You are on page 1of 83

ISU-ISU PERUNDANGAN

BERKAITAN DENGAN
KEJURUTERAAN GEOTEKNIK
OLEH
DATUK Sr HAJI AMRAN BIN HAJI MOHD MAJID; CQS
B. Sc. (Hons) Quantity Surveying;
B. Jurisprudence (External) [External Law Degree];
Certificate in Legal Practice (CLP);
1 M. Sc. in Project Management;
Certificate in Adjudication;
Professional Diploma in Innovation Management;
Consultant Quantity Surveyor (CQS), FRISM

AMRAN BIN MOHD MAJID


2 MUKADIMAH

 Kerja Kejuruteraan Geoteknik bergantung kepada siasatan


tanah yang mencukupi demi untuk menentukan profil dan
sifat tanah yang terlibat.
 Dalam hal ini adalah penting satu kerja penyiasatan tanah
dilakukan apabila menyediakan reka bentuk asas.
 Dalam hal ini sekiranya penyediakan reka bentuk tidak
mengambil kira keadaan tanah sediaada sebaliknya
berdasarkan andaian sahaja, maka perekabentuk akan
mengambil risiko berhubung dengan keselamatan reka
bentuk asas.

AMRAN BIN MOHD MAJID


3 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Lokasi-lokasi lubang gerudi (boreholes) yang perlu dilaksanakan
oleh kontraktor S.I. (Soil Investigation) adalah sebagaimana yang
ditentukan oleh perekabentuk.
 Selepas kerja lubang gerudi (boreholes) dilaksanakan, kontraktor S.I.
akan menyediakan lapuran yang berkaitan bagi melengkapkan
tanggung jawab kontraknya di bawah kerja-kerja S.I.
 Maka terserahlah kepada perekabentuk untuk menganalisis
lapuran S.I. tersebut demi untuk membantunya membangunkan
reka bentuknya.
 Sekiranya kerja-kerja S.I. di lokasi-lokasi lain perlu dijalankan,
ataupun kerja S.I. yang lebih lanjut perlu dilaksanakan, maka pihak
perekabentuk perlulah memaklumkan kepada kontraktor S.I.

AMRAN BIN MOHD MAJID


4 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Dalam hal ini sekiranya perekabentuk tidak berpuas hati
dengan kerja S.I. yang telah dilaksanakan atau lapuran yang
telah disediakan, maka pihak perekabentuk perlulah merujuk
semula kepada kontraktor S.I.
 Sebaliknya sekiranya pihak perekabentuk merujuk dan
menggunakan data-data dalam lapuran S.I. yang telah
disediakan untuk membangunkan reka bentuknya, maka
bolehlah dikatakan pihak perekabentuk tidak mempunyai
masalah dengan lapuran S.I. yang telah disediakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


5 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Rujukan boleh dibuat kepada kes Pembinaan Teris Sepakat Sdn Bhd
lwn Kumpulan Ikram Sdn Bhd & Anor (2016) 6 MLRA 403.
 Perayu adalah kontraktor reka dan bina yang telah dilantik oleh
Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pihak Kerajaan Malaysia.
 JKR telah melantik kontraktor bagi membina dan menyiapkan
Projek Menaiktaraf/Meninggi Aras Jalan Chukai ke Air Putih KM 4 -
KM 6 dan KM 11 – KM 14, Sungai Pinang, Kemaman, Terengganu.
 Harga Kontrak untuk projek ini adalah sebanyak RM5,910,560.00.
 Responden Pertama dan Kedua adalah Syarikat-Syarikat Yang
Berkaitan. Melalui surat lantikan bertarikh 2.9.2003, kontraktor telah
melantik Responden Pertama sebagai sub-kontraktor SI untuk
menjalankan kerja-kerja Penyiasatan Tanah (Soil Investigation – SI).

AMRAN BIN MOHD MAJID


6 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Kontraktor juga telah melantik RMR sebagai Perunding Kejuruteraan
bagi menjalankan kerja-kerja reka bentuk kejuruteraan awam bagi
projek ini.
 Pada 6.10.2003, RMR telah mengarahkan sub-kontraktor SI untuk
menjalankan kerja-kerja SI di lokasi-lokasi yang ditandakan dalam
lukisan.
 Kemudiannya satu arahan baru daripada RMR bertarikh 20.10.2003
untuk menjalankan lubang gerudi (boreholes) di lokasi baru untuk
tujuan kerja SI.
 Selepas kerja-kerja SI disiapkan, lapuran telah disediakan dan sub-
kontraktor SI telah mengemukakannya kepada kontraktor dan JKR.

AMRAN BIN MOHD MAJID


7 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Pada bulan November 2023, pihak RMR telah mengarahkan Sub-
Kontraktor SI untuk menjalankan ujian lanjut ke atas keputusan
lubang gerudi (boreholes) dan lapuran ujian lanjut tersebut telah
dikemukakan kepada RMR pada 23.12.2003.
 Kemudiannya pihak RMR telah menyediakan reka bentuk
kejuruteraan awam dan pihak kontraktor telah menggunakan reka
bentuk tersebut untuk memulakan kerja-kerja pembinaan di KM 11
– KM 14.
 Namun demikian pada 11.6.2007, apabila kemajuan kerja
kontraktor telah mencapai sebanyak 80%, satu kegagalan besar
tambakan jalan telah berlaku (massive road embankment failure)
berdampingan dengan jambatan baru yang sedang dibina.

AMRAN BIN MOHD MAJID


8 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Kontraktor telah melantik Geopile dan juga sub-kontraktor SI untuk
menjalankan kerja-kerja penggerudian lubang (bore holes) bagi
menentukan sebab kegagalan tambakan jalan tersebut berlaku.
 Dalam hal ini kerja-kerja pembinaan tidak dapat diteruskan.
 Satu lagi kerja-kerja penggerudian lubang telah dilaksanakan oleh
sub-kontraktor SI. Satu lapuran telah disediakan oleh sub-kontraktor
SI dan telah dikemukakan kepada perunding RMR.
 Sekitar bulan Disember 2007, pihak RMR telah mengemukakan
lapurannya kepada kontraktor dan JKR di mana pihak RMR telah
mencadangkan kaedah pembaikan ke atas kegagalan tambakan
jalan tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


9 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 JKR tidak memberi apa-apa maklum balas ke atas lapuran yang
telah disediakan oleh pihak RMR tersebut.
 Pada 8.1.2008, pihak JKR telah menamatkan pengambilan kerja
kontraktor di atas sebab kemajuan kerja yang tidak
memberansangkan.
 Pada bulan Julai 2008, sub-kontraktor SI telah mengemukakan satu
lagi lapuran SI kepada kontraktor.
 Kontraktor menuntut kerugian terhadap sub-kontraktor SI di atas
alasan kegagalan tambakan jalan adalah disebabkan kesilapan
atau ketidaktepatan dalam lapuran SI yang pertama di mana
gagal menyatakan terdapat lapisan tebal tanah liat berkelodak
yang amat lembut sehingga ke keadaan yang lembut (very soft to
soft silty clay).

