You are on page 1of 53

PEMBUKAAN

DAN
PENGURUSAN
OPERASI
LADANG

NANAS
ISI KANDUNGAN
Rumusan Analisis Ekonomi

1.Rumusan Pelaburan dan Pulangan


Hasil Komoditi Tanaman
2. Simulasi Kewangan Dan Kos Bahan
Input

Pembukaan dan Pengurusan Operasi


Ladang

3. Keperluan Penanaman
3.1 Penyediaan Inventori Ladang
3.2 Pengenalan mengenai tanaman
3.3 Penyediaan Kawasan/ Tanah/
Susunatur Ladang
4. Kaedah Penanaman
4.1 Keterangan mengenai Panduan
Penanaman
4.2 Pembajaan
4.3 Pengurusan Musuh Perosak
Tanaman
4.4 Pengendalian Lepas Tuai dan
Penggredan
4.5 Gerak Kerja Penanaman (Matrix)
RUMUSAN
ANALISIS
EKONOMI
RUMUSAN
PELABURAN DAN
PULANGAN HASIL
KOMODITI TANAMAN
Jadual Kedayamajuan Projek Penanaman
Nanas

Penunjuk Daya Maju

Pulangan Kasar (BND/ha) (Tahun 1) BND 114,133.98

Perbelanjaan Tetap (CAPEX) BND 76,248.00

Perbelanjaan Operasi (OPEX) (Tahun 0) BND 114,800.00

Pulangan Bersih Purata (BND/ha) BND 56,679.73

Kos Per Kilogram (BND) BND 0.91

Hasil sehektar (Yield Per Hectare, BND BND 68,931.00 -


/ha) BND141,691.50

Harga di Ladang (Farmgate Price, BND


BND 2.30
/kg)

Internal Rate of Return - 10 Tahun, IRR


50%
(%)

Tempoh Pulangan Modal (Payback


Tahun ke -2
period)

1
Hasil Pulangan

Komoditi Nanas

Perkara Kadar

Anggaran Hasil 2 kg / Tanaman / Musim

Bilangan musim / tahun 1 kali

Bilangan Tanaman / hektar 37,000 Tanaman

Jumlah Hasil 33,300 kg - 68,450 Kg

Harga di ladang (farmgate price) BND 2.30 / Kg

Jumlah Pendapatan / tahun BND 68,931 - BND 141,691.50

2
Kos Pembangunan / Capex

Perkara Jumlah Kos (BND)

Pembersihan Kawasan BND 6,000

Rumah pekerja (portable cabin 8' x 15' x 8') BND 3,500

Sistem Solar BND 5,000

Stor (portable cabin) BND 8,600

Peralatan dan Mesin BND 24,748

Rumah Semaian BND 1,000

Jalan Ladang BND 4,500

Kolam BND 8,000

Pam Air BND 500

Lain - lain Kos (ABCi dan pengambilan pekerja


BND 20,000
asing)

Jumlah BND 76, 248

3
Kos Operasi dan Penyelenggaraan (termasuk gaji pekerja)

Perkara Jumlah Kos (BND)

Benih Nanas BND 2,500

Baja dan Racun

Baja BND 5,430

Racun BND 10

Plastik Mulching (100m) BND 360

Gaji Pengurus Ladang BND 9,600

Gaji Buruh Ladang BND 4,200

Pemeliharaan Ladang BND 3,812.40

Tenaga Elektrik BND 100

Bil Air BND 150

Lain-lain Perbelanjaan (10% dari pendapatan) BND 1,367.62

Jumlah BND 27,530.02

4
Kos Pengeluaran - Baja, benih, racun dan lain-lain

Perkara Jumlah Kos (BND)

Biji Benih BND 100,000

Baja NPK 15 : 15 : 15 BND 3,240

Baja NPK 12 : 12 : 17 : 2 BND 2,160

1 - Naphthylacetic acid (NAA) BND 30

Benonmyl @ 1 Kg / ha (BND 10.00 / 500gm / btl) BND 10

Jumlah BND 105,440

5
CONTOH SIMULASI KEWANGAN
DAN KOS BAHAN INPUT (NANAS)

*Tertakluk kepada perubahan harga


dari masa ke semasa

6
67
KEPERLUAN
PENANAMAN
PENYEDIAAN INVENTORY LADANG

QUANTITY
NO ITEM PRICE
NEEDED

1 Mini Kubota 1 $15,000

2 Power Tiller 2 $5,000

3 Weighing Machine 4 $120

4 Bush Cutter/Grass Cutter 4 $1,600

5 Knapsack Sprayer 8 $960

6 Wheelbarrow 4 $240

7 Parang 4 $200

8 Pruner 4 $100

9 Cangkul 4 $28

10 Mini Farm Trailer 2 $1,500

11 Plastic Mulching 10 $360

12 Baja NPK 15:15:15 45 $3,240

13 Baja NPK 12:12:17:2 30 $2,160

14 1-Naphthylacetic acid (NAA) 1 $30

15 Benomyl @1kg/ha 1 $10

Total $30,548

7
PANDUAN BERTANAM
NANAS
Pengenalan

Nanas (Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan herba monokotiledon dalam


keluarga Bromeliaceae iaitu tumbuhan berbunga yang bijinya hanya mempunyai satu
kotiledon. Nanas adalah tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika
Selatan dan banyak ditanam di Thailand, Filipina dan Afrika. Tanaman nanas adalah
jenis tanaman yang agak tahan kepada keadaan kemarau. Pengeluar dan
pengeksport nanas di dunia; Negara Thailand, Filipina, Hawai, Ivory Coast, Kenya,
Africa Selatan, Brazil, Taiwan, Australia, India, Indonesia dan Malaysia. Buah nanas
adalah buah yang tidak bermusim.

