You are on page 1of 2

Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak,

Cawangan Miri Block 1, Jalan Shell, Lutong


98000, Miri Sarawak

Karen Evelia Hong


Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak,
Cawangan Miri Block 1, Jalan Shell, Lutong
98000, Miri Sarawak
___________________________________________________________________
Kepada,
Pegawai Penyelia
Borneo Culture Museum
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93400, Kuching Sarawak. 11 MAC 2024

Tuan/Puan,

PER: PERMOHONAN KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN DI BORNEO CULTURE


MUSEUM KUCHING SARAWAK

Merujuk kepada perkara diatas, saya Karen Evelia Hong selaku seorang pelajar
daripada kursus Pentadbiran Pejabat Tahap 3 dari Sarawak Skills Miri, ingin
memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di Borneo Culture Museum Kuching,
Sarawak. Kajian ini akan berlangsung selama 1 bulan iaitu pada tarikh 18 Mac
sehingga 18 Mei 2024.

2. Tujuan saya ingin membuat kajian di Borneo Culture Museum Kuching kerana
ingin meningkatkan pemahaman sejarah dan seni budaya. Selain itu, kajian ini juga
dapat membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendokumentasikan sejarah
daerah, budaya atau topik tertentu yang diwakili oleh koleksi muzium.
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak,
Cawangan Miri Block 1, Jalan Shell, Lutong
98000, Miri Sarawak

3. Saya berjanji untuk mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan
oleh Borneo Culture Museum Kuching. Saya berharap tuan/puan boleh memberikan
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini di Borneo Culture Museum.
Saya juga berharap agar permohonan saya dipertimbangkan dengan baik.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar tuan/puan dapat meluluskan


permohonan ini. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

____________________
(KAREN EVELIA HONG)
Pentadbiran Pejabat Tahap 3
Sarawak Skills Miri

You might also like