AMRAN BIN MOHD MAJID


10 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Kontraktor seterusnya menegaskan reka bentuk yang telah
disediakan oleh perunding RMR telah dibuat berdasarkan
lapuran SI yang telah disediakan oleh sub-kontraktor SI.
 Mahkamah Rayuan mendapati keadaan sebenar tanah
adalah berbeza sekiranya dibandingkan dengan lapuran SI
pertama yang telah disediakan oleh sub-kontraktor SI.
 Dalam hal ini adalah didapati kedua-dua saksi pakar
daripada kontraktor maupun sub-kontraktor SI mendapati
reka bentuk kejuruteraan yang disediakan oleh RMR adalah
baik dan mencukupi serta memenuhi kehendak keselamatan
berdasarkan lapuran SI pertama yang telah disediakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


11 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Merujuk kepada ketiga-tiga lapuran SI yang dibuat pada tahun
2007, iaitu selepas kejadian kegagalan tambakan jalan, adalah
didapati keadaan tanah adalah berbeza daripada keadaan
tanah yang terkandung dalam lapuran pertama SI.
 Kontraktor menegaskan bahawa lapuran SI pertama gagal
menyatakan bahawa terdapat lapisan tebal tanah liat berkelodak
yang amat lembut sehingga ke keadaan yang lembut (very soft to
soft silty clay).
 Kegagalan menyatakan perkara ini menyebabkan lapuran SI
pertama yang disediakan pada tahun 2003 adalah khilaf dan tidak
tepat.

AMRAN BIN MOHD MAJID


12 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Dalam hal ini Mahkamah Rayuan mendapati lapuran SI yang
pertama telah dijalankan menurut arahan bertarikh 6.10.2003
daripada pihak RMR untuk melaksanakan dua bilangan
lubang gerudi (boreholes) di lokasi-lokasi yang ditentukan
oleh pihak RMR sendiri.
 Namun demikian kontraktor gagal menyatakan dengan
khusus ketidaktepatan atau kekhilafan berhubung dengan
lapuran SI pertama tersebut.
 Saksi pakar sub-kontraktor SI telah menjelaskan lubang gerudi
(boreholes) pertama telah dijalankan dibahu jalan yang
telah dibina 20 tahun sebelum ini.

AMRAN BIN MOHD MAJID


13 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Maka sudah tentulah keputusan lubang gerudi (boreholes) yang
dilaksanakan di lokasi-lokasi yang berbeza pada tahun 2007 selepas
kegagalan tambakan tanah jalan akan berlainan sekiranya
dibandingkan dengan keputusan lubang gerudi (boreholes) yang
dilaksanakan pada tahun 2003.
 Tambah lagi menurut saksi pakar sub-kontraktor SI menjelaskan lapuran
SI pertama yang disediakan di lokasi bahu jalan sediaada pada tahun
2003 sudah tentu tertakluk kepada konsilidasi semenjak jalan sediaada
dibina.
 Mahkamah Rayuan memutuskan dengan hanya membandingkan
keputusan keputusan lubang gerudi (boreholes) yang dilaksanakan
pada tahun 2003 dengan keputusan lubang gerudi (boreholes) yang
dilaksanakan pada tahun 2007 adalah tidak mencukupi untuk
merumuskan lapuran SI yang pertama adalah khilaf dan tidak
mencukupi.

AMRAN BIN MOHD MAJID


14 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Mahkamah Rayuan mendapati bahawa sub-kontraktor SI
telah melaksanakan kerja SI menurut arahan RMR. Sebagai
perunding reka bentuk kejuruteraan awam, RMR seharusnya
ketika itu boleh merujuk kepada sub-kontraktor SI atau boleh
mengarahkannya untuk melaksanakan kerja SI yang lebih
lanjut.
 Perunding RMR juga boleh mengarahkan sub-kontraktor SI
untuk menjalankan ujian kekuatan tanah memandangkan
perunding RMR sememangnya sedar akan keadaan rupa
bumi atau terain (terrain) di kawasan tapak projek.

AMRAN BIN MOHD MAJID


15 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Mahkamah Rayuan juga mendapati lokasi kerja SI yang telah
ditentukan oleh pihak RMR sebenarnya merupakan kawasan paya.
Namun demikian dalam lukisan yang telah dikemukakan oleh pihak
RMR, lokasi SI tidak ditentukan dengan khusus.
 Dalam hal ini sub-kontraktor telah menjalankan kerja SI di bahu
jalan sediaada. Memandangkan lukisan yang dibekalkan oleh
pihak RMR adalah kecil dengan skala 1:1000, maka adalah
mustahil untuk menentukan lokasi sebenar kerja SI yang perlu
dilaksanakan.
 Sebaliknya lokasi sebenar hanya dapat ditentukan pada tahun
2007 selepas kegagalan tambakan tanah jalan berlaku.

AMRAN BIN MOHD MAJID


16 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Mahkamah Rayuan mendapati tiada keterangan yang
boleh dipercayai yang membuktikan sub-kontraktor SI telah
memungkiri tanggung jawabnya untuk berjaga-jaga
sebagaimana yang diperlukan dalam hal keadaan ini.
 Setelah mengambil kira dalihan sub-kontraktor SI bahawa
pihaknya telah mematuhi arahan pihak RMR, maka
Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah
Tinggi bahawa sub-kontraktor SI tidak memungkiri tanggung
jawab sub-kontraknya maupun didapati cuai.

AMRAN BIN MOHD MAJID


17 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Hasnah Mohammed Hashim, HMR, dalam penghakimannya antara
lain menyatakan:
“…However, on 11 June 2007, when the construction works were
approximately 80% completed, a massive road embankment fill failure
occurred adjacent to the new bridge abutment B of Sungai Pinang. As
a result of the embankment failure, the works could not proceed and
investigations were conducted to ascertain the cause of the failure….”
“….Subsequently, the employer terminated the construction contract
with the appellant on 8 January 2008 due to the poor progress of the
project. The 1st respondent carried out another SI in July 2008 and
submitted a further SI report (“the third SI report”) to the appellant…..”

