You are on page 1of 18

MODUL CEMERLANG EKONOMI

Bahagian A
Jawab semua soalan dari bahagian ini.
Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
[60 markah]
1. (a) (i) Berikan takrif ilmu ekonomi.

JAWAPAN:
H1 - Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia
mengurus sumber ekonomi yang terhad
H2 - untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

(ii) Gambar 1 menunjukkan satu faktor pengeluaran.

Definisikan faktor pengeluaran tersebut. [ 3 markah]


JAWAPAN:
H1 - Faktor pengeluaran tersebut ialah tanah.
H2 - Tanah ialah sumber anugerah alam semulajadi.
H3 - Penawarannya adalah terhad.
H4 - Tanah merangkumi sumber-sumber yang boleh diperbaharui (seperti hasil hutan dan
sumber laut) dan
H5 - sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui (seperti bijih timah, besi, petroleum dan
jenis logam lain
H6 – sumber-sumber terdapat di permukaan bumi atau di dalam perut bumi.

(b) Terangkan ciri-ciri utama Sistem Ekonomi Islam. [ 5 markah]


JAWAPAN:
Ciri-ciri utama Sistem Ekonomi Islam.
F1 - Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam.
H1- Matlamat sistem ekonomi Islam adalah untuk mencapai Al-Falah (keseimbangan antara
kebahagiaan individu dengan masyarakat di dunia dan akhirat)
H2- Kegiatan ekonomi dianggap ibadah dan diberi ganjaran pahala.
H3-Keputusan ekonomi berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu Al Quran dan hadis.
H4-Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan mencerminkan keseluruhan hidup
Islam.

1 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

F2 - Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu.


H5-Individu dan swasta bebas mencari dan memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat.
H6 - Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan
masalah asas ekonomi.
H7-Pengguna mempunyai kebebasan memilih barang dan perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan
yang ingin diceburi.
H8-Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan.
H9-Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang dan
peraturan.

F3- Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat.


H10- Kepentingan awam diutamakan.
H11-Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan
kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin.
H12-Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
H13-Setiap individu dijamin memperoleh barang keperluan asas.
H14-Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu
barang dan perkhidmatan.
H15-individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada
golongan yang kurang kemampuan.

(c) Jelaskan hukum permintaan dengan menggunakan jadual permintaan individu yang
sesuai. [ 5 markah]
JAWAPAN:
H1-Lajur Harga (unit) dan angka
H2-Lajur kuantiti (unit) dan angka
H3-Lajur titik

H4- Pada harga RM3 sekilogram, sebanyak 1 kg buah oren diminta oleh Siti. Apabila harga
buah oren turun kepada RM 2 dan RM 1 sekilogram, semakin banyak kuantiti buah oren
yang diminta oleh Siti iaitu kepada 2 kg dan 3 kg.
H5- Apabila harga naik dari RM 1 kepada RM 2 sekilogram, semakin kurang kuantiti buah oren
yang diminta oleh Siti iaitu dari 3kg kepada 2 kg.
H6- Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin
kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut.
H7- Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya
dengan andaian ceteris paribus.
H8- Individu membeli barangan mengikut kemampuannya dan tingkat harga barang itu
sendiri.

2 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

(d) Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti ditawarkan dan peratus


perubahan harga bagi telefon pintar dan buah jambu.

Jenis Barang % Perubahan Harga % Perubahan Kuantiti


Telefon Pintar 15 25
Buah Jambu 20 10
(i) Kirakan nilai keanjalan harga penawaran bagi telefon pintar dan buah
jambu. [ 2 markah]
JAWAPAN:
(i) Rumus Keanjalan Harga Penawaran (Es)
Keanjalan harga penawaran Es = % perubahan kuantiti
% perubahan harga barang

Telefon pintar
Es = 25%
15%
Es = 1.67

Buah jambu
Es = 10%
20%
Es = 0.50

(ii) Tafsirkan nilai keanjalan harga penawaran yang anda peroleh bagi buah jambu
dan beri alasan. [ 3 markah]
JAWAPAN:
H1- Nilai keanjalan harga penawaran adalah kurang daripada satu.
H2- penawaran buah jambu tidak anjal.
H3- peratus perubahan harga barang adalah lebih besar daripada peratus
perubahan kuantiti ditawarkan.
H4- apabila harga berubah sebanyak 1%, kuantiti ditawarkan akan berubah
sebanyak 0.50%.
H5- buah jambu adalah barang pertanian yang biasanya mempunyai keanjalan
harga penawaran yang tidak anjal.
H6- barang pertanian adalah kurang responsive terhadap perubahan harga kerana
petani tidak dapat mengubah pegeluaran dengan cepat apabila berlaku
perubahan harga.

