You are on page 1of 24

JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203

730114-10-5551 ILMU TAFSIR


_______________________________________________________________________
_

1.0 PENDAHULUAN

Al-Qur’an adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.sebagai


mu’jizat yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan mutawattir serta
membacanya adalah ibadah. Diturunkannya kepda jin dan manusia agar bisa dijadikan
petunjuk (hudan) dan pembeda (furqan) antara kebenaran dan kesesatan, sebagaimana
firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185.

                           
                   
               

Ertinya : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara
yang benar dengan yang salah.

Allah menurunkan al-Qur’an untuk dibaca dengan penuh penghayatan (Tadabbur),


meyakini kebenarannya dan berusaha untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan
perintah Allah tersebut, seorang harus memahami makna dan kandungan al quran. Ibnu
Qayyim al-Jauziyah berkata; Apabila anda ingin mengambil pelajaran dari Al-Qur’an,
maka pusatkanlah hati dan fikiran anda di saat membaca dan mendengarnya.

Al-Qur’an juga diturunkan dengan bahasa Arab, sebagaimana firman Allah dalam surah
yusuf ayat 2 .

                 


      

Ertinya :Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa


Arab, agar kamu memahaminya”.

_______________________________________________________________________
_
1
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
Dengan demikian, orang yang ingin menafsirkan AL-Qur’an harus memahami bahasa
Arab baik qaidah lughawiyahnya seperti nahwu, sharf (gramatical), maupun ta’biriyah

(Linguistic) seperti majaz, balagah, I’jaz dan lainnya. Juga Ulumul qur’an seperti asbaab
an-nuzul, nasikh mansukh, qira’ah dan lainnya.

2.0 PENGERTIAN TAFSIR

Al-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami serta mentadabbur kitab
Allah s.w.t. Firman Allah:

              


                 
Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-
Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan
dapati perselisihan yang banyak di dalamnya” (An-Nisa’ ayat 82)

Sehubungan dengan itu, untuk memahami isi kandungan Kitab Suci al-Quran,maka
sewajarnyalah dipelajari ilmu tafsir agar dapat difahami ajaran serta isi kandungan al-
Quran dengan baik.Tafsir adalah kunci untuk membuka gudang simpanan yang terdapat
di dalam al-Quran. Tanpa tafsir, sesiapa pun tidak dapat membuka gedung simpanan
tersebut untuk mendapatkan mutiara dan permata yang amat bernilai yang tersimpan di
dalamnya.

2.1 Makna Tafsir dari Sudut Bahasa

Dari sudut bahasa, perkataan tafsir adalah mengikut wazan taf’il.Perkataan ini berasal
daripada kata akar al-fasr yang bererti menjelaskan (al-tabyin), menerangkan (al-idah),
menyingkap (al-kasyf) dan menampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa
tafsir itu bermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu.Oleh yang demikian,

_______________________________________________________________________
_
2
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah dengan menerang atau menjelaskan apa-apa yang
terkandung padanya daripada makna-makna, rahsia dan hukum hakamnya.

2.2 Makna Tafsir dari Sudut Istilah

Manakala dari sudut istilahnya pula, terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan
oleh para ulama berhubungan dengan maksud tafsir. Para ulama telah mengemukakan
pelbagai definisi mengenai tafsir yang saling melengkapi di antara satu definisi dengan
definisi yang lainnya.

Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:

‫علم يفهم به كتاب الله تعالى المنزل على نبيه محمد صلى الله عليه وسلم‬
.‫وبيان معانيه واستخراج أحكامه وحكمه‬

Maksudnya: Ilmu untuk memahami Kitabullah yang diturunkan kepada NabiNya


Muhammad Sallallahu Aalaihi wa sallam,menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan
hukum hakam dan hikmahnya-hikmahnya.

Sehubungan dengan itu, sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa tafsir itu
bermaksud menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran, kedudukannya, kisah dan sebab
nuzul, susunan ayat makki dan madani,muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh,
khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yang
menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadar kemampuan manusia.

