You are on page 1of 2

Ruj.

Kami :
Tarikh : 3 Oktober 2023

Kepada
Ku Nuraffanddie Bin Ku Mohd Fozi
SK Teluk Menegon
Jalan Kota Raja , Taman Sri Menegon
41200 Klang
Selangor.

Melalui:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Teluk Menegon
Jalan Kota Raja , Taman Sri Menegon
41200 Klang
Selangor.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL PECUTAN AKHIR PKSK

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Guru guru Tahun 6 SK Bukit Naga akan mengadakan Bengkel Pecutan Akhir PKSK pada 16
Oktober bagi memberi kefahaman yang lebih lanjut tentang teknik menjawab soalan penilaian PKSK
khusus buat murid Tahun 6.

3. Sehubungan itu, selaku penyelaras program ini sukacitanya kami ingin menjemput tuan untuk
menyampaikan ceramah berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Oktober 2023 (Isnin)


Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik JQAF SK Bukit Naga
Sasaran : Murid- murid Tahun 6

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala
kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

______________________
(ROZITA BINTI RAZAK)
Guru Besar
SK Bukit Naga
40460 Shah Alam
Selangor

You might also like