Tanaman ini boleh diusahakan pada jenis tanah yang subur, gembur dan banyak
mengandungi bahan organik disamping mempunyai saliran yang baik. Tanaman
nanas memerlukan cahaya matahari yang banyak dan pokok sentiasa terdedah
pada cahaya matahari.

Buah nanas selain dimakan segar juga boleh diolah menjadi berbagai macam
makanan dan minuman, seperti sirup, selaian, jem, sayur paceri dan lain-lain.
Rasa buah nanas manis hingga ke agak masam. Buah nanas mempunyai
kandungan vitamin C yang tinggi juga mengandungi sejenis enzim yang sangat
berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin.

8
Potensi Penghasilan

Potensi pengeluaran buah nanas per hektar adalah dalam sekitar 56-74ton/ha
tergantung pada jenis nanas yang ditanam. Potensi penghasilan per hektar
ditentukan oleh berat atau saiz varieti nanas yang ditanam dan kadar kepadatan
pokok per hektar mengikut jarak tanaman. Berikut adalah anggaran berat buah
nenas mengikut jenis:

1) Nanas MD2 – 1.3 -2.5kg


2) Nanas Sawit – 1.1-2.3kg
3) Nanas Sarawak – 1.8-2.7kg
4) Nanas Sarekei – 1.5- 2.4kh
5) Nanas Badavia – 1.9 -2.4kg
6) Nanas Samarahan – 1.1-1.5kg
7) Nanas Madu – 1.1-1.5kg

9
Botani/Karakter
tanaman :

1) Akar

Akar pokok berada di dalam tanah. Tunas-tunas akar selalunya terdapat di ketiak-
ketiak daun. Tunas akar yang tumbuh dari ketiak daun lalu sebahagiannya
membesar dipermukaan tanah dan sebahagian lagi masuk ke dalam tanah dikenali
sebagai akar aksil. Sistem pengakaran pokok nanas yang berasal daripada akar
tanah agak cetek dan kebiasaannya tidak melebihi 90cm dari aras permukaan tanah

2) Batang
Batang ialah bahagian pokok yang berada di luar permukaan tanah dan menjadi
tunggak utama yang menyokong kestabilan keseluruhan pokok.

10
3) Daun
Daun-daun nanas tersusun padat melingkari batang hingga membentuk roset.
Daunnya panjang dan berduri ditepi daunnya dari pangkal ke hujung daun. Terdapat
beberapa varieti nanas, kurang berduri, tetapi duri pada hujung daunnya masih
kelihatan.

4) Tangkai buah
Tangkai buah ialah yang melekat di pokok dan merupakan sebahagian daripada
hujung batang. Tangkai buah pada sesetengah kultivar mempunyai sulur tangkai
atau slip.

5) Bunga
Nanas adalah sejenis tumbuhan berbunga yang bijinya hanya mempunyai satu
kotiledon iaitu dikenali sebagai monokotiledon. Agen pollinator bagi bunga nanas
adalah seperti serangga, lebah, kupu-kupu dan lain-lain. Setiap kelopak bunga
mempunyai tiga petal dan tiga lokul.

11
6) Buah
Buah di keluarkan di hujung batang (tangkai buah). Setiap buah terbentuk daripada
bahagian jantan dan betina dalam satu bunga (hermafrodit). Setiap kelopak bunga
pada berbuah akan terbuka bermula dari pangkal buah dalam tempoh 15 hari. Buah
yang matang terdiri dari 80-86% air, 10-18% gula dan 0.5- 2% asid. Kandungan lain
terdiri daripada nutrien, pigmen dan protein.

7) Jambul (mahkota)
Jambul yang terdapat diatas buah merupakan pemanjangan apeks terdiri daripada
batang pendek yang mempunyai meristem dan daun.

8) Sulur
Meristem apeks pada pokok selalunya bersifat dominan dan mampu menghalang
tunas-tunas ketiak daun daripada membesar. Walaubagaimanapun selepas
pembungaan meristem apeks sudah tidak dominan lagi dan hal ini membolehkan
tunas-tunas ketiak membesar menjadi sulur. Sulur yang terhasil daripada tunas
ketiak daun dikenali sebagai sulur udara atau sulur angin. Sulur yang terbit dari
bahagian pangkal pokok yang tertanam dalam tanah dikenali sebagai sulur bumi.

