You are on page 1of 39

PEMBUKAAN

DAN
PENGURUSAN
OPERASI
LADANG

CILI
ISI KANDUNGAN
Rumusan Analisis Ekonomi

1.Rumusan Pelaburan dan Pulangan


Hasil Komoditi Tanaman
2. Simulasi Kewangan Dan Kos Bahan
Input

Pembukaan dan Pengurusan Operasi


Ladang

3. Keperluan Penanaman
3.1 Penyediaan Inventori Ladang
3.2 Pengenalan mengenai tanaman
3.3 Penyediaan Kawasan/ Tanah/
Susunatur Ladang
4. Kaedah Penanaman
4.1 Keterangan mengenai Panduan
Penanaman
4.2 Pembajaan
4.3 Pengurusan Musuh Perosak
Tanaman
4.4 Pengendalian Lepas Tuai dan
Penggredan
4.5 Gerak Kerja Penanaman (Matrix)
RUMUSAN
ANALISIS
EKONOMI
RUMUSAN
PELABURAN DAN
PULANGAN HASIL
KOMODITI TANAMAN
Jadual Kedayamajuan Projek
Penanaman Chili

Penunjuk Daya Maju

Pulangan Kasar (BND/ha) BND 350,000 - 400,000

Perbelanjaan Tetap (CAPEX) BND 520,000

Perbelanjaan Operasi (OPEX) (Operasi Penuh) BND 70,000 - 90,000

Pulangan Bersih Purata (BND/ha) BND 330,000

Nisbah Kos Faedah (Net Profit - Cost Ratio) 4.28

Kos Per Kilogram (BND) BND 0.85

Hasil sehektar (Yield Per Hectare, kg /ha) 80,000 kg - 100,000 kg

Harga di Ladang (Farmgate Price, BND /kg) BND 4.50 /kg

Internal Rate of Return - 10 Tahun, IRR (%) 57%

Tempoh Pulangan Modal (Payback period) Tahun ke -3

1
Hasil Pulangan

Komoditi Chili

Perkara Kadar

Anggaran Hasil 3 kg / Pokok / Musim

Bilangan musim / tahun 1.44 Kali

Bilangan Pokok / Struktur Pelindung Hujan (SPH) 16576 Pokok

Jumlah Hasil 80,000 kg - 100,000 kg

Harga di ladang (farmgate price) BND 4.5 /kg

Jumlah Pendapatan / tahun BND 418,000

2
Kos Pembangunan / Capex

Perkara Jumlah Kos (BND$)

Struktur Pelindung Hujan BND 270,000

Sistem Pengairan Fertigasi BND 82,000

Prasarana (Jalan, Pagar, Perparitan, Bangunan


BND 165,700
Pejabat, Stor, Utiliti, Lepas Tuai)

Peralatan Kecil BND 2,300

Jumlah BND 520,000

3
Kos Operasi dan Penyelenggaran (termasuk gaji pekerja)

Perkara Jumlah Kos (BND$)

12 x 2 x $500 =
Gaji Pekerja
$12,000

Gaji Juru Teknik 12x $750 = $9,000

Gaji Pengurus 12x $1,000 = $12,000

Bil Air BND 2,500

Bil Elektrik BND 480

Beg Plastik BND 1,800

Minyak BND 900

Sewa Tapak BND 25

Jumlah BND 38,700

4
Kos Pengeluaran - Baja, benih, racun dan lain-lain

Perkara Jumlah Kos (BND$)

Biji Benih BND 3,030

Baja BND 10,200

Cocopeat BND 21,320

Polibeg BND 4,300

Dulang Semaian BND 1,100

Media Semaian BND 160

Jumlah BND 40,100

5
CONTOH SIMULASI KEWANGAN
DAN KOS BAHAN INPUT (CILI)

*Tertakluk kepada perubahan harga


dari masa ke semasa

6
KEPERLUAN
PENANAMAN
PENYEDIAAN INVENTORI LADANG

7
KAEDAH
PENANAMAN
PENANAMAN CILI
MENGGUNAKAN FERTIGASI
DAN POLIBEG
1) PENGENALAN KOMODITI CILI
Nama saintifik bagi cili ialah Capsicum annuum L. di bawah famili tanaman
Solanaceae dan nama biasa cili ialah cili merah, cili hijau, cili dan lada. Cili adalah
sejenis tanaman yang tumbuh menegak sehingga 1-2m tinggi dan mempunyai ciri
akar tunjang dan akar berserabut, berbunga berwarna putih yang tumbuh dari
pertemuan batang utama dan dahan dan mempunyai buah berbentuk tirus
(elongated).

