You are on page 1of 24

MANUAL PELAKSANAAN RINTIS

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


BERASASKAN PROJEK (PBMP)
INISIATIF #108: PEMARTABATAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
(KETERAMPILAN BERBAHASA)

DRAF
(SEMAKAN 13062022)

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


2022

1|Manual Rintis PBMP


ISI KANDUNGAN MANUAL

1.0 Pengenalan …3

2.0 Dasar Berkaitan Pelaksanaan …3

3.0 Definisi Operasi …3

4.0 Rasional …4

5.0 Objektif …4

6.0 Kerangka Konsep …5

7.0 Kumpulan Sasaran …6

8.0 Kaedah Pelaksanaan …6

9.0 Pelaksanaan Pentaksiran …9

10.0 Peranan …10

11.0 Sumber Bacaan …11

12.0 Kesimpulan …11

Soalan Lazim …12

Sumber Rujukan …13

Lampiran …14

2|Manual Rintis PBMP


1.0 PENGENALAN

Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu pada tahun 2022 telah
menetapkan Keterampilan Berbahasa sebagai satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
dalam inisiatif tersebut. Keterampilan Berbahasa merupakan satu usaha berterusan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan murid yang mendapat pendidikan di Malaysia.

Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek (PBMP) merupakan salah


satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk meningkatkan
keterampilan berbahasa murid. Kaedah ini mengaplikasikan dan
menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari daripada
pelbagai disiplin ilmu untuk menguasai kemahiran berbahasa melalui aktiviti
berasaskan projek.

2.0 DASAR BERKAITAN PELAKSANAAN

PBMP menyokong:

2.1 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris


(MBMMBI) yang bermatlamat agar murid dapat menguasai bahasa Melayu
dengan fasih dan yakin;
2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menetapkan 90
peratus murid mencapai kepujian Bahasa Melayu SPM 2025;
2.3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu;
2.4 Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM); dan
2.5 Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu.

3.0 DEFINISI OPERASI

PBMP merupakan kaedah PdP berpusatkan murid dan mengembangkan potensi murid
secara menyeluruh yang melibatkan aktiviti PdP di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh
itu, elemen komponen PBMP berikut diperlukan oleh murid dalam menguasai ilmu
yang telah dipelajari:

3.1 membina soalan utama – Membentuk soalan bersifat terbuka dan


berkaitan dengan perkara yang perlu dipelajari oleh murid untuk
memberikan tujuan dan cabaran;

3.2 suara dan pilihan murid – Menentukan tajuk, soalan utama, sumber dan
produk yang akan dihasilkan bermakna kepada mereka;

3|Manual Rintis PBMP


3.3 Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) – Bekerja secara kolaboratif,
komunikasi dan menjanakan pemikiran kritis dan kreatif dalam situasi
yang sebenar. Berpeluang meningkatkan kemahiran 4K (komunikasi,
kolaboratif, kreatif dan kritis) melalui penilaian kendiri;

3.4 inkuiri dan inovasi – Bimbing untuk membina lebih banyak soalan
berdasarkan soalan utama, membuat hipotesis dan terbuka kepada idea;

3.5 maklum balas dan semakan – Murid memberikan pandangan


berdasarkan ‘exemplar’ dan rubrik untuk menambah baik hasil produk.
Pandangan daripada pakar juga digalakkan;

3.6 pembentangan produk – Murid membentangkan produk dan membuat


refleksi tentang produk kepada audiens.

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4

4.0 RASIONAL

PBMP dapat:

4.1 menghasilkan persekitaran pembelajaran yang konstruktif dan selaras


dengan PAK21;

4.2 mewujudkan kerjasama antara murid untuk menentukan, melaksanakan


dan memantau proses perkembangan pembelajaran;

4.3 memindahkan pengetahuan dalam diri murid berdasarkan persekitaran


sosial mereka melalui pelbagai gaya pembelajaran; dan

4.4 menerapkan elemen TMK sebagai satu pendekatan secara konstruktif


yang boleh digunakan oleh guru semasa PdP.

