You are on page 1of 5

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

2022, Volume 7, Issue 12, e001966


DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1966

Ulasan Buku: Trend dan Isu Pendidikan Abad ke-21

(Book Review: Trend, Issues and Education on the 21st Century)

Nurfarhana Che Awang1* , Azmil Tayeb2


1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11700, Gelugor, Pulau Pinang,
Malaysia.
Email: nurfarhanaawangphd@student.usm.my
2Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11700, Gelugor, Pulau Pinang,

Malaysia.
Email: azmil@usm.my

ABSTRAK
CORRESPONDING Buku Trend dan Isu Pendidikan Abad ke-21 yang ditulis
AUTHOR (*): oleh Norazilawati Abdullah dan diterbitkan oleh Universiti
Nurfarhana Che Awang Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2020 berhalaman 178.
(nurfarhanaawangphd@student.usm.my) Merupakan sebuah buku yang memfokuskan kepada
pendedahan kepada masyarakat tentang hal dan isu yang
KATA KUNCI: berkaitan dengan pendidikan pada abad ke-21 di Malaysia.
Isu Pendiidkan Trend, cabaran dan isu dalam buku ini cuba dibentangkan
Alaf-21 kepada pembaca berpandukan kepada 11 anjakan
Perkembangan Pendidikan pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM, 2013-2025) serta isu pembelajaran pada
KEYWORDS: abad ke-21. Hujah-hujah dalam buku ini bukan sahaja
Educations Issues ditulis berdasarkan pengalaman dan latar belakang
Alaf 21 penulis yang berpengalaman dalam dunia pendidikan.
Education Development Bahkan, buku ini turut ditulis berdasarkan kepada
kepakaran ilmu, penulisan dan kajian-kajian yang telah
CITATION: dilaksanakan oleh Norazilawati sepanjang 17 tahun
Nurfarhana Che Awang & Azmil Tayeb. (2022).
Ulasan Buku: Trend dan Isu Pendidikan Abad
berkecimpung dalam dunia pendidikan yang telah melalui
ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and banyak fasa perjawatan bermula sebagai guru, pensyarah
Humanities (MJSSH), 7(12), e001966. sehingga menjawat jawatan sebagai Penyelaras
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1966
Pendidikan Sekolah Rendah, Penyelaras Penerbitan dan
terkini sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-Kanak Negara. Justeru, buku ini
mustahak untuk dibaca, diteliti dan diperdebatkan
khususnya kepada pendidik-pendidik di luar sana dalam
memahami trend dan isu pendidikan yang mendasari
pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 ini.

ABSTRACT
The book Trend, Issues and Education on 21st Century
written by Norazilawati Abdullah and published by
University Pendidikan Sultan Idris in 2020 has 178 pages.
It is a book that focuses on exposing the public to the
matters and issues related to education in the 21st century
in Malaysia. The trends, challenges and issues in this book
are presented to the readers based on the 11 educational

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
2
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

shifts in the Malaysia Education Development Plan (PPPM


2013-2025) as well as learning issues in the 21st century.
The arguments in this book are not only written based on
the experience and background of the writer who is
experienced in the world of education. In facts, this book is
also written based on the expertise of knowledge, writing
and research that have been carried out by the author
during her 17 years of being involved in the world of
education, as she has gone through many phases of
employment starting as a teacher, lecturer until holding
the position of Primary School Education Coordinator,
Publication Coordinator and most recently as a Deputy
Director at the National Child Development Research
Center. Therefore, this book is important to be read,
researched and debated especially for educators out there
in understanding the educational trends, issues that
underlie education in Malaysia in the 21st century.

Ulasan Buku

Asasnya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah falsafah yang


berhasrat untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani (JERI). Berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, kita telah melihat pelbagai usaha
giat yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan
hasrat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mencapai matlamatnya dalam
mengharungi pelbagai isu dan cabaran yang mendepani dalam pendidikan terutamanya
dalam isu yang berkaitan dengan perpaduan dan kesepaduan antara kaum terutamanya
selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Justeru, buku yang ditulis oleh Norazilawati secara ringkasnya cuba memaparkan
bagaimana usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam mewujudkan akses yang saksama kepada semua pihak agar kualiti
pendidikan negara bertaraf antarabangsa. Malahan, pelbagai isu yang turut dibincangkan.
Umpamanya, isu bahasa, isu cabaran dalam melahirkan murid yang menghayati nilai dan
langkah yang harus diambil untuk penerapan nilai, isu transformasi profesion perguruan,
kepimpinan pentadbiran, isu kerjasama guru da ibubapa dalam meningkatkan
keberhasilan murid. Pada bab terakhir buku ini turut mengupas hal pembelajaran abad
ke-21 yang dibincangkan dari konteks pelaksanaan, isu dan cabaran. Oleh itu, buku ini
telah menyediakan pandangan dan ilmu terhadap isu serta permasalahan yang sebenar
yang berlaku di dalam arena pendidikan di Malaysia kepada semua pihak. Malahan,
penulis turut memperlihatkan bahawa terdapat banyak cabaran dan inisiatif yang telah
diambil oleh pihak kerajaan dalam mendukung matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Tetapi persoalan, sejauh mana inisiatif, langkah dan usaha yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan berjaya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
kebangsaan dalam menyediakan pendidikan abad ke-21?

