You are on page 1of 1

LATIHAN MATEMATIK TINGKATAN 1

INTEGER

• Nombor bulat (Bukan perpuluhan / pecahan), positif atau negatif

INTEGER POSITIF INTEGER NEGATIF


• Atas • Bawah
• Kanan • Kiri
• Bertambah • Berkurang

INTEGER NEGATIF

• Nilai integer negatif LEBIH KECIL daripada positif


• Contoh: - 5 (negatif) lebih kecil daripada 5 (positif)
• Semakin besar nombor negatif, semakin kecil nilai integer negatif
• Contoh: - 5 dan – 10 (10 lebih besar nombor daripada 5, maka – 10 lebih kecil daripada – 5)

CONTOH: Susun nombor berikut dalam tertib menaik (3, 4, 7, 6, - 5, - 7)

Jawapan: - 7 (paling kecil, kerana negatif lebih kecil daripada positif), - 5, 3, 4, 6, 7 (paling besar)

SOALAN

1) Bulatkan integer yang mempunyai nilai yang kecil bagi soalan (a), (b) dan (c).

a) 4 atau – 4

b) – 10 atau – 3

c) 5 atau 10

2) Susun nombor-nombor berikut dalam tertib menaik.

1, 2, 4, 3, - 2, - 4

3) Adakah nombor berikut integer atau tidak?

A) 5

B) 4.6

C) ¾

D) – 7

You might also like