You are on page 1of 3

Mengumumkan ketibaan Yg Berusaha ___________________________,

_________________________ Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Hadirin dipohon berdiri

Teks Cue
Hadirin yang dihormati sekalian, Negaraku
Majlis akan dimulakan terlebih dahulu dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin
dipohon berdiri dan bersama menyanyikan kedua-dua buah lagu dengan penuh
semangat.
Negaraku ..tamat
Selangor .. tamat

Hadirin dipersilakan duduk.

Lebat kemiri pohonnya rendah, Doa


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, pihak majlis ingin menjemput Al-
Fadhil Ust. Muhd Zanif Bin Zahari bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Doa..tamat

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis
kita akan berjalan lancar dan sentiasa dalam naungan limpah rahmatNya.

Assalamualaikum salam sejahtera Aluan MC


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yg Berusaha,__________________________, _____________________ Pejabat


Pedidikan Daerah Hulu Langat
Yg Berusaha, Barisan Guru-guru Besar sekolah-sekolah daerah Hulu Langat.
Pn Nurhuda Binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, SKAC
Tn Hj Muhammad Shah Bin Hj Rahman, GPK HEM SKAC
Pn Nor Ruzita Binti Ismail, GPK PPKi SKAC
Barisan guru-guru pengiring, guru-guru,
Dan para peserta Fun & Explore peringkat daerah Hulu Langat 2023.
Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera , Salam Malaysia Madani, Salam Anak
Baik Lagi Cerdik.

Pihak majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan


ke Majlis Perasmian Penutup program Fun & Explore di bawah kelolaan panitia
Matematik SKAC.
*Selingan info

Sudilah tuan jalan berlapan, Ucapan aluan


Jalan berlapan di malam kelam; GB/PK
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Majlis akan diteruskan dengan ucapan aluan daripada


_____________________________________
bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan ..Tamat
Pihak majlis merakan jutaan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian


Majlis akan diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para
peserta Fun & Explore daerah Hulu Langat 2023.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput


______________________, __________________ PPD Hulu Langat
Diiringi Pn Nurhuda Binti Ahmad, GPK Ko-kurikulum SKAC
Bagi menyempurnakan acara. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**

Jutaan terima kasih diucapkan kepada _________________ atas kesudian


tuan/puan menyampaikan sijil dan hadiah kepada para peserta sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari, Ucapan


Jangan patahkan batang jerami; perasmian
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian,
Pihak majlis dengan rasa berbesar hati, mempersilakan ,
__________________, __________________ PPDHL
untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan perasmian penutup
program Fun & Explore daerah Hulu Langat 2023. Dengan penuh takzimnya
dipersilakan.

Ucapan perasmian..tamat

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi
untuk bersama-sama menjayakan program ini seterusnya merasmikan
penutupan program Fun & Explore 2023.

Dengan berakhirnya ucapan perasmian tadi, maka berakhirlah program kita


pada hari ini.
Sebelum berpisah izinkan saya menguntaikan 2 rangkap pantun.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya mewakili pentadbiran SKAC dan pengerusi pengelola memohon sejuta


kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Akhir kalam, sehingga berjumpa lagi di masa akan datang.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

You might also like