AMRAN BIN MOHD MAJID


18 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
“…As a result of the termination, the appellant suffered losses and
damages which form the cause of action of the appellant’s suit against
the respondents in this appeal. It is the appellant’s case that the
embankment failure was because of the inaccuracy/error in the first SI
report as it failed to disclose the presence of the thick layer of very soft to
soft silty clay. The design prepared by RMR was based on the soil condition
as reported in the first SI report….”
“….Before us, the learned counsel for the appellant argued that the first SI
report was inaccurate and/or erroneous as it failed to disclose or report
the presence of the thick layer of very soft to soft silty clay. The design was
prepared based on the soil condition reported in the first SI report. The
actual soil turned out to be substantially different from what was reported
in the said first SI report. The construction of the project was based on the
design by RMR and eventually led to the embankment failure. Experts from
both sides agreed that the design was good and sufficient based on the
first SI report as it met with the required factor for safety….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
19 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
“…The appellant failed to specify the inaccuracy or error in the
preparation of the first SI report. The pleadings of the appellant
merely states in general that the first SI report failed to disclose a
15 to 16.5 meters thick layer of very soft silty clay at the area
where the road fill embankment failure occurred….”
“…The boreholes in 2003 were at different locations from the
boreholes post 2007. Furthermore, the respondents’ expert
witness explained that the 2003 boreholes were conducted at
the shoulder of the existing road at that time and the underlying
soils below the said road would have been subjected to some
consolidation since the construction of the existing road….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


20 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
“…The mere comparison of the bore logs is inconclusive and
insufficient to ascertain that the respondents were negligent
and that the first SI report was inaccurate or erroneous.
Furthermore, RMR as the consultant engineer responsible for the
design had relied on the 2003 bore logs in particular BHBH4. RMR
should have considered the available soil data in the area such
as the Piezocone PZ-2 test results which showed weaker soils of
SPT value of 1-3 for depth about 0.55 to 13.7 meters beneath the
ground surface….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


21 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
“…We have perused through the facts as narrated and the evidence
revealed that the 1st respondent had carried out the SI according to the
instruction of RMR. As design consultant, RMR should have, at that material
time, reverted to the appellant or even undertake further SI and soil strength
test as they were aware of the condition of the terrain surrounding the project
site….”
“…In the present case, there is no credible evidence to prove that the 1st
respondent has in any way breached the standard of duty of care required of
it in the circumstances of this case. We agree with the findings of the learned
Judicial Commissioner that there is no evidence of any non-compliance of the
Standard Engineering Practice as stipulated in cl 5.3, Section E of the Technical
Requirements by the 1st respondent. There can be no negligence on the part
of the respondents as they exercised reasonable skill and care as soil specialist
when they conducted the SI as instructed and in accordance with the
standard engineering practice….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
22 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini,
pembuktian yang kukuh perlulah dibekalkan bagi
menunjukkan samaada kerja-kerja SI yang telah
dilaksanakan adalah khilaf atau tidak mencukupi.
 Tanggung jawab kontraktor SI adalah untuk menjalankan
kerja-kerja SI menurut lokasi-lokasi yang ditentukan oleh
pereka bentuk kejuruteraan awam.
 Dalam hal ini majikan, kontraktor atau pereka bentuk perlulah
membuktikan kerja SI yang telah dilaksanakan di lokasi-lokasi
yang ditentukan tersebut adalah khilaf atau tidak
mencukupi.

AMRAN BIN MOHD MAJID


23 KEKHILAFAN KERJA PENYIASATAN
TANAH PERLU DIBUKTIKAN
 Sebaliknya perbandingan keputusan SI di lokasi-lokasi yang
diarahkan sebelum reka bentuk dibangunkan berbanding
dengan keputusan SI yang dibuat di lokasi-lokasi yang
berbeza dalam tempoh pembinaan tidak semestinya
menunjukkan bahawa lapuran SI yang dibuat di peringkat
awal adalah khilaf dan tidak mencukupi.
 Dalam hal ini kontraktor SI akan menjalankan kerja-kerja SI
menurut arahan yang ditetapkan samaada oleh majikan
atau pihak perekabentuk.

AMRAN BIN MOHD MAJID


24 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Kerja-kerja Penyiasatan Tanah (Soil Investigation – S.I.) adalah


penting untuk dilaksanakan agar sifat serta kekuatan tanah
dapat ditentukan.
 Namun demikian adalah tidak wajar untuk menentukan sifat
serta kekuatan tanah dilaksanakan dengan hanya
melaksanakan pemeriksaan visual dan rasa sahaja.
 Sekiranya perekabentuk membuat anggapan dalam
merekabentuk struktur asas atau geoteknik, maka tindakan
sedemikian boleh mengundang risiko yang tinggi, lebih-lebih
lagi dari sudut keselamatan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


25 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Rujukan boleh dibuat kepada kes Lim Teck Kong lwn Dr Abdul
Hamid Abdul Rashid & Anor (2005) 2 MLRA 553.
 Responden merupakan pemilik lot tanah No. 3007, Mukim Ulu
Kelang, Gombak, Selangor. Responen telah melantik perayu
sebagai perunding kejuruteraan awam dan struktur untuk
merekabentuk kerja-kerja struktur dan sivil untuk rumah
kediaman responden.
 Responden telah melantik kontraktor untuk menyiapkan
kerja-kerja pembinaan rumah kediamannya menurut reka
bentuk yang telah disediakan termasuklah reka bentuk yang
disediakan oleh perayu.

AMRAN BIN MOHD MAJID


26 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Kerja pembinaan rumah kediaman telah disiapkan dan telah diberi


milikan kosong oleh kontraktor kepada responden pada 11.4.1985.
 Pada pukul 3 pagi bertarikh 18.9.1988, bahagian belakang rumah
kediaman responden didapati runtuh yang menyebabkan rumah
kediaman tersebut tidak lagi boleh didiami.
 Sehubungan dengan itu responden telah mengalami kerugian.
 Responden kemudiannya telah melantik sebuah perunding
Kejuruteraan, iaitu KTA, untuk menyiasat dan menentukan sebab
keruntuhan berlaku.

AMRAN BIN MOHD MAJID


27 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Satu lapuran telah disediakan di mana pada hemat


Perunding KTA keruntuhan rumah kediaman adalah
disebabkan perkara-perkara berikut:
1) Cerun di mana rumah kediaman dibina adalah curam
(steep) dengan kecerunan sebanyak 45 darjah.
2) Perunding yang telah memberi nasihat kejuruteraan
berhubung dengan bangunan dan pembinaan telah
mengambil pertimbangan yang sedikit apabila menilai
kestabilan cerun.

AMRAN BIN MOHD MAJID


28 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

3) Terdapat kerja-kerja pengorekan yang telah dijalankan di lot


tanah berjiran iaitu lot 3008 semasa kejadian keruntuhan berlaku
oleh kontraktor (defendan ketiga semasa perbicaraan di
Mahkamah Tinggi).
4) Keadaan hujan yang lebat
5) Hakisan jari kaki di tebing sungai kawasan berhampiran Lot 3007
(toe erosion at the river banks bordering Lot 3007).
 Mahkamah Tinggi ketika itu telah memutuskan kontraktor
bertanggungan sebanyak 40% di atas tindakan kacau ganggu dan
kecuaian yang menyebabkan keruntuhan rumah kediaman
tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


29 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING
 Adalah didapati kontraktor tidak merayu di atas keputusan
Mahkamah Tinggi.
 Mahkamah Tinggi kemudiannya telah mengenakan tanggungan
sebanyak 60% kepada perayu.
 Mahkamah Tinggi mendapati perayu telah:
a) Gagal menjalankan tanggung jawab profesional dengan berhati-
hati secara munasabah dan juga menggunakan kemahirannya
dengan munasabah.
b) Gagal dengan sewajarnya dan dengan secukupnya
melaksanakan dan memeriksa Lot 3007, keadaan tanah dan
kawasan sekeliling untuk menentukan kesesuaian cerun untuk
rumah kediaman dibina di atasnya.