3.0 TOKOH TAFSIR MODEN : SHEIKH ABDULLAH BASMEIH

3.1 LATAR BELAKANG

Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih.

_______________________________________________________________________
_
3
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau
bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt
di Yaman, manakala ibu beliau bernama ‘Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang
berasal dari wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan lain

beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke
Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama
Ma‘abdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah
al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa
beliau.

Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun
sewaktu ibu beliau ‘Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan
oleh ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah Hammad dipangil beliau sebagai “
‘ammati wa khalati” iaitu yang bermaksud ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara
sebelah ibuku kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah
pihak iaitu di pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih.

Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa iaitu
Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup
Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji
Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka.

3.2 PENDIDIKAN

Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah

_______________________________________________________________________
_
4
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama’ lain.Pendidikan awal Sheikh
bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di Mekah al-Mukarramah. Semasa
di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar oleh ayah beliau
untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7 tahun. Pembelajaran beliau ini
hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah beliau telah
membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka. Bermula
dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat tempatan pada
masa itu.

Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah belajar
sehingga lulus darjah 5. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah
membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih
tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba
ilmu dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan
pendita Zaaba dan sebagainya. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah
buku-buku dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam
menuntut ilmu.

3.3 PEKERJAAN

Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau, beliau
telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tiri
beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah. Beliau pernah menjual nasi
lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan.

Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang, sebagai
pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai buruh

_______________________________________________________________________
_
5
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak.

Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Artikel
beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh
pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau
telah memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama
daripada Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu.

Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan

penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan
Melayu. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas.

3.4 SUMBANGAN

Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Qur’an sekaligus


merupakan kitab tafsir al-Qur’an yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih.
Kitab tafsir ini digunapakai secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia
malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah kitab tafsir yang
sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di sini.Selain itu,beliau telah banyak
menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :
i. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )
ii. Mukadimah Mastika Hadis
iii. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )
iv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )
v. Khutbah Haji Wada‘- Khutbah Rasulullah s.a.w.
vi. Panduan Mengurus Jenazah
vii. Kedudukan Masjid Dalam Islam

_______________________________________________________________________
_
6
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
viii.Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)
ix. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)
x. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )
xi. Panduan Kanak-kanak Sembahyang
xii. Muqaddam al-Quran
xiii. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi

3.5 KEMATIAN

Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak di
Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun.
Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada

negara kita lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sumbangan beliau sebagai


penterjemah al-Qur’an.

Bermula dari situ Sheikh telah gigih berusaha secara berperingkat-peringkat sehingga
beliau berjaya menterjemah al-Qur’an ke bahasa Melayu dalam tulisan jawi pada
peringkat awalnya, kemudian dalam tulisan rumi sebagaimana yang dapat kita lihat
sekarang ini. Usaha-usaha gigih beliau ini telah mengambil masa yang lama di bawah
kepimpinan empat orang Perdana Menteri Malaysia.

4.0 METODOLOGI PENTAFSIRAN

Secara keseluruhannya , Sheikh Abdullah Basmeih tidak menentukan format khusus


untuk menterjemah dan mentafsir al-Qur’an. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar
kemudian menterjemah ayat-ayat al-Qur’an dengan gaya terjemahan beliau sendiri tanpa
terikut dengan mana-mana penterjemah.

_______________________________________________________________________
_
7
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
Beliau menterjemah dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami bukannya
menterjemah mengikut huruf (harfiah). Mana-mana ayat yang memerlukan huraian
dibuat huraiannya di tempat nota kaki. Huraian-huraian ini merupakan intipati kepada
bacaan beliau terhadap kitab-kitab rujukan yang digunakan. Kata-kata dari ulama’ seperti
almarhum Dato’ Haji Muhammad Noor turut dimasukkan pada tempat-tempat tertentu.
Perlu difahami di sini bahawa beliau tidak mentafsir ataupun membuat huraian pada
semua ayat al-Qur’an, hanya ayat-ayat tertentu sahaja yang diberi huraian dan penjelasan.
Selebihnya hanyalah terjemahan ayat. Oleh kerana itu kitab tafsir ini sebenarnya adalah
lebih merupakan terjemahan kepada ayat-ayat al-Qur’an.

