You are on page 1of 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Minggu / Hari / Tarikh : 39 / ISNIN / 15 JANUARI 2024


2. Kelas / Masa / Mata Pelajaran: 2 BIJAK / 8.30 PTG- 9.00 PTG / PENDIDIKAN JASMANI
3. Bidang / Sub Bidang/ BIDANG KECERGASAN : KONSEP KECERGASAN
Tajuk: UNIT 8: LARIAN CERGAS / SEDIA CERGAS
4. Standard Kandungan: 3.3 Melakukan senaman meningkatkan kelenturan dengan lakuan yang betul.
4.3 Mengaplikasikan konsep asas kelenturan.
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan
5. Standard Pembelajaran: 3.3.1 Melakukan senaman regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama.
4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian yang meregang semasa aktiviti
kelenturan dilakukan
5.1.1 Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang
dijalankan
6. Objektif Pembelajaran: Diakhir pembelajaran murid dapat:
1. PSIKOMOTOR : melakukan aktiviti gerakkan dinamik dan statik.
2. KOGNITIF: menyatakan otot-otot utama pada bahagian tubuh semasa membuat
aktiviti merengang.
3. AFEKTIF: memakai pakaian sukan yang sesuai semasa melakukan aktiviti.
7. Kriteria Kejayaan: Murid akan berjaya jika boleh:
1. Melakukan aktiviti mengutip pundi kacang dalam kumpulan dalam posisi
membongkok dan mengilas.
8. Aktiviti PDP: PERMULAAN/SET INDUKSI – Memanaskan Badan
1. Murid membuat aktiviti regangan dan pemanasan badan dalam bulatan mengikut
rakan dalam kiraan 8.
Aktiviti 1: Mengundi kacang
2. Melepaskan pundi kacang ke belakang.
3. Membongkok dan mengambil pundi kacang melalui dua belah kaki.
4. Ulang aktiviti dalam posisi duduk dengan mengambil pundi kacang di sisi kiri dan
kanan.
Aktiviti 2 : Mengilas
5. Berdiri membelakangkan kawan pada jarak yang sesuai.
6. Hanya satu pundi kacang sahaja digunakan.
7. Murid A akan menghantar pundi kacang kepada murid B secara mengilas.
8. Murid B juga akan mengilas badan semasa menerima pundi kacang.
9. Lakukan beberapa kali dan tukar arah.
Aktiviti 3 Permainan Kecil : Limbo Rock
10. Murid dalam kumpulan kecil.
11. Apabila muzik dimainkan, murid bergerak melepasi bawah palang kayu dengan cara
meleding.
12. Ketinggian kayu semakin direndahkan sehingga beberapa orang murid sahaja yang
boleh melalui di bawah palang kayu tadi.
13. Pemenang adalah murid yang dapat melepasi palang kayu yang paling rendah
GERAK KENDUR – Penyejukkan Badan
14. Murid melakukan gerak kendur serta menyejukkan badan sambil menarik nafas.
15. Murid menyatakan otot-otot utama pada bahagian tubuh semasa membuat aktiviti
merengang dan rumusan.
9. Pengisian Kurikulum BM, Matematik, PK ,Sains
9.1 Ilmu / Nilai Mendengar Arahan, Berkeyakinan dan Menghormati
9.2 EMK / KB / BCB Keusahawanan/ Menyelesaikan Masalah / Kemahiran Mengingat
10. Bahan Bantu Mengajar Buku teks digital PJPK 59, Wiesel, skital , speaker
11. Penilaian / Pentaksiran S.P 3.3.1 Rujuk aktiviti 1,2 dan 3.
PdP
12. Refleksi / Impak  ___ / _____ murid yang hadir.
____ murid yang tidak hadir  Aktiviti pentaksiran PBD telah dijalankan terhadap _________ murid.
____________________________  Seramai _________ murid akan dibimbing dan dinilai semula.
____________________________  PdP ditangguhkan / disambung pada hari esok / berikutnya.

SK MUTIARA

You might also like