AMRAN BIN MOHD MAJID


30 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Mahkamah Tinggi juga mendapati perayu tidak membuat


ujian tanah tetapi sebaliknya telah mengambil beberapa
sampel tanah dengan tangannya dan memeriksa secara
visual dan merumuskan bahawa tanah tersebut merupakan
pasir yang berkelodak (silty sand).
 Bagi hemat perayu, pasir berkelodak tersebut mempunyai
sifat saliran yang bagus dan sifat pasir tersebut akan
membolehkan saliran air yang cepat.
 Dalam hal ini lokasi reka bentuk cerucuk untuk rumah
kediaman tersebut yang dilaksanakan sebelum kawasan
cerun.

AMRAN BIN MOHD MAJID


31 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Lapuran pakar Responden dari KTA dan juga Lapuran Pakar


Perayu Dr. T bersetuju bahawa siasatan tanah yang tidak
dilaksanakan merupakan satu kelemahan yang ketara di
pihak perayu.
 Malah perayu sendiri mengakui bahawa pihaknya tidak
dapat menentukan sifat tanah dengan hanya membuat
pemeriksaan visual sahaja.
 Perayu juga bersetuju dengan hanya melihat dan merasa
sampel pasir dalam tangannya tidak membolehkan
pihaknya menentukan sifat kekuatan pasir berkelodak
tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


32 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Kedua-dua saksi pakar bersetuju bahawa penentuan sifat


kekuatan cerun tersebut merupakan satu faktor yang penting
bagi menentukan kestabilan cerun.
 Mahkamah Rayuan berpendapat adalah penting bagi
seorang perunding untuk menentukan keadaan tanah lebih-
lebih lagi dengan mengambil kira kecuraman cerun di Lot
3007.
 Kegagalan perayu melaksanakan keperluan ini sudah tentu
bermakna perayu telah memungkiri terma tersirat dalam
pelantikannya iaitu untuk mengambil tanggung jawab
berhati-hati secara munasabah.

AMRAN BIN MOHD MAJID


33 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Mahkamah Rayuan berpendapat andaian tidak mempunyai


tempat dalam pelaksanaan perundingan kejuruteraan oleh
perayu.
 Sebaliknya perayu didapati tidak mengambil kira kestabilan
cerun apabila menyediakan reka bentuk struktur untuk rumah
kediaman tersebut.
 Menurut lapuran pakar KTA, keruntuhan berlaku disebabkan
ketepuan air (water saturation) di Lot 3007. Sebaliknya
menurut lapuran Dr T, keruntuhan berlaku disebabkan
kedudukan cerun yang berhampiran dengan sungai.

AMRAN BIN MOHD MAJID


34 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Mahkamah Rayuan bersetuju dengan pendapat Mahkamah


Tinggi yang didapati lebih cenderung kepada lapuran pakar
KTA.
 Ini adalah kerana KTA telah menjalankan siasatan ke atas
cerun tersebut dan kawasan terlibat sebaik sahaja
keruntuhan berlaku. Sebaliknya Dr T hanya menjalankan
siasatan selepas 6 tahun keruntuhan berlaku.
 Dalam tempoh 6 tahun tersebut, cerun yang terlibat didapati
lebih stabil dan apa-apa air yang berada di Lot 3007
sudahpun disalirkan keluar.

AMRAN BIN MOHD MAJID


35 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Adalah didapati kedua-dua lapuran Pakar bersetuju bahawa


perayu gagal melaksanakan ujian tanah yang teliti di Lot
3007. Sebaliknya perayu hanya melaksanakan ujian visual
dan rasa sahaja ke atas pasir yang berkelodak tersebut.
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Rayuan bersetuju
dengan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengenakan
tanggungan sebanyak 60% di atas kegagalannya untuk
menggunakan kemahirannya dengan munasabah.
 Mahkamah Rayuan memutuskan adalah menjadi tanggung
jawab perayu untuk memastikan bangunan yang
direkabentuk adalah selamat untuk dibina di atas lot 3007.

AMRAN BIN MOHD MAJID


36 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Perayu didapati gagal melaksanakan siasatan tanah yang teliti


apabila pihaknya mengesyorkan untuk kerja-kerja pembinaan dibuat
di atas Lot 3007.
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Rayuan memutuskan perayu
telah bertindak secara cuai dan dengan itu bertanggungan terhadap
responden.
 Mokhtar Sidin,HMR, dalam penghakimannya antara lain menyatakan:
“….Between the night of 17 September 1988 and the early morning of 18
September 1988, the rear portion of the bungalow collapsed and as a
result the bungalow became uninhabitable. The plaintiffs thus suffered
losses, damages and expenses. In the statement of claim the plaintiffs
claimed that the damages to the bungalow and Lot 3007 were due to
breach of duty by all the defendants either jointly or severally….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
37 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…On the instigation of the 2nd defendant, the plaintiffs appointed


Kumarasivam Tan Ariffin Sdn Bhd (KTA), an engineering consultant, to
determine the cause of the collapse. A report was issued on 3 April
1989. In that report it was stated the causes of the collapse were:-
(1) the slope on which the said building was built was steep with a
gradient of about 45 degrees;
(2) engineers advising on the building and construction of the house
took little consideration in assessing the stability of the slope;
(3) an excavation that was carried out on a neighbouring land known
as Lot 3008 at the material time by the 3rd defendant who were
the contractors engaged in erecting a double-storey bungalow
thereon;

AMRAN BIN MOHD MAJID


38 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

(4) heavy rainfall; and


(5) toe erosion at the river banks bordering Lot 3007….”
“…Based on the above, the learned judge found that the 3rd
defendant was 40% liable for causing nuisance and negligence
which contributed to the collapse of the bungalow. Apparently,
the 3rd defendant did not appeal against that decision nor did
the plaintiffs….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


39 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…By the nature of the plaintiffs' claim on contractual liability,


the contentions are as follows:-
(a) the 1st and/or 4th defendants failed to exercise reasonable
care and skill in carrying out all aspects of the engagement
having regard in particular to the primary objective of the
plaintiffs;
(b) the 1st and/or 4th defendants failed to properly and
adequately implement and examine Lot 3007, its soil
condition and surroundings to ascertain the suitability of the
slope for the proposed house to be built thereon….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


40 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…The learned trial judge in his judgment stated:-


In respect of the soil, he took some samples from the exposed
layer on the land in his hand, examined it visually, and
concluded it to be a silty sand soil. To him this soil "has good
drainage properties, it drains very fast".
As regards to the house, piling was recommended and carried
out just before the slope so that the structure of the house would
"not place too much weight on the slope.“…”

AMRAN BIN MOHD MAJID


41 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…All these evidence of the 4th defendant, considered in the


light of the expert opinions of KTA's report and that of Dr. Toh's
reveal fundamental weaknesses. Firstly, as admitted by this
defendant himself under cross-examination, "I cannot ascertain
the soil by simply looking at it". By just looking and feeling the soil
he agrees that the sheer strength of the soil cannot be
determined. Yet, it is an accepted fact by the two expert
engineers and to a large extent by the 4th defendant himself,
that the determination of this sheer strength of the soil was one
of the vital factors in deciding slope stability….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