Cili mempunyai jangka hayat selama


4-8 bulan, iaitu dengan pecahan
seperti berikut:
Semaian sebelum pindah tanam: 3
minggu – 1 bulan
Peringkat berbunga: 2 minggu – 2
bulan selepas pindah tanam
Peringkat berbuah: 2 – 4 minggu
selepas berbunga
Penuaian: Setiap 2 – 3 hari

Penghasilan purata semusim


penanaman cili adalah pada kadar:
2 – 3 kg sepohon
40,000 – 60,000 kg sehektar

Nilai pasaran bagi cili bagi Tahun 2021


adalah seperti berikut:
Hasil tempatan (2021) = 121,000 kg
Import (2021) = 116,500 kg
Jumlah keperluan = 237,500 kg

8
2) KEPERLUAN PENANAMAN
Kawasan perlu rata, jika sering mengalami banjir, disarankan untuk membina rangka
bangku.

Disarankan untuk menggunakan sistem fertigasi menggunakan polibeg dan


cocopeat, tanpa menggunakan tanah.

Gunakan sungkup plastik bagi mengawal rumput.

Disarankan untuk menggunakan Susunan dan jarak tanaman adalah


rumah terlindung seperti
bagi mengurangkan: berikut:
risiko serangan penyakit dan Dalam barisan = 60 cm di
musuh perosak dan antara tanaman
larutan lesap nutrien (nutrient Di antara barisan = 60 – 80 cm
leaching) yang disebabkan oleh
air hujan.

9
PERALATAN
FERTIGASI

10
KESUBURAN TANAH DI
BRUNEI DARUSSALAM
Tekstur tanah tidak sesuai dengan jenis tanaman yang
diusahakan.
Tanah adalah masam (pH 3-5) dan kurang subur.
Kandungan aluminium dan ferum yang sangat tinggi dalam
tanah.
Kandungan nitrate dan potassium yang rendah.
Keadaan hujan yang tinggi dan lebat menyebabkan
leaching

11
Jadual
Pembajaan

Nutrien yang diperlukan oleh


tanaman berbeza antara peringkat
pertumbuhan tanaman.
Jam 8 pagi hingga 5 petang.
Sepohon tanaman memerlukan
100- 150ml larutan nutrien sehari.
Nilai EC 1.5-3.0
Penyelenggaraan sistem fertigasi
perlu dilakukan secara berterusan.

Campuran baja A dan B


Umur tanaman
Untuk mendapatkan larutan (minggu)
EC (mS/cm)*

nutrient dengan nilai EC 2.0


1-2 1.0
mS/cm
18 liter stok A dan 18 liter stok B 3-4 1.3
diperlukan untuk 2400 liter air
5-6 1.6
Jumlah stok A = stok B
Bacaan nilai EC menggunakan 7-8 1.8

meter EC. 9-10 2.0


Penggunaan teknologi sensor boleh
11-14 2.3
membantu.
15-keatas 1.5
*sebagai garispandu bagi tanaman cili sahaja

12
FORMULA BAJA SISTEM
FERTIGASI

Source: www.doa.gov.my
https://www.youtube.com/watch?v=6lvmeNHDMO4

Selepas mendapatkan larutan stock untuk Baja A dan Baja B barulah


dicampur menjadi Baja AB dengan nisbah 1:1 sehingga mendapatkan
keputusan EC yang dikehendaki

13
MUSUH PEROSAK
DAN PENYAKIT
TANAMAN LADA
PENGURUSAN MUSUH
PEROSAK TANAMAN
LADA MERAH

SIPUT

Memakan daun muda dan populasinya banyak ketika musim hujan.


Hanya menjadi masalah ketika umur tanaman masih muda.

Kesan-kesan serangan:
Kesan gigitan yang besar pada daun.
Serangan teruk menyebabkan keseluruhan daun habis dimakan.
Kawalan:
Tabur racun siput disekeliling tanaman ketika peringkat semai dan
pindah tanam.
Sentiasa pantau keadaan tanaman.
Kutip telur dan siput dengan tangan dan musnahkan.

ULAT RATUS

• Memakan daun, buah dan pucuk tanaman lada.