5.0 OBJEKTIF

PBMP dapat:

5.1 melahirkan murid berketerampilan berbahasa Melayu berasaskan PAK21;


dan

5.2 meningkatkan kreativiti guru dalam PdP Bahasa Melayu.

4|Manual Rintis PBMP


6.0 KERANGKA KONSEP

Berikut merupakan kerangka konsep PBMP;

6.1 Pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan projek adalah berdasarkan


kepada kerangka konsep di bawah.

Rajah 1: Kerangka Konsep PBMP

6.2 Huraian Kerangka Konseptual

6.2.1 Kesantunan Berbahasa


Kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan semasa melaksanakan PBMP.

6.2.2 Nilai Estetika


Nilai yang terhasil daripada proses imaginasi dan kreatif murid
dalam menggarap keindahan bahasa semasa melaksanakan
PBMP.

6.2.3 Tatabahasa
Aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami
dan dikuasai oleh murid semasa melaksanakan PBMP.

5|Manual Rintis PBMP


6.2.4 Bakat, Minat dan Potensi
a) Bakat ialah kebolehan semula jadi berdasarkan kapasiti diri
sendiri.
b) Minat ialah perasaan ingin mengetahui atau belajar tentang
sesuatu.
c) Potensi ialah kemampuan yang ada dalam diri individu dan
boleh dibangunkan.

6.2.5 Koperatif dan Kolaboratif


a) Pembelajaran koperatif membolehkan murid belajar
bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu
sama lain dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan khususnya semasa melaksanakan PBMP.
b) Pembelajaran kolaboratif melibatkan perkongsian ilmu dan
kemahiran secara berkumpulan untuk mencari persefahaman,
penyelesaian dan pengukuhan hasil pembelajaran semasa
PBMP.

6.2.6 Kreativiti dan Berimaginasi


a) Kreativiti ialah kebolehan murid untuk menjana idea atau
mencipta sesuatu yang baharu melalui gabungan idea.
b) Berimaginasi ialah kebolehan murid menggambarkan idea
secara analitikal dan kritis.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran murid dalam pelaksanaan PBMP;

i. Murid Tahun 6 bagi Sekolah Rendah (SR).


ii. Murid Tingkatan 4 bagi Sekolah Menengah (SM).

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Berikut merupakan kaedah pelaksanaan PBMP;

8.1 Pelaksanaan PBMP mengikut kesesuaian murid berdasarkan tahap


penguasaan, minat dan lokaliti.

8.2 Penentuan projek berdasarkan tema dalam buku teks.

8.3 Tempoh pelaksanaan antara 1 bulan hingga 3 bulan semasa pembelajaran


di dalam kelas bermula Julai hingga Oktober. Guru boleh merancang aktiviti
PBMP seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

6|Manual Rintis PBMP


8.4 PBMP adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu.

8.5 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disusun mengikut kesesuaian


projek yang dirancang berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan.
Cadangan RPT seperti di Lampiran 3.

8.6 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu ditulis berdasarkan konsep


pembelajaran berasaskan projek.

8.7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan secara berterusan sama ada
melalui pemerhatian, lisan dan tulisan serta perlu direkodkan.

8.8 Penentuan tahap penguasaan keseluruhan PBD adalah berdasarkan


pertimbangan profesional guru. Pertimbangan profesional guru perlu
mengambil kira aktiviti sepanjang proses penghasilan dan persembahan
projek.

8.9 Model Pelaksanaan PdP Bahasa Melayu berasaskan Projek

Model 1

Model 2

Model 3

7|Manual Rintis PBMP


Model 4

Model 5

Model 6

Catatan:
Berikut adalah model pelaksanaan PBMP. Guru bebas melaksanakan PBMP
mengikut perancangan, gaya pembelajaran serta strategi pengajaran tanpa
mengabaikan mana-mana kemahiran berbahasa.