Sebagai kesimpulannya metodologi pentafsiran beliau kepada bahagian-bahagian berikut:

4.1 Tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an

Pada ayat-ayat tertentu beliau memberikan penjelasan dengan menyebut nombor ayat dan
nama Surah yang menyokong dan menjelaskan ayat al-Qur’an yang dihurai. Contohnya
pada ayat 37 surah al-Baqarah. Pada bahagian nota kaki ayat ini beliau menyatakan
sebagaimana berikut :
“ kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Ta‘ala kepada
Nabi Adam (dan isterinya – Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam ayat 23 surah al-A‘raf
iaitu
               
             

_______________________________________________________________________
_
8
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

4.2 Tafsir al-Qur’an dengan hadis

Pada sesetengah ayat Sheikh Abdullah Basmeih turut menghuraikan ayat tersebut dengan
hadis Nabi s.a.w. Walaubagaimanapun Sheikh tidak menyatakan matan hadis tersebut.
Begitu juga tidak dinyatakan perawi hadis tersebut. Kekadang beliau hanya menyebut
dari sumber mana sumber tersebut diambil.Contohnya pada ayat 6 surah al-Fatihah.
Kekadang beliau hanya menyebut tentang mafhum hadis sahaja sepertimana dalam ayat
54 dan 55 surah Ali Imran.

4.3 Sebab Penurunan Ayat

Syeikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang sebab penurunan ayat (sabab al-
Nuzul) di dalam kitab tafsirnya ini, tetapi tidak semua ayat yang mempunyai sabab al-
Nuzul dinyatakan beliau. Antara ayat yang diterangkan sebab penurunannya ialah ayat 1
surah al-Nahl. Selain itu ada juga keterangan yang bersifat sebab penurunan ayat tetapi

tidak dinyatakan oleh beliau sebagai sebab penurunan ayat tersebut walaupun disebut
pada kitab-kitab tafsir lain. Contohnya pada ayat 1 surah al-Munafiqun.

4.4 Huruf muqatta‘ah

Syeikh Abdullah Basmeih tidak menghurai huruf-huruf muqatta‘ah bahkan beliau


menyatakan bahawa “Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf yang
terletak pada permulaan setengah-setengah surah al-Qur’an seperti ‫ م‬. ‫ ل‬. ‫( ا‬Alif Lam
Mim) ini”.

4.5 Munasabah ayat

_______________________________________________________________________
_
9
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

Dalam kitab tafsir ini juga sheikh Abdullah Basmeih turut menyatakan tentang hubungan
dan kaitan (munasabah) antara ayat dengan ayat. Contohnya pada ayat 3 surah al-Nahl.
Walaubagaimanapun beliau tidak memberi huraian tentang munasabah antara surah
dengan surah.

4.6 Ayat-ayat hukum

Sheikh Abdullah Basmeih juga telah memberi penekanan pentafsiran kepada ayat-ayat
hukum, tetapi tidak semua ayat hukum dijelaskan oleh beliau. Antara contoh yang dapat
dilihat adalah pada penjelasan tentang hukum mewarisi wanita pada zaman jahiliyah
yang telah diterangkan oleh Allah Taala dalam firmanNya pada surah al-Nisa’ ayat 19.
Begitu juga pada hukum haram membunuh seseorang manusia yang dinyatakan pada
surah al-Isra’ ayat 33.

4.7 Kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu

Sheikh Abdullah Basmeih juga banyak memberikan perhatian terhadap ayat-ayat

berkenaan kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu. Antara contoh yang dapat dilihat ialah
pada kisah Nabi Ibrahim a.s. Kisah tersebut dihuraikan oleh beliau pada nota kaki ayat-
ayat berkenaan. Contohnya pada ayat 71 surah Hud.

