secara manusiawi dan
tidak dizalimi dengan apa-apa cara, atau bentuk sekalipun. Penerapan dasar berasaskan maqāṣid
syariah yang dicadang kerajaan dilihat sebagai satu alternatif yang baik dalam menangani dan
menyelesaikan beberapa isu berkaitan pelarian di Malaysia secara amnya. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat banyak krisis dan masalah mengenai pelarian yang tidak hanya
mempengaruhi mereka secara individu tetapi juga secara tidak langsung mempengaruhi ekonomi
Malaysia. Peranan penting untuk mengenal pasti dasar atau undang-undang yang tepat berkaitan
pelarian di Malaysia, sejauh mana pengamalannya memenuhi kehendak maqāṣid syariah dan juga
keperluan untuk merancang kerangka dasar atau undang-undang yang kukuh dan sesuai bagi
memastikan negara tidak menghadapi masalah dalam menerima pelarian pada masa akan datang.

Kata Kunci: Pelarian, Perundangan, Deklarasi Kaherah, maqāṣid syariah, kemanusiaan/hak asasi manusia

Pendahuluan

Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan migrasi,
pelarian dan pencari perlindungan. Menurut rekod sejarah, pertalian antara umat Islam di
Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand telah menyebabkan migrasi di antara kedua-dua
penduduk negara selama bertahun-tahun lamanya (Intan Suria Hamzah, 2016). Wujudnya
hubungan etnik dan agama yang kuat antara kedua-dua komuniti di negara ini menyebabkan
pergerakan keluar masuk penduduk kedua-dua negara ini telah berlaku atas dasar toleransi.
Bermula dari tahun 1973, terdapat sekumpulan besar penduduk Filipina memasuki
Malaysia sebagai pelarian dan pencari suaka ketika Presiden Marcos mengisytiharkan undang-
undang tentera di Filipina. Kumpulan ini berasal dari Filipina Selatan dan mereka cenderung
beragama Islam kerana perbezaan agama dan konflik bersenjata dengan majoriti Kristian di
Filipina di mana tuntutan autonomi dan pemisahan dari parti politik telah menjadi sebahagian
daripada tuntutan mereka terhadap majoriti Kristian di sana. Pada tahun 1975, terdapat
sekumpulan pencari suaka mendarat di Malaysia disebabkan perubahan pemerintahan di
Vietnam Selatan. Pada tahun 1985 pula, pencari suaka Kemboja, tiba melalui Thailand melalui
darat telah memasuki Malaysia. Sebahagian daripada mereka adalah pencari suaka Muslim
Indocina, telah diterima untuk penempatan semula secara tetap di Malaysia. Dalam lingkungan
wilayah rantau Asia Tenggara, pada masa kini Malaysia menjadi tumpuan destinasi bagi
golongan pelarian khususnya dari Myanmar atau Burma, selain menjadi tumpuan pelarian dari
luar wilayah seperti Bosnia, Afghanistan, Iraq, Somalia dan Palestin. Pelarian dari Myanmar

4| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

terdiri daripada pelbagai etnik seperti Chin, Kachin,Mon, Shan termasuklah Rohingya (Aizat
Khairi, 2018).
Walaubagaimanapun, semua orang dari negara lain yang masuk ke Malaysia tidak dapat
digeneralisasikan sebagai ‘pelarian’ sebagaimana memenuhi kriteria definisi 'pelarian'
antarabangsa. Pelarian ditakrifkan dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.
Konvensyen Pelarian 1951 adalah dokumen undang-undang utama dan ia mendefinisikan
pelarian sebagai: "seseorang yang tidak dapat atau tidak mahu kembali ke negara asalnya kerana
ketakutan yang berasas dan terbukti akan dianiaya dengan sebab bangsa, agama,
kewarganegaraan, keanggotaan kumpulan sosial tertentu, atau pandangan politik (Muntarbhorn,
1992).

Sejarah Pelarian dan Pencari Suaka di Malaysia

Pandangan ringkas mengenai sejarah pelarian dan pencari suaka di Malaysia yang memberi
impak besar terhadap pembangunan dasar pencari suaka dapat dibincangkan dari segi klasifikasi
pencari suaka mengikut latar belakang negara mereka pada masa itu. Berikut merupakan
beberapa peristiwa sejarah melibatkan pelarian dan pencari suaka di Malaysia:

a) Pelarian Vietnam di Malaysia

Selepas perang Vietnam, pelarian dari Vietnam melarikan diri dari negara mereka dengan
kapal dan bot yang berlaku bermula dari tahun 1978 sehingga 1990. Direkodkan oleh UNHCR,
bahawa pada tahun 1975, seramai 240,000 pelarian Vietnam telah berjaya ditempatkan di negara
ketiga manakala seramai 9,000 pelarian lagi dihantar pulang ke Vietnam kembali (Steenhuisen,
2005). Destinasi pilihan pelarian adalah negara-negara Asia Tenggara seperti Hong Kong, Filipina,
Indonesia, Malaysia dan Thailand (McInnes, 1994). Krisis Kemboja dan China menyerang Vietnam
pada tahun 1978 telah meningkatkan kadar pelarian yang melarikan diri dari Vietnam dengan
kapal. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi ketidakstabilan Vietnam dalam
mengharungi krisis di negara mereka. Tambahan pula, di utara Vietnam, sekatan ekonomi yang
keras telah dikenakan kepada Vietnam oleh beberapa negara dari tahun 1964 kerana ia telah
menjadi sasaran sekatan perdagangan Amerika Syarikat dan tindakan ketenteraan Vietnam
terhadap Khmer Rouge menimbulkan kutukan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya
(Abdullahi Ayoade Ahmad, 2016). Keadaan ini kembali stabil di Vietnam pada tahun 1994 dan
Vietnam dimasukkan semula ke dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Akibatnya,
ribuan pelarian kembali ke Vietnam, dan jumlah mereka menurun secara drastik dari negara-
negara tuan rumah mereka (Cockburn, 1994).
UNHCR telah mengambil langkah serius untuk mencegah penerimaan pelarian dari
Vietnam. UNHCR telah memperkenalkan "penerimaan automatik ke negara ketiga" pada Mac
1989. Pada ketika itu, Pusat Pelarian Sungai Besi di Kuala Lumpur telah didirikan. Adalah
dilaporkan bahawa satu perempat daripada lebih sejuta penduduk Vietnam yang mendarat di
pantai timur Malaysia mendapat perlindungan di Pulau Bidong dan Sungai Besi di mana Pulau
Bidong ditutup secara rasmi pada tahun 1991, sementara Sungai Besi ditutup secara rasmi pada
tahun 1996. Pelarian Vietnam yang selebihnya telah mengosongkan dua tapak ini sepenuhnya
pada tahun 2005 (Steen, 2005).

5| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

b) Pelarian Bosnia di Malaysia

Malaysia telah memberikan tempat perlindungan kepada Muslim Bosnia yang melarikan
diri dari konflik etnik pada tahun 1994 walaupun sebelum itu sebilangan kecil dari mereka telah
tiba di Malaysia pada tahun 1991. Pelarian Bosnia berjaya mendapat perhatian dari Malaysia
disebabkan persamaan agama. Kepercayaan dan agama yang sama antara pelarian Muslim Bosnia
dan majoriti rakyat Malaysia telah menjadi faktor penarik paling kuat sewaktu kemasukan
pelarian Bosnia ke Malaysia pada tahun 1994. Mereka telah menawarkan kepada 350 pelarian
yang berasal dari kekacauan yang berlaku di kerajaan Yugoslavia. Malaysia adalah salah satu
negara terbesar yang menyokong perjuangan Bosnia semasa perang, dianggap sebagai satu-
satunya negara Asia yang membantu pelarian Bosnia. Berdasarkan rekod umat Islam Bosnia yang
melarikan diri dari konflik etnik pada tahun 1994 telah ditawarkan status pelarian (Abdullahi
Ayoade Ahmad, 2016).

c) Pelarian dari Myanmar di Malaysia

Rohingya dari Myanmar dianggap oleh PBB sebagai golongan minoriti yang paling ramai
dianiaya. Sebab utama yang menyebabkan diskriminasi menimpa kumpulan ini adalah etnik dan
agama kerana mereka mewakili minoriti yang tinggal di sebelah barat Myanmar yang dikenali
sebagai Negara Rakhine. Mengenai sejarah penubuhan Maynmar, dinyatakan bahawa selama
perang dunia kedua Myanmar telah menyatakan kesetiaan kepada British, sementara sebilangan
besar warganya, orang Arakan atau nama lamanya, Rakhine bertempur dengan misi tersebut dan
memilih untuk berpihak kepada orang Jepun. Setelah penubuhan Myanmar pada tahun 1948,
minoriti Muslim Arakan menghadapi kempen anti-Rohingya yang berterusan yang motifnya
adalah penolakan hak-hak asasi penduduk tersebut yang dilakukan dengan cara diskriminasi.
Pada tahun 2015, Rohingya dari Myanmar telah melarikan diri dari negara mereka melalui kapal
dan bot di mana mereka cuba mendarat di Indonesia, Thailand dan Malaysia untuk mendapatkan
perlindungan. Hal ini disebabkan oleh dasar diskriminasi pemerintah di Negara Rakhine yang
telah diamalkan sejak tahun 1970. Peningkatan kadar pelarian Myanmar ke Malaysia juga
merupakan impak dari sikap kebanyakan negara jiran yang melaksanakan dasar tutup pintu
terhadap pelarian Myanmar. Negara-negara tesebut mengalami keadaan politik dan ekonomi
yang kurang stabil dan atas faktor ini mereka tidak mengalu-alukan kemasukan pelarian
Myanmar yang terlalu ramai (Antonietta Pagano, 2016).
Laporan PBB menyatakan bahawa, pada tahun 2014, lebih daripada 137,000 pelarian
Myanmar bersama-sama dengan 10,000 orang Rohingya dicatat sebagai berdaftar secara sah di
Malaysia. Pada tahun 2016, menurut Tinjauan Darurat Global ketika menjalankan tugas mereka
dalam mengesan krisis kemanusiaan, telah mencatatkan lebih dari 40,000 orang Rohingya yang
berdaftar dengan PBB pada akhir tahun tersebut. Bagaimanapun, sekumpulan aktivis mendakwa
bahawa ada Rohingya yang tidak berdaftar jumlahnya sama dengan jumlah yang berdaftar di
negara ini. Kemasukan migran yang bertambah telah menimbulkan kerisauan terhadap kerajaan
yang memainkan peranan penting untuk membantu mereka. Timbalan Menteri Dalam Negeri
Malaysia pada ketika itu, Wan Junaidi Jaafar mengatakan bahawa pendatang Myanmar telah
diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan, namun mereka tidak boleh terus-menerus
dibenarkan untuk memenuhi pelabuhan Malaysia. Pada tahun 2015, didapati bahawa Rohingya
juga telah berlindung di Indonesia, walaupun jumlah pelarian dianggap sedikit iaitu sekitar 2000
pada tahun tersebut (Mark Davis, 2015).

6| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

Menurut laporan Kasnoon (2015), terdapat tekanan antarabangsa yang besar memaksa
Malaysia dan Indonesia untuk menawarkan tempat perlindungan bagi semua jenis pendatang
melalui misi mencari dan menyelamat. Sebagai wakil negara Islam, Malaysia telah memutuskan
untuk memberi bantuan dan bersedia memberikan perlindungan kepada pelarian ini. UNHCR
juga memainkan peranan mereka untuk menolong pelarian, terutamanya orang Rohingya agar
mereka dapat diberikan status pelarian di Malaysia. Selain itu, sebilangan kecil pendatang ini tiba
di negara transit untuk meminta perlindungan sebagai tempat tinggal sementara sebelum mereka
meneruskan perjalanan ke destinasi lain. Sebilangan orang Rohingya telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membolehkan mereka berpindah dari negara transit seperti
Indonesia ke mana-mana negara ketiga seperti Autralia (S. Kosem, 2016).

d) Pelarian Filipina di Sabah

Pada tahun 1987, UNHCR menghentikan operasi selama 10 tahun di Sabah apabila
keadaan pelarian Filipina dianggap setara dengan orang Sabah tempatan. Pada saat keluar,
Pemerintah Malaysia telah mulai mengeluarkan izin tinggal dan pekerjaan sementara bagi
pelarian Filipina, dan dengan demikian memikul tanggung jawab perlindungan yang lebih besar
terhadap beban tersebut. Walaupun begitu, taraf hidup bagi banyak pelarian Filipina masih di
bawah garis kemiskinan. Kurangnya konsistensi dalam kedua-dua jenis dokumentasi identiti
yang dikeluarkan untuk pelarian Filipina, dan penerapan prosedur untuk mendapatkan
dokumen-dokumen ini, sangat menyekat integrasi mereka ke dalam masyarakat Sabahan. Kerana
kekurangan sumber pendapatan atau peluang pekerjaan, banyak pelarian Filipina mempunyai
akses yang terhad atau tidak ke air bersih dan elektrik. Untuk terus hidup, mereka terlibat dalam
pekerjaan dengan gaji yang sangat rendah yang tidak ingin dilakukan oleh penduduk tempatan.
(UNHCR, 2016)
Pelarian Filipina yang belum memperoleh status kediaman tetap atau kewarganegaraan
terus mengalami banyak masalah yang disebabkan oleh kurangnya dokumentasi yang tepat,
termasuk akses terhad kepada pendidikan, perancang keluarga, sanitasi, penjagaan kesihatan dan
kadangkala pendaftaran kelahiran. Menurut pasukan petugas persekutuan untuk Sabah, pelarian
Muslim Filipina dan keturunan mereka dianggarkan berjumlah 80,000 orang. Berdasarkan angka
ini, nampaknya hanya 61% yang memiliki beberapa bentuk dokumentasi untuk mengatur status
mereka. Selebihnya 39% terus berisiko ditangkap dan dihantar pulang.
Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah menerbitkan
laporannya dan mengesyorkan agar sekretariat tetap ditubuhkan untuk menangani masalah
pendatang tanpa izin di negeri ini. UNHCR akan terus memantau keadaan di Sabah dan fakta
bahawa ia tidak mempunyai kehadiran tetap di sana dan keupayaan pemantauan agak terhad.
(UNHCR, 2016)

Perundangan dan Inisiatif Berkaitan Pelarian di Malaysia

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan, Malaysia berusaha


menyelesaikan isu-isu berkaitan pelarian mengikut lunas perundangan dan inisiatif tertentu agar
isu tersebut boleh diselesaikan secara baik dan diplomasi. Terdapat beberapa inisiatif dan undang-
undang yang telah dilihat boleh menyokong hak berkaitan pelarian, antaranya melibatkan
undang-undang antarabangsa berkaitan hak asasi manusia dan juga inisiatif bersama antara
Malaysia dan Negara jiran yang lain serta juga undang-undang domestik yang diguna pakai
dalam Negara berkaitan pelarian.

7| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

a) Perundangan Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia

Undang-undang yang menyokong hak pelarian menurut UNHCR adalah semua


konvensyen antarabangsa yang berdasarkan hak asasi manusia. Salah satu konvensyen utama
yang digunakan sebagai kerangka untuk menyokong pelarian dan pencari suaka termasuk United
Declaration of Human Rights (UDHR). UDHR lahir dari pengalaman Perang Dunia II dan boleh
digambarkan sebagai pernyataan pertama hak asasi manusia di peringkat global. UDHR diterima
oleh Majlis Umum PBB pada 10 Disember 1948 dengan 48 negara menyokong, termasuk
Afghanistan, Iran, Pakistan dan Turki. Tetapi 8 negara yang terdiri daripada Blok USSR dan Arab
Saudi menentang. Kerajaan Yaman tidak bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan cara
tidak menghadiri sewaktu undian untuk menandatangani perjanjian UDHR diadakan manakala
negara Pakistan pula tidak bersetuju dengan pendirian Arab Saudi yang menentang UDHR
(Assembly, 1948).
Pada tahun 1982, wakil Iran di PBB, Said Rajaie-Khorassani, mengatakan bahawa UDHR
adalah pemahaman sekular mengenai tradisi Judeo-Kristian (pemahaman sekular mengenai
tradisi Judeo-Kristian) yang tidak dapat diamalkan oleh muslim tanpa melanggar undang-undang
Islam (Mohamad, 2014). Deklarasi Kaherah telah diterima pakai dan dikeluarkan oleh anggota
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada Persidangan Kesembilan belas Menteri Luar Negeri-
Negeri Islam di Kaherah pada 5 Ogos 1990. Pada 30 Jun 2000, negara-negara Islam yang menjadi
anggota OIC bersetuju untuk menyokong Deklarasi Kaherah ini. Ia menyatakan tujuan Deklarasi
Kaherah sebagai pedoman umum bagi anggota OIC dalam bidang hak asasi manusia. Deklarasi
Kaherah juga dilihat sebagai tindak balas dari negara-negara Islam terhadap UDHR. Deklarasi
Kaherah memandang hak asasi manusia dari segi prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Dalam
pendahuluannya, Deklarasi Kaherah antara lain menyatakan (Mohamad, 2014):

“Percayalah bahawa hak asasi dan kebebasan sejagat dalam Islam adalah
sebahagian dari inti Islam dan tidak ada yang pada prinsipnya berhak untuk
menghapuskannya secara keseluruhan dan sebahagian atau melanggar atau
mengabaikannya memandangkan ia merupakan perintah Ilahi yang terdapat
dalam Kitab Ilahi wahyu dan dihantar melalui Nabi terakhirnya untuk
menyempurnakan pesan suci lebih awal sehingga menjadikan ketaatan kepadanya
sebagai pengabdian dan pengabaian atau pelanggarannya adalah dosa yang sangat
dibenci, dan oleh itu setiap orang bertanggungjawab secara individu dan ummah
secara kolektif bertanggungjawab - untuk mempertahankannya."