8.10 Kaedah Pelaksanaan

Rajah 2: Panduan Pelaksanaan PBP (sumber BPK)

Catatan:
Guru boleh juga memilih pendekatan modular, didik hibur atau tematik, kaedah dan teknik
PdP yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran
masteri, pembelajaran kontekstual, pembelajaran terbeza dan pembelajaran penyelesaian
masalah bagi memastikan objektif PBMP tercapai.

8|Manual Rintis PBMP


8.11 Langkah-langkah Pelaksanaan

Rajah 3: Langkah Pelaksanaan PBMP (sumber BPK)

9.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan pentaksiran;

9.1 Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, lisan dan


penulisan atau gabungan.
9.2 Pentaksiran dilaksanakan dengan merujuk kepada kemahiran fokus yang
menjadi objektif pembelajaran.
9.3 Penentuan Tahap Penguasaan (TP) merujuk deskripsi/deskriptor dalam
Standard Prestasi (SPi) mengikut kemahiran bahasa dalam DSKP.
9.4 Pentaksiran dilaksanakan secara individu walaupun aktiviti dilaksanakan
secara berkumpulan.
9.5 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan secara berterusan untuk mendapatkan
maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan dengan keupayaan,
perkembangan serta kemajuan murid.
9.6 Pentaksiran hendaklah dilaksanakan berdasarkan rubrik penskoran seperti
dalam Garis Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini.
9.7 Aspek pentaksiran boleh dilaksanakan melalui interaksi antara:
a) Murid dengan guru;
b) murid dengan murid; dan
c) murid dengan bahan pembelajaran.

9|Manual Rintis PBMP


9.8 Pentaksiran juga boleh dilaksanakan oleh murid sendiri, rakan sebaya dan
ibu bapa berdasarkan senarai semak yang bersesuaian.

10.0 PERANAN

Pentadbir, panitia dan guru berperanan besar dalam menentukan kejayaan PBMP.
Berikut merupakan peranan pentadbir, panitia dan guru;

10.1 Peranan Pentadbir

10.1.1 Memastikan semua guru yang terlibat dapat melaksanakan PBMP


mengikut manual yang dikeluarkan.
10.1.2 Merancang, membimbing dan memantau pelaksanaan PBMP
secara berkala menggunakan SKPMg2.
10.1.3 Menyebar luas makluman PBMP dalam kalangan warga sekolah,
PIBG, PIBKS dan komuniti setempat.
10.1.4 Mengadakan jaringan dan jalinan dengan pihak-pihak
berkepentingan untuk meningkatkan impak Keterampilan
Berbahasa dalam kalangan guru dan murid melalui PBMP.

10.2 Peranan Panitia

10.2.1 Merancang PBMP sebagai aktiviti tahunan panitia.


10.2.2 Melaksana, membimbing dan memantau PBMP.
10.2.3 Menyediakan perancangan perbelanjaan untuk pelaksanaan
PBMP.
10.2.4 Melaksanakan pembudayaan pementoran, pemantauan,
penyelarasan dan pengesanan (4P) dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).
10.2.5 Melengkapkan pelaporan pelaksanaan PBMP.

10.3 Peranan Guru

10.3.1 Merancang pelaksanaan PBMP yang kreatif dan inovatif selari


dengan minat, bakat dan potensi murid.
10.3.2 Menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
yang sesuai semasa melaksanakan PBMP.
10.3.3 Menggabungjalinkan kemahiran berbahasa dengan tema
pembelajaran (Pembelajaran Bertema / Elemen Merentas
Kurikulum).
10.3.4 Memastikan pelibatan murid secara aktif mengikut tahap
keupayaan murid.
10.3.5 Melaksanakan PBD secara berterusan semasa aktiviti PBMP.

10 | M a n u a l R i n t i s P B M P
10.3.6 Membuat refleksi tahap penguasaan murid dalam pelaksanaan
PBMP.
10.3.7 Melengkapkan pelaporan pelaksanaan PBMP.