12
Permintaan pasaran

Nenas dijual secara segar dipasaran tempatan dan juga direstoran sebagai jus
minuman, masakan, dan jem nanas. Saluran pasaran adalah seperti gerai-gerai,
tamu, pasaraya dan terus kepada orang awam sama ada secara borong atau
pun untuk keluarga sahaja.

Rumusan berkenaan penanaman/ teknologi


Kejayaan penanaman nanas tertakluk pada kualiti bahan tanaman yang
digunakan, pemilihan dan pengurusan kawasan dan tanaman. Kebaikan
pengurusan ladang yang bersistem dan berterusan boleh meningkatkan kualiti dan
hasil ladang, penggunaan bahan input pertanian secara effisien, meminimakan
serangan musuh dan penyakit, mengurangkan kerosakan pada hasil tanaman
disamping menambah pendapatan dan sumber ekonomi peladang.

KEPERLUAN PENANAMAN TANAMAN NANAS

Pemilihan kawasan
Tanaman Nanas boleh ditanam pada kebanyakan jenis tanah asid sulfat hingga ke tanah
jenis gambut yang banyak mengandungi bahan organik dan dengan saliran yang baik.
Kawasan air bertakung dan kurang saliran akan membantutkan pertumbuhan pokok. Tanah-
tanah yang berasid tinggi tidak menjadi masalah bagi pertumbuhan nanas. Penanaman
nanas ditanah gambut memerlukan saliran berupa parit bagi menurunkan paras air.

Kawasan tapak penanaman perlu dibersihkan dari pokok, akar-akar, kayu-kayu tunggul dan
lain lain yang tidak diperlukan, kemudian dikeringkan dan seterusnya dibakar 3-4 bulan
sebelum bertanam. Jalan-Jalan, parit-parit ladang ditentukan semasa proses pembersihan
kawasan. Kawasan penanaman hendaklah diracun (rumpai) terlebih dahulu.

13
SISTEM TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN

Tanaman nanas ditanam secara konvensional ditempat lapang kerana


tanaman ini akan tumbuh dengan baik jika menerima cahaya matahari yang
mencukupi. Sistem-Sistem teknologi penanaman bagi tanaman nanas adalah
seperti berikut:

I) Sistem penanaman tunggal

ii) Sistem penanaman campuran dengan pokok


buah-buahan lain.

iii) Jarak tanaman bagi sistem Penanaman 2 baris


berkembar. Sistem ini penanaman disyorkan dalam
susunan 2 barisan kembar untuk memudahkan
aktiviti pengurusan ladang dan penghasilan
tanaman yang optima.

14
Kepadatan tanaman
Kepadatan tanaman mengikut jarak
tanaman yang digunakan:

1.2m x 0.6m x 0.3m - 37,000


pokok/ha.
1.0m x 0.6m x 0.3m – 43,500
pokok/ha
0.45mx 1.2m x 0.6m – 24,600
pokok/ha

Susunatur ladang

Penggunaan kawasan bagi pembinaan infrastruktur seperti jalan ladang, stor input
pertanian, rumah pegendalian hasil ladang, ofis dan tandas pekerja dan lain-lain
ialah lebih kurang 0.1ha bagi keluasan ladang 1.0ha.

15
KAEDAH
PENANAMAN
KAEDAH PENANAMAN

Pemilihan Varieti

16
17
PENYEDIAAN TANAH
DAN KAWASAN

A) Membajak + menabur baja kapur

Kawasan dibersihkan dengan menebas/menebang/memotong dan


membuang pohon-pohon kayu, rumput rumpai, akar-akar kayu yang tidak
diperlukan dari tapak tanaman dan seterusnya dibakar. Kawasan tapak
dibajak/diradu menggunakan jentera pembajak sehingga tanah gembur.
Proses pembukaan kawasan ini sesuai dijalankan pada musim kemarau.
Kawasan tapak ditabur rata dengan baja kapur pada kadar 2 ton/ha dan
diradu lagi.

Pengapuran dan meradu kawasan

18
B) Pembinaan batas +
baja asas (najis ayam)
Kawasan tapak seterusnya
dipancang bagi menandakan
kedudukkan dan ukuran batas.
Tali diikat pada kayu pancang
sebagai tanda ukuran dan tinggi
batas bagi memudahkan proses
menaikan batas. Ukuran batas
1.0m lebar x 10m panjang dapat
memuatkan 556 batas per hektar
dengan 0.8m jarak antara batas.
Setiap batas diberikan baja
organik seperti najis ayam kering
25kg/batas (13.9 ton/ha).
Menaikkan batas dan memberi baja organik

C) Memasang plastik
sungkupan
Plastik sungkupan dipasang pada setiap batas
adalah bertujuan untuk membantu mengawal
pertumbuhan rumput rumpai dan melembapkan
tanah. Cara pemasangan plastik sungkupan
adalah bahagian plastik yang berwarna silver
dihadapkan kepada matahari dan bahagian hitam
dihadapkan pada tanah. Lapisan silver plastik
akan memantulkan cahaya matahari
menyebabkan serangga perosak seperti aphid
dan hama tidak suka tinggal pada bahagian
Memasang sungkupan
bawah daun. Manakala lapisan hitam plastik pula
akan menyerap lebih banyak haba dan
menghalang pertumbuhan rumpai, lapisan ini
juga akan memerangkap wap air yang terhasil
dari kepanasan haba matahari dan ini boleh
mengekalkan kelembapan tanah.