Berdasarkan kata pendahuluan ini, seseorang dapat melihat perbezaan dan pendekatan
falsafah Deklarasi Kaherah dengan UDHR. Deklarasi Kaherah melihat persoalan hak asasi
manusia dari sudut hubungan manusia dengan Allah SWT, sementara UDHR mengambil
pendekatan duniawi dan sekular. Ini kerana, menurut Islam kedaulatan adalah milik Allah SWT.
Sebaliknya, menurut demokrasi sekular Barat moden, rakyat dianggap sebagai pemerintah
tertinggi. Hak asasi manusia dalam Islam adalah anugerah dari Allah SWT seperti yang
dibincangkan sebelumnya dan ia adalah hak suci, tidak dapat dipertikaikan, universal dan kekal.
Sebaliknya, orang Barat menganggap bahawa mereka telah memperoleh hak mereka dari
pemerintah mereka setelah tempoh perjuangan yang panjang (Aman, 2016). Deklarasi Kaherah
memberikan gambaran menyeluruh mengenai perspektif Islam mengenai hak asasi manusia dan
menegaskan syariah sebagai satu-satunya sumbernya. Pada November 2012, negara-negara

8| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

ASEAN yang bersidang di Phnom Penh secara suara sebulat suara mengadaptasi Deklarasi
ASEAN. Deklarasi ASEAN ini merupakan satu pemahaman mengenai negara-negara serantau
dan lebih sesuai dengan keadaan di negara ini.

b) Tanggungjawab ASEAN dalam menangani masalah Rohingya

Dalam menangani keadaan darurat Rohingya, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara


(ASEAN) dipercayai dapat memainkan peranan utama. Salah satu pendekatan adalah dengan
ASEAN memberi tekanan ekonomi kepada Myanmar untuk secara beransur-ansur mengurangi
diskriminasi terhadap Rohingya. Di sini, ASEAN mempunyai pengaruh, kerana anggotanya
mewakili pelabur terbesar di negara ini. Namun, menerapkan tekanan ini memerlukan kemahuan
pihak politik agar ia dapat diaplikasikan secara praktikal, terutamanya apabila konsep tiada
campur tangan dalam urusan dalam negeri negara anggota merupakan salah satu prinsip
pendirian negara ini (The Bali Processs, 2016). Proses Bali adalah forum antarabangsa yang
ditubuhkan pada tahun 2002, untuk memudahkan perbincangan, diskusi, dialog dan perkongsian
maklumat serta memupuk kerjasama dalam isu praktikal yang berkaitan dengan penyeludupan
dan perdagangan orang dan jenayah rentas negara yang berkaitan. Pendekatan lain adalah
bertujuan untuk merealisasikan hubungan antarabangsa antara negara-negara ASEAN.
Berdasarkan Proses Bali yang pernah dilaksanakan, sebuah inisiatif dilihat perlu dilakukan
dengan cara membangun kerangka serantau bersama mengenai pendatang dan pelarian haram.
Usaha membangun kerangka serantau berkenaan pelarian berdasarkan Deklarasi ASEAN
mungkin berbeza dari sebarang polisi yang dibentuk berasaskan Konvensi Geneva.
Beberapa inisiatif ke arah ini telah diatur, seperti pada bulan Mei dan Disember 2015, di
mana dua pertemuan antarabangsa diadakan di antara negara-negara yang terjejas secara
langsung, yang bertujuan untuk mengatasi keadaan darurat migrasi (Aubrey Belford, 2015). Pada
pertemuan bulan Disember 2014, perwakilan Asia Tenggara bertemu di Bangkok untuk
menentukan strategi bersama mengenai isu-isu penting, seperti perlindungan migran,
pencegahan migrasi yang tidak teratur, dan memerangi penyeludupan manusia (Pagano, 2016).
ASEAN dan Kesatuan Eropah berkongsi pengalaman yang sama dalam menangani
pendatang. Telah diketahui bahawa Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat mempunyai undang-
undang antarabangsa yang maju untuk melindungi pelarian dan memberi mereka status yang
jelas sebagai pelarian dan pencari suaka yang memiliki hak penuh untuk perlindungan mereka.

c) Perundangan Malaysia Semasa Menangani Krisis Rohingya

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Malaysia. Segala undang-


undang yang bertentangan dengan peruntukannya dianggap tidak sah. Peruntukan dalam UDHR
yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan juga bukan sebahagian daripada undang-
undang domestik. Selain itu, peruntukan dalam seksyen 4 (4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia 1999 jelas menyatakan seseorang itu tidak boleh mengambil tindakan undang-
undang dengan alasan bahawa dia telah dinafikan hak asasi manusia seperti yang terdapat di
UDHR misalnya, kerana UDHR bukan undang-undang domestik negara Malaysia. Peruntukan
hak asasi manusia dalam UDHR perlu diketepikan andai dapat dibuktikan bahawa peruntukan
itu bertentangan dengan peruntukan undang-undang domestik dan / atau Perlembagaan.
Mahkamah harus memutuskan tuntutan berdasarkan apakah tindakan yang diduga itu
melanggar ketentuan undang-undang dan/atau Perlembagaan atau tidak. Sekiranya jawapannya
adalah "Ya", maka tuntutan itu boleh berjaya. Mahkamah mungkin mendapati bahawa tindakan

9| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

yang didakwa itu melanggar ketentuan UDHR, tetapi tidak melanggar peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, kerana Perlembagaan Persekutuan meletakkan pengecualian atau syarat mengenai
hak tersebut. Sebagai contoh, seseorang bebas mengamalkan agamanya tetapi orang bukan Islam
dilarang menyebarkan agamanya kepada orang Islam. Mahkamah harus mematuhi ketentuan
yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak mengikuti ketentuan yang terdapat dalam UDHR.
Dengan kata lain, bahkan rujukan dapat dibuat terhadap ketentuan yang terdapat dalam UDHR
dalam menafsirkan peruntukan undang-undang dan / atau Perlembagaan, namun ini tidak
bermakna undang-undang UDHR dapat mengatasi ketentuan dalam perlembagaan dan undang-
undang negara ini (Mohamad, 2014).
Menurut al-Zuhayli (2005), al-karāmah al-insāniah atau prinsip menghormati maruah
manusia dan nilai manusia adalah sumber hak asasi manusia. Ketika ada penghormatan terhadap
al-karāmah al-insāniah, yang membezakan nilai kemanusiaan dan sifat kebinatangan. Menurutnya
lagi, Islam sebagai agama yang bersumber dari petunjuk ilahi adalah agama yang pertama kali
menyatakan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia secara teori dan praktik, manakala dunia
Barat hanya menyedari hak-hak ini pada akhir abad ke-18 (al-Zuhayli, 2005). Menurut beliau, hak
asasi manusia dalam Islam berpunca dari tanggungjawab insan sebagai khalifah Allah S.W.T d
atas muka bumi. Tanggungjawab sebagai khalifah ini wajib didasari dengan daripada akidah
yang benar dan kemuliaan insan dalam Islam terletak pada ‘ketaatannya serta ketakwaannya
terhadap risalah yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan hak asasi
manusia Barat yang berpunca dari kepercayaan bahawa ia merupakan hak semula jadi yang lahir
dari kekuasaan mutlak manusia dan tidak ada kekuasaan yang lebih tinggi daripadanya. Oleh itu,
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen antarabangsa iaitu Konvensyen Pelarian 1951.
Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 pada dasarnya menggariskan hak dan kewajipan kedua-dua
pelarian dan negara-negara y7ang bertindak sebagai perumah terhadap pelarian.
Dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967, pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk
Pelarian, UNHCR, telah ditubuhkan di kebanyakan negara di dunia sebagai badan yang diberi
mandat untuk memberikan perlindungan dan bantuan tersebut kepada pelarian dunia, di bawah
dan menurut Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 (Yik, 2018).
Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 adalah sebuah undang-undang pelarian yang paling
lengkap, sekalipun secara hakikatnya Malaysia bukan negara kontrak dalam rejim undang-
undang antarabangsa tersebut, sehubungan dengan itu ia tidak mempunyai kewajipan undang-
undang untuk terikat dengannya. Oleh yang demikian, seorang pelarian di Malaysia akan terikat
dengan seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 (Akta155) yang menyatakan bahawa tidak ada orang
lain selain warganegara yang akan memasuki Malaysia kecuali dia memiliki permit masuk yang
sah yang namanya disahkan, atau pas yang sah yang dikeluarkan secara sah kepadanya untuk
memasuki Malaysia.
Pada tahun 2018, dalam manifesto Pakatan Harapan mengatakan bahawa ia akan
mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa 1951 mengenai pelarian sehingga pelarian yang melarikan
diri dari negara-negara yang dilanda perang dan tiba di Malaysia diberi bantuan yang sewajarnya.
Salah seorang wakil UNHCR, Richard Towle (2018) mengatakan bahawa walaupun ini akan
menjadi aspirasi yang luar biasa, ia dapat dilakukan dalam jangka panjang. Beliau menegaskan
bahawa tugas utama yang paling penting adalah merangka dengan jelas hak-hak pelarian di
Malaysia pada waktu terdekat melalui perintah eksekutif dan menggubal sebarang peraturan
berkaitan pelarian.
Terdapat banyak perkara praktikal yang boleh dilakukan sekarang tanpa menandatangani
konvensyen. Beliau mengatakan bahawa hakikat bahawa Malaysia belum menandatangani
konvensyen itu tidak bermaksud bahawa negara itu tidak mempunyai tanggungjawab dalam isu

10| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

tersebut. Beliau juga menyuarakan pendapatnya dengan mencadangkan Malaysia menyusun


peraturan atau polisi asas sebagai peringkat awal dan kemudian cuba mempraktikkannya. Jika
Malaysia dapat melaksanakannya dengan baik dan ia memberi impak positif terhadap
penanganan masalah pelarian, Malaysia boleh menandatangani konvensyen itu jika mahu. Jika
Malaysia benar-benar selesa untu8k menandatangani Koonvensyen Pelarian 1951, pihak beliau
akan merasa senang serta menyokong Malaysia (Richard Towle, 2018).
Harus ditegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang yang
konsisten untuk mengawal pelarian. Hal ini adalah disebabkan Malaysia tidak mengiktiraf
pelarian. Semua status pendatang akan merujuk kepada Akta Imigresen. Pelarian dianggap
sebagai sama dengan pendatang asing tanpa izin. Mereka berdepan dengan risiko ditahan,
ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal (Bedi, 2018).

Pendekatan Maqāṣid Syariah sebagai Alternatif Menangani Pelarian di Malaysia

Pada Ogos 2018, Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Malaysia ketika menjawab soalan
berkaitan peranan negara dalam menangani penyelesaian konflik Palestin dan Rohingya, telah
menyatakan bahawa kerajaan akan memperkenalkan tiga elemen dasar luar baharu
menggunakan pendekatan maqāṣid syariah bagi menyelesaikan isu pelarian dan konflik Palestin,
di mana pendekatan itu akan dilaksanakan kerajaan dalam menentukan hala tuju
penambahbaikan secara lebih jelas, tersusun dan komprehensif. (Syalikha Shazili. 2018)
Maqāṣid syariah jika diterjemahkan secara literal bermaksud objektif syariah, iaitu perkara
atau matlamat yang ingin dicapai oleh syariah Islam. Secara umumnya ia berpaksikan kepada
ajaran Islam itu sendiri yang bermatlamat untuk membawa kebaikan (maslaḥah) dan menghindari
keburukan (mafsadah) sebagaimana digambarkan melalui tujuan perutusan Rasulullah SAW yang
membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh sarwajagat sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah al-Anbiya’, ayat 107:

