You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

UNIT REHABILITASI HOSPITAL ALOR GAJAH

BIL 1 TAHUN 2022

TARIKH : /0/2022 (JUMAAT)

MASA : 10 PAGI

TEMPAT : BILIK ORTHO, UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

KEHADIRAN:-

1. En. Jasni bin Abdullah Unit Pemulihan Carakerja (Pengerusi)


2. Puan Nur Yanti bt Abu Bakar Unit Pemulihan Carakerja
3. Puan Siti Sufiza bt Aziz Unit Pemulihan Carakerja
4. Puan Siti Nur Hanisah bt Abd. Halim Unit Fisioterapi
5. Puan Shahirah bt Zainuddin Unit Fisioterapi
6. Cik Nor Hanim bt Mahadi Unit Pemulihan Carakerja
7. Encik Muhamad Luqman bin Mohd Lazim Unit Fisioterapi
8. Pn. Faradiba bt Jum Unit Pemulihan Carakerja
9. Encik Hazman bin Aziz Unit Pemulihan Carakerja
10. Pn. Darlene Pamela James Janum Unit Pemulihan Carakerja
11. Puan Nursyuhada bt Mohamad Nor Unit Pemulihan Carakerja
12. Puan Azizah bt Abu Samad Unit Fisioterapi
13. Encik Shahriman bin Khamis Unit Pemulihan Carakerja
14. Pn. Amirah Sufiana bt Ahmad Suffian Unit Fisioterapi
15. Pn. Rossita bt Minhad Unit Fisioterapi
16. Pn. Hani Azura bt Baharuddin Unit Pemulihan Carakerja

TIDAK HADIR DENGAN KEBENARAN:-

1. Pn Suriati bt Said @Nawang - Cuti Kuarantin


2. En. Nasrulhaq bin Long – Cuti Kuarantin
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pendahuluan

Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua yang hadir
dalam mesyuarat kali ini. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan staf yang baru
melaporkan diri iatu Puan Darlene Pamela James Janum ke unit Carakerja. Tuan
pengerusi menjemput Pn Darlene untuk memperkenalkan diri kepada semua staf yang
hadir.

2. PERKARA BERBANGKIT:-

2.1 PINTU UTAMA DAN PINTU BELAKANG

Encik Jasni memulakan mesyuarat dengan memaklumkan kepada staf baru bahawa Unit
Rehab HAG adalah berkongsi bilik air, stor, pantri dan lain-lain. Untuk makluman semua
staf, kata laluan pintu utama Rehab telah ditukarkan kepada 321789.

Diharap semua staf dapat bersama mengambil tanggungjawab menjaga unit. Sebagai
contoh double check pintu belakang sebelum pulang untuk mengelakkan kejadian pintu
belakang tidak dikunci berulang.

Makluman

2.2 DUIT KELAB

Encik Luqman selaku bendahari kelab berterima kasih kepada semua staf yang komited
membuat bayaran yuran kelab. Beliau memohon maaf kerana tidak dapat membuat
kutipan secara bulanan seperti yang telah dipersetujui. Untuk makluman semua ahli, baki
duit terkini adalah RM451.20.

Encik Luqman juga memohon untuk meletakkan jawatan sebagai bendahari


memandangkan beliau telah memegang jawatan tersebut selama 2 tahun. Oleh yang
demikian, mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima perletakan jawatan beliau dan
seterusnya melantik Pn. Faradiba dari Unit Carakerja sebagai bendahari yang baru.

Makluman
2.3 JADUAL PANTRI

Encik Jasni memberi cadangan supaya diwujudkan jadual pembersihan secara mingguan
atau bulanan yang melibatkan semua staf. Ini adalah kerana masih wujud tabiat suka
meninggalkan sisa makanan, bungkusan atau cawan di meja pantri.