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
3
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Norazilawati Abdullah telah membingkaikan buku ini kepada 12 bab. Buku ini telah
membincangkan secara meluas isu-isu dan cabaran yang terjadi pada arena pendidikan
pada abad ke-21 ini bermula daripada bab 1 sehingga bab 12. Namun, apa yang sangat
menarik minat penulis untuk mengulas buku ini tertanam pada aspek Bab 1
(Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf
Antarabangsa) dan Bab 3 (melahirkan rakyat yang menghayati nilai) pada buku ini kerana
topik-topik ini turut menjadi topik penyelidikan utama penulis sendiri. Ini kerana, isu
yang dibincangkan pada Bab 1 dan Bab 3 merupakan isu yang sangat penting dalam
membentuk warganegara yang baik yang terkandung dan tersirat secara normatif di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahkan, penerapan nilai pendidikan dalam
subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Pendidikan Islam merupakan
suatu agenda negara untuk melengkapkan pemikiran dan pandangan generasi baharu ke
arah inklusiviti sekaligus mampu membentuk masyarakat inklusif pada masa mendatang.

Pada Bab 1 dan Bab 5, Norazilawati Abdullah menyatakan bahawa sekolah adalah sebuah
ruang yang mampu mengumpul dan membentuk perpaduan sosial terutamanya pada
negara seperti Malaysia dalam membentuk masyarakat inklusif. Ini kerana, Malaysia
memiliki keunikan sifat kepelbagaian daripada konteks etnik, agama, budaya dan warisan
yang sentiasa menjadi kekuatan dan cabaran dalam membentuk perpaduan. Maka,
keunikan konteks sosial menjadi faktor utama untuk mengekalkan perpaduan seperti
mana yang diimpikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan sehingga menyebabkan
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif memastikan kesemua kumpulan
etnik di Malaysia diberi bantuan dan sama rata dalam soal pendidikan. Umpamanya,
dapat dilihat dari aspek penggubalan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Pendidikan Moral, program RIMUP dan sebagainya. Bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang memiliki semangat patriotik dan bertanggungjawab pada
negara dan mampu membentuk integrasi sosial. Walau bagaimanapun, usaha untuk
mencapai hasrat dan matlamat seperti yang dimahukan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan suatu yang tidak mudah dan penuh dengan kompleksiti terutamanya di
negara yang bersifat majmuk seperti Malaysia. Antaranya, isu yang menjadi halangan
seperti isu polarisasi kaum yang memiliki kepelbagaian keinginan dengan masyarakat
antara kaum telah membentuk konflik yang pelbagai. Ini kerana, pendidikan pada hari ini
sebuah pendidikan yang terlalu memfokuskan kepada pencapaian akademik
menyebabkan ibu bapa kurang memberi penekanan kepada pembentukan nilai anak-
anak. Bahkan, cabaran turut diberatkan lagi dengan faktor persekitaran, pengaruh rakan
sebaya dan sebagainya menyebabkan proses pembentukan nilai di dalam pendidikan
kurang dicapai.

Oleh itu, dalam mendepani cabaran untuk membentuk masyarakat inklusif, adil dan
saksama harus melalui penerapan nilai di dalam pendidikan melalui komponen
pendidikan negara. Umpamanya, inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak
kementerian dalam penerapan dan penghayatan nilai dilihat dari lima hal. Kelima-lima
elemen ini penting untuk disepadukan agar pendidikan negara dapat mencapai
kesepaduan dan keseimbangan seperti yang mahukan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Misalnya, memperkembangkan potensi individu, menyeluruh dan
bersepadu, insan yang seimbang dan harmonis; intelek dan rakyat Malaysia yang
berketerampilan.

Penulis secara peribadi bersetuju dengan hujahan dan pandangan yang dilontarkan oleh
Norazilawati Abdullah dalam buku ini terutamanya dari aspek cabaran pembelajaran
pada abad ke-21 ini. Terutamanya dalam soal merealisasikan pembelajaran dan matlamat

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
4
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Falsafah Pendidikan Malaysia turut memerlukan tenaga pengajar atau guru yang
mempunyai kemahiran memimpin dan membimbing para pelajar serta memperlihatkan
kepelbagaian perubahan yang dilaksanakan oleh KPM dalam memastikan pembelajaran
pada alaf 21 kekal relevan. Namun demikian, penulis merasakan tidak begitu setuju
dengan kenyataan yang ditulis oleh Norazilawati Abdullah pada halaman 178 iaitu “Bagi
mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemas kini pengetahuan
(kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi pdpc) supaya kekal revelan dengan
keperluan semasa dan mendatang”. Betul penulis bersetuju bahawa guru harus sentiasa
mengemas kini kemahiran guru sebagai pendidik dalam mendepani cabaran global dan
alaf semasa. Namun begitu, penulis lebih bersetuju seandainya Norazilawati Abdullah
turut menyatakan bahawa keseluruhan pihak (aktor pentadbir dan aktor pelaksana)
turut harus mengemas kini kemahiran dan menambah ilmu dalam memastikan
pentadbiran negara kekal relevan dari aspek polisi di peringkat penggubalan sehingga
pada peringkat pelaksanaan. Ini kerana, aspek kompetensi dan kecemerlangan guru
sahaja tidak mampu untuk membentuk dan mencapai kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kerana arena pendidikan merupakan sebuah lapangan yang melibatkan
pelbagai pihak. Maka, fokus tidak hanya harus dilihat pada isu dan permasalahan pada
peringkat fungsi kompetensi dan kecemerlangan pihak pelaksanaan (guru) semata-mata.

