You are on page 1of 6

PLC GURU KELAS

A.PENGURUSAN FAIL TRANSIT KEHADIRAN

1. Semua Guru Kelas/ Penolong Guru Kelas perlu berada di tapak perhimpunan untuk
mengambil kehadiran murid dan direkod ke dalam Fail Transit Kehadiran. Kembalikan fail ini
ke Bilik GPK HEM pada hari yang sama.
2. Ingatkan murid untuk maklum ketidakhadiran pada hari kejadian dengan gambar bukti ada
surat doktor dll agar guru boleh tanda sebab ketidakhadiran murid.
3. Mengutip surat kenyataan/surat doktor daripada murid yang tidak hadir semalam.
4. Tandakan S jika ada surat doktor pada Fail Transit Kehadiran.
5. Tandakan K jika hanya ada surat kenyataan ibu bapa/ penjaga. Pastikan kesahihan
tandatangan ibu bapa .
6. Tandakan W jika ada surat rasmi wakil sekolah untuk pertandingan/program luar
7. Surat kenyataan yang diterima daripada ibu bapa hanya 3 kali sahaja.
8. Surat kenyataan daripada ibu bapa yang ke-4 perlu rujuk kepada GPK HEM untuk
pengesahan.
9. Tulis jumlah kehadiran / jumlah murid dalam kelas di bawah kolum hari berkenaan dalam
borang untuk memudahkan pengiraan bilangan murid hadir ke sekolah. Contoh: 21/23.
10. Catat kehadiran murid dalam sistem APDM.
11. Memanggil murid yang terlibat jika kelas berkenaan difokus audit kehadiran pada pagi
tersebut.Fokus kelas yang paling ramai tidak hadir pada semalam.
12. Tuliskan NOMBOR KIRAAN dalam yang tiada kenyataan langsung sebagai ponteng .
13. Contohnya :berturut-turut 3 hari (termasuk Jumaat dan Sabtu) tidak hadir ke sekolah dengan
penandaan guru 1 Amaran 1
2 3
catatkan perkataan AMARAN 1 seperti yang di atas dan warnakan .
14. Jana surat amaran daripada sistem SSDM. Guru Kelas cari nama murid, klik TAMBAH KES.
Rekod kesalahan ponteng sekolah akan keluar surat amaran dalam sistem. Guru Kelas taip
maklumat yang diperlukan dan cetak 2 salinan termasuk salinan pdf. Pastikan ada letterhead
sekolah dan lampiran surat jawapan ibu bapa seperti yang sedia guna.
15. Surat Amaran Pertama dan Kedua ditandatangani oleh GPK HEM. Manakala Surat Amaran
Ketiga dan Surat Buang Murid ditandatangani oleh Pengetua. Simpan Salinan surat amaran di
belakang Fail Transit Kehadiran juga. Surat doktor dan surat kenyataan ibu bapa simpan di fail
poket yang lain.
16. Guru Kelas boleh merujuk murid yang bermasalah kepada Guru Disiplin untuk tindakan
segera.
17. Guru Kelas boleh merujuk murid yang perlu sesi kaunseling kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling jika perlu.
18. Guru Kelas perlu membuat analisis bilangan hari ketidakhadiran murid mengikut sebab pada
akhir bulan dan menulis jumlah ketidakhadiran murid setiap individu.
Contoh: MAC

Bil Nama A I S R K A I S R K JUMLAH TIDAK HADIR JUMLAH


KESELURUHAN
6 7 8 9 10 13 14 15 16 17 S K P W
1 ALI / / / / / / / / / /
2 BEH / / K / / / 1 / / / 1 1 K1(K1) ,P1
3 CECILI 1 2 Amaran
3 1
/ / / / / / / 3 P3 (A1),
4 DALILI 1 / / / 2 / 3 / / 4 4 P4
4/ 3/ 4/
3/4 4 4 4 2/4 3/4 1/4 4/4 4/4 3/4

April - Semua punca ketidakhadiran terkumpul

Bil Nama A I S R K A I S R K JUMLAH TIDAK HADIR JUMLAH


KESELURUHAN
2 3 4 5 6 9 10 11 12 13 S K P W
1 ALI / / / / / / / / / /
2 BEH / / K K / / 2 / / / 2 1 K3 (K2) , P2
3 CECILI 4
/ / / / / / / / / 1 P4 (A1),
4 DALILI / / / / / / / / / S 1 P4,S1
4/ 4/ 3/ 3/
4 4 4 4 4/4 4/4 2/4 4/4 4/4 3/4

RUMUSAN BULANAN KETIDAKHADIRAN PELAJAR-Terkumpul dari bulan sebelumnya


TINGKATAN : 3 AZAM

Bil Nama MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV

1 ALI
2 BEH 2 5
3 CECILI 3 4
4 DALILI 4 5
B.PENGURUSAN KELAS

1. Guru kelas perlu mengesahkan kehadiran murid dalam APDM pada hujung setiap bulan.
Pastikan BILANGAN HARI PERSEKOLAHAN adalah tepat. Cetak LAPORAN BULANAN
KEHADIRAN MURID KELAS dan serah kepada Penyelaras Tingkatan.
2. Bantu mengesan murid yang selalu ponteng, masalah kesihatan, masalah keluarga , bekerja,
bercinta, masalah pengangkutan, masalah kewangan dan cadang kepada Guru Bimbingan
Kaunseling untuk bimbingan kaunseling.
3. Bantu siasat murid yang perlu bantuan buku latihan dan buku kerja. Pastikan pendapatan
keluarga dan tidak hidup MEWAH. Cadang kepada ibu bapa buat surat, mohon sumbangan
koperasi untuk beri sumbangan peralatan asas persekolahan.
4. Keceriaan kelas harus dah selesai dan mula fokus PdPC dalam kelas. Kelas sementara perlu
mempunyai maklumat asas kelas yang menumpang terutamanya jadual bertugas harian.
5. Kebersihan dalam kelas perlu dijaga. Gerakkan murid bertugas ikut jadual bertugas kelas. Jika
jadual dah hilang mohon cetak semula. Jika murid dah berpindah kelas mohon murnikan.
6. Murid Baharu masuk sekolah perlu didaftar dalam Buku Daftar Murid dengan segera.
7. Pastikan alamat murid terkini dan perubahan maklumat terkini telah dikemas kini dalam
APDM.

C.PENYELARAS GURU TINGKATAN

1. Menerima LAPORAN BULANAN KEHADIRAN MURID KELAS daripada Guru Kelas berkenaan
pada akhir bulan.
2. Menyemak Fail Transit Kehadiran bulanan kelas berkenaan telah dilengkapkan dengan betul .
3. Membuat senarai semak ringkasan analisis kehadiran kelas dan memberi ulasan murid yang
kehadirannya perlu perhatian .
4. Bantu Guru Kelas menangani masalah kehadiran murid jika perlu.

You might also like