You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pejabat Pendidikan Daerah Manjung


Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tal 05 6911763
Lorong Selamat Faks : 05 6919200
32000 Sitiawan, Perak E-mel — : ppdmanjung@moe.gov.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURIDHOLISTIK”

Ruj. Kami : PPD.MJG 100-13/1/8( 41 )


Pengarah,Pengetua dan Guru Besar Tarikh : 01 April 2023
Pegawai,Guru dan AKP Daerah Manjung

Tuan

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KEJOHANAN PESTA PERSATUAN SUKAN DAN


KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) KALI KE 51 NEGERI PERAK TAHUN 2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Manjung akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan
Pesta Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Negeri Perak Tahun 2024

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung akan mengadakan pertandingan
mencipta logo Kejohanan PSKPP kali ke 51 terbuka kepada semua warga Pendidikan Daerah Manjung.
Syarat dan terma reka cipta pertandingan seperti berikut :

i) Crest PSKPP merupakan Lambang Rasmi yang digunakan


ii) Warna Kuning, Hitam & Putih - Melambangkan Warna Negeri Perak
iii) Warna Biru (laut) -Melambangkan Perpaduan, Setiakawan dan Keazaman bersama
mengarungi gelombang samudera
iv) Perkataan PSKPP membawa maksud: Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pendidikan
v) Perkataan Manjung dalam PSKPP : - Manjung Tuan Rumah Pengelola
vi) Angka 51 —Sambutan ke 51 Tahun Pesta PSKPP
vii) Penyertaan mestilah dihantar secara softcopy melalui pautan berikut :
https://forms.gle/rwogdtYjmxef5ib16
viii) | Tarikh akhir penyertaan pada 30 April 2024.

4. Pengumuman keputusan pertandingan akan diumumkan pada 30 Ogos 2024 sempena


pelancaran kejohanan PSKPP Manjung. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Isa_ bin Mohd
Tahir (Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah Manjung) melalui
talian 05-6927814/019-5299636. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak tuan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

"MALAYSIA MADANI”

”*BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUSA BIN HAMID)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

"PERAK SEJAHTERA 2030”

Del /wer
JUS PCA Ee PA
PESTA PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN [PSKPP]

LOGO
Crest PSKPP merupakan Warna Kuning, Hitam & Putih –
Lambang Rasmi yang digunakan Melambangkan Warna Negeri Perak

Warna Biru (laut) –


Angka 51 –
Melambangkan
Sambutan ke 51
Perpaduan, Setiakawan
Tahun Pesta
Penciptaan LOGO adalah secara pertandingan dan Keazaman bersama
PSKPP
( Terbuka kepada Warga Pendidikan Manjung – mengarungi gelombang
Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2024) samudera

Perkataan Manjung dalam PSKPP: Perkataan PSKPP membawa


- Manjung maksud: Persatuan Sukan dan
Tuan Rumah Pengelola Kebudayaan Perkhidmatan
Pendidikan

You might also like