َ ْ ِّ ّ َ َْ َ َْ ََ
َ َ ‫اك َِإَل َََر ْح َمة ََِلل َع ِاَل‬
‫ين‬ ‫وماَأرسلن‬
Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

(Surah al-Anbiyā’, 21: 107)

Konsep maqāṣid syariah yang digagaskan oleh cendekiawan Islam bertujuan untuk
mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia dan juga di akhirat. Dengan asas itu terdapat
prinsip-prinsip yang perlu diikuti untuk mencapai maqāṣid yang selaras dengan kehendak syariah.
Ia merupakan perbahasan yang lama bermula daripada zaman Nabi Muhammad SAW yang
banyak menjelaskan prinsip-prinsip ini di dalam sunnah Baginda yang menjadi sumber asas
dalam perbahasan maqāṣid syariah. Begitu juga para sahabat dan tābiīn terus melaksanakan prinsip-
prinsip ini di dalam mengeluarkan hukum dan fatwa. Setelah itu kita dapati para imam mazhab
fiqh telah menjadikan maqāṣid syariah sebagai panduan yang utama dalam ijtihad mereka,
terutamanya Imam Syafie r.a. yang telah menetapkan maqāṣid syariah sebagai rujukan utama ijtihad
setelah al-Quran dan al-Sunnah (al-Juwaini, 1997).

11| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

Imam al-Syatibi (1996) dalam kitabnya al-Muwāfaqāt telah membahagikan maqāṣid syariah
kepada empat pembahagian iaitu:
i. Maqṣid Ibtidā’ī (‫)القصد االبتدائي‬, iaitu maqāṣid syariah yang utama di dalam pensyariatan hukum-
hakam syariah iaitu untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan umatnya.
ii. Maqṣid Ifhāmī (‫ )القصد االفهامي‬yang bermaksud bahawa penurunan syariat adalah untuk
difahami oleh manusia.
iii. Maqṣid Taklīfī (‫ )القصد التكليفي‬bererti penurunan syariat adalah untuk memberikan amanat
bebanan yang mampu untuk dipikul.
iv. Maqṣid Ta’abbudī (‫ )القصد التعبدي‬adalah berkaitan tujuan syarak dari penurunan syariat untuk
manusia bernaung di bawah ajaran syariat dan bukan dengan mengikut kehendak hawa
nafsu mereka.

Sementara Imam al-Ghazali (1904) pula telah mengkategorikan maqāṣid syariah kepada tiga
maṣlahah iaitu keperluan darūriyyah, keperluan hājiyyah dan keperluan taḥsiniyyah.
Keperluan darūriyyah ialah maṣlahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara
utama iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua keperluan ini dianggap amat
penting dan amat diperlukan manusia dalam melalui kehidupan bermasyarakat. Seandainya
salah satu keperluan ini tidak dipenuhi kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi.
Keperluan hājiyyah pula merupakan perkara yang diperlukan manusia untuk
mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
kehidupan, pada masa yang sama menghindarkan diri daripada kesusahan dan kesukaran.
Walaupun ia tidak sampai ke tahap darurat tetapi ketiadaannya akan menyebabkan kesulitan
kepada kehidupan manusia.
Keperluan taḥsiniyyah pula merujuk kepada kesempurnaan hidup manusia yang
melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik serta meninggalkan perkara yang buruk
menurut pertimbangan akal yang waras. Ia diperlukan untuk memastikan kelancaran dan
kesenangan hidup dalam masyarakat.
Kesejahteraan dan kebahagiaan seseorang individu atau sesebuah masyarakat akan
terjamin seandainya ketiga-tiga komponen ini dapat dipenuhi dengan cara yang seimbang.
Pendekatan maqāṣid syariah dalam isu melibatkan pelarian secara amnya dapat dilihat
menerusi Deklarasi Kaherah yang menjadi rujukan asas kepada negara-negara OIC berkaitan hak
asasi manusia. Deklarasi Kaherah memandang hak asasi manusia dari segi prinsip yang
ditetapkan oleh Islam. Dalam pendahuluannya, Deklarasi Kaherah, antara lain, menyatakan:
"Percaya bahawa hak asasi dan kebebasan sejagat dalam Islam adalah sebahagian daripada inti
Islam dan tidak ada yang pada prinsipnya berhak dihapuskan secara keseluruhan atau sebahagian
atau melanggar atau mengabaikannya memandangkan ia adalah perintah Ilahi yang terkandung
di dalam Kitab-kitab wahyu Ilahi dan dikirimkan melalui Nabi terakhir-Nya untuk
menyempurnakan pesan suci lebih awal sehingga menjadikan kepatuhan kepadanya sebagai
pengabdian dan pengabaian atau pelanggarannya adalah dosa yang sangat dibenci, dan oleh itu
setiap orang bertanggungjawab secara individu dan ummah bertanggungjawab secara kolektif -
untuk mempertahankannya. " (Cooperation O.o, 1990).

12| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

Dalam deklarasi tersebut hak pelarian dinyatakan dalam artikel 12 bahawa setiap
individu berhak atas kebebasan bergerak yang bermaksud setiap orang berhak memilih
tempatnya mencari tempat berlindung sama ada di dalam atau di luar negara dan diberikan
kebebasan penuh untuk meminta suaka di negara lain yang akan menjamin perlindungannya
selama seperti dalam kerangka syariat. Artikel 18 pula menyatakan bahawa hak seseorang
meliputi keamanan untuk dirinya sendiri, tanggungannya, agamanya, kehormatannya dan harta
bendanya kerana ia merupakan lima perkara utama yang dilindungi dalam maqāṣid syariah.
Privasi adalah hak manusia dan termasuk privasi dalam urusan peribadinya, keluarganya,
rumahnya, hubungannya dan kekayaannya. Perlindungan daripada dipenjarakan tanpa alasan
undang-undang adalah dilarang sama sekali (Cooperation O.o, 1990).
Sungguhpun begitu, pendekatan yang cuba diperkenalkan Malaysia dalam konteks
memenuhi kehendak maqāṣid syariah agak berbeza, di mana dalam kerangka pendekatan yang
baru ini prinsip advokasi digunakan dengan lebih meluas di pelbagai peringkat. Ia melibatkan
peringkat kepimpinan negara dengan dasar yang lebih jelas dan usaha yang berterusan untuk
berunding bagi mencari jalan penyelesaian kepada negara yang dilanda krisis terutama negara-
negara ASEAN. Kerajaan juga berjanji untuk memberi tekanan yang berterusan kepada negara
asal pelarian agar hak-hak pelarian dapat dikembalikan, di samping usaha-usaha peringkat
antarabangsa untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
Pemberian bantuan kepada negara-negara berkenaan juga turut diberi perhatian dengan
menyelaraskannya melalui non-governmental organization (NGO) tempatan dan bukan melalui
NGO antarabangsa supaya bantuan dan sumbangan sampai kepada mangsa dan pelarian dengan
lebih adil, terjamin dan selamat (Syalikha Shazili, 2018). Ia menepati konsep maqāṣid berkaitan
penjagaan jiwa dan pengagihan harta secara saksama kepada sesama insan.
Sumbangan dan bantuan bagi menangani masalah pendidikan juga perlu difikirkan bagi
memberi akses pendidikan asas yang sewajarnya kepada pelarian di negara yang di diami mereka
secara konstruktif dan berkala. Dalam hal ini prinsip penjagaan akal manusia supaya mendapat
ilmu fardu ain dalam mengenal tuhan dan mempelajari ilmu alat dapat diterapkan sekurang-
kurangnya pada peringkat asas.
Sementara itu, bagi pelarian yang telah sedia ada di Malaysia, walaupun secara dasarnya
kerajaan tidak mengiktiraf mereka sebagai berstatus pelarian kerana Malaysia bukan negara pihak
kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, tetapi kerajaan
bagaimanapun membenarkan mereka untuk tinggal sementara di negara ini, atas dasar
kemanusiaan sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR (Mohd Iskandar Ibrahim,
2020).
Pelarian yang mempunyai kad UNHCR yang sah dibenarkan bekerja dalam sektor
tertentu, satu projek rintis dengan mengambil pelarian yang sah untuk bekerja dalam sektor
perladangan seperti Sime Darby Plantation Berhad serta Gardenia Bakeries. Pelaksanaan tersebut
dilihat wajar bagi menggunakan tenaga kerja manusia untuk memajukan kegiatan ekonomi
negara serta memberi bantuan kepada mereka atas nama kemanusiaan. Selain itu, bantuan-
bantuan kemanusiaan terhadap pelarian majoritinya dilaksanakan oleh pertubuhan bukan
kerajaan atau NGO tempatan, atau pertubuhan yang ditubuhkan oleh komuniti pelarian sendiri
(Ann Siang, 2019)
Kesemua langkah-langkah ini merupakan beberapa usaha yang dilakukan kerajaan
Malaysia dalam memenuhi tanggungjawab sosial pemerintah demi memastikan pelarian
mendapat hak yang sewajarnya dan dalam masa yang sama rakyat di negara sendiri mendapat
jaminan keselamatan dan sosio-ekonomi yang lebih stabil. Ia bertepatan dengan pendekatan
berasaskan maqāṣid syariah yang bertujuan untuk mencari kebaikan (maṣlahah) dan menghindari

13| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

keburukan (mafsadah) dalam setiap tindakan dan langkah yang perlu diputuskan sebaik mungkin
agar keharmonian negara terus kukuh dan terpelihara.

Kesimpulan

Ringkasnya, pelarian merupakan isu global yang memerlukan pendekatan bijaksana dalam
menanganinya, supaya keharmonian negara terbela dan dalam masa yang sama hak sesama insan
juga dapat ditunaikan sebaiknya. Secara dasarnya terdapat keperluan yang relevan untuk pihak
kerajaan Malaysia melihat undang-undang atau apa-apa alternatif yang sesuai untuk melindungi
semua manusia dalam negara ini termasuk pelarian. Pelaksanaan Deklarasi Kaherah melalui
badan-badan eksekutif dan perundangan negara harus dibincang dan dianalisis secara tepat dan
teliti kerana ia secara amnya menggambarkan pandangan Islam. Jika dilihat kepada sudut lain,
setiap negara boleh memanfaatkan deklarasi sedia ada tersebut menurut penilaian dan
kemampuan negara masing-masing. Tidak menjadi penandatangan Konvensyen Pelarian 1951
tidak menghalang negara Malaysia daripada melindungi kesejahteraan pelarian dan pencari
suaka di Malaysia. Islam adalah agama yang syumul, memuliakan manusia dengan cara yang
betul melalui wahyu dan sumber autoritinya. Pendekatan maqāṣid syariah yang mengiktiraf
kebaikan yang memanfaatkan manusia dan menghalang sebarang keburukan yang menjejaskan
diri dan masyarakat. Begitu juga prinsip keutamaan dalam maqāṣid syariah untuk memelihara
keperluan yang utama (darūriyyah) terlebih dahulu berbanding keperluan untuk kemudahan atau
kesenangan semata-mata boleh dijadikan prinsip dalam membuat penambahbaikan terhadap
sesuatu dasar atau undang-undang yang berkaitan bagi memastikan keharmonian dan kestabilan
negara dapat dikekalkan dengan sebaik mungkin.