2. (a) Huraikan dua fungsi wang. [ 5 markah]


JAWAPAN:
F1-Alat Perantaraan Pertukaran
H1-Wang boleh digunakan untuk menjalankan urusniaga
H2-jual beli barang dan perkhidmatan.

3 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

H3- Memudahkan urusniaga dalam ekonomi.


C1- Contoh: Pak Ali membeli ikan dengan menggunakan wang./dll yang munasabah.

F2- Alat ukuran nilai


H4- Setiap barang dan perkhidmatan dalam pasaran mempunyai harga yang dinyatakan dalam nilai
wang.
H5-Membolehkan pengguna dan penjual menentukan nilai barang dengan mudah dan perbandingan
nilai dengan barang lain dapat dilakukan.
C2-Cth: Harga sebuah buku ialah RM 20 dan harga sebatang pen ialah RM 5/dll yang sesuai.

F3-Alat Penyimpan nilai


H6- Wang boleh disimpan untuk masa depan
H7- Ciri wang yang tahan lama
H8-Mempunyai nilai yang stabil
C3- Contoh: Membuat simpanan tetap/dll

(b) Jelaskan tiga jenis pendapatan individu. [ 5 markah]


JAWAPAN:

F1 Upah
H1 Ganjaran kepada faktor buruh.
H2 Upah dibayar kerana individu menyumbangkan tenaga mental atau fizikal dalam proses
pengeluaran.
H3 Upah dibayar mengikut masa bekerja atau mengikut output yang dihasilkan.
H4 Upah terdiri daripada upah wang (nominal) dan upah benar.
H5 Upah wang ialah upah yang diterima dalam bentuk Ringgit dan Sen.
H6 Upah benar ialah jumlah barang atau perkhidmatan yang mampu dibeli dengan sejumlah upah
wang.
C1 Gaji kakitangan awam dll

F2 Sewa
H1 Ganjaran kepada pemilik faktor tanah seperti pemilik tanah pertanian dan pemilik bangunan.
H2 Sewa diterima kerana individu memberi hak penggunaan kepada orang lain.
H3 Kadar sewa bergantung kepada prmintaan, lokasi dan kegunaan tanah.
C2 Sewa premis dll

F3 Faedah
H1 Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang.
H2 Faedah dibayar kerana individu sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa
H3 berpisah dengan wang tunai
H4 menanggung risiko kejatuhan nilai wang.
H5 Rumus : Faedah = Jumlah simpanan x kadar faedah x tempoh simpanan.
C3 Memberi pinjaman kepada orang lain dll

F4 Untung
H1 Ganjaran kepada faktor usahawan.
H2 Berani menanggung risiko.
H3 menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
H4 Mengeluarkan idea perniagaan
H5 Rumus: Untung = Jumlah hasil – jumlah kos
C4 Individu yang menguruskan perniagaan /dll

4 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

F5 Dividen
H6 Merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat.
H7 Dibayar kepada pemegang saham syarikat.
C4 Dividen juga diterima oleh pemegang unit amanah seperti Amanah Saham Malaysia , kwsp/dll

F6 Bayaran Pindahan
H8 Pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan dalam proses pengeluaran.
H9 Merupakan ganjaran kepada faktor tidak produktif
H10 Tidak periu dibayar balik.
C6 Cth: biasiswa/ dll
Pilih mana-mana 3 fakta,huraian,contoh

JAWAPAN:
Nilai X (kos purata)
H1 Rumus:Kos purata= Jumlah kos / jumlah output
H2 -X = 1280/5
H3- X= RM 256

Nilai Y ( Kos Marginal)


H4- Rumus : Kos marginal= perubahan jumlah kos/ perubahan Jumlah output
H5-Y= 840-750
3-2
H6- Y=RM 90.

