You are on page 1of 2

Kod Sekolah KBA 9022 “MUAFAKAT KEDAH” Emel:skhjhussindol.ppdkmy@gmail.

com
Rujukan Kami : SKHHD 40/01/6 (7)
Tarikh : 29 Januari 2018
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas,
Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tuan / Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 SKHHD 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah berhasrat mengadakan lawatan sambil belajar ke


tempat Tuan/Puan yang mana akan di adakan seperti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 01 Mac 2018 (Khamis)


Tempat : MRSM Kepala Batas (Program Ulul Albab)
Masa : 9.00 Pagi – 2.00 Petang
Peserta : 43 orang murid Tahun 6 dan 4 orang guru pengiring

3. Disini juga pihak kami sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh
mem buat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan, perhatian
dan kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MUAFAKAT KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

( CHE NOH BIN AHMAD )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Haji Hussin Dol,
08800 Guar Chempedak, Kedah.
Cadangan Tentatif Program Pendidikan Kerjaya – Destinasiku MRSM

Masa Aktiviti

7.30 pagi Berkumpul Di Dewan Sekolah

8.00 pagi Bertolak Ke MRSM Kepala Batas

9.00 pagi Tiba di MRSM Kepala Batas

9.00 Pagi Taklimat Ringkas Aktiviti oleh Kaunselor MRSM

9.15 Pagi Minum Pagi

9.45 Pagi Melawat Kawasan Sekitar MRSM

11.15 Pagi Taklimat MRSM “Tak Kenal Maka Tak Cinta”

12.15 Tgh Program Bual Bicara Bersama Bekas Murid SKHHD

12.45 Tgh Makan Tengah Hari

1.15 Ptg Solat Zohor Berjemaah

1.45 Ptg Salam Perpisahan

2.00 Ptg Bertolak Pulang Ke SKHHD

3.00 Ptg Dijangka Tiba Di SKHHD

You might also like