Penghargaan

Artikel ini merupakan sebahagian hasil penyelidikan di bawah geran yang bertajuk Pengurusan
Perkahwinan Warga Negara Asing Beragama Islam di Wilayah Persekutuan: Permasalahan dan
Cadangan Penyelesaian. Geran ini merupakan geran di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kod penyelidikan, FRGS
/1/2019/SSI10/USIM/03/1 untuk KPT dan USIM/FRGS/FSU/055002/53319 untuk USIM.

Rujukan

Abdullahi Ayoade Ahmad, A. P. (2016). The Refugee Crisis in Southeast Asia: The Malaysian
Experience. International Journal of Novel Research in Humanity and Social Sciences, Vol.
3 (Issue 6), pp. 80-90.
Aizat Khairi. (2018). Penanganan Masalah Pelarian Rohingya di Malaysia Dalam Konteks Hybrid Peace
dan Pendekatan Multi Track. Tesis Doktor Falsafah. USM.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1904). Al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul. (Cet.
1). Misr: Al-Matba’ah al-Amiriyyah.
Al-Juwaini, Imam al-Haramain 1997. al-Burhān fī Uṣūl al-Fiqh, Mansurah: Dar al-Wafaa
Al-Syātibi, (1996), al-Muwāfaqāt fī Uṣūl al-Syarī'ah, Beirūt: Dār al-Ma'rifah. Jilid. 2.
Al-Zuhayli, Wahbah (2005). Ḥaq al Ḥurriyyah fī al-A'lām Damsyiq. Kuala Lumpur: Dār al Fikr.
Aman, D. A. ( 2016). Human Rights in Islamic Perspective. International Journal of Humanities and
Social Science Research, 2(5), pp. 21-26. Diakses dari:
https://www.researchgate.net/publication/304541075

14| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

Ann Siang, 2019). Malaysia Tak Pernah Ada Dasar Pelarian. Diakses dari:
https://www.malaysiakini.com/news/482136. Diakses pada 25 November 2020.
Assembly, U. G. (10 Disember, 1948). Universal Declaration of Human Rights. Diakses dari:
https://www.un.org/en/UDHRbook/pdf/UDHR_booklet_en_web.pdf
Aubrey Belford, A. S. (4 Disember, 2015). REUTERS. Bertarikh 2 March 2020, Thai Migrant Crisis
Meeting Ends Without Any Solution On Offer. Diakses dari:
http://www.reuters.com/article/asia-migrants-idUSL3N13T38820151204
Bedi, R. S. (2018). UNHCR. Bertarikh 6 Ogos, 2020, Allow Refugees to Stay and Work in Malaysia.
Diakses dari: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/25/UNHCR-allow-
refugees-to-stay-and-work-in-malaysia/
Syalikha Shazili. (2018). Dasar Luar Baharu Tangani Pelarian. Diakses dari:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/459911/bhplus
Cockburn, P. (1994). US Finally Ends Vietnam Embargo. The Independent. Diakses dari: The
Indepedent.
Cooperation, O. o., (1990). The Cairo Declaration On Human Rights In Islam. Bertarikh 1 November,
2020, Diakses dari:
http://elearning.icrc.org/detention/en/story_content/external_files/Human%20Rights%20i
n%20Islam%20(1990).pdf
Guy S. Goodwin-Gill, J. M. (2007). The Refugee in International Law. New York: Oxford University
Press.
Mark Davis, P. C. (22 Jun, 2015). ABC News. Bertarikh 23 Julai, 2020, Migrant crisis: Rohingya
refugees buried in mass graves near Thailand authorities, survivor says. Diakses dari:
http://www.abc.net.au/news/2015-06-22/rohingyas-secret-graves-of-asias-forgotten-
refugees/6561896
McInnes, C. R. (1994). Post-Cold War Security Issues in the Asia-Pacific Region. Chicago: Frank Cass
& Co. Ltd.
Mohd Iskandar Ibrahim: April 30, 2020. Malaysia Tidak Iktiraf Status Pelarian Rohingya. Diakses dari:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/683606/malaysia-tak-iktiraf-status-
pelarian-rohingya. Akses pada 25 November 2020.
Mohamad, T. A. (2014). Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Tradisi Islam Dan Perlembagaan Malaysia
(Kota Kinabalu). Kota Knabalu, Sabah: Forum Kebangsaan Sabah. Diakses dari:
https://tunabdulhamid.me/2014/11/hak-asasi-manusia-peranan-dan-fungsi-dari-
perspektif-perlembagaan-malaysia/
Muntarbhorn. (1992). The Status of Refugees In Asia. London: Clarendon Press.
Pagano, A. (2016). Middle East Institute. The Rohingya Refugee Crisis: A Regional and International
Issue?, Diakses dari: https://www.mei.edu/publications/rohingyas-refugee-crisis-regional-
and-international-issue
S. Kosem, A. S. (2016). Religion, Nationalism and the Rohingya's Search fo Citizenship in Myanmar. In
R. Mason, Muslim Minority-State Relations: Violence, Intergration and Policy. London and
New York: Palgrave Macmillan.
Steen, B. (March 24, 2005). UNHCR. Last Vietnamese Boat Refugee Leaves Malaysia: Diakses dari:
http://www.UNHCR.org/43141e9d4.html
The Bali Processs. (23 Mac, 2016). Bertarikh 2 Jun 2020, The Bali Process on People Smuggling,
Trafficking in Persons and Related Transnational Crime. Dlm. https://www.baliprocess.net/
UNHCR. (2016). Filipino Refugees In Sabah. Current Situation And Achievements To Date. Diakses dari:
https://reporting.UNHCR.org/node/9993
V, M. (1992). The Status of Refugees In Asia. London: Clarendon Press.

15| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources


E-ISSN: 2735-1149, Vol. 1, No. 1, 2020, pp. 3-16

Yik, C. S. (18 September 2018). Chia, Lee & Associates. Bertarikh 2 Julai, 2020, Refugee Law in
Malaysia, Dlm. http://chialee.com.my/knowledge-hub/refugee-law-in-malaysia

16| https://almaqasid.my | E-ISSN: 2735-1149 © 2020 | Published by Intelligentia Resources

You might also like