11.0 SUMBER BACAAN

Antara bahan bacaan yang perlu dibaca bersama-sama:


11.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
11.2 Garis Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini
11.3 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
11.4 Kit Penerangan PAK21
11.5 Kit PLC

12 KESIMPULAN

Warga pendidik perlu kreatif dalam merencanakan aktiviti PdP di dalam atau di luar
bilik darjah sebagai pelantar untuk menyerlahkan kemahiran Keterampilan
Berbahasa dalam kalangan murid. Keterampilan Berbahasa yang menyeluruh
dengan mengambil kira minat, bakat dan potensi menjadi pemangkin dalam
membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
Melayu yang standard.

KPM menaruh harapan yang tinggi dalam kalangan warga pendidik untuk
memastikan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pada masa ini mampu memberikan jaminan kecemerlangan
untuk generasi masa hadapan. Semoga usaha murni ini bakal disambut oleh
seluruh warga pendidik dalam memartabatkan kualiti pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia serta memastikan bahasa Melayu terus dipupuk dan dimartabatkan
sebagai bahasa kebangsaan.

11 | M a n u a l R i n t i s P B M P
SOALAN-SOALAN LAZIM (Q&A):

1. Adakah PBMP ini merupakan kaedah baharu yang diperkenalkan dalam Bahasa
Melayu?
Tidak.

2. Bolehkah PBMP dilaksanakan kepada murid selain kumpulan sasaran?


Boleh.

3. Berapakah masa yang diperlukan dalam melaksanakan PBMP?


Satu hingga tiga bulan mengikut kesesuaian tugasan.

4. Adakah PBMP ini diuji dalam item peperiksaan awam?


Tidak.

5. Adakah PBMP boleh dijadikan salah satu cara untuk melaksanakan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD)?
Ya.

6. Adakah pihak sekolah mendapat peruntukan kewangan khusus untuk


melaksanakan aktiviti PBMP?
Tidak. Panitia boleh menggunakan peruntukan PCG sedia ada.

7. Bolehkah PBMP ini dilaksanakan lebih daripada sekali dalam setahun?


Boleh.

8. Adakah RPH PBMP berbeza dengan RPH sedia ada?


Tidak

9. Adakah PBMP perlu dimasukkan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)?


Ya.

10. Bilakah penghantaran pelaporan PBMP?


Pelaporan perlu dihantar dalam tempoh seminggu selepas PBMP dinilai.

11. Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan PBMP?


Guru Kanan Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Melayu
yang mengajar kelas tersebut.

12 | M a n u a l R i n t i s P B M P
SUMBER RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2008. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013 – 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah:


Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Tahun Enam. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan:
Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Kursus i-THINK Secara Bersemuka Kepada


Guru dan Pengetua/Guru Besar (KiSB): Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Bahasa Melayu Tingkatan 4 Kurikulum
Standard Sekolah Menengah: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

13 | M a n u a l R i n t i s P B M P
LAMPIRAN 1: Cadangan jangka masa aktiviti Pembelajaran Bahasa Melayu
Berasaskan Projek (PBMP)

Tempoh Projek 1 bulan Projek 2 bulan Projek 3 bulan

Koleksi pantun Lagu puisi/ Video/sketsa/pantomim


Cadangan /sajak/syair/ berita/komik/wayang /pameran/
Aktiviti Boneka/anekdot/buku kulit/cerpen/ Papan cerita/kenduri
skrap Big Book puisi/puisidra

Guru bebas memilih aktiviti lain mengikut kesediaan dan kesesuaian.