19
PENYEDIAAN BENIH
TANAMAN

A) Pokok nanas boleh ditanam melalui :


Bahan tampangnya seperti jambul, sulur tangkai, sulur
udara atau sulur tanah.
Pembiakkan secara quartering (pembiakan dengan
kaedah potongan-potongan kecil batang nanas dan
dibesarkan di tapak semaian)
Tisu Kultur

B) Bahan tanaman mestilah diambil dari pokok induk


yang subur, sihat dan berhasil baik

C) Jika sulur-sulur yang diambil perlu disimpan maka


langkah-langkah peyimpanan perlu diikuti bagi
mengelakkan kerosakkan pada benih tanaman. Langkah-
langkah tersebut adalah:
Benih-benih perlu disusun selapis dengan kedudukan
bahagian pangkal diterbalikan ke atas untuk
mengelakkan reput tangkai.
Pastikan disimpan di tempat yang teduh.
Pastikan peyimpanan benih tidak melebihi 4 minggu
(1 bulan)

D) Sulur-sulur terpilih juga sebaiknya dipotong sedikit bahagian


pangkalnya dan dibuangkan daun-daun dibahagian luarnya. Hal ini dapat
menggalakkan pertumbuhan akar apabila ditanam.

20
Penyediaan bahan tanaman teknik penyukuan (Quatering teknik)

Rawatan benih

Anak-anak sulur nenas sebaiknya dibuat rawatan pembasmi musuh dan


penyakit tanaman dimana benih tanaman dicelup dengan larutan racun
musuh seperti racun malathion (24ml dicampur dengan 18l air) mengikut
kadar yang tertera pada label racun sementara bagi membasmi kulat anak
sulur bolehlah dicelup dengan racun benomyl.

21
MEMBUAT LUBANG
TANAMAN DAN
PENANAMAN

A Membuat lubang tanaman


Lubang tanaman dibuat dengan menggunakan kayu tugal sedalam 10-15 cm
(tertakluk pada sais bahan tanaman). Untuk memudahkan proses penanaman,
kayu pancang berentangkan tali atau dawai yang sudah ditanda digunakan
sebagai penanda barisan. Tali atau dawai dibubuh tanda jarak tanaman
sepanjang barisan.

Bertanam B
Sulur-sulur yang akan ditanam diselerakkan sepanjang dawai atau tali.
Dengan 2 orang pekerja, seorang membuat lubang dan seorang lagi
bertanam. Ukuran lilit kayu tugal perlu sesuai dengan saiz benih tanaman.

Membuat lubang dan bertanam anak benih nanas

C Penyulaman

Aktiviti penyulaman nanas diperlukan untuk mengganti tanaman yang tidak


tumbuh dengan baik supaya memperoleh hasil tanaman yang seragam.

22
PENGAIRAN

Walaupun tanaman nanas tahan terhadap iklim kering, namun untuk


pertumbuhan tanaman secara optima memerlukan air yang cukup.
Penyiraman air bolehlah dilakukan 2-3 kali dalam seminggu
bergantung pada keadaan cuaca. Pembekalan air dimusim kemarau
perlu diamalkan untuk pertumbuhan tanaman yang sihat dan subur.
Sistem rinjis, drip sprinkler atau tadahan hujan (rainfed) antara
kaedah yang sesuai digunakan. Tanaman nanas dewasa
memerlukan pengairan untuk merangsang pengeluaran bunga dan
pembuahan secara optima. Kekurangan air dalam peringkat pokok
sedang berbunga boleh menjejaskan ukuran buah yang dihasilkan.
Tanah yang terlalu kering boleh menjejaskan pertumbuhan pokok
dan buah nanas.

23
PEMBAJAAN

A) Jadual pembajaan tanaman nanas


Pembajaan amalan yang penting untuk pertumbuhan dan
penghasilan yang baik. Baja ditabur diantara dua batas.
Program pembajaan bermula dari awal pertumbuhan di
ladang hingga ke peringkat pengeluaran buah:
Baja N.P.K 15:15:15 – ditabur diperingkat pertumbuhan
Baja N.P.K 12:12:17:2 – ditabur di peringkat
pengeluaran buah.

