You are on page 1of 8

SURAT  

RASMI

Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,
23000 Dungun,
Terengganu.
_________________________________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Syukur,
23000 Dungun,
Terengganu.                                                                                                                                         2 Mac ……

Tuan,

Memohon Untuk Meminjam Khemah

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, Persatuan Pengakap sekolah ini akan
mengadakan perkhemahan di Pantai Rantau Abang selama tiga hari iaitu dari 23 Mac 20…sehingga
25 Mac 20….

2.     Masalahnya sekolah kami kekurangan khemah. Oleh tu, kami ingin meminjam tiga buah
khemah daripada sekolah tuan bagi memastikan tujuan ini dapat diteruskan.

3.     Kami sangatlah berharap sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan ini. Kerjasama dan
perhatian daripada tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dan secara tidak langsung dapat
menjayakan hasrat sekolah kami.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Nurul Syasya
(NURUL SYASYA BT ISMAIL)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Gong Pasir,
Dungun, Terengganu.
SYARAHAN

                Selamat pagi dan salam sejahtera dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara
Pengerusi Majlis, panel hakim yang tetap berdiri di atas neraca keadilan, yamg berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada
pagi yang penuh nostalgia ini ialah “Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar”.

Para pendengar yang budiman,

                Kita sebagai rakyat bumi Malaysia berbesar hati melihat kemajuan yang dicapai oleh negara
kita. Semakin maju dan semakin membangun. Namun begitu, dalam ‘gah’ menuju kemodenan,
tanpa kita sedari alam sekitar terabai dan tercemar. Berikutan pertambahan bilangan kenderaan
mengakibatkan asap tebal bermaharaja di udara. Udara tidak lagi bersih bertukar menjadi amat
kotor. Selain itu, penebangan hutan secara tidak terancang turut menjejaskan alam sekitar.
Penebangan hutan ini boleh membawa kepada masalah hakisan berikutan banyak pokok telah
ditebang.

                Pembakaran hutan dan sampah secara terbuka merupakan satu lagi punca pencemaran
alam sekitar. Asap tebal menjadikan kawasan tersebut berjerebu dan akan menjejaskan kesihatan
manusia serta kehidupan flora dan fauna. Pembuangan sampah merata-rata menjadikan
pemandangan alam sekitar kotor dan tidak terurus sedangkan tong sampah disediakan. Begitu juga
dengan kilang-kilang yang mengeluarkan asap beracun ke udara turut menjejaskan alam sekitar.
Kilang-kilang ini turut membuang sisa toksik ke dalam saliran seperti sungai. Natijahnya, sungai
tersebut tersumbat, kotor dan hidupannya mati.

Sidang hadirin yang dihormati,

                Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar ini harus dipandang serius kerana akan
mengancam kesejahteraan hidup manusia dan kestabilan ekologi. Langkah pencegahan dan
pengawalan harus teliti dan diambil bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlanjutan.
Sebelum mengundur diri, saya ingin memohon ampun dan maaf jika tersalah bicara.

                Sekian, terima kasih.


PERBAHASAN

                Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, pihak
pembangkang dan para hadirin sekalian. Saya selaku pihak pencadang menyokong sepenuhnya tajuk
syarahan yang diberikan iaitu “Permainan Tradisional Lebih Baik daripada Permainan Masa Kini”.

Hadirin yang saya muliakan,

                Permainan tradisional mesti diteruskan sampai bila-bila. Permainan tradisional inilah yang
mencerminkan asal-usul rumpun Melayu. Kita sebagai generasi baru tidak seharusnya memulaukan
permainan ini. Hakikatnya permainan tradisional ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya cipta
tersendiri. Keseniannya itulah menjadikannya begitu unik. Contohnya permainan gasing, layang-
layang, congkak dan sebagainya. Cantik dan halus buatannya. Tambahan pula, permainan tradisional
tidak memerlukan belanja yang mahal berbanding dengan permainan pada masa kini.

                Kebanyakannya, permainan masa kini menggunakan tenaga elektrik dan bateri. Untuk
memilikinya juga mahal. Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah, mereka tidak mampu
membelinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka.

                Selain itu, permainan tradisional dapat merapatkan silaturrahim antara pemain kerana
permainan ini biasanya dimainkan secara berkumpulan. Berbeza dengan permainan masa kini yang
lebih bersifat individu. Contohnya permainan video, komputer dan sebagainya.