4.8 Penjelasan istilah-istilah

Antara ciri-ciri pentafsiran Sheikh Abdullah Basmeih yang lain ialah beliau turut
menghuraikan istilah-istilah tertentu yang dirasakan oleh beliau penting untuk dihuraikan.
Contohnya istilah Allah, al-Rahman, al-Rahim pada surah al-Fatihah.

_______________________________________________________________________
_
10
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa Sheikh Abdullah Basmeih telah
memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut di dalam kitab tafsir beliau ini. Namun
jika ianya dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain masih ada beberapa
aspek yang tidak disentuh oleh beliau iaitu penerangan tentang masalah nahu, masalah
qira’at dan sebagainya.

5.0 TAFSIR SURAH AL IKHLAS


Berdasarkan tafsir al quran pimpinan Ar Rahman yang ditulis oleh Sheikh Abdullah
Basmeih pada surah Al Ikhlas adalah seperti berikut:
                   
 
           
Ertinya:
1 Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".

Surah Al Ikhlas yang pendek ini menetapkan keesaan zat Allah,keesaan sifat
ketuhannanya dan keesaan perbuatannya.Surah ini memberi kesedaran kepada hati kecil
manusia akan iktikad tauhid yang sebersih-bersihnya supaya dijadikan asas bagi
ibadatnya dan bawaannya dalam kehidupan.Maka dengan itu ia tidak memperhambakan
dirinya melainkan kepada Allah semata-mata dan tidak bertumpu pada masa senang dan
susah melainkan kepada Allah sahaja.Serta tidak menjadikan kata pemutus dalam segala
urusan hidupnya melainkan hukum Allah yang ialah menjadi punca bagi segala
keadaan,kekuasaan dan ketetapan.

_______________________________________________________________________
_
11
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
Tauhid yang demikian ialah asas yang awal pertama yang wajib diiktiqadkan oleh hati
seseorang semasa lidahnya mengucap –ucapan yang dikehendaki sentiasa disebut
walaupun dengan hati.Sebenarnya tauhid yang sedemikian suci bersihnya sudah tentu
diikuti oleh segala perbuatan dan sifat-sifat mulia,kerana undang-undang peraturan Allah
telah menetapkan bahawa iktikad kepercayaan mempunyai kekuasaan dan pengaruh yang
sangat berkesan kepada bawaan dan amal perbuatan.Maka baik buruk yang terdapat pada
bawaan dan amal perbuatan seseorang adalah berpunca dari baik buruknya akidah
kepercayaannya.

6.0 PEMBAHAGIAN TAFSIR

Para ulamak telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran yang
wujud dalam perkembangan tafsir Al Quran iaitu:

Pertama : Tafsir bi al-Ma’thur atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir
Bi al-Naqli.

Kedua : Tafsir Bi al-Ra’yi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau Tafsir bi-
alAqli.

Ketiga : Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

6.1 TAFSIR BI AL-MA’THUR


Tafsir bi al-Ma’thur ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, As-Sunnah dan pendapat
para sahabat dan tabi’in untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran.
Sehubungan dengan itu, tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang
sahih iaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran sendiri, atau mentafsirkan al-Quran
berpandukan hadis kerana fungsi hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan
_______________________________________________________________________
_
12
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
isi kandungan al-Quran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan al-Quran
memandangkan golongan para sahabat merupakan golongan yang paling mengetahui
tentang al-Quran al-Karim.
AKTIVITI 2.1
Tafsir bi al-Ma’thur berkembang melalui dua cara iaitu:
• Pertama: Secara Lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan.
• Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin).

Tafsir bi al-Ma’thur memerlukan kepada beberapa syarat. Antaranya ialah:


• Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.
• Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga mengenai kata-kata para sahabat
dan tabi’en.
• Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah.
• Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh mansukh.
• Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat.

Adapun Tafsir bil Ma’thur itu bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-
Quran dengan al-Quran, tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah s.a.w, pendapat dan
ijtihad para Sahabat dan pendapat Tabi’in.

