You are on page 1of 3

NIK MOHAMAD AZREEN BIN NIK AZLAN

No. KP : 901117036225

Tuan/Puan,

PENILAIAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) - UJIAN


PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA
GRED KP41 DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara


tersebut di atas.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan sukacitanya


menjemput Tuan/Puan untuk menduduki Penilaian Online Memasuki
Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik secara online bagi
pengambilan jawatan PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 di JABATAN
PERKHIDMATAN VETERINAR.

3. Tuan/Puan perlu menjawab ujian tersebut seperti ketetapan berikut:-

TARIKH : 28/07/2023
MASA : 09:00 Pagi hingga 05:00 Petang
TEMPOH : 1 Jam 30 Minit
MENJAWAB
PAUTAN : http://ipass5.spa.gov.my
ID PENGGUNA : Nombor Kad Pengenalan
KATA LALUAN : Nombor Kad Pengenalan
(Panduan ID Pengguna dan Kata Laluan)
4. Tuan/Puan perlu menduduki penilaian pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan sahaja. Calon-calon yang lulus Penilaian Online Memasuki
Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik PEGAWAI PENGUAT KUASA
GRED KP41 akan dipanggil ke Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan
Kecergasan. Maklumat berkenaan syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 boleh dirujuk melalui pautan https://
www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-
sarjana-phd/pegawai-penguatkuasa-gred-kp41

5. Pautan ujian tersebut hanya akan aktif mengikut tarikh dan masa yang telah
ditetapkan. Tuan/Puan bebas menjawab ujian tersebut dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Tuan/Puan dikehendaki menjawab keseluruhan 166 soalan
dalam tempoh masa 1 Jam 30 Minit. Sila klik butang "HANTAR" setelah selesai
menjawab kesemua soalan yang diberikan. Sesi penilaian Tuan/Puan tamat
setelah butang "HANTAR" diklik.

6. Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer,


notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet. Paparan
boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google
Chrome, Safari). Jika semasa menjawab tiada sebarang downloading (soalan
tidak terpapar), sistem hang atau tersekat-sekat, sila refresh browser. Jika tidak
berjaya juga, sila tukar kepada browser lain (Internet Explorer, Firefox, Google
Chrome, Safari), atau logout dan login semula sistem. Calon boleh mengakses
sistem ujian psikometrik online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai
kemudahan capaian internet. Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet
Semasa Penilaian Online SPA adalah seperti dipautan.

7. Keputusan penilaian akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja


dari tarikh PSEE dijalankan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
mengenai ujian psikometrik ini, Tuan/Puan boleh menghubungi Urus Setia
Bahagian Penilaian Kompetensi di talian 03-8091 9261/ 03-8091 9266/
03-8091 9267/ 03-8091 9270/ 03-8091 9255.

Sekian,terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

(Emel ini adalah cetakan berkomputer, tidak memerlukan tandatangan dan tidak
perlu dibalas)

You might also like