You are on page 1of 2

FORMAT SURAT RASMI

No 30, Jalan Menanti,


Lorong 1, Parit 5, } (Alamat pengirim)
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Tuan Haji Mustafa Kamal bin Dato Jamaluddin,


Pengetua,
Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, } (Alamat penerima)
45500 Tanjong Karang, Selangor. 14 Februari 2022

Tuan,

Memohon Kebenaran Menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Merujuk perkara di atas, saya mewakili Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon kebenaran
menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun 2022
bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Pesta buku tersebut akan bermula beroperasi pada
pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Penyertaan ini melibatkan seramai 30 orang ahli Persatuan Bahasa
Melayu Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

2. Tujuan kami menyertai pesta buku ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan
mencungkil bakat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di pesta tersebut. Antara aktiviti yang akan
diadakan ialah Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Bercerita, Kuiz Bahasa dan Program Bijak
Bahasa. Aktiviti ini akan dapat mencungkil bakat ahli persatuan di samping memberi pengalaman baharu
dan meningkatkan lagi penguasaan bahasa dalam kalangan murid.

3. Selain itu, penyertaan ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid mewujudkan
jaringan dengan pihak luar seperti Karangkraf dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini dapat memberi
pengalaman baharu kepada murid mengenali dengan lebih dekat pihak penerbit buku-buku dan majalah
yang terdapat di pasaran. Misalnya, ahli persatuan boleh menimba ilmu pengetahuan daripada pihak
Karangkraf tentang proses penerbitan sesebuah karya atau buku sebelum dipasarkan.

Saya berharap permohonan ini akan mendapat perhatian dan kebenaran daripada pihak tuan.
Segala jasa baik dan Tindakan daripada pihak tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(YASMIN HANI BINTI OMAR)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
SAM Tanjong Karang.
FORMAT E-MEL

You might also like