42 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…So essential is the need for an engineer to determine the soil


condition to a high degree of certainty, particularly on a gradient such
as Lot 3007, that a failure to do so must be accepted as a breach of
implied term of his appointment to take reasonable care….”
“…As a qualified engineer on civil and structural matters, with a slope
as steep as that found in Lot 3007 coupled with a river of swift flowing
water, the 4th defendant should have taken serious and indepth
consideration of its presence when recommending, planning and
finally building a house above. Presumptions have no place in this
trade particularly when structures to be erected thereon must be able
to withstand and accommodate natural and existing forces. Though
financial costs can overcome any slope instability in a situation such as
this, but at the very least the same should be made known to the
owner. In this case this was not even presented….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
43 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…The reason given by the learned judge in preferring the view


of Dr. Ramli was the fact that Dr. Ramli carried out the
investigation soon after the collapse when the instability of the
ground could still be seen. Dr. Toh, on the other hand, carried
out his investigation six years after the collapse which, in our
view, the ground had stabilised and the water saturation on Lot
3008 caused by the trench might not be there anymore and
whatever water on Lot 3007 could by then have been drained
out. In our view, the learned judge is justified in taking up that
view….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


44 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

“…The evidence shows that the 1st defendant failed to carry a


thorough test of the soil when they recommended the building to be
built on the said land to the plaintiffs. For the said reasons, we are of
the view that the learned judge came to the correct conclusion that
the 1st defendant was also negligent and liable….”
 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini adalah jelas
keperluan untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan tanah (Soil
Investigation – S.I.) adalah penting.
 Adalah tidak wajar malah adalah berisiko tinggi untuk menentukan
sifat serta kekuatan tanah dengan hanya membuat pemeriksaan
secara visual dan rasa sahaja.

AMRAN BIN MOHD MAJID


45 MELAKSANAKAN PENYIASATAN TANAH
ADALAH SATU KEPERLUAN YANG PENTING

 Tanggung jawab perunding apabila menyediakan reka


bentuk adalah untuk memastikan reka bentuk yang
disediakan adalah selamat.
 Dalam hal ini sekiranya reka bentuk memerlukan kos yang
tinggi demi untuk memastikan keselamatan, maka perkara ini
perlulah dimaklumkan kepada majikan sesebuah projek agar
satu pilihan dan keputusan dapat dibuat.
 Anggapan adalah suatu perkara yang tidak wajar
diamalkan dalam profesion kejuruteraan lebih-lebih lagi
sekiranya ia melibatkan isu keselamatan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


46 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Kewujudan bahan-bahan tidak sesuai perlulah dibuktikan
dengan kukuh.
 Sekiranya dakwaan sedemikian hendak dibuat, maka satu
siasatan kejuruteraan geoteknik perlulah dilaksanakan.
 Dalam hal ini pemeriksaan secara visual adalah tidak
memadai untuk menentukan keretakan struktur bukanlah
berbentuk kosmetik tetapi melibatkan integriti struktur.
Sebaliknya satu siasatan kejuruteraan perlulah dilaksanakan
terlebih dahulu.

AMRAN BIN MOHD MAJID


47 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Rujukan boleh dibuat kepada kes Pua Yu Len & Anor lwn
Bandar Eco-Setia Sdn Bhd (2018) 6 MLRH 317. Kedua-dua
Plaintif telah memasukki satu perjanjian jual beli (Sales and
Purchase Agreement – S&P) bertarikh 23.7.2011 dengan
defendan sebagai pemaju, untuk pembelian rumah dua
tingkat berkembar di Shah Alam, Selangor.
 Menurut Plaintif selepas pihaknya mengambil milikan kosong,
pihaknya mendapati terdapat retakan dan kerosakan yang
disebabkan oleh kerja asas yang mengandungi tanah hitam
(black soil) dan batang pokok kelapa sawit berserta sampah
dan/atau sampah pertanian.

AMRAN BIN MOHD MAJID


48 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Kedua-dua plaintif (Pembeli) seterusnya menegaskan
pemaju tidak pernah memaklumkan berhubung dengan
kerja asas bagi kerja-kerja pembinaan bangunan yang
menyebabkan pihak Pembeli terdorong untuk memasukki
perjanjian S&P tersebut.
 Sebaliknya pemaju telah menafikan perkara berikut dengan
menyatakan keretakan atau kecacatan yang timbul
hanyalah bersifat kosmetik sahaja.
 Dalam hal ini pemaju bersedia untuk menjalankan kerja-kerja
pembaikan. Namun demikian pembeli tidak membenarkan
pemaju untuk berbuat demikian.

AMRAN BIN MOHD MAJID


49 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Seterusnya pemaju menegaskan struktur bangunan masih
lagi selamat dan adalah layak untuk diduduki. Tambah lagi
pembeli telah menerima manfaat apabila menduduki rumah
yang dibeli tersebut.
 Menurut fakta kes, projek perumahan ini telah diperakukan
siap apabila Perakuan Siap Kerja (PSK) dikeluarkan oleh
Arkitek pada 2.8.2013. Sebelum itu Perakuan Penyiapan dan
Pematuhan bertarikh 22.5.2013 (Certificate of Completion
and Compliance – CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek.
 Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defects Liability Period –
DLP) telah dilanjutkan dan berakhir pada 21.7.2016.

AMRAN BIN MOHD MAJID


50 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Mahkamah Tinggi mendapati pembeli menegaskan bahawa
pemaju gagal mendedahkan asas bangunan tersebut
adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan kerja-kerja
pembinaan.
 Seterusnya pembeli menegaskan pemaju gagal
memaklumkan bahawa hartanah yang telah dibina tersebut
adalah tidak selamat untuk diduduki.
 Ini adalah kerana pada pendapat pembeli disebabkan
keadaan tanah sediaada yang menyebabkan kerja asas
yang dibina tidak sesuai yang kemudiannya menyebabkan
timbulnya kecacatan kepada hartanah tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


51 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Menurut Pembeli tindakan pemaju menyorokkan maklumat
keadaan tanah dan kerja-kerja asas ini terjumlah kepada satu
tindakan salah nyata (misrepresentation).
 Pembeli mengakui wakil penjual pemaju hanya menyatakan
bahawa hartanah yang akan dibina adalah terbaik. Namun
demikian wakil penjual tidak pernah menyatakan bahawa
keadaan tanah dan jenis kerja asas. Tambah lagi pembeli
sudahpun membeli dan menduduki hartanah di unit yang lain yang
juga telah dibangunkan oleh pemaju yang sama.
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Tinggi mendapati pembeli
tidak pernah didorongkan untuk membeli oleh wakil penjual.