5 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

(d) Jelaskan konsep produktiviti. [ 5 markah]


JAWAPAN:
H1- Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output
daripada sejumlah imput yang diberikan.
H2- Mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input
H3- seperti tenaga buruh, teknologi, dll
H4- Menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan.
H5- Dapat meningkatkan daya pengeluaran
H6- Meningkatkan taraf hidup rakyat
H7- Meningkatkan output
H8- Meningkatkan keuntungan
H9- Meningkatkan daya saing firma
H10- Meningkatkan upah pekerja
H11- Meningkatkan pendapatan negara.
H12- Rumus: Produktiviti = output/input

3. (a) (i) Nyatakan tiga peranan kerajaan dalam ekonomi. [ 3 markah]


JAWAPAN:
H1- Sebagai pengeluar dan majikan/ mengeluar barang awam
H2- Mencapai objektif makroekonomi negara
H3- menggalakkan pelaburan /aliran modal ke dalam negara
H4- Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negative melalui undang-undang dan subsidi

(ii) Takrifkan barang awam. [ 2 markah]


JAWAPAN:
H1- Barang awam ialah Barang yang dapat digunakan oleh individu tanpa mengurangkan faedah
individu lain (non rivalrous) dan tidak boleh menghalang individu lain daripada
menggunakannya (non excludable)
H2- Tanpa dikenakan bayaran/ bayaran minimum
H3- Penawaran terhad/ berkongsi penggunaanya.

(b) Jelaskan dua objektif makroekonomi negara. [ 5 markah]


JAWAPAN:
F1- guna tenaga penuh
H1- guna tenaga penuh merujuk kepada kadar pengangguran di sesebuah negara berada pada
paras yang rendah iaitu kurang daripada 4%.
H2- guna tenaga yang tinggi menunjukkan kegiatan ekonomi banyak dijalankan.
H3- jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam pasaran adalah banyak.
H4- tingkat pendapatan negara meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan bertambah baik.

F2- kestabilan harga


H5- ketidakstabilan harga yang menyeluruh dan berterusan boleh menjejaskan taraf hidup
masyarakat.
H6- tingkat harga umum yang meningkat secara berterusan maka akan berlakunya inflasi.
H7- jika harga umum menurun secara berterusan maka akan berlakunya deflasi/kemelesetan
ekonomi.
H8- kestabilan harga dapat menjamin kestabilan kuasa beli serta kos sara hidup pengguna dan
masyarakat.

6 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

F3- pertumbuhan ekonomi


H9- pertumbuhan ekonomi menunjukkan peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan
dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
H10- pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan mendorong perkembangan dalam aktiviti ekonomi.
H11- keadaan ini mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
H12- pendapatan isi rumah dan negara akan meningkat.
H13- taraf hidup masyarakat akan meningkat.

F4- kestabilan imbangan pembayaran


H14- imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk
dan keluar kesan daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh satu tahun.
H15- jika aliran wang yang masuk ke sesebuah negara lebih tinggi daripada aliran wang yang
keluar ke negara lain, maka wujud lebihan imbangan pembayaran.
H16- kerajaan berusaha mewujudkan imbangan pembayaran lebihan kerana menguntungkan
negara.
H17- imbangan pembayaran lebihan akan meningkatkan nilai eksport barang dan perkhidmatan
serta menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
H18- rizab pertukaran mata wang asing akan meningkat dalam bank pusat.
Pilih mana-mana 2 objektif

(c) Jelaskan jenis inflasi berikut:


(i) Inflasi tarikan permintaan. [ 3 markah]
JAWAPAN:
Inflasi tarikan permintaan.
H1- Merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan masyarakat terhadap
barang dan perkhidmatan melebihi penawarannya dalam pasaran.
H2- wujud apabila peningkatan permintaan berlaku semasa ekonomi berada pada tingkat guna
tenaga penuh.
H3- lebihan permintaan menyebabkan harga barang dalam pasaran meningkat dan berlakunya
inflasi tarikan permintaan.
H4- 2 punca peningkatan jumlah permintaan dalam inflasi tarikan permintaan ialah peningkatan
tingkat pendapatan dan pertambahan penawaran wang.
H5- lukis rajah .
[ rujuk lampiran 1]

(ii) Inflasi diimport. [ 2 markah]


JAWAPAN:
Inflasi diimport.
H1- Kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang diimport dari luar negara meningkat
H2- Kenaikan harga faktor pengeluaran / bahan mentah /barang pengantaraan yang diimport akan
menyebabkan kos pengeluaran meningkat
H3- Menaikkan harga jualan barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan
H4- Kadar inflasi tinggi dari negara pengeksport
H5- Kejatuhan nilai mata wang sebabkan harga relatifnya lebih mahal

(d) Terangkan tiga sebab wujud perdagangan antarabangsa. [ 5 markah]


JAWAPAN:

7 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

Sebab wujud perdagangan antarabangsa.