6.1.2 Tafsir al-Quran dengan al-Quran


Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Hal ini kerana tidak
ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah selain daripada Allah. Justeru, Ibnu
Kathir telah menyatakan bahawa sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang

_______________________________________________________________________
_
13
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
terbaik untuk mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.Mentafsirkan al-
Quran dengan ayat al-Quran dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antaranya ialah:
(i) Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas
Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah ditafsirkan dengan lebih jelas
dan lengkap pada ayat yang lain.Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Fatihah:

        



Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hariAkhirat).
Perkataan ( ‫ ) يوم الدين‬ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah al-Infitar ayat 17-19:

                  
               
            
Maksudnya:Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan
itu? Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan
itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun
kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah .

6.2TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari
sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.Ahli tafsir bi al-Ra’yi menggunakan seluruh ilmu
yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan para sahabat atau tabi’in. Mereka
berpandukan kepada ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang

berkaitan dengan asas-asas agama yang lain seperti usul fiqh, ilmu hadis dan sebagainya.
Tafsir bi al-Ra’yi terbahagi kepada dua iaitu:

_______________________________________________________________________
_
14
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
1. Tafsir Mahmud yang bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang
bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsure-unsur penyelewengan dan iainya
selari dengan tatabahasa arab dan kaedah syarak.
2. Tafsir Mazmum yang bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak
berlandaskan ilmu,sebaliknya mengikut hawa nafsu tanpa merujuk kepada
kaedah-kaedah bahasa atau syari’ah atau menafsirkan ayat al Quran berdasarkan
aliran pemikiran mazhab yang sesat dan bid’ah.

Tafsir bi al-Ra’yi berkembang pada zaman Bani Abbasiyah seiring dengan


berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu. Tafsir ini menggalakkan peranan
ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Ma’thur. Dengan bantuan ilmu-ilmu
bahasa Arab, ilmu qiraah, ilmu-ilmu al-Quran, hadis dan ilmu Ulum hadis, usul fiqh dan
ilmu-ilmu lain, seorang ahli tafsir akan
menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan
mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan yang
ada.

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran bahawa


terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran ahli tafsir dalam
mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu:

• Pertama: Dinaqalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap waspada terhadap


hadis dhaif dan maudhu.
• Kedua: Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. dan
tabi’in.
• Ketiga: Berpegang dengan bahasa Arab secara total kerana al-Quran diturunkan dalam
bahasa Arab yang fasih.

_______________________________________________________________________
_
15
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
• Keempat: Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan Arab yang disokong
oleh asas-asas syariat Islam.

Contoh Tafsir bi al- Ra’yi dalam Tafsir al-Jalalain, firman Allah s.w.t:
        

Maksudnya: „Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku.(Surah Al-Alaq:
ayat 2)

Kata nama ‘alaq di dalam ayat di atas diberi maksud dengan bentuk jamak daripada lafaz
mufrad ‘alaqah yang bererti segumpal darah beku.

6.3 TAFSIR ISYARI/SUFI


Menurut ahli sufi, setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin. Yang zahir adalah
yang segera mudah difahami oleh akal fikiran, sedangkan yang batin adalah yang
merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di sebaliknya itu yang hanya dapat diketahui
oleh ahlinya.
Menurut al-Zahabi, tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran
dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat,disebabkan terdapat
tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawuf dan pentakwilan ini
mempunyai titik pertemuan dengan maksud zahir ayat.

Contoh bentuk penafsiran secara Isyari antara lain adalah pada ayat:
        
 
Maksudnya: …maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu,padahal
kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) al-Baqarah:22

Al-Tastary mentafsirkan perkataan ( ‫ ) أننندادا‬yang bermaksud ‘sekutu’ sebagai nafsu


amarah yang jelek. Jadi maksud ( ‫ ) أندادا‬di sini bukan hanya merujuk kepada patung-

_______________________________________________________________________
_
16
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

patung berhala, syaitan atau jiwa sahaja, akan tetapi nafsu amarah yang sering dijadikan
Tuhan oleh manusia juga merupakan apa yang dimaksudkan daripada ayat tersebut,
kerana manusia selalu menyekutukan Tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu
amarahnya.