KADAR BAJA
UMUR POKOK JENIS BAJA
(gm/pk)

1 bulan NPK 15:15:15 20gm

3 bulan NPK 15:15:15 20gm

6 bulan NPK 15:15:15 20gm

9 bulan NPK 12:12:17:2TE 20gm

12 bulan NPK 12:12:17:2TE 20gm

Kadar dan kekerapan penggunaan baja/thn:


Peringkat pertumbuhan - Baja N.P.K 15:15:15 tabur pada umur
pokok 1,3 dan 6 bulan 20gm/pk - 2,220kg/ha/thn.
Peringkat Pengeluaran buah - Baja N.P.K 12:12:17:2TE tabur
pada umur pokok 9 dan 12 bulan 20gm/pk - 1,480kg/ha/thn.

24
B) Pemberian hormon penggalak bunga (ANNA)
Penggunaan hormon penggalak bunga (ANNA) sebanyak 1
biji per pokok dimasukkan tepat kedalam pucuk nanas
kemudian dituang dengan air. Proses ini dijalankan pada
waktu awal pagi atau pun lewat petang. Ianya boleh
dilakukan apabila pokok nanas sudah mengeluarkan
diantara 35-40 helai daun. Kejayaan penggunaan hormon
ini dapat dilihat apabila pokok mula mengeluarkan bunga
35-60 hari lepas aruhan.

Aruhan pembungaan

PENGAWALAN RUMPAI
Ladang hendaklah dibersihkan dari rumput rumpai untuk mengelakkan
persaingan nutrien. Rumput liar juga merupakan sarang penyakit dan musuh
tanaman. Antara amalan pengawalan rumpai pada tanaman nanas yang sering
dilakukan ialah merumput menggunakan tangan, sabit, menajak, menggunakan
mesin rumput dan menggunakan kimia seperti Basta (racun rumput). Penggunaan
plastik sungkupan (bagi penanaman secara berbatas) dapat mengatasi masalah
rumpai disamping mengurangkan dan menjimatkan kos pembayaran upah
pekerja.

25
PENGAWALAN SULUR NANAS
Sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5-
6.5cm untuk memperbaiki bentuk dan memudahkan
tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpan pada setiap pokok
untuk dijadikan bahan tanaman.

PENGAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT


Serangga yang sering menyerang tanaman nanas ialah koya-koya, Hama merah dan Teritip.

JENIS
SERANGAN KAWALAN
MUSUH

Gunakan bahan tanaman yang sehat bebas dari


jangkitan koya-koya. Pohon-pohon yang terkena
Koya- Serangga akan makan serangan dirombak dan dibakar. Sembur racun
Koya daun, akar dan buah. kimia yang disyorkan seperti malathion atau
diazinon 950ml) pada bahagian pohon nanas
yang terkena serangan dan keliling pohon

Serangga akan
mengikis kulit luar
dibahagian pangkal
daun nanas yang putih.
Tempat yang diserang
Hama menjadi tompok Sulur direndam ke dalam racun musuh diazinon
Merah berwarna coklat. atau Mitac beberapa minit sebelum ditanam.
Seperti juga koya-koya,
hama merah selalu
terdapat pada bahan
tanaman seperti anak
sulur.

Sembur racum kimia yang disyorkan seperti


Serangga akan
diazinon 950ml) atau white oil pada bahagian
Teritip menghisap daun, buah
pohon nanas yang terkena serangan dan keliling
dan tangkai buah.
pohon.

*Lain-lain musuh perosak ialah seperti monyet, babi, tupai, siput dan tikus.

26
Penyakit yang sering menyerang tanaman nanas ialah Bintik daun, Hawar daun, Bintik
berpusar dan Buruk daun.

JENIS
PATHOGEN KAWALAN
PENYAKIT

Amalkan pengurusan ladang yang betul serta menjaga


kebersihan kawasan dengan:
a) Memotong bahagian tanaman yang berpenyakit seterusnya
dibakar.
Bintik daun Curvularia sp b) Membersih dan membuang rumput-rumput disekitar
kawasan tanaman untuk mengelakkan sumber perumahan
pathogen.
c) Semburan racun Benomyl untuk mengawal jangkitan
dengan mengikut kadar yang disyorkan dalam label.

Amalkan pengurusan ladang yang betul serta menjaga


kebersihan kawasan dengan
a) Memotong bahagian tanaman yang berpenyakit seterusnya
dibakar.
Hama Merah Botryosphaeria sp b) Membersih dan membuang rumput-rumput disekitar
kawasan tanaman untuk mengelakkan sumber perumahan
pathogen.
Semburan racun Benomyl untuk mengawal jangkitan dengan
mengikut kadar yang disyorkan dalam label.

Amalkan pengurusan ladang yang betul serta menjaga


kebersihan kawasan dengan
a) Memotong bahagian tanaman yang berpenyakit seterusnya
dibakar.
Bintik
Colletotrichum sp b) Membersih dan membuang rumput-rumput disekitar
berpusar
kawasan tanaman untuk mengelakkan sumber perumahan
pathogen.
Semburan racun Benomyl untuk mengawal jangkitan dengan
mengikut kadar yang disyorkan dalam label.