F1- Sumber semulajadi yang berlainan sesebuah negara
H1a- Negara yang kaya dengan suatau sumber semula jadi akan mengeksport ke negara lain.
H1b- (cth: petroleum – Arab Saudi)

F2- Iklim dan jenis tanah


H2a- Keluaran hasil pertanian/perhutanan berbeza
H2b- (cth: buah-buahan hawa sederhana , iklim mediterranean- Australia)

F3- Tingkat kecekapan pengeluaran


H3a- Pengkhususan yang lebih cekap dan efisen
H3b- Barang dikeluarkan dengan kos pengeluaran yang lebih rendah daripada negara lain.
h3c- Faedah berbanding/ harga relative atau kos lepas yang lebih rendah
h3d- (cth: Amerika Syarikat – pengeluaran kapal terbang)

F4- Budaya masyarakat


H4a- Mempengaruhi kecenderungan pengeluaran sesuatu barang/Libat kemahiran dan minat
pekerja.
H4b-(cth : korea penggunaan alat elektronik – telefon)

F5- Harga faktor


H5a- Mempengaruhi Teknik pengeluaran barang/ pengkhususan
H5b- Buruh yang banyak
H5c- kadar upah yang lebih murah
H5d- Pengeluaran berintensifkan buruh/ modal
H5e- (cth: Amerika Syarikat dan Jepun- barang modal)

F6- Citarasa pengguna


H6a- Masyarakat pelbagai kaum mempunyai citarasa yang berbeza.
H6b- (cth: import ubatan herba dari China utk keperluan masyarakat Cina
H6c- Eksport minyak kelapa sawit ke luar negara

JAWAPAN:
Cemerlang 1

8 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

Kerajaan menghadapi masalah ekonomi iaitu kekurangan, pilihan dan kos lepas. Kerajaan mengalami
masalah kekurangan sumber hasil. Peruntukan untuk melaksanakan ketiga-tiga projek pembangunan
hanyalah RM300 juta. Oleh itu kerajaan perlu membuat pilihan projek pembangunan yang dapat
memaksimumkan kebajikan rakyat iaitu sama ada Projek Pembinaan Sekolah (RM478 juta), Rumah
Mesra Rakyat 1 Malaysia (RM 200 juta) dan Rancangan Makanan Tambahan (RM 300 juta). Faktor
kekurangan dan pilihan akan menyebabkan kerajaan menghadapi kos lepas jika kerajaan memilih satu
projek daripada ketiga-tiga projek tersebut. Kos lepas kerajaan ialah projek pembangunan kedua terbaik
terpaksa dilepaskan. Perkaitan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas boleh diterangkan Keluk
Kemungkinan Pengeluaran.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran
yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan
tingkat teknologi tertentu. Andaian untuk analisis kos lepas ialah ekonomi telah mencapai guna tenaga
penuh, ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang, sumber ekonomi adalah terhad dan tetap dan
tingkat teknologi adalah tetap.

Masalah pilihan ditunjukkan oleh pergerakan disepanjang keluk kemungkinan pengeluaran . Jika
kerajaan memilih Rancangan Makanan Tambahan (RM300 juta) maka kos lepasnya ialah Rumah Mesra
Rakyat 1 Malaysia (RM 200 juta) pada kombinasi A. Titik kombinasi A menunjukkan sifar kuantiti Rumah
Mesra Rakyat 1 Malaysia. Sebaliknya, jika kerajaan memilih untuk melaksanakan Rumah Mesra Rakyat
1 Malaysia, kos lepas nya ialah Rancangan Makanan Tambahan pada kombinasi B. Titik kombinasi B
menunjukkan sifar kuantiti Projek Rancangan Makanan Tambahan. Titik X menunjukkan kombinasi
pengeluaran yang tidak cekap kerana ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran sepenuhnya.
Oleh itu berlaku pembaziran sumber dan ketidakcekapan ekonomi.
Manakala projek Pembinaan Sekolah baharu tidak dapat dilaksanakan kerana masalah ketidakupayaan
ekonomi akibat daripada kekurangan sumber merujuk kepada titik Y yang berada di luar Keluk
Kemungkinan Pengeluaran.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran
yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan
tingkat teknologi tertentu. Andaian untuk analisis kos lepas ialah ekonomi telah mencapai guna tenaga
penuh, ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang, sumber ekonomi adalah terhad dan tetap dan
tingkat teknologi adalah tetap.
Untuk menghasilkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran perlu dibina Jadual Kemungkinan Pengeluaran