AMRAN BIN MOHD MAJID


52 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Pembeli juga tidak membuktikan bahawa pemaju mempunyai satu
tanggung jawab untuk mendedahkan asas tanah atau
keselamatan hartanah sebelum menandatangani penjualan S&P
sebagaimana yang ditetapkan melalui operasi undang-undang
iaitu “Schedule G – Housing Development (Control and Licensing)
Act 1966, Housing Development (Control and Licensing) Regulations
1989. (Subregulation 11(1)) Sale and Purchase Agreement (Land
and Building).”
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Tinggi memutuskan tiada apa-
apa pernyataan maupun salah nyata daripada pihak pemaju
kepada pembeli yang menyebabkan pembeli menandatangani
Perjanjian S&P.
AMRAN BIN MOHD MAJID
53 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Pembeli didapati telah melantik PGSB pada bulan Ogos 2014
untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan tanah (Soil
Investigation – SI). Dalam hal ini empat bilangan lubang
gerudi (boreholes) telah dilaksanakan.
 Lapuran SI telah disediakan dan mendapati lapisan tanah
yang sedikit lembut di salah satu lubang gerudi. Adalah juga
didapati 3 bilangan lubang gerudi menunjukkan terdapat
lapisan kayu yang reput sedalam 7 – 11 meter dan lapisan
keras ditemui di kedalaman 15 meter.
 Pembeli menjelaskan kerja-kerja SI dilaksanakan 14 bulan
selepas milikan kosong diberikan kepadanya.

AMRAN BIN MOHD MAJID


54 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Pembeli turut menjelaskan bahawa lubang gerudi yang
dilaksanakan adalah di kawasan taman dan bukannya di
kedudukan tanah di mana rumah telah dibina.
 Pembeli telah melantik firma V untuk menyediakan Lapuran
Tinjauan Keusangan (Dilapidation Survey Report - DSR)
hartanah tersebut. Kaedah penyediaan lapuran ini adalah
dengan kaedah visual dalaman dan luaran.
 Lapuran DSR menyatakan terdapat kecacatan kepada unit
hartanah tersebut yang menjurus kepada kerja-kerja
pembinaan di peringkat awal.

AMRAN BIN MOHD MAJID


55 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Namun demikian firma V turut menyatakan keadaan struktur
hartanah tersebut adalah baik tetapi terdapat retakan yang kecil.
 Saksi pakar (PW3) yang dilantik oleh pembeli telah melawat tapak
pada 20.2.2016 dan mendapati integriti struktur hartanah tidak
perlu dipersoalkan.
 Mahkamah Tinggi merumuskan lapuran DSR telah menyatakan
hartanah yang dibina adalah dalam keadaan baik dengan asas
cerucuk.
 Dalam hal ini kedudukan 4 bilangan lubang gerudi tidak dibuat di
bawah kedudukan bangunan hartanah. Dalam pada masa yang
sama PW3 tidak dibekalkan dengan data Field Density Test (FDT)
semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


56 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Tinggi berpendapat
pandangan PW3 hanyalah satu pandangan awalan sahaja.
 Tambah lagi PW3 bersedia untuk menyemak semula
sekiranya beliau diberikan data-data FDT dan data-data lain
yang berkaitan.
 Berdasarkan rekod, Mahkamah Tinggi mendapati bahan-
bahan tidak sesuai (unsuitable material - USM) telah ditemui
ketika peringkat pembinaan sedang dilaksanakan. Dalam hal
ini tindakan telah dibuat apabila USM tersebut telah
dikeluarkan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


57 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Mahkamah Tinggi juga mendapati tiada bukti yang menunjukkan
bahawa keadaan tanah adalah penyebab ke atas kecacatan
yang timbul di hartanah tersebut.
 Tambah lagi apa-apa kecacatan yang ditemui adalah tidak
begitu serius dan keretakan yang ditemui adalah kecil atau
sederhana.
 Mahkamah Tinggi berpendapat takrifan mutu buatan yang baik
(workmanlike) boleh ditafsirkan apabila didapati kontraktor
menjalankan kerja menurut pelan-pelan bangunan, lukisan-lukisan
dan spesifikasi. Dalam hal ini juga kontraktor hendaklah
menjalankan kerja dengan menggunakan kemahiran dan berhati-
hati serta secara bertanggung jawab.

AMRAN BIN MOHD MAJID


58 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Mahkamah Tinggi mendapati Perakuan Penyiapan dan
Pematuhan bertarikh 22.5.2013 (Certificate of Completion
and Compliance – CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek. Ini
menunjukkan secara prima facie hartanah tersebut telah
dibina dengan mutu pembinaan yang baik menurut pelan-
pelan bangunan yang telah diluluskan dan dengan itu
hartanah yang dibina tersebut adalah selamat untuk didiami.
 Mahkamah Tinggi mendapati seharusnya pembeli
membenarkan pemaju memasukki hartanahnya supaya
kerja-kerja pembaikan ke atas kecacatan yang timbul boleh
dilaksanakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


59 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Mahkamah Tinggi juga mendapati tiada bukti yang menunjukkan
terdapatnya bahan USM, asas bangunan yang telah dibina
menyebabkan kecacatan berlaku.
 Akhirnya Mahkamah Tinggi menolak tuntutan pembeli berdasarkan
salah nyata. Mahkamah Tinggi juga memutuskan tiada keterangan
yang kukuh yang menunjukkan wujudnya USM, atau masalah kerja
asas untuk hartanah tersebut maupun kecacatan struktur.
 See Mee Chun,H, dalam penghakimannya antara lain menyatakan:
From para 8 of the statement of claim it could be seen that the essence of
the plaintiffs’ claim was founded on the soil conditions which were said to
be unsuitable for the foundation of the property thereby leading to the
defects. The particulars of misrepresentation as set out in para 16 also
point towards a failure to disclose the foundation being unsuitable for
construction, the unsuitable soil materials and the safety of property
AMRAN BIN MOHD MAJID
60 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
“…This however was a bare allegation without any details what exactly was
the representation and who from the defendant would have made it. All that
was purported to be said was the property was “terbaik” and “selesa serta
selamat untuk didiami”. Nothing was said with regard to the soil materials or
foundation. The evidence showed that this was the second property bought
by the plaintiffs from the defendant and that PW1 is currently staying in the first
property (NOP pp 11-12). Thus the plaintiffs were not induced to purchase the
property on account of the representation of a sales person which in any
event the plaintiffs have failed to prove….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


61 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
“…In this respect the plaintiffs have not proven that the defendant
had a duty to disclose those facts with regard to the soil foundation or
the safety of the property prior to the signing of the S&P. As per the S&P
it is an agreement prescribed by law as evident from its heading in B1
3 “Schedule G – Housing Development (Control and Licensing) Act
1966, Housing Development (Control and Licensing) Regulations 1989.
(Subregulation 11(1)) Sale and Purchase Agreement (Land and
Building).”…”
“…There was therefore no representation or misrepresentation, as it
was, from the defendant to the plaintiffs, which would have led them
to sign the S&P….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


62 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, sekiranya
terdapat kemusykilan berhubung dengan isu-isu kerja asas
yang melibatkan kejuruteraan geoteknik, siasatan perlulah
dibuat terlebih dahulu.
 Dalam hal ini bukti yang kukuh perlulah ada sebelum apa-
apa tindakan dibuat terhadap kontraktor ataupun pemaju.
 Satu siasatan kejuruteraan geoteknik perlulah dilaksanakan
terlebih dahulu seperti menjalankan kerja-kerja penyiasatan
tanah. Dalam hal ini kedudukan lubang-lubang gerudi
hendaklah dibuat di kawasan yang didakwa telah
mengalami kegagalan geoteknik.

