You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh


47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03- 61568482 Faks: 03- 61403855
E-mel : skbbsb2u@gmail.com
Rujukan kami : PIBGSKBBSB 07/01/001/001 (26)
Tarikh : 24 Mei 2012

YBhg. Dr. Roshida bt Hassan


Pengarah
Pusat Darah Negara
Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Melalui,
Guru Besar
SK Bandar Baru Sungai Buloh

Tuan,

PROGRAM KARNIVAL 3K – KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN,


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama SK. Bandar
Baru Sg. Buloh akan menganjurkan satu program iaitu Karnival 3K pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Jun 2012


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi -2.00 petang
Tempat : SK Bandar Baru Sungai Buloh
Bilangan Murid : 2018 Orang ( sesi pagi dan petang )
Bil. Guru dan Staf : 120 orang

3. Program ini bermatlamat untuk melahirkan warga sekolah yang berkualiti serta
mengutamakan 3 aspek penting iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Berbagai
aktiviti akan diadakan sepanjang program ini dan salah satu program tersebut ialah
“Kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan”. Program ini terbuka kepada semua
penduduk sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

4. Dengan ini, besarlah harapan kami sekiranya Pusat Darah Negara dapat membantu
menjayakan program ini dengan turut serta di lokasi sekolah ini . Sebarang pertanyaan
daripada pihak tuan sila hubungi di talian telefon 013-3777208 Pn. Wan Pidura bt. Wan Ali
(GPK Petang) atau 012-2077944 Puan Norshida bt. Hashim (AJK PIBG).
5. Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan dan
sokongan daripada pihak Pusat Darah Negara.

Sekian , terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

.................................................
(YUSNIDA BT. MD. GHAZALI)
Setiausaha Kehormat
PIBG
SK. Bandar Baru Sg. Buloh

s.k:

1. Fail sekolah
2. Fail penasihat PIBG
3. Fail PIBG

You might also like