Amalkan pengurusan ladang yang betul serta menjaga


kebersihan kawasan dengan
a) Memotong bahagian tanaman yang berpenyakit seterusnya
dibakar.
Buruk daun Colletotrichum sp b) Membersih dan membuang rumput-rumput disekitar
kawasan tanaman untuk mengelakkan sumber perumahan
pathogen.
Semburan racun Benomyl untuk mengawal jangkitan dengan
mengikut kadar yang disyorkan dalam label.

27
PENUAIAN BUAH

Buah nanas mula matang dalam lingkungan 12-18 bulan selepas


tanam mengikut jenis nanas. Buah nanas mula boleh dituai apabila
buah sudah menunjukan ciri-ciri kematangan buah seperti
perubahan pada warna kulit buah, makota buah sudah terbuka,
tangkai buah mengerut, mata buah lebih mendatar, besar dan
membulat dan timbul aroma manis buah nanas. Buah nanas dipetik
dengan cara pangkal buah dipotong mendatar/miring dengan pisau
tajam dan bersih.
Setelah selesai proses memetik hasil, pokok-pokok nenas ditebang
(pokok induk/utamanya) tetapi meninggalkan/ membiarkan anak
nanas yang tumbuh disamping atau dibawahnya (sulur tanah). Buah
yang sudah dituai disimpan ke dalam bakul. Penuaian selepas hari
hujan tidak digalakkan kerana buah terlalu basah. Buah-Buah yang
dipetik dipilih dan asingkan dari buah yang rosak.
Tanaman nanas yang sudah berumur 4-5 tahun perlu diganti atau
ditanam baru kerana pertumbuhan akan menjadi lambat dan
menghasilkan buah yang kecil. Proses penanaman benih-benih
nanas yang baru adalah dengan membongkar kesemua pokok-
pokok nanas yang lama dan dimusnah dengan membakar bagi
mengawal musuh dan penyakit tanaman nanas. Sulur-sulur yang
ada dipilih dan dikumpul untuk dijadikan benih tanaman. Seterusnya
proses penanaman diulang semula dari mula penyediaan benih
tanaman.

28
PEMBAJAAN
a) Jadual pembajaan tanaman nanas
Pembajaan amalan yang penting untuk pertumbuhan dan penghasilan yang
baik. Baja ditabur diantara dua batas.
Program pembajaan bermula dari awal pertumbuhan di ladang hingga
keperingkat pengeluaran buah:
- Baja N.P.K 15:15:15 – ditabur diperingkat pertumbuahan
- Baja N.P.K 12:12:17:2 – ditabur di peringkat pengeluaran buah.

Kadar dan kekerapan penggunaan baja/thn:


✓ Peringkat pertumbuhan - Baja N.P.K 15:15:15 tabur pada umur pokok 1,3
dan 6 bulan 20gm/pk -
2,220kg/ha/thn.
✓ Peringkat Pengeluaran buah - Baja N.P.K 12:12:17:2TE tabur pada umur
pokok 9 dan 12 bulan 20gm/pk -
1,480kg/ha/thn.

29
30
PENGURUSAN
MUSUH
PEROSAK DAN
PENYAKIT
TANAMAN
NANAS
NAMA-NAMA BAGI PENYAKIT
TANAMAN NANAS

NAMA PENYAKIT

Heart Rot

NAMA SAINTIFIK

Phytophthora sp

BAHAGIAN TERJEJAS
Batang , daun dan buah

TANDA-TANDA PENYAKIT
a) Batang: Pangkal akan mereput, pertumbuhan tanaman
terbantut
b) Daun: Daun akan bertukar warna menjadi merah
kekuningan, dan senang dicabut
c) Buah: Tisu buah akan mereput dan mengeluarkan bau
busuk

PENGURUSAN
1. Memastikan sistem saliran air (drainage system) di kawasan
penanaman adalah baik
2. Disarankan untuk tidak menggunakan sulur tanaman Nanas
yang pernah dijangkiti oleh
penyakit yang sama
3. Memusnahkan bahagian-bahagian tanaman Nanas yang
dijangkiti oleh penyakit berkenaan
jauh dari kawasan ladang
4. Mempraktikkan penanaman secara bergilir (crop rotation)
1.https://www.plantwise.org/Know
5. Membuat rawatan racun kulat pada sulur Nanas yang akan ledgeBank/factsheetforfarmers/20
127802696
ditanam mengikut arahan pada 2-4.
https://www.ctahr.hawaii.edu/oc/fr
label eepubs/pdf/PD-106.pdf

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN

Metalaxyl, Fosetyl-Aluminium 31
NAMA-NAMA BAGI PENYAKIT
TANAMAN NANAS

NAMA PENYAKIT
Hawar bakteria

NAMA SAINTIFIK

Erwinia chrysanthemi

BAHAGIAN TERJEJAS

Daun dan buah

TANDA-TANDA PENYAKIT

a) Daun: Terdapatnya bintik terendam air (water-soaked lesions)


pada bahagian pangkal daun pada pusaran tengah yang boleh
merebak ke semua daun. Daun akan berwarna hijau buah zaitun
(olive green) dan kembung.
b) Buah: Buah terjangkit akan mengeluarkan lendir yang berbau
busuk, dan berlubang (cavity)