Kekuatan buku ini berkisar kepada pada langkah dan usaha pihak kementerian dalam
mendepani trend dan isu pendidikan yang dilaksanakan oleh Pihak Kementerian
Pendidikan dalam mendepani cabaran mendatang. Umpamanya, akan berlaku rombakan
dan penambaikan daripada sudut dasar, pelan, program dan perancangan untuk
menambah baik dasar pendidikan hasil tindak balas daripada isu yang terbit. Namun
demikian, buku ini tidak menyatakan secara menyeluruh cabaran dan isu yang turut hadir
dalam arena pendidikan terutamanya di peringkat pelaksanaan dasar yang di hadapi oleh
pihak pentadbir sekolah dan guru-guru. Misalnya, hal keupayaan guru dalam
melaksanakan program dan dasar-dasar yang digubal oleh pihak penggubalan dasar.
Contohnya, permasalahan yang dihadapi guru semasa melaksanakan dasar serta
pengukuran keupayaan guru turut harus dilihat dan diukur oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam mendepani cabaran pendidikan alaf ke-21. Tujuan supaya
segala dasar, program dan aktiviti yang dirangka oleh pihak berwajib dapat dilaksanakan
sebaik mungkin mengikut kapasiti dan keupayaan tenaga guru pelaksana. Sebaliknya,
perbincangan buku ini hanya memfokuskan kepada inisiatif dan usaha yang diambil oleh
pihak aktor penggubal dasar untuk menangani permasalahan yang terjadi dalam
mendepani isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah terutamanya.

Seharusnya, dalam menggambarkan isu pendidikan sebenar pada abad ke-21.


Norazilawati Abdullah seharusnya membingkaikan penulisan daripada pelbagai aspek
pendidikan bermula daripada peringkat implementasi dasar sehingga ke peringkat
pelaksanaan dasar yang turut harus merangkumi keupayaan golongan pelaksana
melaksanakan dasar, program dan aktiviti yang dirangka supaya matlamat dasar dapat
dicapai sepenuhnya. Ini kerana, cabaran dan isu permasalahan tidak sekadar hadir pada
peringkat penggubalan dasar dan sudut program digubal untuk menyelesaikan
permasalahan. Sebaliknya, pembentukan sesebuah dasar itu telah sempurna sehingga
hanya perlu ditambah baik sahaja. Tetapi aspek keupayaan guru dan pihak sekolah harus
diambil kira. Misalnya, kekurangan masa, kepadatan jam pengajaran guru, sumber tenaga
pengajar dan kepakaran guru, kewangan dan sebagainya. Kesemua ini turut memainkan
peranan yang penting dalam keberjayaan mencapai pendidikan alaf 21. Ini kerana,
keberjayaan sesuatu dasar pendidikan bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan
kemampuan guru melaksanakan dasar dan program yang digubal.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
5
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Namun begitu, inilah limitasi pada buku ini dan fokus tidak seharusnya diletakkan kepada
limitasi ini sebagai kelemahan pada buku ini. Setidaknya buku ini telah secara
menyeluruh menerangkan dan membincangkan isu dan permasalahan pendidikan.
Terutamanya, tentang bagaimana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha menyediakan kesamarataan akses kepada semua pihak, usaha
mentransformasikan profesion guru, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) serta elemen kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk ibubapa, guru dan
masyarakat. Pada pandangan penulis, secara keseluruhan Norazilawati Abdullah telah
menulis buku ini dengan cemerlang dan membincangkan daripada pelbagai sudut
cabaran yang dihadapi oleh arena pendidikan di Malaysia.

Sehubungan itu juga, seperti yang diharapkan oleh Norazilawati Abdullah agar buku ini
mampu dimanfaatkan dan menjadi panduan berguna kepada pendidikan dan semua
pihak yang berminat mendalami isu dan trend pendidikan di Malaysia. Penulis turut
berharap semoga lebih ramai para sarjana diluar sana turut memperdebatkan isu dan
cabaran pendidikan supaya sistem dan dasar pendidikan dapat ditambah baik untuk
kemajuan negara terutamanya dalam mewujudkan masyarakat inklusif menuju
pembinaan bangsa Malaysia.

Rujukan

Norazilawati Abdullah. (2020). Trend dan Isu Pendidikan Abad ke-21. Tanjung Malim,
Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).

You might also like