9 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

(b) Berdasarkan jawapan anda di 4 (a), cadangkan pilihan yang akan dibuat oleh kerajaan.
[6 markah]
JAWAPAN:
(Jika pelajar memilih Projek Rancangan Makanan Tambahan)
- bertujuan memberikan makanan tambahan kepada murid sekolah rendah dari dari luar bandar/
golongan yang berpendapatan rendah.
- merangkumi isi rumah pendapatan isi rumah yang berpendapatan antara RM930 hingga RM1170
sebulan/pendapatan perkapita di antara RM 230-RM250 sebulan
- bertujuan memperbaiki keadaan kesihatan fizikal dan amalan pemakanan.
- dapat mengurangkan kos sara hidup.
- dapat memberi pendidikan tentang kepentingan sarapan pagi penting
- dapat menyihatkan tubuh badan
- murid tidak lapar
- boleh fokus dalam pelajaran/cemerlang dalam pelajaran
- dapat mengurangkan beban kewangan keluarga
- meningkatkan taraf hidup
- memberikan implikasi yang baik kepada negara kerana kesihatan yang baik akan meningkatkan modal
insan yang berkualiti

ATAU
(Jika pelajar memilih Projek Pembinaan Rumah Untuk Golongan Berpendapatan Rendah)
- membantu golongan pendapatan rendah/golongan yang tidak mempunyai rumah/tinggal di rumah
usang atau daif
- membolehkan mereka memiliki rumah
- rumah merupakan keperluan asas
- rumah berharga RM60 000 ke atas
- golongan berpendapatan bawah RM 3000 sebulan layak memohon jika cukup syarat
- syarat memiliki tanah sendiri
- kerajaan menanggung sebahagian daripada kos pembinaan
- merupakan salah satu bentuk subsidi yang diberikan oleh kerajaan
- dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
- masih mempunyai baki RM100 juta
- baki boleh digunakan ke atas perbelanjaan mengurus/pembangunan yang lain/contoh yang
bersesuaian

Nota *Jika pelajar memilih Projek Pembinaan Sekolah, tiada markah diberikan

10 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

(c) Jelaskan peranan kerajaan dalam bidang perumahan yang boleh memberi kemakmuran kepada
masyarakat dan negara. [ 6 markah]

JAWAPAN:
H1- untuk memaksimumkan kebajikan rakyat
H2- kerajaan membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah
H3- kerajaan berperanan sebagai pengeluar
H4- kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial
H5- barang awam ialah barang yang dapat digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan
faedah penggunaan individu lain dan tidak boleh menghalang individu lain daripada
menggunakannya
H6- rumah yang dibina oleh kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah ialah barang awam
H7- golongan berpendapatan rendah dikenakan bayaran yang rendah untuk meiliki rumah
H8- penawaran rumah tersebut terhad
H9- barang sosial ialah barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat terbesar kepada semua
masyarakat
H10- projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah merupakan barang sosial
H11- golongan berpendapatan rendah mendapat manfaat yang besar apabila kerajaan membantu
mereka memiliki rumah kerajaan mengeluarkan perbelanjaan untuk membina projek perumahan
tersebut

JAWAPAN:

11 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

Paksi harga dan kuantiti dengan syarat ada titik origin.


- Keluk keseimbangan asal
- Keluk permintaan baru
-Titik keseimbangan baru
- Harga keseimbangan baru
- Kuantiti keseimbangan baru
Penerangan:
H1- perubahan gaji minimum daripada RM 1000 ke RM 1500 menyebabkan pendapatan boleh guna
meningkat.
H2- Permintaan kereta MYVI meniingkat
H3 -Keluk Permintaan beralih ke kanan
H4- Harga keseimbangan meningkat
H5- Kuantiti keseimbangan meningkat
H6- Titik keseimbangan meningkat

Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah ayah dapat merealisasikan impian Saiful?


[ 6 markah]
JAWAPAN:
F1- Pilihan kerjaya
H1- Pilihan kerjaya akan menentukan tingkat pendapatan Saiful

12 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

H2-Biasanya kerja yang berisiko tinggi dan memerlukan kelayakan professional akan dibayar gaji yang
lebih tinggi.
H3- Jadi jika Saiful ingin menjadi seorang peguam, belaiu akan dibayar gaji yang lumayan kerana
kerjaya sebagai peguam memerlukan kelayakan professional.

