You are on page 1of 4

SMK TAMAN PERWIRA

PANDUAN PROSEDUR PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN

1. Penyedia Soalan

1.1 Kertas soalan hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Setiausaha
Peperiksaan Dalaman.

1.2 Muka hadapan mestilah mengikut format peperiksaan dan ujian seperti yang telah
ditetapkan.
(bergantung kepada format sekolah masing-masing tetapi mesti seragam bagi semua
mata pelajaran)

Format sekolah
Times new roman
Size : 12
Spacing : 1.0 (objektif) 1.5 untuk tulis jawapan
Muka depan (heading)

1.3 Hantar kertas soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Ketua
Bidang masing-masing.

1.4 Kertas soalan hendaklah dihantar bersama-sama JSU (bagi Peperiksaan Pertengahan
Tahun/ Ujian Diagnostik/ Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaaan Percubaan
sahaja) kepada Penolong Kanan Petang bagi sesi petang dan Penolong Kanan Akademik
untuk disahkan.

1.5 Hantar soalan ke pejabat untuk dicetak.

1.6 2 set kertas soalan bersama skema jawapan dan JSU hendaklah dihantar kepada Ketua
Panitia dan SU peperiksaan dalaman untuk simpanan.

1.7 Soalan yang telah siap dicetak dan dibungkus atau diikat mestilah berada di bilik operasi
peperiksaan dalaman mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Benang ?

1.8 Setiap set kertas soalan mengikut kelas mestilah disertakan bersama borang kawalan
peperiksaan mengikut kod warna tingkatan masing-masing. Borang ini hendaklah
lengkap diisi dengan semua nama pengawas bagi kertas tersebut (sila rujuk jadual waktu
sekolah).
1.9 Kod Warna Borang Kawalan Peperiksaan

Tingkatan Peralihan Kuning

Tingkatan 1 Biru

Tingkatan 2 Merah Jambu Bergantung pada sekolah


masing-masing
Tingkatan 3 Kuning

Tingkatan 4 Biru

Tingkatan 5 Merah Jambu

2. Pengawas Peperiksaan

2.1 Guru yang mengawas peperiksaan hendaklah mengambil kertas soalan dari bilik operasi
peperiksaan dalaman dan pelajar tidak dibenarkan mengambil kertas soalan tersebut

2.2 Kertas soalan yang bermula sebelum rehat hendaklah diambil sebelum peperiksaan itu
bermula, manakala kertas soalan yang bermula selepas rehat hendaklah diambil pada
waktu rehat sahaja.

2.3 Guru diminta mengisi nama pada borang pergerakan setiap kali mengambil dan
menghantar kertas soalan.

2.4 Guru diminta melengkapkan borang kawalan peperiksaan pada setiap pengawasan.

2.5 Semasa mengawas peperiksaan guru tidak dibenarkan melakukan perkara lain selain
mengawas peperiksaan

2.6 Guru yang mengawas sehingga tamat waktu menjawab hendaklah menyerahkan skrip
jawapan balik ke bilik peperiksaan dan menulis nama pada borang pergerakan kertas
peperiksaan. Pelajar dilarang sama sekali menolong guru menyerahkan kertas jawapan
ini ke bilik peperiksaan.

2.7 Guru perlu mengutip semula semua kertas soalan selepas ujian/ peperiksaan.

3. Bilik Peperiksaan /Bilik Darjah


3.1 Pelan kedudukan pelajar hendaklah dilampirkan dalam buku pemantauan sekolah
( Tindakan guru kelas)

3.2 Susunan kedudukan pelajar hendaklah mengikut urutan seperti dalam jadual kedatangan

Kelas (Tindakan Guru Kelas / Guru pertama mengawas peperiksaan pada hari tersebut)

3.3 Laci meja hendaklah dihalakan ke hadapan kelas

3.4 Meja guru diletakkan di belakang kelas.

3.5 Beg pelajar perlu diletakkan di luar kelas semasa peperiksaan.

3.6 Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih dan kemas

4. Guru Tingkatan/ Guru Mata Melajaran/ Penyelaras Tingkatan/ SU Peperiksaan Dalaman

4.1 Guru kelas hendaklah memastikan senarai nama kelas dikemaskini dalam Sistem Analisis
Peperiksaan (SAPS) di Bilik Akses selewat-lewatnya pada hari pertama ujian
intervensi/peperiksaan/ ujian bulanan bagi memudahkan urusan kemasukan markah oleh
Guru mata pelajaran.

4.2 Guru mata pelajaran hendaklah memasukkan markah kelas masing-masing ke dalam
sistem SAPS mengikut kelas.

4.3 Guru kelas bertanggungjawab mengisikan kehadiran dan komen untuk pelajar dalam kelas
masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

4.4 Jika Guru Kelas tiada di sekolah pada tarikh tersebut, Penyelaras Tingkatan akan
mengambil alih tugas Guru Kelas memaklumkannya kepada SU Peperiksaan Dalaman.

4.5 Unit Peperiksaan Dalaman akan menyediakan marksheet untuk semakan pelajar dan
pelajar dikehendaki menandatangani dalam marksheet tersebut sekiranya tiada sebarang
masalah markah.

4.6 2 salinan marksheet dicetak oleh UPD, satu salinan akan diberikan kepada guru tingkatan
dan 1 salinan akan disimpan oleh UPD sebagai rujukan sekolah.

5. Pelajar Cuti Sakit/ Mewakili Sekolah

5.1 Pihak sekolah tidak akan menyediakan Jadual Waktu peperiksaan khas jika pelajar tidak
dapat menghadiri peperiksaan sama ada kerana cuti sakit
5.2 Walaubagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk menjawab soalan peperiksaan
tersebut. Guru mata pelajaran akan menyemak kertas soalan tetapi markah yang diperoleh
tidak akan digunakan bagi tujuan perbandingan.

5.3 Bagi pelajar yang terlibat dengan Latihan Pusat/Projek Sukan/Program Jabatan/
Pertandingan/ kursus dalam kumpulan tertentu (yang mewakili sekolah), mereka
dibenarkan mengambil peperiksaan selepas pertandingan dan markah akan diambil kira
dalam sistem SAPS.

5.4 Dalam keadaan demikian guru pengiring/ jurulatih bertanggungjawab memaklumkan


senarai pelajar yang terlibat kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman sebelum tarikh
peperiksaan supaya kertas soalan dapat disediakan.

6. Jumlah Hari Kehadiran Pelajar yang dikira di dalam Slip Keputusan Pelajar

6.1 Jumlah hari kehadiran pelajar hanya dikira untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Ujian
Diagnostik/ Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaaan Percubaan sahaja. Contoh 98/99.

6.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun (TP,T1,T2 T4) dan Ujian Diagnostik (T3,T5) dikira
sehingga hari akhir persekolahan penggal 1.

6.3 Peperiksaan Percubaan PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM dikira sehingga hari terakhir
peperiksaan percubaan tersebut.

6.4 Peperiksaan Akhir Tahun TP, T1,T2,T4 dikira sehingga pada hari terakhir peperiksaan
akhir
tahun tersebut.

You might also like