• Ulat berwarna hijau keperangan, bertaris kuning dan berbintik
hitam sepanjang badannya.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan gigitan atau lubang-lubang yang besar pada daun.
• Terdapat najis (frass) ulat pada tanaman.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Kutip telur atau ulat ratus dengan tangan dan musnahkan.
• Gunakan perangkap lampu untuk memantau populasi indung ulat
ratus dan sekaligus mengurangkan jumlahnya.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, sembur dengan
racun serangga yang disyorkan.
14
ULAT PENGOREK BUAH
• Merosakkan tanaman dengan mengorek pucuk, batang dan buah lada.
• Ulat pengorek berwarna perang muda dan berbintik hitam
sepanjang badannya.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan korekan pada tanaman dan terdapat najis seperti habuk papan.
• Buah yang telah matang menjadi busuk, buah yang muda terbantut
dan berkerekot.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Jika terdapat ulat, pungut dan musnahkan.
• Kutip buah yang diserang (berlubang) dan musnahkan.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Gunakan perangkap lampu untuk mengurangkan populasi indungnya.
• Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, sembur dengan
racun serangga yang disyorkan.

LALAT BUAH

• Merosakkan tanaman dengan bertelur pada permukaan buah.


• Ulat yang baru menetas mengorek ke dalam buah dan memakan tisu didalam.
• Lalat buah mempunyai badan kekuning-kuningan dan sayap nya
mempunyai jalur dan bintik hitam.

Kesan-kesan serangan:
• Kesan tusukan pada permukaan buah.
• Buah busuk, berair dan gugur dan terdapat ulat berwarna putih di dalam nya.

Kawalan:
• Bungkus buah yang belum diserang.
• Pastikan ladang sentiasa bersih. Kumpul buah yang diserang dan
yang gugur dan musnahkan dengan cara membakar secara terkawal atau kubur.
• Gunakan perangkap feromon di kawasan ladang untuk mengurangkan
populasi lalat buah.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, tuai dahulu buah yang sudah
matang dan kemudian sembur racun serangga yang disyorkan
15
PELOMBONG DAUN
• Merosakkan tanaman dengan bertelur pada permukaan daun.
• Ulat yang menetas melombong dan memakan tisu daun di antara lapisan
atas dan bawah daun.
• Lalat kecil mempunyai mata merah, toraks berwarna hitam,
berbelang kuning di antara toraks dan abdomen.

Kesan-kesan Serangan:
• Lingkaran yang cerah pada permukaan daun disebabkan oleh lombongan
ulat.
• Serangan yang teruk mengakibatkan daun mengering dan
kelihatan lingkaran kecoklatan.p
• Proses fotosintesis terjejas apabila banyak permukaan daun dirosakkan.
Kawalan:
• Sentiasa memantau keadaan daun tanaman.
• Pangkas daun yang diserang dan musnahkan dengan cara membakar
secara terkawal atau kubur.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Gunakan pelekat serangga untuk memantau dan mengurangkan
populasi indung pelombong daun.
• Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, sembur dengan racun
serangga
yang disyorkan.

KUTU TRIP

• Merosakkan tanaman dengan menghisap cecair daun, pucuk dan


bunga dan permukaan buah terutamanya bila cuaca kering dan panas.
• Vektor pembawa virus penyakit.

Kesan-kesan serangan:
• Daun dan tunas mengecil, berbentuk tirus, keriting serta melengkung keatas.
• Kesan kikisan pada permukaan buah iaitu tompok-tompok halus
berkeruping yang berwarna keperangan.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Cantas bahagian tanaman yang diserang dan musnahkan dengan cara
membakar secara terkawal atau kubur.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Gunakan pelekat serangga untuk mengurangkan populasi indungnya.
• Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, sembur dengan racun
serangga yang disyorkan.

16
AFID

• Mengeluarkan manisan yang menggalakkan pertumbuhan kulat jelaga.


• Vektor pembawa virus penyakit.

Kesan-kesan serangan:
• Menghisap cecair tanaman secara berkelompok.
• Serangan teruk mengakibatkan daun bertukar warna kekuningan.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Cantas bahagian tanaman yang diserang dan musnahkan dengan cara
membakar secara terkawal atau kubur.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Gunakan produk kawalan bukan-kimia White oil atau boleh juga menggunakan
kawalan home-made dengan menyembur campuran 1L air + 10ml cecair pencuci
pinggan + 10ml minyak masak.

LALAT PUTIH

• Merosakkan tanaman dengan menghisap cecair daun dan pucuk tanaman.


• Vektor pembawa virus penyakit.