F2 Pilihan Pendidikan
H4- Saiful perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk melayakkan dirinya menjadi
seorang peguam.
H5- Saiful perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalan bidang undang-undang dan guaman.
H6- Saiful juga perlu mendapatkan sijil professional sebagai peguam sebelum memulakan kerjayanya
H7- Saiful juga perlu mengkaji kos yang perlu beliau sediakan untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang tersebut .

F3- Kemahiran
H8- Saiful perlu mengetahui tentang kemahiran yang diperlukan untuk melayakkan dirinya menjadi
peguam.
H9- Saiful perlu memiliki kemahiran sumber
H10- iaitu pengurusan masa/ pengurusan kewangan/ pengurusan bahan dan fasiliti/pengurusan
sumber manusia.
H11- Saiful perlu memiliki kemahiran intermasional
H12 -iaitu mendapat dan menilai maklumat/ mengatur dan memelihara maklumat/ menterjemahkan
maklumat
H13- Saiful memiliki kemahiran interpersonal
H14- iaitu komunikasi/membimbing/melayan pelanggan/ keupayaan kepimpinan/keupayaan
perundigan.

JAWAPAN:
H1- Tindakan bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun akan mengurangkan jumlah wang tunai
yang perlu disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.
H2 -Hal ini akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman
H3- Jumlah pinjaman meningkat
H4- Bekalan wang dalam ekonomi bertambah
H5- Kuasa beli masyarakat meningkat
H6- Tingkat harga barang cenderung meningkat.

13 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

JAWAPAN:
Kelebihan kad debit.
H1- Urusan jual beli lebih mudah.
H2- Anda membayar barang-barang yang anda beli tanpa perlu menggunakan duit tunai. Contoh
apabila anda nak bershopping, bawa je kad sekeping tu pun dah boleh bayar untuk barang yang
anda beli.
H3- Lebih selamat. Setiap urus niaga memerlukan kata laluan pemilik. Ini dapat mengurangkan
risiko kecurian, selain setiap rekod urus niaga dapat disemak menerusi sistem perbankan atas
talian.
H4- Bila anda membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus dari dalam akaun
anda, maknanya anda tidak perlu risau tentang hutang di hujung bulan. Tapi pastikan ada baki
dalam akaun anda, kalau tak, tak boleh buat pembayaran .
H5- Membantu anda mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi dari apa yang anda telah
rancang.
H6- Mendidik anda supaya lebih berjimat, sebab bila dah banyak sangat guna kad debit, duit dalam
akaun mesti berkurangan kan, jadi untuk memastikan sentiasa ada baki dalam akaun, pastikan
anda tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah

Kelemahan kad debit.

H7- Tiada Perlindungan Disebabkan syarat kelayakan memilikinya yang rendah. Perlindungan yang
ditawarkan bagi penguna kad debit juga kurang.Boleh dikatakan tiada perlindungan bagi setiap
transaksi sebagaimana kad kredit. Kad kredit membenarkan transaksi diterbalik ( dispute charges).
Bagi kad debit, takde. Pembelian dengan kad debit sama seperti anda beli secara tunai. Ia duit anda.
Bukan duit bank sebagaimana kad kredit.
H8- Transaksi Online Sesetengah kad debit dihubungkan terus ke akaun bank sebagaimana kad debit
Maybank. Ia memudahkan kita membuat bayaran online. Namun, ia juga mempunyai risiko
kehilangan wang dari akaun bank anda kerana transaksi online ini. Jika scammer memperoleh
maklumat kad debit anda, habislah duit dalam akaun anda. Gunakan kad debit yang perlu topup
setiap kali nak guna. Ia lebih selamat daripada kehilangan wang dari akaun bank . Pastikan anda tidak

14 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

mendedahkan maklumat kad debit anda sesuka hati.


H9- Pembelian Besar Jangan gunakan kad debit untuk pembelian barangan yang mahal harganya di
internet. Ini berkaitan dengan kelemahan yang pertama diatas. Jika sebarang penipuan berlaku, duit
anda akan hilang tanpa dapat dikesan. Ia berlainan sedikit jika mengunakan kad kredit.
H10- RM50 Ada sesetengah tempat yang hanya akan menerima bayaran secara kad debit sekiranya
pembelian melebihi RM50

JAWAPAN:
Objektif Go Green
Mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti dan amalan
seharian di tempat kerja.