AMRAN BIN MOHD MAJID


63 KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN TIDAK
SESUAI PERLULAH DIBUKTIKAN
 Dakwaan berhubung dengan keretakan struktur disebabkan
masalah kerja asas bangunan perlulah disiasat dan diteliti
terlebih dahulu.
 Dalam hal ini dengan hanya menjalankan pemeriksaan visual
sahaja adalah tidak mencukupi.
 Bukanlah menjadi tanggung jawab pemau untuk
mendedahkan kedudukan kerja-kerja asas semasa perjanjian
S&P dimasukki.

AMRAN BIN MOHD MAJID


64 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Reka bentuk mana-mana struktur termasuklah Dining


Penahan perlulah mengambil kira keadaan tanah.
 Ini adalah penting demi untuk memastikan kerja-kerja
pembinaan menurut reka bentuk tersebut mengambil kira
amalan kejuruteraan yang baik.
 Dalam pada masa yang sama kerja-kerja pembinaan
mestilah tidak mengandungi apa-apa kecacatan.
 Ini boleh menyebabkan kestabilan Dinding Penahan yang
telah dibina.

AMRAN BIN MOHD MAJID


65 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Rujukan boleh dibuat kepada kes YB Engineering Sdn Bhd &


Anor lwn. Standard SOFA Industries Sdn Bhd; Tu Yong Eng &
Anor (Third Parties) (2017) MLRHU 1592.
 Plaintif Pertama adalah tuan punya sebuah bangunan kilang
yang dibina di Lot 3845 di Shah Alam.
 Plaintif Kedua pula merupakan tuan punya tanah di Lot 3845.
 Defendan pula merupakan tuan punya tanah di Lot 3846.
 Bangunan Kilang Plaintif Pertama terletak di bahagian
hadapan Lot 3845. Di bahagian belakang terdapat
bangunan kilang satu tingkat disewa kepada RAE.

AMRAN BIN MOHD MAJID


66 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH
 Sekitar bulan ogos 2011, defendan telah menjalankan kerja-kerja
pembinaan di atas lot tanah Defendan. Plaintif mendakwa
defendan gagal mengambil langkah-langkah keselamatan
apabila membina dinding penahan konkrit di antara lot tanah
plaintif dan lot tanah defendan.
 Pada 13.10.2011 sekitar pukul 11.30 pagi, satu kejadian tanah runtuh
berlaku dan kemudiannya hakisan tanah berserta enapan tanah
(soil subsidence). Ini menyebabkan kerosakan kepada tanah dan
juga bangunan kilang Plaintif.
 Sekitar bulan Februari 2012, Defendan telah menyiapkan kerja
pembinaan dinding penahan di atas lot tanah defendan di mana
kerja-kerja pembinaan yang tidak wajar melemahkan tanah lot
plaintif.

AMRAN BIN MOHD MAJID


67 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH
 Tuntutan Plaintif adalah berkaitan dengan pembinaan semula
dinding penahan konkrit yang berada di lot tanah Plaintif,
membaiki kerosakan di atas lot tanah Plaintif dan kerugian
disebabkan kehilangan sewaan.
 Defendan telah menafikan tuntutan plaintif. Dalam hal ini
Defendan telah membawa masuk Perunding Kejuruteraan TP1 dan
Kontraktor TP2 sebagai pihak-pihak ketiga bersama-sama dengan
pihak Defendan.
 Defendan mendakwa pembinaan bangunan kilang di tanah lot
Plaintif adalah tidak sah di sisi undang-undang memandangkan
tiada kelulusan diperolehi daripada Majlis Perbandaran Shah Alam
(MPSA). Adalah didapati Plaintif telah gagal membina satu saliran
perparitan di belakang dinding penahan konkrit di Lot Tanah
Plaintif.

AMRAN BIN MOHD MAJID


68 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Mahkamah Tinggi mendapati aras Lot Tanah Plaintif adalah


lebih tinggi daripada Lot Tanah Defendan. Dinding Penahan
Konkrit yang dibina oleh Defendan adalah di antara lot
tanah Plaintif dan lot tanah Defendan.
 Plaintif menegaskan runtuhan tanah yang berlaku adalah
disebabkan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan
pengorekan dan perataan tanah. Kerja-kerja pembinaan
melibatkan kerja-kerja pengorekan menegak sebanyak 90
darjah dengan kedalaman sebanyak 20 kaki sehingga 30
kaki.

AMRAN BIN MOHD MAJID


69 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Plaintif didapati telah membina dinding penahan konkrit


berbentuk “L” di antara Lot Tanah Plaintif dan Lot Tanah
Defendan. Tujuan Dinding Penahan “L” ini dibina adalah
untuk mengelakkan air memasukki lot-lot tanah yang lain.
 Plaintif mendakwa sekitar bulan Ogos 2011, defendan telah
mengorek di sempadan bersama kedua-dua lot tanah
tersebut secara menegak sebanyak 90 darjah dengan
kedalaman 15 kaki.
 Kedalaman 15 kaki tersebut adalah melebihi kedalaman
dinding konkrit berbentuk “L” yang mempunyai kedalaman
sebanyak 10 kaki sahaja.

AMRAN BIN MOHD MAJID


70 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Plaintif memaklumkan pengukuran kedalaman pengorekan yang


didakwa tersebut hanya boleh dirujuk kepada gambar-gambar
yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Data-data
pengukuran kedalaman pengorekan tersebut tidak pula
dikemukakan.
 Plaintif menegaskan apabila Defendan menjalankan kerja-kerja
pengorekan tanah, kejadian runtuhan tanah berlaku.
 Plaintif telah melantik seorang saksi pakar, PW5, seorang Jurutera
Awam yang mempunyai penglaman yang luas dalam bidang
kejuruteraan geoteknik. Dia telah menyediakan lapuran berhubung
dengan kejadian runtuhan tanah.

AMRAN BIN MOHD MAJID


71 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 PW5 menjelaskan lapurannya adalah berdasarkan rekod-


rekod, lukisan, lapuran penyiasatan tanah dan gambar-
gambar yang dikemukakan kepada pihaknya. PW5 telah
melawat tapak pada 21.1.2017 dan 14.2.2017.
 PW5 berpandangan kerja-kerja pengorekan tanah yang
berlebihan di bawah dinding penahan Plaintif semasa kerja
Pembangunan di Lot 3846 telah dilaksanakan. Kedalaman
semasa kerja-kerja pengorekan adalah sebanyak 8m – 9m
tanpa sokongan lateral.
 Adalah didapati runtuhan berlaku pada hari kerja-kerja
pengorekan dilaksanakan.