PENGURUSAN
1. Hendaklah dimusnahkan buah-buah yang dijangkiti
2. Elakkan daripada menggunakan sulur Nanas yang dijangkiti
3. Memutuskan perkembangan bakteria pada kawasan ladang
dengan menjarakkan antara
penanaman
4. Memastikan sistem saliran air (drainage system) di kawasan
penanaman adalah baik, iaitu
tidak ada air bertakung
5. Hendaklah sentiasa membersihkan alat-alat perladangan
yang digunakan dengan 1-2. Kaneshiro, Wendy S.; Burger, Maren;
Vine, Benjamin G.; de Silva, Asoka S.;

menggunakan campuran solusi cecair peluntur seperti Clorox Alvarez, Anne M. (2008). Characterization o
<i>Erwinia chrysanthemi</i> from a Bacteri
Heart Rot of Pineapple Outbreak in Hawaii
bagi membasmi bakteria Plant Disease, 92(10), 1444–1450.
doi:10.1094/pdis-92-10-1444

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN


Tidak berkaitan 32
NAMA-NAMA BAGI PENYAKIT
TANAMAN NANAS

NAMA PENYAKIT

Fusariosis

NAMA SAINTIFIK

Fusarium sp

BAHAGIAN TERJEJAS

Batang daun dan buah

TANDA-TANDA PENYAKIT
a) Batang: Batang akan mereput dengan rosaknya sistem
vascular tanaman akibat jangkitan kulat tersebut
b) Daun: Daun akan menguning dan mengering, dan terdapat
bintik-bintik berwarna coklat kekelabuan
c) Buah: Buah akan mereput dan juga mengeluarkan lendir. Putik
(FruitletI) akan berubah warna menjadi coklat dan tenggelam

PENGURUSAN

1. Mempraktikkan penanaman secara bergilir (crop rotation)


2. Sentiasa menjaga kebersihan ladang dna memperbaiki
pengurusan sisa ladang bgai
mengurangkan sumber inokulum kulat
3. Elakkan daripada menggunakan sulur Nanas yang dijangkiti
4. Membuat rawatan racun kulat pada sulur Nanas yang akan
ditanam mengikut arahan pada 1-3. Ibrahim, Nurul & Mohd,
label arahan pada Masratul Hawa & Mohamed Nor,
Nik Mohd Izham & Zakaria,
label Latiffah. (2016). Fusarium fujikuroi
causing fusariosis of pineapple in
peninsular Malaysia. Australasian
BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN Plant Disease Notes. 11.
10.1007/s13314-016-0206-5.
Benomyl, Carbendazim, chlorothalonil
33
PENGURUSAN MUSUH PEROSAK TANAMAN
NANAS

HAMA

Biasanya menyerang pada musim kering dan cuaca panas.

Kesan serangan:
Daun nanas berubah warna menjadi keperang-perangan.
Pada tahap serangan yang teruk, pertumbuhan tanaman nanas menjadi
terbantut.

Kawalan:
Sembur tanaman nanas dengan air yang mempunyai tekanan yang kuat.
Tetapi perlu berhati-hati supaya tidak menyebabkan tanah menjadi
kebanjiran (waterlogged).
Pemantauan dari peringkat awal boleh mengurangkan tahap serangan.
Bahagian tanaman yang diserang pada peringkat awal boleh di cantas
atau dibersihkan (dengan air).

TERITIP

Teritip bersaiz kecil, bulat dan nipis. Biasanya berwarna putih atau
kekuningan. Ianya tidak mudah untuk dilihat.

Kesan-kesan serangan:
Teritip biasanya menyerang daun tanaman nanas tetapi boleh juga
menyerang buah. Bahagian yang diserang berubah warna menjadi perang.
Pada tahap serangan yang teruk, daun atau buah nanas boleh menjadi reput.

Kawalan:
Pemantauan secara berterusan untuk mengelakkan teritip daripada merebak.
Sembur dengan Minyak Putih pada keseluruhan tanaman.

34
PENGURUSAN MUSUH PEROSAK
TANAMAN NENAS

KOYA-KOYA

Koya-koya adalah pembawa penyakit virus tanaman.


Kesan serangan:
Daun nanas berubah warna menjadi keperang-perangan.
Pada tahap serangan yang teruk, pertumbuhan tanaman nanas menjadi
terbantut.
Kawalan:
Pemantauan secara berterusan untuk mengelakkan koya-koya daripada
merebak.
Sembur dengan Minyak Putih pada keseluruhan pohon

KUTU TRIP

Kutu trip biasanya menyerang daun nanas dan juga boleh menyerang
jambul buah nanas.

Kesan-kesan serangan:
Serangan awal: daun nanas berbintik kuning pada bahagian atas daun.
Jika tidak dikawal, bintik-bintik kuning ini akan membesar dan
kemudiannya bercantum seperti berjalur.
Pada tahap serangan yang teruk, kesan serangan tersebut akan menjadi
perang dan reput.