Kepentingan amalan Go Green


H1- penjimatan penggunaan tenaga
H2- pengurangan penggunaan air/ dapat mengatasi kekurangan air
H3- mengurangkan penebangan pokok
H4- pengurangan sisa pepejal
H5- peningkatan keberkesanan sisa pepejal –amalan 3R reuse, reduse, recycle Tong sampah biru- kertas,
coklat – kaca, jingga – tin/aluminium/keluli/plastik
H6- pengurangan bahan kimia merbahaya
*penerangan mendalam beserta contoh
(Kementerian Pelancongan memperkenalkan satu lagi inovasi sektor pelancongan, kempen
“1Malaysia Green Tourism, 1Malaysia Clean” yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan
keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat-tempat yang
sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang implikasi ke atas industri
pelancongan dan membuka minda setiap rakyat Malaysia agar sama-sama menjaga kebersihan
dan memastikan negara kita sentiasa bersih dan indah.
Antara aktiviti–aktiviti yang akan dilaksanakan termasuk:
a. projek “PAT” (atau Plant a Tree) di kesemua homestay seluruh negara yang berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan, iaitu menggalakkan setiap pelancong luar negara menanam pokok
sebelum mereka pulang ke negara asal;
b. aktiviti gotong royong di tempat-tempat tarikan pelancong;

15 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

c. kerjasama dengan persatuan-persatuan dan gerai-gerai menjual makanan dan minuman


untuk mengadakan pertandingan gerai dan tempat makan paling bersih dan indah;
d. kerjasama dengan persatuan-persatuan teksi mengadakan peraduan teksi yang paling bersih,
selain pemandu yang ramah dan berpengetahuan;
e. mengadakan pertandingan “Gedung Membeli Belah Paling Bersih”;
f. kerjasama dengan kumpulan Hypermarket GIANT untuk menempatkan logo “1Malaysia Green
1Malaysia Clean” pada beg-beg keluarannya;
g. program TV khas untuk kanak-kanak yang menampilkan maskot “Mr Bin” bagi meuar-uarkan
betapa pentingnya memelihara serta memastikan persekitaran sentiasa bersih dan indah;
h. kerjasama dengan media cetak dan elektronik untuk meuar-uarkan kempen “1Malaysia Green
1Malaysia Clean”;
i. kerjasama dengan syarikat-syarikat pengurusan lebuhraya dengan pengedaran stiker-stiker
kenderaan “1Malaysia Green 1Malaysia Clean” di tol-tol plaza dan kawasan rehat tertentu bagi
meningkatkan kesedaran; dan
j. mengadakan pertandingan “Spot the 1Malaysia Green 1Malaysia Clean Sticker” pada
kenderaan-kenderaan.)
Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

(c) Bagaimanakah yang dikatakan kemajuan teknologi mempengaruhi globalisasi di Malaysia.


[6 markah]
JAWAPAN:
Perkembangan teknologi mempengaruhi globalisasi di Malaysia.
H1- sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
H2- kawalan perniagaan lebih mudah
H3- memudahkan proses komunikasi dengan adanya mel elektronik (e-mail) dan sidang video (video
conferencing)
H4- dapat menyelesaikan masalah dalam operasi perniagaan dengan mudah.
H5- pemindahan maklumat dapat dibuat dengan mudah, pantas dan murah.
H6- penggunaan internet menyebabkan aliran maklumat dan idea bergerak dengan pantas antara
individu, organisasi dan negara.
H7- menggalakkan inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
H8- penggunaan internet yang berkembang luas untuk mengakses maklumat, membuat urus niaga
kewangan dan membeli barang atas talian telah menggalakkan perkembangan globalisasi.
H9- tahun 2015 , pengguna internet hamper 20.1 juta orang.

7. (a) Terangkan implikasi pelaburan langsung asing kepada negara Malaysia. [6 markah]

JAWAPAN:
H1- Pelaburan yang dibuat oleh firma atau individu luar negara untuk memulakan operasi
perniagaan / membeli asset perniagaan di Malaysia.
H2- Peningkatan persaingan kos negara maju sebabkan syarikat multinasional memindahkan
operasi ke negara membangun dengan tujuan untuk memperoleh pengeluaran pada harga
yang lebih murah
H3-Dasar mesra pelaburan – pengecualian cukai/kredit pelaburan/pelepasan cukai.

