You are on page 1of 11

SULIT 3767/1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SERI PERDANA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2022


EKONOMI 3767/1
Kertas 1
Januari
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 2 3767/1

1 Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi ?


A Sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan
B Satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad
C Sains kekayaan yang mengkaji keadaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara
D Satu kajian bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan

2 Jadual yang berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi dua buah projek.
Projek Anggaran Perbelanjaan
Membina jambatan di Kampung Sentosa,
Senai, Johor RM14 juta
Membina sekolah menengah di Kampung
RM13.8 juta
Peta, Mersing, Johor
Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan jika peruntukan yang ada ialah RM15
juta?
I Pilihan
II Kos pengeluaran
III Kekurangan sumber hasil
IV Kehendak yang tidak terhad
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3 Pasangan manakah yang benar tentang buruh dan usahawan.


Buruh Usahawan
A Terima ganjaran upah Terima ganjaran untung
B Bebas membuat keputusan Tidak bebas membuat keputusan
C Penawaran terhad Penawaran tidak terhad
D Bekerja sendiri Bekerja dengan orang lain

4 Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran.


Pakaian
(unit)
I
II III

IV

V
0
Kasut (unit)

Kombinasi manakah yang dapat dikeluarkan oleh firma pada faktor pengeluaran yang cekap?
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan V D III, IV dan IV
5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.
[Lihat Halaman Sebelah
3767/1 SULIT
SULIT 3 3767/1

Negara W Negara V
Firma memaksimumkan keuntungan Kepentingan masyarakat melebihi
manakala kerajaan memaksimumkan kepentingan diri
kebajikan rakyat
Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?

Negara W Negara V
A Sistem ekonomi pasaran bebas Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi pasaran bebas
C Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi campuran
D Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam

6 Antara berikut, yang manakah merupakan penyelesaian masalah asas bagi sistem ekonomi
campuran?
Masalah asas ekonomi Cara penyelesaian
A Apa yang hendak dikeluarkan? Ditentukan oleh kerajaan sepenuhnya
B Berapa banyak hendak Ditentukan oleh mekanisme harga dan
dikeluarkan? barang awam dikeluarkan oleh kerajaan
C Bagaimana hendak Menggunakan kaedah intensif buruh untuk
dikeluarkan? tujuan kebajikan
D Untuk siapa hendak Ditentukan mengikut kemampuan
dikeluarkan? membayar

7 Jadual berikut menunjukkan kombinasi pengeluaran kerusi dan meja oleh sebuah firma.
Kombinasi Meja Kerusi
keluaran (unit) (unit)
W 90 0
X 80 20
Y 55 40
Z 0 60

Berapakah kos lepas jika kombinasi berubah dari X ke Y?


A 25 unit meja C 20 unit kerusi
B 55 unit meja D 40 unit kerusi

8 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh pihak kerajaan.
Peruntukan kerajaan : RM4.8 juta
Pilihan :
 Membina jalan raya di Kampung Melur - perlukan RM4.2 juta
 Membina balai raya di Pekan Selising - perlukan RM4.0 juta
Sekiranya kerajaan membina projeknya di Pekan Selising, apakah kos lepas yang terlibat?
A Membina balai raya di Pekan Selising
B Membina jalan raya di Kampung Melur
C Bahan mentah diperlukan untuk membina jalan raya
D Bahan mentah diperlukan untuk membina balai raya
9 Apakah kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas?
[Lihat Halaman Sebelah
3767/1 SULIT
SULIT 4 3767/1

A Kebajikan rakyat terjamin C Individu bebas membuat pilihan


B Wujud persaingan yang adil D Harga barang keperluan terkawal

10 Manakah menunjukkan hukum penawaran?


Harga(RM) Kuantiti ditawar(unit)
A Menurun Tidak berubah
B Menurun Bertambah
C Meningkat Bertambah
D Meningkat Berkurang

11 Berdasarkan jadual berikut, yang manakah menerangkan hukum permintaan?


Harga asal Kuantiti diminta Harga Kuantiti diminta baru
(RM) asal (unit) baru (unit)
(RM)
A 5 12 7 10
B 5 10 7 12
C 7 12 5 10
D 7 10 5 10

12 Rajah berikut menunjukkan pergerakan titik B ke A di sepanjang keluk permintaan.


Harga (RM)
D
P0 B

A
P1

D
0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari B ke A ?
A Kenaikan harga barang penggenap C Kenaikan harga barang itu sendiri
B Kejatuhan harga barang penggenap D Kejatuhan harga barang itu sendiri

13 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran terhadap minyak sawit pada bulan Jun.