Sidang hadirin yang dihormati,

                Nampaknya masa mencemburui saya untuk terus berhujah. Sekali lagi saya ingin tegaskan
bahawa permainan tradisional lebih baik daripada permainan masa kini. Sekian, terima kasih.
UCAPAN

                Yang Mulia Tuan Prngerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar iaitu Encik Ahmad
Tajuddin bin Abu Bakar, guru-guru, ibu bapa dan kwan-kawan sekalian. Saya berterima kasih dan
rasa sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan di majlis yang
berbahagia ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

                Majlis penyampaian hadiah ini sering diadakan pada setiap tahun. Ia diadakan untuk
memberi dorongan supaya para murid akan lebih berusaha untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya. Semoga anda
akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kejayaan murid pada hari ini
adalah kerana kegigihan dan kesabaran guru yang mendidik. Justeru itu, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru yang mendidik tanpa rasa jemu. Jasa kalian terlalu tinggi nilainya.

                Untuk itu  saya menyeru kepada rakan-rakan supaya tekun belajar. Ini kerana kejayaan
anda itu juga akan menentukan mada depan anda. Oleh itu, marilah kita semua berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan semoga segala impian menjadi kenyataan.

                Sebelum saya mengakiri ucapan ini, saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan
seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Kepada teman-teman seperjuangan, gandakan
usaha anda. Jadikan murid yang berjaya sebagai model anda.

   Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan selamat maju jaya.


Sekian, terima kasih.
Laporan
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda dikehendaki menulis satu
laporan pertandingan bercerita yang telah diadakan.

Laporan Pertandingan Bercerita,Anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah


Kebangsaan Matang Bestari,Kuala Terengganu.

       Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan bercerita.Pertandingan ini


telah diadakan pada 7 Mac … yang bertempat di Dewan Fatima Al-Zahra iaitu dewan besar
Sekolah Kebangsaan Matang Bestari,Kuala Terengganu.Pertandingan ini mengambil masa  4
jam iaitu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
      Tujuan pertandingan bercerita ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dan
membentuk keyakinan serta bersikap berani.Pertandingan ini disertai oleh 14 orang peserta
yang terdiri daripada tahap satu dan tahap dua.Bermakna terdapatnya dua kategori iaitu 7
orang kategori tahap satu dan 7 orang lagi untuk kategori tahap dua.Cerita yang
dipersembahkan oleh peserta ini telah ditetapkan tajuknya oleh guru masing-masing. Cerita
mereka berpandukan peribahasa yang membawa maksud kegigihan.Hadiah merupakan
sijil  dan baucer buku sumbangan Persatuan Bahasa Melayu ditawarkan.Hadiah tersebut
disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Tuan Haji Zahari b Mohd.Zain.
      Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,                                                                                                 12MAC …

azwin
(AZWIN BINTI BAKAR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Matang  Bestari,.
catatan

Anda berpeluang mengikut bapa saudara anda menghabiskankan cuti minggu di kampung datuk
anda.Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk berada di kampung datuk anda itu dengan
selengkapnya.

Ahad,6 Julai
7.30 pagi
Aku dan keluarga bapa saudaraku bertolak ke kampung datuk dan nenek di Kampung Padang
Kemunting.Datuk dan nenek gembira menyambut kedatangan kami.Kami bersembang dengan datuk
dan nenek.Selama ini mereka kesunyian,tetapi pagi  ini kesunyian mereka terubat dengan
kemunculan kami tanpa mereka duga.

9.00 pagi
Aku mengikut datuk ke sungai yang terletak di belakang rumah.Datuk menunjukkan lukah-lukah
yang dipasangnya bagi memerangkap ikan air tawar kepadaku.Aku tertarik apabila melihat banyak
ikan yang terperangkap.Datuk mengeluarkan ikan-ikan yang terperangkap untuk dibawa pulang.
                                 
11.00 pagi
Sesampai di rumah,aku terus ke dapur menyuruh nenek  masak lemak cili padi.Masakan nenek tiada
tandingannya.Tiba-tiba muncul bapa saudaraku dengan membawa balik buah petai,jering dan
kerdas.Melihatnya membangkitkan seleraku yang tidak sabar-sabar menunggu waktu tengah hari.

12.30 pagi
Sajian makan tengah hari telah siap.Kami semua menjamu selera makan tengah hari.Bukan main
enak lagi masakan kampung.Gulai lemak cili api,sayur pucuk paku,sambal belacan,jantung pisang
rebus dan ulam-ulaman.