Kesan Positif:

F1- Pertumbuhan ekonomi

16 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

H1- peningkatan keupayaan pengeluaran barang


H2- Penggunaan tenologi yang canggih
H3- Produktiviti meningkat/ peningkatan kemahiran/penggunaan kaedah pengeluaran baru

F2- Pindahan teknologi/Teknologi dibawa dari sesebuah negara


H4- Kemasukan mesin dan jentera /kaedah pengeluaran
H5- Mutu bahan mentah ditingkatkan
H6- Daya saing barang ditingkatkan
Cth: membina kemudahan pengeluaran di negara lain

F3- Pengambilahihan syarikat asing


H7- Usahasama dengan syarikat tempatan
H8- Membuka subsidari
Cth: membina kemudahan pengeluaran di negara lain
H9- Pengambilalihan syarikat asing
H10- Usahasama dengan syarikat tempatan
H11- Membuka subsidari

F4- Kemahiran modal insan


H12- Program latihan
H13- Tingkatkan keupayaan aktiviti kemahiran/ produktiviti meningkat

F5- Tingkatkan modal pelaburan


H14- Lebih banyak modal dibawa masuk ke Malaysia
H15- Menggalakan aktiviti pengeluaran/ keupayaan
H16- Meningkatkan pendapatan negara.
H17 -Pemilikan ekuiti asing
H18- Bantu firma tempatan yang hadapi masalah pembayaran modal
H19- Daya saing tempatan ditingkatkan

Kesan negative
F6 Ketidakseimbangan pendapatan
H20- Upah dan insentif lebih tinggi
H21- Upah yang lebih tinggi
H22- Sebabkan ketidakseimbangan pendapatan
H23- Syarikat multinasional – kesan buruk kepada peniaga kecil/peruncitan
Cth : pasaraya

F7- Kemusnahan alam sekitar


H24- Eksplotasi sumber alam
H25 -Kemusnahan alam sekitar
Cth: hakisan tanah/banjir kilat/ lain-lain pencemaran

F8- Aliran untung ke luar negara


H26- Firma berhak utk bawa pulang keuntungan ke negara asal
H27- Aliran keluar negara berterusan beri kesan -kadr pertukaran asing
H28- Kesan ke atas imbangan pembayaran

17 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur


MODUL CEMERLANG EKONOMI

JAWAPAN:
Harga belian:
RM 40 000 x 3.9866 = RM 159 464
H1- Pembelian akan menyebabkan DD US Dolar meningkat
H2- kadar pertukaran asing akan jatuh Kesan ke atas eksport
H3-Harga barang eksport jadi lebih murah
H4-pengimport akan beli barang dari Malaysia Kesan ke atas import
H5- Harga barang import menjadi lebih mahal Import jatuh
H6- Imbangan dagangan akan bertambah baik

(c) Bagaimanakah perlaksanaan tarif memberikan kesan terhadap ekonomi negara. [8 markah]
JAWAPAN:
Kesan positif tarif
F1- Jika negara mengimport kereta, harga kereta import akan meningkat kerana pengimport
memindahkan beban tarif kepada pengguna dengan menaikkan harga jualan.
H1- permintaan kereta imprt jatuh/ permintaan kereta tempatan meningkat.
H2-sebab harga relatifnya lebih rendah
H3-SS kereta tempatan meningkat sebab DD naik
H4-jumlah kereta import berkurang
H5-Kesan perbelanjaan negara ke atas kereta import berkurang
H6-kerajaan dapat hasil daripada kutipan tarif
H7-Guna tenaga dlm negara meningkat sebab guna byk tenaga buruh
H8- Kadar pengangguran jatuh Kesan negatif tarif
H9-Herotan (Distortion) dlm peruntukan sumber.
H10- Sumber yang mungkin digunakan lebih cekap dalam industry kain dialihkan ke industry
penggantian import
H11- Pengguna tanggung perbelanjaan yang tinggi sebab tarif naikkan harga barang import
H12-Pengguna akan guna barang yang kurang mutu jika bila perlindungan dilakukan utuk
melindungi industry tempatan tidak disertai dengan peningkatan mutu
H13-Kekurangan persainga luar akan sebabkan industry penggantian import kurang daya saing
untuk tingkat kecekapan pengeluaran.
H14-hadapi tindakbalas sama dengan negara yang dikenakan tarif
Gambarajah [ rujuk lampiran 2]

18 Hasilan MRH GK Tekvo SMK Pengkalan Aur

You might also like