Minggu 1: Minggu 1:
Minggu 1:
- Perbincangan - Perbincangan idea
- Perbincangan idea
idea projek projek
projek
- Penetapan tajuk - Penetapan tajuk
- Penetapan tajuk dan
dan objektif dan objektif
objektif
Fasa pembelajaran pembelajaran
pembelajaran
Permulaan - Penentuan - Penentuan
- Penentuan
kumpulan sasaran kumpulan sasaran
kumpulan sasaran
- Perancangan - Perancangan
- Perancangan aktiviti
aktiviti dan garis aktiviti dan garis
dan garis masa
masa masa
(Berdasarkan DSKP)
(Berdasarkan DSKP) (Berdasarkan DSKP)
Minggu 1: Minggu 2: Minggu 2 & 3:
Penerokaan dan Penerokaan dan Penerokaan dan
penyiasatan penyiasatan penyiasatan
- Mencari - Perbincangan - Mencari
Fasa
maklumat/bahan dalam maklumat/bahan
Perkembangan
daripada pelbagai kumpulan daripada
sumber menentukan pelbagai sumber
berdasarkan pelaksanaan berdasarkan
(Pentaksiran projek yang akan projek (DT) projek yang akan
bilik darjah -
dijalankan. (B) dijalankan. (B)
PBD
dilaksanakan
secara
Minggu 2: Minggu 3: Minggu 4:
berterusan
semasa Analisis, sintesis Analisis, sintesis Analisis, sintesis
pelaksanaan perbincangan perbincangan perbincangan
aktiviti) penyelesaian penyelesaian masalah penyelesaian masalah
masalah dan dan membuat dan membuat
membuat keputusan keputusan keputusan
- Merancang - Merancang - Merancang
pelaksanaan pelaksanaan pelaksanaan

14 | M a n u a l R i n t i s P B M P
Tempoh Projek 1 bulan Projek 2 bulan Projek 3 bulan
projek projek projek
berdasarkan berdasarkan berdasarkan
maklumat maklumat yang maklumat yang
yang telah telah diperoleh. telah diperoleh.
diperoleh. (T) (T) (T)
Minggu 3: Minggu 4: Minggu 5 & 6:
Input pembelajaran Input pembelajaran Input pembelajaran
baharu dan baharu dan baharu dan penghasilan
penghasilan produk penghasilan produk produk akhir
akhir akhir
- Melaksanakan
- Melaksanakan - Mencari perancangan
perancangan maklumat/ serta membuat
serta membuat bahan daripada catatan projek.
catatan projek. pelbagai (T)
(T) sumber
berdasarkan
projek yang Minggu 7 & 8:
akan dijalankan.
(B) Perbincangan dalam
kumpulan semakan
aktiviti pelaksanaan
projek (DT)
Minggu 5 & 6:
Melaksanakan
perancangan serta
membuat catatan Minggu 9:
projek (T) Prapembentangan
bahan projek.(DT)

Minggu 7:
Prapembentangan Minggu 10:
bahan projek.(DT) Mencari
maklumat/bahan
penambahbaikan.(B)

Minggu 11:
Prapembentangan
bahan projek kali ke-2
selepas
penambahbaikan.(DT)
Minggu 4: Minggu 8: Minggu 12:
Fasa Penutup Pembentangan
(Refleksi dan Pembentangan
showcase, penilaian
showcase, penilaian

15 | M a n u a l R i n t i s P B M P
Tempoh Projek 1 bulan Projek 2 bulan Projek 3 bulan
pengukuhan pakar dan maklum pakar dan maklum Pembentangan
kemahiran) balas balas showcase, penilaian
pakar dan maklum balas
Penilaian projek Penilaian projek
(matlamat dan hasil (matlamat dan hasil
projek) projek)
Penilaian projek
Penilaian kendiri guru Penilaian kendiri guru (matlamat dan hasil
dan murid dan murid projek)
(pengalaman, (pengalaman,
Penilaian kendiri guru
perasaan, cabaran perasaan, cabaran dan
dan murid (pengalaman,
dan penambahbaikan)
perasaan, cabaran dan
penambahbaikan)
penambahbaikan)

Jadual 1: Jangka masa Pelaksanaan PBMP

Petunjuk;
DT - Mendengar dan bertutur
B - Membaca
T - Menulis
(Pemilihan SP bagi setiap kemahiran disesuaikan berdasarkan objektif yang hendak dicapai)

16 | M a n u a l R i n t i s P B M P
LAMPIRAN 2: Carta Gantt

i. Carta Gantt PBMP: Projek 1 Bulan

JULAI
DESKRIPSI
M1 M2 M3 M4
FASA PERMULAAN:
- Perbincangan idea projek.
- Penetapan tajuk dan objektif
pembelajaran
- Penentuan kumpulan sasaran
- Perancangan aktiviti dan garis masa
.