3.00 petang
Bapa saudaraku memanjat pokok rambutan untuk dibawa pulang ke kota.Buah rambutan ranum di
hadapan rumah datuk membuatkan aku tak berhenti mengunyak.Asyik makan memanjang.

6.00 petang
Kami bertolak pulang.Datuk dan nenek berasa sedih untuk melepaskan  kami pergi.Aku bersalaman
dengan datuk dan nenek dan terus masuk ke dalam kereta.
Dialog

Kawan anda sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah.Anda menelefon kawan anda untuk mengetahui
keadaan yang sebenarnya.Tuliskan dialog antara anda berdua selengkapnya.

Tasya   : Hello,boleh bercakap dengan Fatin?


Fatin    : Fatin sedang bercakap. Ini siapa ?
Tasya   : Ini Tasya.Awak apa khabar? sudah tiga hari awak tidak hadir ke sekolah.
Fatin    : Saya sudah beransur  sihat.Sebenarnya saya diserang demam panas.
Tasya   : Awak sudah berjumpa doktor?
Fatin    : Sudah.Banyak betul doktor bagi saya ubat.Menjadikan  saya takut hendak makannya.
Tasya   :Awak tidak boleh buat begitu.Awak kena habiskan ubat yang diberikan oleh doktor.Nanti
              cepat sembuh.Awak juga kena banyakkan rehat.
Fatin    : Sudah letih saya berehat di rumah ni,Tasya.Oh ya,tentu sudah  banyak saya ketinggalan
               pelajaran yang diajar oleh cikgu.
Tasya   : Itu awak usahlah bimbang.Nanti kita boleh ulang kaji bersama-sama.Saya akan sediakan
               nota yang tertinggal tu untuk awak.
Fatin    : Terima kasih Tasya. Awak sungguh baik.
Tasya   :  Oh ya,rakan-rakan sekelas kita semuanya berkirim salam dan berharap awak cepat
                sembuh.Saya juga doakan awak cepat sembuh dan dapat datang ke sekolah seperti
                biasa.
Fatin    : Terima kasih.Sampaikan salam saya buat semua.
Tasya   : Baiklah.           
Berita
Sebagai seorang pemberita ,anda dikehendaki menulis berita mengenai banjir yang melanda
di pantai timur.Sediakan berita tersebut.

PASIR PUTIH,28 November- Banjir besar telah melanda sebahagian besar daerah ini akibat
hujan lebat yang disifatkan paling buruk pernah berlaku sejak 15 tahun lalu.Tahun lepas
banjir di daerah itu boleh juga dikategori buruk tetapi tidaklah seburuk banjir pada kali ini.
      Kawasan yang terjejas teruk akibat dinaiki air ialah di sekitar Jalan Siam dengan paras air
melebihi satu meter.Keadaan yang sama turut berlaku di Jalan Semangat,Jalan Sekolah, dan
Jalan Kuala.Sebelum ini kawasan tersebut jarang dinaiki air.Jadi,kali ini telah berlaku banjir
yang teruk di kawasan tersebut.
     Sementara itu beberapa buah sekolah yang dinaiki air terpaksa ditutup.Sekolah-sekolah
tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (P) Pasir Puteh,Sekolah Kebangsaan (L) Pasir Puteh,dan
Sekolah Menengah Pasir Puteh.Menyebabkan persekolahan terpaksa dihentikan buat
seketika akibat banjir yang melanda teruk di kawasan itu.
    Banjir tersebut juga menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda di kawasan
perumahan dan premis-premis perniagaan.Banyak rumah yang tenggelam disebabkan
longkang-longkang di kawasan perumahan itu tersumbat.Dalam sekejap sahaja air mula
melimpah.
    Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Puteh,Encik Arash Basir ketika dihubungi
berkata,beliau telah meminta kerjasama semua pihak dan unit bantuan banjir untuk bersiap
sedia bagi memindahkan penduduk setempat ke tempat yang lebih selamat sekiranya paras
air semakin meningkat.
    Encik Aras Basir juga menasihatkan para penduduk di kawasan itu agar tidak sesuka hati
bermain air tanpa mengira bahaya yang mungkin akan berlaku.Lebih-lebih lagi kanak-
kanak.Beliau menasihatkan supaya penduduk berhati-hati agar tidak akan berlaku kejadian
yang tidak diingini.

You might also like