You are on page 1of 3

FASA

AKTIVITI
Di dalam fasa ini,pengaturcara akan:

- menemubual pelanggan bagi mengetahui apa yang diperlukan oleh


pelanggan.
- menentukan INPUT, PROSES dan OUTPUT bagi program yang akan dibina
- mengenalpasti penyelesaian yang mungkin bagi masalah

Contoh Masalah:
1. Analisis
Tulis sebuah aturcara yang membaca dua nombor dan mengira jumlah kedua-
Masalah
dua nombor tersebut.

Cara menganalisis masalah:


- Tentukan :
 Input = nombor1 , nombor2
 Proses = mengira jumlah nombor1 dan nombor2
 Output = hasil tambah nombor1 dan nombor2

2. Rekabentuk Di dalam fasa ini, pengaturcara akan:


Program
- menulis kod pseudo
- melakar carta alir
- merekabentuk antaramuka pengguna / Graphical User Interface (GUI)

 KOD PSEUDO
- ditulis dalam bahasa tabii manusia (Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris)
- tidak mementingkan perincian (pemboleh ubah tidak perlu diisytiharkan
dan fungsi tidak dinyatakan).
- hanya memberi gambaran tentang proses yang akan dilaksanakan
- tidak mempunyai format piawai
-contoh kod pseudo bagi masalah di atas ialah:

mula
baca nombor1
baca nombor2
tambah nombor1 dan nombor2 dan simpan dalam hasiltambah
papar hasiltambah
tamat
 CARTA ALIR
- merupakan simbol-simbol piawai yang mempunyai maksud tersendiri
dan mewakili perlaksanaan tugas tertentu.
- digunakan untuk mempamerkan secara bergambar aliran logik aturcara
dengan simbol-simbol khas disambung menggunakan garisan arah aliran
- antara simbol perwakilan yang terdapat dalam carta alir ialah:

- contoh carta alir bagi masalah di atas ialah:


 ANTARAMUKA PENGGUNA GRAFIK
- merupakan antaramuka yang menggunakan grafik bagi menjadikan sesuatu
program itu mesra pengguna
- contoh antaramuka pengguna grafikyang dibina menggunakan perisian
Visual Basic ialah:

Pada fasa ini,pengaturcara akan:

- menukarkan kod pseudo kepada kod yang difahami oleh komputer dengan
menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic
- contoh kod aturcara bagi mengira hasil tambah dua nombor (ditulis dengan
menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic) ialah:
3. Pengekodan
Private Sub cmdAdd_Click()
Dim nombor1,nombor2,hasiltambah As Integer
nombor1 = txtNombor1.text
nombor2 = txtNombor2.text
hasiltambah = nombor1 + nombor2
txtSum = hasiltambah
End Sub
Di dalam fasa ini, pengaturcara akan:

- menguji aturcara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan


sebarang ralat yang terdapat pada aturcara
- terdapat 3 jenis ralat dalam aturcara iaitu:
4. Pengujian
 ralat sintaks (syntax error)
 ralat masa larian (run time error)
 ralat logik (logical error)

5. Dokumentasi Pada fasa ini, pengaturcara akan:

- menyediakan dua jenis dokumentasi iaitu:


 dokumentasi dalaman
- biasanya disediakan untuk kegunaan pengaturcara lain atau pihak syarikat
bagi memudahkan penyenggaraan aturcara atau sistem
 dokumentasi luaran
-disediakan kepada pengguna akhir yang menggunakan aturcara tersebut
-menerangkan tentang cara-cara menggunakan aturcara (manual pengguna)

You might also like