You are on page 1of 5

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN SKIM GRED PERJAWATAN PENOLONG JURUTERA

1. TUJUAN
1.1. Tujuan kertas kerja ini adalah bagi mencadangkan penstrukturan Skim
Perkhidmatan Penolong Jurutera yang mengasingkan kelayakan masuk Sijil
Kejuruteraan dan Diploma Kejuruteraan.

2. LATAR BELAKANG
2.1. Skim Perkhidmatan Penolong Jurutera sekarang ini adalah berasaskan kelayakan
masuk dengan Sijil Kejuruteraan dan Diploma Kejuruteraan dengan gred yang
sama JA29 dan hanya dibezakan dengan tangga gaji permulaan saja.

2.2. Lambakan kakitangan JA29 daripada proses penjumudan Gred J17, J22 dan J26
(lantikan sijil kejuruteraan) serta penyandang J29 hakiki (lantikan diploma
kejuruteraan) yang telah meyebabkan kehilangan 'Chain Of Command' yang
telah menganggu gugat perjalanan kerja di masa kini.

2.3. Laluan kerjaya yang yang kabur dan statik bagi penyandang Sijil kerana terpaksa
bersaing dengan penyandang Diploma .

2.4. Kadar Time Base sedia ada terlalu lama dan perlu dipendekkan supaya Skim
Perkhidmatan lebih kompetatif dan peningkatan kopetensi.

3. OBJEKTIF
3.1. Penstrukturan yang lebih tertatur di antara penyandang Sijil dan Diploma dengan
memberi semula kekuatan 'Chain Of Command dalm sturtur organisasi.

3.2. Laluan kerjaya yang lebih jelas di mana Penyandang Sijil boleh dinaikan pangkat
ke Jawatan Kelayakan Diploma dengan faktor pengalaman kerja dan prestasi
kerja.
4. CADANGAN
4.1. Penstrukturan yang dicadangkan adalah menambah beberapa Skim Perkhidmatan
khas untuk penyandang Sijil .

Gred Semasa Cadangan Cadangan Justifikasi Justifikasi Cadangan


Gred Baru Tangga Gaji (Baru) (Sedia Ada) Time Base
JA29 JA29 JA29 Sijil Penyandang 5-8 Tahun
J17
JA32 JA32 Sijil/Diploma Penyandang 5-8 Tahun
J22
JA34 JA34 Sijil/Diploma Penyandang 5-8 Tahun
J26
JA36 JA36 JA36 Diploma/ Penyandang 5-8 Tahun
KPSL untuk J29
Sijil
JA38 JA38 JA38 Diploma Penyandang 5-8 Tahun
J36
JA40 JA40 JA40 Diploma Penyandang
J38 3-8 Tahun
JA42 JA42 Gred
Bersepadu

5. IMPLIKASI
5.1. Kelayakan masuk bagi jawatan Penolong Jurutera adalah Sijil / Diploma
Kejuruteraan namun cadangan penstruktran ini memberi impak yang lebih positif
untuk struktur organisasi.

6. KESIMPULAN
6.1. Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Jurutera adalah untuk meningkatkan
potensi dan prestasi kakikatngan yang selama ini berusaha penuh menjlankan tugas yang
telah diamnahkan. Penstrukturan ini adalah sejajar dengan usaha menambahbaik skim
Perkhidmatan Penolong Jurutera agar dapat mengharungi ledkaan revolusi Industri 4.0.
SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG JURUTERA

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN


KUMPULAN PELAKSANA
TARIKH KUATKUASA 01 JULAI 2018
GRED JADUAL GAJI SEBARIS KGT
Gred JA29 RM1,549.00 - RM2,749.00 RM150.00
Gred JA32 RM2,299.00 – RM3,619.00 RM 165.00
Gred JA34 RM3,124.00 – RM4,564.00 RM180.00
Gred JA36 RM4,099.00 – RM5,659.00 RM195.00
Gred JA38 RM5,149.00 – RM6,829.00 RM210.00
Gred JA40 RM6,274.00 – RM8,074.00 RM225.00
Gred JA42 RM7,399.00 – RM9,399.00 RM250.00
SYARAT LANTIKAN 1. Cadangan bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut :

a) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diktiraf oleh


Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang
setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00)

b) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh


Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA32 : RM2,299.00)
SYARAT LANTIKAN 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
BAHASA MELAYU (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
KENAIKAN PANGKAT KE 3. Penolong jurutera JA29 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA32 bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera Gred
JA32 secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Disahkan dalam perkhidmatan.


b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
c) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
e) Telah berkhidmat selama 5 tahun.
KENAIKAN PANGKAT KE 4. Penolong jurutera JA32 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA34 bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Jurutera Gred
JA34 secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.


b) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
d) Telah berkhidmat selama 5 tahun.
KENAIKAN PANGKAT KE 5. Penolong jurutera JA34 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA36 oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA36
secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (b) atau lulus


Peperiksaan Khas untuk kelayakan di perenggan 1 (a).
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
c) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
e) Telah berkhidmat selama 5 tahun.
KENAIKAN PANGKAT KE 6. Penolong jurutera JA36 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA38 oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA36
secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.


b) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
d) Telah berkhidmat selama 5 tahun.
KENAIKAN PANGKAT KE 7. Penolong jurutera JA38 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA40 oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA36
secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.


b) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
d) Telah berkhidmat selama 5 tahun.
KENAIKAN PANGKAT KE 8. Penolong jurutera JA40 adalah layak dipertimbangkan
GRED JA42 oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan
secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA36
secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira
kekosongan jawatan apabila telah :

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.


b) Memenuhi kompetensi dan potnesi yang ditetapkan.
c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan
dan
d) Telah berkhidmat selama 3 tahun.
PEMAKAIAN BERSAMA 9. Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai
PERBEKALAN UMUM dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-
SKIM PERKHIDMATAN perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum
Skim Perkhidmatan.

Disediakan Oleh :

….......................................................................... ….....................................................................
(MUHAMMAD NUR IQBAL BIN MD SALEH) (MOHD FAISAL BIN MAHMUD)
KESATUAN PEGAWAI KANAN RISDA KESATUAN PEGAWAI KANAN RISDA
(KPKR) (KPKR)

You might also like