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 5 3767/1

Harga (RM)
S₁
S₀

P₀
S1
S0

0 Q1 Q0 Kuantiti (unit)
Pernyataan manakah yang menunjukkan perubahan penawaran dari S0S0 ke S1S1?
I Kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM900 kepada RM1 200
II Harga minyak kacang tanah turun
III Harga minyak sawit akan naik pada bulan Disember
IV Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar minyak sawit
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

14 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi pasaran ayam.
Harga (RM)
D1
D0 S
E1
P1
E0
P0
D1
S D0

0 Kuantiti (unit)
Q0 Q1
Mengapakah berlaku perubahan keseimbangan dari E0 ke E1?
A Kenaikan makanan ayam C Kenaikan harga ikan
B Peningkatan cukai pendapatan D Kejatuhan pendapatan pengguna

15 Ciri manakah yang benar tentang keanjalan permintaan anjal.


I Kecerunan keluk permintaan adalah landai
II Pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada satu
III Pengeluar menaikkan harga untuk meningkatkan hasil jualan
IV Peratus perubahan kuantiti yang diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

16 Keanjalan penawaran barang kilang adalah lebih tinggi berbanding keanjalan penawaran
barang pertanian. Mengapakah berlaku demikian?

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 6 3767/1

A Penawaran barang kilang adalah memerlukan buruh yang ramai manakala pertanian
memerlukan buruh yang sedikit
B Pengeluaran barang kilang dapat ditingkatkan dengan mudah apabila harga meningkat
manakala barang pertanian pengeluaran tidak dapat ditambah serta merta
C Masyarakat lebih menggemari barang kilang berbanding barang pertanian
D Barang perkilangan menunjukkan prestij manakala barang pertanian bersifat kuno

17 Maklumat berikut merujuk kepada pekali keanjalan harga permintaan bagi barang x dan
barang Y.
Pekali Barang X Barang Y
Keanjalan 2.0 0.2
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi
setiap barang tersebut?
Barang X Barang Y
A Naikkan harga Turunkan harga
B Kekalkan harga Turunkan harga
C Turunkan harga Naikkan harga
D Naikkan harga Kekalkan harga

18 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.
Harga (RM) Kuantiti Diminta (Unit)
8 6
10 4
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga naik dari RM8 ke RM10?
A 0.04 C 1.33
B 0.75 D 2.50

19 Tafsirkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang yang mempunyai keanjalan
harga permintaan sebanyak 0.4
A Apabila harga jatuh 1%, kuantiti permintaan jatuh sebanyak 0.4%
B Apabila kuantiti permintaan jatuh sebanyak 0.4%, harga jatuh 1%
C Apabila harga jatuh 1% , kuantiti permintaan meningkat sebanyak 0.4%
D Apabila kuantiti permintaan meningkat sebanyak 0.4%, harga jatuh 1%

20 Berikut adalah fungsi wang dalam ekonomi. Kenal pasti yang manakah satu fungsi wang
bagi mengatasi masalah sistem barter?
A Wang dijadikan sebagai alat perantaraan pertukaran
B Wang mudah di bawa dan tidak mudah rosak
C Wang mempunyai penawaran yang terhad
D Wang boleh digunakan untuk pembayaran pendahuluan

21 Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank
perdagangan?
[Lihat Halaman Sebelah
3767/1 SULIT
SULIT 7 3767/1

A Menjual dan membeli surat jaminan kerajaan


B Menjadi sumber pinjaman terakhir
C Memberi pendahuluan
D Mengurus pertukaran asing

22 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.

Setiap bulan Syarikat ML Berhad membayar gaji pekerja dengan


memasukkannya ke dalam akaun pekerjanya

Apakah perkhidmatan bank tersebut


A Pindahan kredit C Debit langsung
B Perintah sedia ada D Overdraf

23 Encik Amir membeli sebuah rumah yang berharga RM150 000 dengan bayaran secara
ansuran berasaskan satu prinsip dalam skim perbankan Islam.
Apakah prinsip tersebut?
A Takjiri C Mudharabah
B Wadiah D Bai Bithaman Ajil

24 Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang pinjaman bercagar?


I Jenis pinjaman untuk membeli harga tetap
II Pinjaman bersifat jangka panjang
III Pinjaman diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas
IV Jumlah pinjaman terhad dan perlu penjamin
A I dan II C I dan IV
B I dan III D II dan IV

25 Encik Maniam membuat kajian tentang jenis pekerjaan isi rumah di sebuah kawasan.
Hasil kajian tersebut adalah seperti berikut :
Pekerjaan Peratus(%)
Kakitangan kerajaan 40
Penternak ayam 20
Bekerja di kilang elektronik 20
Berniaga 5
Pesara 10
Pemandu bas 5
Berapakah peratus penduduk di kawasan itu bekerja dalam sektor ketiga?
A 50 C 60
B 55 D 65

26 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan faedah sampingan?