AMRAN BIN MOHD MAJID


72 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Mahkamah Tinggi mendapati beberapa aras pengorekan


boleh dirujuk dengan lukisan yang telah dibekalkan. Namun
kedalaman kerja-kerja pengorekan sebenarnya dirujuk
kepada gambar-gambar yang telah diambil.
 Namun demikian Mahkamah Tinggi berpendapat
kedalaman kerja-kerja pengorekan dengan hanya merujuk
kepada gambar-gambar adalah tidak mencukupi.
 Tambah lagi terdapat percanggahan keterangan di mana
plaintif menyatakan kerja-kerja pengorekan adalah sedalam
10 kaki atau 4.57m, manakala PW1 menyatakan kedalaman
kerja pengorekan adalah sebanyak 8 – 9m.

AMRAN BIN MOHD MAJID


73 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Saksi Pakar Defendan (DW2), seorang Jurutera Awam,


menyatakan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan
tanah runtuh berlaku. Salah satu sebab adalah tiada satu
sistem perparitan yang mencukupi di belakang dinding
penahan.
 DW2 juga menyatakan bahawa keja-kerja pembinaan
Dinding Penahan Responden tidak dibina mengikut amalan
kejuruteraan yang baik.
 Kerja-kerja pembinaan Dinding Penahan Responden juga
didapati cacat.

AMRAN BIN MOHD MAJID


74 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 DW2 juga berpendapat kaedah untuk mengatasi masalah ini


adalah untuk membina semula Dinding Penahan Responden
dengan mengambil kira keadaan tanah di kawasan tersebut
supaya dinding penahan tersebut akan lebih stabil dalam
jangka masa yang panjang.
 Sehubungan dengan itu Mahkamah Rayuan mendapati
aduan Perayu sebenarnya berasas. Oleh itu Mahkamah
Rayuan membenarkan rayuan Perayu tersebut.
 Mahkamah Rayuan memutuskan Dinding Penahan
Responden dibina semula dengan mengambil kira keadaan
tanah dengan kos yang ditanggung rugi oleh Responden.

AMRAN BIN MOHD MAJID


75 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Tengku Maimun Binti Tuan Mat,HMR, dalam penghakimannya


antara lainnya menyatakan:
“…It was the appellants’ case that around August 2011, the
respondent carried out construction works and/or earthworks
(“the said works”) along the common boundary on the
respondent’s land for a project known as ‘Cadangan Membina
Sebuah Kilang 1 Tingkat Serta Ruang Pejabat 2 Tingkat’, for
which the approval of the Majlis Bandaraya Shah Alam
(“MBSA”) was obtained by the respondent on 20.10.2011, i.e.
after works had commenced….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


76 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH
“….It was further the appellants’ case that in carrying out the said
works, the respondent dug and levelled the land vertically to a depth
of about 20-30 feet with an angle of approximately 90 degrees and
that the respondent had inter alia failed to take safety measures and
to build a retaining wall structure and/or a proper reinforced concrete
wall between the appellants’ land and the respondent’s land….”
“…On 13.10.2011 at about 11.30 am, a landslide occurred at the
boundary between the appellants’ and the respondent’s lands which
resulted in the collapse of the retaining wall; damage to the
appellants’ land and factory with subsequent soil erosion and soil
subsidence, thus compromising the safety of the appellants’ workers,
tenant and affecting the appellants’ daily factory operation. The
landslide also caused the death of one of the respondent’s workers
and/or agent….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


77 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH
“…We found that the respondent did not in fact deny the
measurement or depth of the excavation in its defence. Neither was
PW5 cross-examined on this aspect of the appellants’ case. In fact
what was pleaded by the respondent in the statement of defence
was that the construction works on its land were done in accordance
with the rules and the standard approved by its engineer, TP1. As such,
the measurement or depth of the excavation done by the respondent
was not an issue which required determination by the learned
judge….”
“…The dispute between the parties was in relation to the safety of the
retaining wall that was rebuilt by the respondent following the
landslide which the appellants alleged was caused by the respondent.
And while the learned judge was quite correct to say the photographs
without more cannot be accepted as proof of the appellants’ case,
her Ladyship failed to consider all the evidence on record….”
AMRAN BIN MOHD MAJID
78 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

“…Hence, from the evidence of DW2, it was crystal clear that the
retaining wall built by the respondent was defective and was not
according to good engineering practice. The appellants’ complaint
was thus founded and the learned judge was plainly wrong in failing to
consider the respondent’s own expert evidence. In the circumstances,
we allowed the appeal and we set aside that part of the order of the
High Court in dismissing the appellants’ claim….”
“…Insofar as the reliefs were concerned, we took into account the
testimony of DW2 who advised that the problem could be solved by
reconstruction of a retaining wall taking into account the present site
condition with a long term stability that could benefit the neighouring
land owners….”

AMRAN BIN MOHD MAJID


79 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Berdasarkan kepada nas-nas perundangan kes ini, adalah


jelas kedalam pengorekan kerja-kerja tanah untuk
pembinaan tidak cukup dengan hanya merujuk kepada
gambar-gambar kerja pembinaan sahaja.
 Dalam hal satu pengukuran sebenar di tapak bina perlulah
dibuat.
 Namun demikian sekiranya pihak kontraktor tidak
mempertikaikan kedalaman kerja-kerja pengorekan, maka
bolehlah disifatkan kedalaman kerja-kerja pengorekan itu
adalah yang sebenar.

AMRAN BIN MOHD MAJID


80 REKA BENTUK DINDING PENAHAN PERLULAH
MENGAMBIL KIRA KEADAAN TANAH

 Reka Bentuk Dinding penahan lebih-lebih lagi berkaitan


dengan kerja asas perlulah mengambil kira keadaan tapak
semasa.
 Dalam hal ini juga kerja-kerja pembinaan Dinding Penahan
perlulah menghasilkan mutu buatan yang baik dengan
amalan kejuruteraan yang baik.

AMRAN BIN MOHD MAJID


81 RUMUSAN

 Kejuruteraan Geoteknik bukanlah berdasarkan andaian semata-


mata.
 Dalam hal ini kerja penyiasatan tanah perlulah dilaksanakan demi
untuk menentukan profil dan sifat tanah tersebut sebelum reka
bentuk asas disediakan.
 Perekabentuk perlulah menentukan kedudukan lubang gerudi dan
bilangannya demi untuk menentukan profil dan sifat tanah demi
untuk menentukan kekuatannya.
 Perekabentuk perlulah membuktikan bahawa lapuran berhubung
dengan kerja penyiasatan tanah adalah khilaf sekiranya tidak
berpuas hati dengan lapuran tersebut.

AMRAN BIN MOHD MAJID


82 RUMUSAN

 Kerja Penyiasatan Tanah perlulah dilaksanakan dengan teliti


dei untuk menentukan samaada bahan tidak sesuai
(Unsuitable material) wujud.
 Reka bentuk berhubung dengan kejuruteraan Geoteknik
perlulah dilsediakan dengan mengambil kira keadaan dan
sifat tanah.

AMRAN BIN MOHD MAJID


83

AMRAN BIN MOHD MAJID

You might also like