You are on page 1of 3

JABATAN PELAJARAN SARAWAK

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU YONG,


96800 KAPIT,
SARAWAK.

E- mail: skuy_ybb7128@yahoo.com.my YBB 7128

Ruj. Kami : JPS(W)/YBB7128 (MSKT)/153/09/07/01(21)

Tarikh : 30 SEPTEMBER 2012


Kepada,

Encik Unggang anak Keli


Pengerusi Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Yong

Tuan,

UCAPAN TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN PIBG

Perkara di atas adalah dirujuk. pihak Sekolah Kebangsaan Ulu Yong ingin merakamkan terima kasih
di atas kerjasama dan sumbangan pihak PIBG menderma sebanyak RM100 untuk tujuan pembelian
cenderamata semasa Program Anakku, Anakmu yang telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2012


Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dewan Alamanda Sekolah Kebangsaan Ulu Yong Kapit
Tema : Keluarga Bahagia, Keluarga Berjaya
Pakaian : Batik, Formal dan Kemas.

2. Untuk itu pihak sekolah berharap kerjasama dan sumbangan seperti ini dapat diteruskan pada
masa akan datang demi kecemerlangan sahsiah dan pelajaran anak-anak kita. Kerjasama dan
sumbangan pihak tuan kami hargai dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………………………….……
( ENCIK MOHD. SABLI BIN HJ BADI)
Guru Besar
SK.Ulu Yong Kapit
Lampiran

ATURCARA PROGRAM

7.30 Pagi - Guru, ibu bapa dan tetamu berkumpul di Dewan Alamanda

8.00 Pagi - Bacaan Doa oleh Encik Asyraf

8.05 Pagi - Ucapan alu-aluan oleh guru besar Encik Mohd. Sabli Bin Hj Badi

- Ucapan dan perasmian Program Anakku, Anakmu oleh Pengerusi Jawatankuasa

Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kapit Pemancha Hj. Badi Bin Hj. Mohd. Nuawi

8.30-9.30 Pagi - Ceramah 1 (Tajuk : Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak)

Penceramah: En. Mohd Sabli Bin Hj. Badi

9.30-9.40 Pagi -Deklamasi Sajak : Suara Kami oleh murid tahap 2

9.40-10.40 Pagi - Ceramah 2 ( Tajuk: Kebajikan kanak-kanak di sekolah)

Penceramah : Encik Aik Anak Unggat

10.40-11.20 Pagi - Rehat

11.20-12.20 Pagi - Ceramah 3 (Tajuk: Peranan Polis dalam menangani masalah disiplin murid)

- Penceramah : Wakil Pihak Polis Daerah Kapit

12.20-12.25 Tengahari - Nyanyian - Fikirkan Boleh oleh murid tahun 6

12.25-12-50 Tengahari - Sharing Is Caring

- Wakil Prasekolah - Promosi “Jom ke Prasekolah” oleh Encik Asyraf

- Wakil Ibu Bapa

- Soal jawab

12.50-1.00 Petang -Penyampaian Cenderamata

- Makan Tengahari

- Bersurai
Agihan Kepada :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit


2. Rh. Jandok, Sg. Yong Kapit
3. Rh William Unchat, Sg. Yong Kapit.
4. Rh. Untang, Sg. Yong
5. Rh. Lapik, Sg, Yong Kapit
6. Rh Semut, Sg yong Kapit
7. Rh Memaloh,Sg Yong Kapit
8. Rh Manok Manchal, Sg Yong Kapit
9. Rh Masam, Sg. Yong Kapit
10. Rh Linggi, Sg Yong Kapit
11.Wakil Rh Panjang Sg Janan,Song
12.Rh William Unchat, Sg. Yong Kapit.
13.Rh Lulut, Sg. Tisa Kapit

You might also like