A Kemudahan perubatan ahli keluarga
[Lihat Halaman Sebelah
3767/1 SULIT
SULIT 8 3767/1

B Subsidi makanan
C Bayaran kerja lebih masa
D Kemudahan tempat tinggal

27 Di antara berikut yang manakah menunjukkan pengiraan pendapatan individu yang tepat ?
A Upah + sewa + faedah + untung + dividen + bayaran pindahan
B KWSP + sewa + faedah + untung + cukai pendapatan + zakat
C Upah + sewa + untung + bayaran pindahan + zakat + faedah
D KWSP + sewa + faedah + untung + dividen + PERKESO

28 Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecuali


A sewa rumah C premium insurans nyawa
B ansuran kereta D caruman KWSP

29 Pilih pasangan pernyataan yang betul berkaitan keperluan dan kehendak pengguna
Keperluan Kehendak
I Tidak menjadi keutamaan Sebahagiannya tidak tercapai
IIHarga barang ditentukan oleh Harga barang dikawal oleh
mekanisme harga kerajaan
III Sama untuk semua pengguna Berbeza antara pengguna
IV Tidak dipengaruhi oleh tingkat Dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan pendapatan
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

30 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.


Puan Fatiha telah menggunakan perkhidmatan kad kredit. Dia telah membeli seutas
rantai emas bernilai RM3 500 secara kredit. Kadar faedah harian yang dikenakan oleh
bank perdagangan ialah 0.5 peratus sehari

Berapakah jumlah bayaran balik yang perlu dilakukan oleh Puan Fatiha kepada bank jika dia
mengambil masa satu minggu untuk membayar balik?
A RM3 572.92 C RM3 675.00
B RM3 622.50 D RM5 250.00

31 Antara faktor yang berikut, manakah bukan faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan
pengguna?
A Pendapatan individu C Harga
B Pengiklanan dan pemasaran D Penawaran

32 Encik Arman merupakan seorang pekerja yang baharu diterima bekerja sebagai seorang
akauntan di syarikat ABC Sdn Bhd. Beliau bercadang membuat belanjawan peribadi seperti

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 9 3767/1

yang diajar oleh gurunya ketika beliau di tingkatan empat dalam salah satu tajuk mata
pelajaran ekonomi.
Mengapa Encik Arman perlu berbuat demikian?
A Untuk berbelanja lebih pada masa kini
B Untuk memupuk tabiat berjimat cermat
C Untuk mencapai kepuasan yang maksimum
D Untuk memudahkan beliau memperoleh pinjaman

33 Unit Amanah merupakan salah satu jenis pelaburan berisiko rendah yang boleh dipilih oleh
individu yang ingin membuat pelaburan. Mengapakah unit amanah dianggap sebagai
pelaburan yang berisiko rendah?
A Tidak terdedah kepada turun naik harga
B Tidak bergantung kepada ekonomi dunia
C Nilainya dijamin oleh kerajaan
D Dana diuruskan oleh pasukan pelaburan yang profesional.

34 Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara
bayaran kredit?
A Pengguna akan membayar harga yang lebih rendah
B Berlaku peningkatan dalam taraf hidup pengguna
C Menggalakkan pengguna berbelanja melebihi pendapatan
D Pengguna boleh menikmati diskaun harga yang lebih banyak

35 Apakah yang dimaksudkan pendapatan boleh guna?


A Pendapatan bersih yang boleh digunakan sebelum ditolak potongan wajib
B Baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan
C Jumlah pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib
D Jumlah pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib.

36 Maklumat di bawah menunjukkan hasil dan kos sebuah syarikat pengeluaran perabot.

Butiran RM
Harga seunit RM100
Bahan api RM500
Upah buruh RM3 000
Bahan mentah RM10 000
Sewa kilang RM6 000

Jika jumlah keluaran syarikat tersebut adalah 300 unit, hitungkan keuntungan syarikat
tersebut?
A RM 16 000 C RM19 500
B RM10 500 D RM30 000

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 10 3767/1

Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut

Piliha Pernyataan1 Pernyataan 2


n
A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

37 I Firma menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang


dan perkhidmatan

II Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan

38 I Sektor utama melibatkan aktiviti alam semulajadi

II Sektor utama juga dikenali sebagai sektor perkhidmatan

39 I Permintaan anjal merujuk kepada peratus perubahan harga lebih kecil daripada
perubahan kuantiti.

II Permintaan tak anjal merujuk kepada peratus perubahan harga lebih besar daripada
perubahan kuantiti.

40 I Apabila pendapatan meningkat, permintaan barang akan meningkat.

II Jika harga barang dijangkakan meningkat pada masa depan,maka permintaan


barang pada masa sekarang akan meningkat.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT
SULIT 11 3767/1

[Lihat Halaman Sebelah


3767/1 SULIT

You might also like