FASA PERKEMBANGAN :
Penerokaan dan penyiasatan

Analisis, sintesis perbincangan


penyelesaian masalah dan membuat
keputusan
Input pembelajaran baharu dan
penghasilan produk akhir
FASA PENUTUP:

- Pembentangan showcase, penilaian pakar


dan maklum balas
- Penilaian projek
- Penilaian kendiri guru dan murid

Jadual 2: Carta Gantt Pelaksanaan PBMP Tempoh 1 Bulan

17 | M a n u a l R i n t i s P B M P
ii. Carta Gantt PBMP: Projek 2 Bulan
JULAI OGOS
DESKRIPSI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8

FASA PERMULAAN:

- Perbincangan idea
projek.
- Penetapan tajuk dan
objektif pembelajaran
- Penentuan kumpulan
sasaran
- Perancangan aktiviti
dan garis masa
FASA
PERKEMBANGAN :
Penerokaan dan
penyiasatan

Analisis, sintesis
perbincangan
penyelesaian masalah
dan membuat keputusan

Input pembelajaran
baharu dan penghasilan
produk akhir

Melaksanakan
perancangan serta
membuat catatan projek

Prapembentangan bahan
projek.

FASA PENUTUP:

- Pembentangan
showcase, penilaian
pakar dan maklum
balas
- Penilaian projek
- Penilaian kendiri guru
dan murid

Jadual 3: Carta Gantt Pelaksanaan PBMP Tempoh 2 Bulan

18 | M a n u a l R i n t i s P B M P
iii. Carta Gantt PBMP: Projek 3 Bulan
JULAI OGOS SEPTEMBER
DESKRIPSI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

FASA PERMULAAN:

- Perbincangan idea
projek.
- Penetapan tajuk dan
objektif pembelajaran
- Penentuan kumpulan
sasaran
- Perancangan aktiviti
dan garis masa
FASA
PERKEMBANGAN :
Penerokaan dan
penyiasatan

Analisis, sintesis
perbincangan
penyelesaian masalah
dan membuat keputusan

Input pembelajaran
baharu dan penghasilan
produk akhir

Perbincangan dalam
kumpulan semakan
aktiviti pelaksanaan
projek

Prapembentangan bahan
projek

Mencari maklumat/bahan
penambahbaikan

Prapembentangan bahan
projek kali ke-2 selepas
penambahbaikan

FASA PENUTUP:

- Pembentangan
showcase, penilaian
pakar dan maklum
balas
- Penilaian projek
- Penilaian kendiri guru
dan murid

Jadual 4: Carta Gantt Pelaksanaan PBMP Tempoh 3 Bulan

19 | M a n u a l R i n t i s P B M P
LAMPIRAN 3: Cadangan Penyusunan RPT

Contoh Penyusunan Rancangan Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Projek (1 bulan)


Variasi 1

Susunan Standard Pembelajaran masih mengandungi pakej 3 Kemahiran dan 1 Aspek dalam seminggu.
MINGGU 1 MINGGU 2
HARI KEMAHIRAN/ASPEK HARI KEMAHIRAN/ASPEK
ISNIN DENGAR TUTUR ISNIN DENGAR TUTUR (PBL)
SELASA BACA (PBL) SELASA BACA
RABU TULIS RABU TULIS
KHAMIS ASPEK S/BAHASA KHAMIS ASPEK T/B

Bimbingan melaksanakan
MINGGU 3 MINGGU 4 PBL dilaksanakan guru di
dalam bilik darjah pada hari
HARI KEMAHIRAN/ASPEK HARI KEMAHIRAN/ASPEK yang tertentu dalam
seminggu berdasarkan
ISNIN DENGAR TUTUR ISNIN DENGAR TUTUR (PBL) kemahiran yang telah
ditetapkan.
SELASA BACA SELASA BACA
Murid akan menyiapkan
RABU TULIS (PBL) RABU TULIS tugasan di rumah.
KHAMIS ASPEK S/BAHASA KHAMIS ASPEK T/BAHASA

20 | M a n u a l R i n t i s P B M P
Contoh Penyusunan Rancangan Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Projek (1 bulan)
Variasi 2

Susunan Standard Pembelajaran masih mengandungi pakej 3 Kemahiran dan 1 Aspek dalam seminggu.