Kawalan:
Amalkan kebersihan ladang.
Musnahkan tanaman rumpai yang menjadi perumah kepada kutu trip.

35
PENGENDALIAN
LEPAS TUAI BAGI
TANAMAN NANAS
Pengendalian lepas tuai

Aktiviti pengendalian lepas tuai di ladang perlu dilakukan dengan teliti dan cermat
bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada hasil tanaman yang mana boleh
menyebabkan hasil menjadi kurang berkualiti.

Antara kepentingan pengendalian lepas tuai adalah:

Mengurangkan dan mencegah


kerugian lepas tuai.

Mengekalkan kualiti tanaman sentiasa


segar.

Mengekalkan mutu.

Memberikan penampilan yang baik.

Memperpanjangkan masa
penyimpanan.

Penuaian

Nanas umumnya mencapai kematangan selepas 120-170 hari daripada mula


berbunga dengan memotong tangkai nenas tidak kurang dari 10 cm dari pangkal.
Nenas yang telah dituai hendaklah disusun dengan cermat dalam keadaan berbaring
ke dalam bakul atau bekas yang tidak terlalu padat.

36
Indeks
kematangan
Indeks yang disarankan adalah 4 dan 5 bagi pasaran tempatan.

INDEKS WARNA NANAS

37
Operasi pengendalian lepas tuai

Penuaian Pemilihan

Pencucian dan Rawatan Penggredan

Pengeringan Penghantaran

Penyimpanan Pengedaran

Pelabelan Pembungkusan

38
Pengelasan saiz
Saiz nanas ditentukan oleh purata berat (gram) seperti jadual berikut:-

Saiz Berat dengan Tunas (gram)


1 >2600

2 >2100-2600

3 >1600-2100

4 >1100-1600

5 >900-1100

6 >700-900

7 >500-700

8 250-500

Pembersihan dan Rawatan


Tujuan pencucian adalah seperti berikut:-

Membuang kotoran dari hasil tuai.


Membuang sisa bahan kimia seperti
racun kulat dan pencemaran lain.

Pembersihan nenas boleh dilakukan dengan memotong


lebihan tangkai sehingga 2.5 cm. Anak sulur, daun-daun yang
tidak dikehendaki, benda asing dan kotoran hendaklah di
buang dan dibersihkan dengan memberus atau dengan
semburan air. Bahan rawatan boleh digunakan bagi
membasmi kulat dengan kadar yang selamat.

39
Pembungkusan
Pembungkusan yang sesuai akan dapat mengurangkan risiko kerosakan dan
kerugian dalam pengendalian hasil ladang. Pembungkusan yag sesuai juga
akan memudahkan perdagangan dan pemasaran dengan melancarkan sistem
pengedaran dan pengangkutan yang lebih efektif dan ekonomikal.

Saiz pembungkusan 21" x 16" x 5" dengn berat 10 kg.


Pembungkus yang disarankan ialah kotak jenis FB teleskopik atau
polisterina.
Plastik polietilena (PE) dengan ketebalan 0.008 mm digunakan untuk
menyarung bahagian jambul.
Buah boleh disusun di dalam kotak sama ada secara melintang atau
menegak.
Kotak pembungkus sebaiknya dilabel dengan keterangan tentang hasil
seperti nama buah dan varieti, tarikh, berat bersih (kg), gred, saiz, nama dan
alamat pengeluar

40
Penyimpanan

Kaedah penyimpanan hasil tanaman adalah mengikut jenis tanaman seperti sayur
daun, sayur buah, kekacang, umbisi, bijiran atau buah-buahan dan ianya adalah
berbeza mengikut keperluan. Kaedah yang paling mudah adalah dengan menyimpan
hasil tanaman di dalam kawasan tertutup pada suhu yang rendah dengan
menggunakan bilik sejuk.
Suhu penyimpanan yang sesuai bagi nanas ialah pada suhu 10°-15C dengan
kelembapan relatif (RH) 80-85% di mana tempoh simpanannya ialah selama 2
minggu bergantung pada tahap kematangan dan jenis pembungkusan yang diguna.
Penyimpanan nanas di suhu kurang dari 7°C boleh mengakibatkan kecederaan
kepada hasil tuai. Susunan kotak 2 x 2 atau 3 x 3. Jangkamasa terbaik buah nanas
untuk dipasarkan ialah 5 hari dari tarikh dituai

NOTA :
Untuk sebarang makluman lebih lanjut mengenai pengendalian lepas tuai bagi
tanaman nanas bolehlah merujuk kepada …………..(link pengendalian lepas tuai
bagi tanaman nanas (akan dikemaskini)).
Ataupun bolehlah menghubungi Unit Kawalan Kualiti Keselamatan Tanaman di
Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kawasan Kemajuan Pertanian
dan Agrimakanan, Kampung Tungku ataupun boleh menerusi email
quality.crop@agriculture.gov.bn

41
PANDUAN MANUAL
PENANAMAN
TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

42
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

43
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

44
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

45
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

46
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN NANAS
(GERAK KERJA)

HLT - Hari Lepas Tenam

47

You might also like