You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

BOOTH RIANG RIA MEMBACA SEMPENA HARI KANAK-KANAK


TAHUN 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR

TARIKH : 20 NOVEMBER 2023


HARI : ISNIN
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK KELEBANG BESAR
ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH
KERTAS KERJA BOOTH RIANG RIA MEMBACA SEMPENA HARI KANAK-KANAK
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG BESAR
TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta
semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan
Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang
menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta
meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun. Dalam menyambut saranan ini, pihak PSS tidak
melepaskan peluang mengambil iniastif untuk menceriakan lagi sambutan Hari Kanak-kanak dengan
menganjukan Booth Riang Riang Membaca. Di samping bergembira, murid dapat mempelajari dan
mengaplikasi pelbagai strategi, teknik dan peraturan setiap permainan yang boleh diperoleh daripada
pelbagai bahan bacaan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meraikan murid-murid sempena hari kanak-kanak melalui aktiviti galakan membaca
2.2 Meningkatkan pengetahuan murid dalam pelbagai cabang ilmu dan membuka minda
murid bahawa setiap ilmu yang dipelajari ialah fenomena dan perkara yang berlaku
dalam kehidupan seharian kita.
2.3 Menerapkan unsur-unsur kegembiraan dalam kalangan murid dalam aktiviti membaca.
2.4 Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berterusan, meliputi aktiviti asas, aktiviti
pemupukan dan aktiviti pengayaan.
2.5 Menarik minat murid-murid membaca dan terus menjana idea kreatif dan
inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.

3 .0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Kelebang Besar.
4.0 PELAKSANAAN
4.1 Tarikh : 20 November 2023
4.2 Hari : Isnin
4.3 Masa : 7.30 pagi – 1.10 petang
4.4 Tempat : SK Kelebang Besar

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Pn. Noor Azimah binti Amat (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi Pn. Siti Norliza binti Talip (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 En Zakaria binti Muhammad (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 En. Norazlan bin Nudin (GPK Kokurikulum)

Setiausaha Pn Nor Fitri binti Zainal Abidin ( GPM )

Buku Program Cik Janatunaim bin Abd Wahab

Sistem Siaraya En Ahmad Faizal bin Maliki

Sijil dan pengurus peserta Cik Liyana Dalila binti Ghafar

Persiapan tempat dan Puan Rozita binti Talip


peralatan

Cenderahati Cik Janatunaim bin Abd Wahab

Fotografi Cik Irdawati binti Basri

Dokumentasi Puan Nor Fitri binti Zainal Abidin


6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Aktiviti Strategi Pelaksanaan


Booth Roda Impian -Murid diberikan masa 3 minit untuk melengkapkan
permainan
-Murid memusingkan roda untuk memilih nombor soalan
- Murid membaca soalan yang terdapat pada sampul yang
telah dipilih berdasarkan nombor yang tercatat pada roda.
-Ulang semula langkah 2 dan 3
-Murid yang berjaya menjawab 3 soalan dalam masa yang
ditetapkan, layak mendapat cenderamata.
Stacking Cup - Murid membaca peraturan yang dipamerkan pada bunting
-Murid menyelesaikan cabaran dalam masa 12 saat.
-Murid yang berjaya menyelesaikan cabaran dalam masa yang
ditetapkan layak mendapat cenderamata.
Baling Gelung Rotan -Murid memilih nombor soalan.
- Murid membaca soalan yang dipilih dan selesaikan cabaran
soalan dalam masa 2 minit.
- Setiap soalan yang berjaya diselesaikan boleh membaling
gelung rotan ke arah skitel.
- Murid yang berjaya membaling 5 gelung rotan ke arah skitel
layak mendapat cenderamata.
Cube Challenge -Permainan ini secara Kumpulan bertiga
- Murid membaca teknik-teknik menyelesaikan cube pada
bunting yang disediakan.
- Setiap ahli yang berjaya menyelsaikan cube terpantas akan
menyumbang 5 mata kepada kumpulan masing-masing.
- Kumpulan yang paling banyak mengumpul mata dikira
sebagai pemenang.

Booth Minda Padat, Sasaran - Murid diberikan 10 pundi kacang.


Tepat -Murid memilih lubang sasaran markah.
-Murid menjawab soalan berdasarkan lubang sasaran yang
dipilih.
- Sekiranya jawapan betul, murid boleh membalingkan pundi
kacang ke arah lubang tersebut
- Murid yang mengumpul 80 markah ke atas layak mendapat
cenderamata.

7.0 ATURCARA PROGRAM


7.20 pagi - Semua murid dan guru mengambil tempat.
7.30 pagi - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Wakil Murid
- Perasmian oleh:
Puan Noor Azimah binti Amat
- Gimik Perasmian
8.30 pagi - Booth Riang Ria membaca
10.10 pagi - REHAT
- Agihan Sumbangan dan Cenderahati
11.10 pagi - Bengkel Pendidikan Metamorfosis Rama-rama:
 Ceramah (Tahap 1)
 Booth Riang Ria Membaca (Tahap 2)
11.55 pagi - Bengkel Pendidikan Metamorfosis Rama-rama:
 Ceramah (Tahap 2)
 Booth Riang Ria Membaca (Tahap1)
12.40 tgh - Persembahan Murid
- Majlis Penyampaian Hadiah dan cenderamata
1.10 petang - Bersurai dan mengemas
8.0 SUMBER KEWANGAN
8.1 PCG Pusat Sumber
8.2 Sumbangan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga Kuantiti Sumber PCG


Bil. Perkara Jumlah
Seunit
1. Cenderamata Booth Riang Riang RM 5.00 200 RM 1000.00
Hadiah Cube Challenge:
Tempat Pertama Berkumpulan RM 30.00 1 RM 30.00 PCG PSS
2
Tempat Kedua Berkumpulan RM 20.00 1 RM 20.00
Tempat ketiga Berkumpulan RM 15.00 1 RM 15.00
3 Bunting RM 30.00 2 RM 60.00
4 Jamuan RM 6.00 5 RM 30.00 Sumbangan
JUMLAH RM 1065.00

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program telah dirancang dapat dijalankan tanpa halangan memandangkan
keperluan terhadap pembelajaran murid yang lebih berkualiti serta penekanan terhadap pembelajaran
sepanjang hayat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………………………………………
Nama : Nor Fitri binti Zainal Abidin Nama : Siti Norliza binti Talip
Jawatan : Penyelaras Sambutan Hari Kanak-Kanak Jawatan : GPK Pentadbiran
Nama Sekolah: SK Kelebang Besar Nama Sekolah: SK Kelebang Besar
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN: BOOTH RIANG RIA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
SK KELEBANG BESAR 2023

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Booth Riang Ria Sambutan Hari Kanak-kanak


SK Kelebang Besar 2023

Atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Booth Sambutan Hari Kanak-kanak


SK Kelebang Besar 2023

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………
..………………………………..
……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………....

………………………………………………………………
(NOOR AZIMAH BINTI AMAT)
Guru Besar,
SK Kelebang Besar Melaka
Tarikh:

You might also like