Minggu 1 Minggu 2
Hari Kemahiran Aktiviti Standard Hari Kemahiran Aktiviti Standard Pembelajaran
Pembelajaran

Isnin Dengar Tutur 1.3.2 Mendengar, Isnin Dengar Tutur 1.4.1 Menyampaikan
menganalisis dan pendapat tentang
menerangkan sesuatu perkara dalam
maklumat daripada perbualan santai secara
pelbagai wacana bertatasusila.
dengan betul dan
bermakna.

Mencari Merancang
Selasa Baca maklumat 2.3.2 Membaca dan Selasa Baca pelaksanaan projek 2.2.1 Membaca,
daripada membanding beza berdasarkan mengenal pasti dan
pelbagai sumber maklumat daripada maklumat yang menjelaskan maklumat
berdasarkan pelbagai bahan teks telah diperoleh tersurat dan tersirat
projek yang dengan betul. dengan betul daripada
dijalankan pelbagai bahan primer.

Rabu Tulis 3.3.1 Menulis dan Rabu Tulis 3.3.1 Menulis dan
melengkapkan melengkapkan
maklumat dalam maklumat dalam
pelbagai bahan pelbagai bahan
mengikut situasi dan mengikut situasi dan
keperluan. keperluan.

21 | M a n u a l R i n t i s P B M P
Khamis Aspek 5.2.2 Mengenal pasti Khamis Aspek S/B 4.1.1 Memahami dan
T/BAHASA dan menggunakan mengapresiasi prosa
golongan kata kerja moden dan prosa
dengan betul tradisional dengan
mengikut konteks. menyatakan respons
peribadi yang sesuai
terhadap karya.

Minggu 3 Minggu 4

Hari Kemahiran Aktiviti Standard Hari Kemahiran Aktiviti Standard Pembelajaran


Pembelajaran
Isnin Dengar Tutur 1.8.1 Merumus isu Isnin Dengar Tutur 1.8.2 Mengulas karya
semasa dengan kritis dengan menyatakan
dan bernas secara kekuatan dan
jelas menggunakan kelemahan secara
ayat yang betul dan jelas, bernas dan kritis
gramatis. menggunakan ayat
yang betul dan gramatis

Selasa Baca Melaksanakan 2.4.1 Membaca dan Selasa Baca 2.3.1 Membaca dan
Membuat
perancangan menghayati pelbagai menilai bentuk serta
persembahan
serta membuat bahan fiksyen dan kandungan teks
projek
catatan projek bukan fiksyen untuk daripada pelbagai
meningkatkan bahan dengan betul
penguasaan kosa dan tepat.
kata dalam pelbagai
bidang.
Rabu Tulis 3.4.1 Menulis Rabu Tulis 3.4.5 Menulis untuk
kerangka karangan menghasilkan karangan
dengan menyusun dengan wacana yang

22 | M a n u a l R i n t i s P B M P
dan menganalisis isi lengkap, bahasa yang
penting secara gramatis dan ungkapan
terancang. yang menarik.

Khamis Aspek T/B 5.3.3 Mengenal pasti Khamis Aspek S/B 4.2.1 Menggunakan
dan menggunakan peribahasa dan
ayat tunggal susunan menghubung kait
biasa dan susunan maksudnya dengan
songsang, dan ayat betul mengikut konteks.
majmuk yang betul
mengikut konteks.

23 | M a n u a l R i n t i s P B M P
1|Manual Rintis PBMP

You might also like