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di dalamnya telah
banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi, diantaranya pentafsiran Isyari sahabat iaitu
ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr yang berbunyi:
            
                 
       
Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai
Muhammad berjaya menguasai Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam
agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan
mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (al-Nasr: 1-3).

Di antara para sahabat, ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut dengan
mengatakan bahawa ayat tersebut memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur
kepada Allah dan meminta keampunannya. Akan tetapi berbeza dengan Ibn Abbas yang
mengatakan bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w.

6.4 ISRAILIYYAT
Perkataan Israiliyyat ( ‫ ) إسننرائيليات‬adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab.
Mufradnya atau kata tunggalnya ialah Israiliyyah ( ‫) إسرائيلية‬. Ia dinisbahkan kepada Bani
Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi Nabi Allah
Yaakub a.s. yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew,
Isra’ bermaksud hamba, manakala ‘iil bermaksud tuhan. Justeru perkataan Israil
membawa maksud hamba tuhan dan ia merujuk kepada Nabi Yaakub a.s.

_______________________________________________________________________
_
17
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang berkembang
hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti,
sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.Keturunan Nabi Yaakub a.s
atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi.
Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s pula dikenali dengan nama Nasara atau
Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi
sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab.

Dalam ilmu tafsir Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita
yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri
daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Dalam
bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya
Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan
ayat-ayat suci al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir merujuk kepada kisah-kisah
Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan thaqafah Yahudi dan Nasrani di dalam
tafsir. Walaupun Israiliyyat melibatkan pengaruh Yahudi dan Nasrani, namun digunakan
perkataan Israiliyyat sahaja yang merujuk kepada Yahudi kerana ia dianggap lebih
dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan
elemen Nasrani disebabkan pada zaman awal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul
dan bercampur dengan Yahudi berbanding Nasrani. Walaupun elemen Israiliyyat mula
menyerap masuk sejak zaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman
tabi’in.

Di samping pengertian Israiliyyat di atas, para ulama tafsir dan hadis juga menggunakan
istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu bagi setiap kisah

_______________________________________________________________________
_
18
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telah dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan
sesetengah ulama tafsir dan hadis menganggap bahawa Israiliyyat adalah setiap kisah

yang dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan
untuk merosakkan kesucian Islam.

Justeru, menurut al-Zahabi Israiliyyat di dalam tafsir mengandungi dua pengertian iaitu:
• Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya
kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.

• Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir
yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana.
Sesungguhnya Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam serta menggambarkan
seolahnya Islam adalah agama khurafat, tahyul dan menyesatkan.Contohnya ialah
sebagaimana tafsiran Israiliyyat dalam ayat 7 surah Mukmin, firman Allah:
        
       
Maksudnya: Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya,
bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya….

Ayat ini ditafsirkan dengan mengatakan "Kaki malaikat pemikul `arsy berada di bumi
paling bawah, sedangkan kepalanya menjulang ke 'arsy.Inilah antara kesan dan bahaya
Israiliyyat terhadap akidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum
Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan akidah umat Islam dan
melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan
al-Sunnah.

7.0 ULASAN KITAB TAFSIR

_______________________________________________________________________
_
19
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
7.1 Keistimewaan

Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.


Antaranya kerana ia adalah satu-satunya kitab tafsir lengkap 30 juzuk yang diterbitkan

dalam bahasa Malaysia yang mudah difahami. Selain itu penulis kitab ini iaitu Sheikh
Abdullah Basmeih telah menggunakan kitab-kitab yang muktabar sebagai rujukan kepada
pentafsiran kitab ini. Kitab ini juga istimewa kerana selain daripada ditafsir oleh seorang
ilmuwan yang dipercayai ia juga disemak oleh Dato’ Haji Muhammad Noor mufti negeri
Kelantan yang memang tidak diragui keilmuwan dan kealimannya. Kitab ini juga
mendapat perhatian kerajaan Malaysia dengan diadakan Lujnah Tashih yang khusus bagi
kitab ini. Kitab ini menjadi lebih penting kerana diterbitkan dalam dua versi tulisan iaitu
tulisan jawi dan rumi sekaligus membolehkan golongan tua dan muda menggunakannya
mengikut keselesaan masing-masing.