Mesyuarat bersetuju untuk membuat jadual pembersihan secara bulanan. Staf yang
dilantik berkuasa untuk membuang dan melupuskan sampah serta sisa makanan yang
ditinggalkan di meja pantri sebelum pulang. Keadaan ini diharap dapat mengelakkan
haiwan seperti tikus, lipas dan lain-lain bersarang dalam pantri yang merupakan tempat
wajib dikunjungi hari-hari.

Selain itu, Pn. Yanti juga memberi cadangan supaya dapat menggunakan duit unit untuk
membeli sabun pencuci pinggan untuk kegunaan di pantri.

Makluman

2.4 HARI KELUARGA

Encik Luqman mencadangkan supaya Hari Keluarga unit Rehab diadakan selepas Hari
Raya Puasa. Lokasi yang dicadangkan adalah di Pulau Besar.

Makluman

3. HAL-HAL LAIN:-

3.1 Encik Luqman mencadangkan supaya diadakan outdoor program seperti


perlawanan badminton, hiking dan lain-lain untuk staf Rehab. Aktiviti ini dicadangkan
diadakan sebulan sekali sebagai aktiviti bulanan unit.

Encik Jasni meminta Encik Luqman mendapatkan kebenaran Pengarah terlebih dahulu
dengan membuat permohonan secara bertulis. Encik Luqman juga menawarkan diri untuk
mencari lokasi yang bersesuaian. Aktiviti ini dicadangkan diadakan pada bulan Mac 2022.

3.2 Encik Luqman juga memaklumkan info berkenaan myCPD tahun 2021 lambat
diterima menyebabkan berlaku kelewatan dalam menghantar data yang diperlukan. Oleh
yang demikian, Pn. Sufiza mencadangkan supaya diwujudkan satu WhatsApp Group unit
Rehab yang boleh diguna pakai sebagai platform untuk menyampaikan sebarang info
kepada semua staf. Encik Jasni bersetuju untuk mewujudkan WhatsApp Group tersebut
dan akan berperanan sebagai Admin Group.

3.3 Pn. Hanisah mencadangkan supaya membuat pembelian T-shirt rasmi unit,
memandangkan ramai staf yang baru berpindah ke unit ini tidak mempunyai tshirt rasmi
Rehab. Seandainya terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan unit, staf telah mempunyai
baju rasmi unit yang menampakkan keseragaman bersama.

Warna yang dicadangkan adalah kombinasi hitam dan merah jambu. Mesyuarat sebulat
suara bersetuju melantik Pn. Hanisah untuk menguruskan tempahan tersebut.

3.4 Pn Shahirah mencadangkan kursus Team Building dapat menggabungkan kedua


unit iaitu Carakerja dan Fisio dimasa akan datang supaya dapat menonjolkan kelebihan
dan peranan masing-masing dalam kursus tersebut.

4. PENUTUP:

Mesyuarat tamat pada pukul 10.50 pagi dan ditangguhkan kepada tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ ____________________
Nursyuhada bt Mohamad Nor Encik Jasni bt Abdullah
Setiausaha Pengerusi
Unit Rehabilitasi HAG Unit Rehabilitasi HAG
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT UNIT REHABILITASI
HOSPITAL ALOR GAJAH
BIL 1/2023

Bil Nama Jawatan Tandatangan Catatan

1. Jasni bin Abdullah

2. Nuryanti bt Abu Bakar

3. Suriati bt Md Said @ Nawang

4. Siti Sufiza bt Aziz

5. Siti Nur Hanisah bt Abd Halim

6. Shahirah bt Zainuddin

7. Muhamad Luqman bin Mohd Lazim

8. Nasrulhaq bin Long

9. Nor Hanim bt Mahadi

10. Faradiba bt Jum

11. Hazman bin Aziz

12. Darlene Pamela James Janum

13. Nursyuhada bt Mohamad Nor

14. Azizah bt Abu Samad

15. Amirah Sufiana bt Ahmad Suffian

16. Rossita bt Minhad

17. Hani Azura bt Baharuddin


18. Mohd Shafiq

You might also like