7.2 Kelemahan Dan Kritikan


Sememangnya sifat makhluk tidak sunyi daripada kesilapan, begitu juga dengan kitab ini
yang dikarang dan diterbitkan oleh manusia semestinya tidak sunyi dari kelemahan.
Setelah meneliti kitab tafsir ini dan mengamati pandangan dan kritikan yang diberikan
oleh masyarakat, penulis mendapati masih terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. Antaranya ialah :

i. Masih terdapat kesalahan cetakan pada ayat-ayat al-Quran. Contohnya pada cetakan
keenam (1995), dan kesembilan (1998)edisi rumi terdapat kesalahan pada pengulangan
perkataan iaitu ma pada ayat 50 surah al-Nahl. Kesalahan ini meskipun dinyatakan ralat
pada bahagian hadapan kitab tafsir ini tetapi pastinya ramai yang tidak menyedari dan
menghiraukannya. Justeru ia tidak boleh dipandang ringan.

ii. Tidak terdapat keselarasan antara kitab tafsir versi jawi dan rumi. Antaranya pada versi
jawi dimasukkan petunjuk ayat sebagai ruangan tambahan tetapi pada versi rumi tidak
_______________________________________________________________________
_
20
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
dimasukkan. Begitu juga pada bahagian atas di setiap halaman versi rumi tidak
dimasukkan nombor surah sedangkan pada versi jawi dimasukkan.

8.0 RUMUSAN

Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berat dan besar. Sehubungan dengan itu,
bukan semua orang mampu untuk memikul amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa
sahaja yang ingin mentafsirkan al-Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar
terhindar daripada melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Peranan Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini tidak dapat dinafikan sebagai satu kitab
tafsir yang amat penting kepada masyarakat Islam di Malaysia. Sumbangan Sheikh
Abdullah Basmeih terhadap umat Islam di Malaysia khususnya melalui penghasilan kitab
tafsir ini adalah amat wajar dihargai oleh semua masyarakat.

_______________________________________________________________________
_
21
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

9.0 RUJUKAN

Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah.(2001).Pengantar usul tafsir.Akademi


Pengajian Islam UM.Kuala Lumpur.Intel Multimedia Publication.

Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani.

Sheikh Abdullah Basmeih.(2000).Tafsir Pimpinan Ar Rahman.Jabatan Kemajuan


Islam Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikr.

Mohd.Fauzi Haji Awang (1990). Tafsir Al-Quranul Karim. Kelantan Darul Naim :
Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Manna Khalil Qattan.(1998).Mabahis Fi ‘Ulum al Quran.Beirut:Muassasah al


Risalah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz.


Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Al Zahabi,Muhammad Husayn.(1989).Al Tafsir wa al Mufassirun.Kaherah:


Maktabah Wahbah.

Al Khalidi,Solah Abdul Fattah.(1996).Al Tafsir wa al Ta’wil fi al Quran.


Jordan:Dar al Nafa’is.

_______________________________________________________________________
_
22
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Pengertian Tafsir 2

3.0 Tokoh Tafsir Moden: Sheikh Abdullah Basmeih 3

4.0 Metodologi Pentafsiran 7

5.0 Tafsir Surah Al Ikhlas 10

6.0 Pembahagian Tafsir 11


Tafsir Bi Al Ma’Thur
Tafsir Bi Al Ra’yi
Tafsir Isyari
Tafsir Israiliyyat

_______________________________________________________________________
_
23
JAMHARI BIN ABDULLAH HBQE3203
730114-10-5551 ILMU TAFSIR
_______________________________________________________________________
_
7.0 Ulasan Kitab Tafsir 18

8.0 Rumusan 20

9.0 Rujukan 21

_______________________________________________________________________
_
24

You might also like