Kesan-kesan Serangan:
• Daun mengeriting dan menguning, dan pertumbuhan tanaman terbantut.
• Ada beberapa spesis lalat putih menghasilkan lilin yang boleh
didapati pada permukaan bawah daun.

Kawalan:
• Sentiasa pantau keadaan tanaman.
• Cantas bahagian tanaman yang diserang dan musnahkan dengan
cara membakar secara terkawal atau kubur.
• Amalkan sistem tanaman bergilir.
• Gunakan pelekat serangga untuk mengurangkan populasi indungnya.
• Gunakan produk kawalan bukan-kimia White oil atau boleh juga
menggunakan kawalan home-made dengan menyembur campuran
1L air + 10ml cecair pencuci pinggan + 10ml minyak masak.

17
HAMA

· Nimfa dan hama dewasa menghisap cecair daun tanaman.


· Serangan mudah berlaku ketika musim panas dan kering.

Kesan-kesan serangan:
· Daun yang diserang menjadi kekuningan dan kering.
· Ada beberapa spesis hama yang menghasilkan bebenang halus sarang
hama pada permukaan daun.

Kawalan:
· Sentiasa pantau keadaan tanaman.
· Cantas bahagian tanaman yang diserang dan musnahkan dengan
cara membakar secara terkawal atau kubur.
· Amalkan sistem tanaman bergilir.
· Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, sembur dengan
racun hama yang disyorkan.

KESISANG NEZARA

· Nimfa dan kesisang dewasa menghisap cecair tanaman.


· Boleh membawa penyakit virus pada tanaman.

Kesan-kesan serangan:
· Bahagian yang diserang berubah warna menjadi bintik-bintik kuning.
· Serangan yang teruk boleh menyebabkan bunga dan buah gugur.

Kawalan:
· Sentiasa pantau keadaan tanaman.
· Kutip telur, kesisang muda dan dewasa dengan tangan dan musnahkan.
· Jika serangan adalah pada tahap yang tinggi, pangkas bahagian tanaman
yang diserang dan musnahkan dengan cara membakar secara terkawal
atau dikubur.

18
PENYAKIT TANAMAN
LADA
NAMA PENYAKIT
Antraknos
NAMA SAINTIFIK
Colletotrichum sp.

BAHAGIAN TERJEJAS
Daun, batang, buah

TANDA-TANDA PENYAKIT
Tanda-tanda jangkitan buah bermula dari bintik-bintik bulat
atau sudut berair, setelah itu bintik-bintik tersebut akan
membesar atau bertaut menjadi kesan gelap, lekuk yang
ditutupi dengan kelompok spora bulat.

PENGURUSAN

i) Gunakan kultivar tumbuhan yang rintang dan tanaman yang


mempunyai tempoh kematangan buah yang pendek.
ii) Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang dan
mengawal serangga perosak serta rumput-rumpai.
iii) Memastikan sistem pengairan dan saliran yang baik.
iv) Menggilir tanaman setiap 2-3 tahun dengan berumah bukan
alternatif Colletotrichum sp.
v) Membuang dan membajak dengan dalam bahagian-
bahagian tanaman yang dijangkiti dan sisa tanaman pada
akhir musim.

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN


Sumber gambar:
Mongkolporn, O., & Taylor,
P. W. J. (2018). Chili
anthracnose: Colletotrichum
taxonomy and
Azoxystrobin, Carbendazim, Chlorothalonil, Copper hydroxide, pathogenicity. Plant
Pathology, 67(6), 1255-

Copper Oxychloride, Difenoconazole, Mancozeb, Prochloraz 1263.

manganese chloride, Propineb, Tebuconazole, Trifloxystrobin,


Thiophanate-methyl
19
NAMA PENYAKIT
Layu Bakteria
NAMA SAINTIFIK
Ralstonia solanacearum
BAHAGIAN TERJEJAS
Daun dan batang
TANDA-TANDA PENYAKIT
Luaran: Daun muda layu semasa keadaan cuaca panas pada waktu siang.
Pada permulaan jangkitan, daun tanaman berupaya dalam memulihkan
kesegaran daun terutama sekali semasa keadaan lebih sejuk pada waktu
malam. Beberapa hari kemudian, kesan layu pada tanaman menjadi kekal;
kadang-kadang warna daun boleh bertukar kuning. Tanda-tanda lain termasuk
nekrosis tisu tanaman dalam kawasan antara urat daun. Batang utama tetap
tegak walaupun semua daun berkemungkinan layu dan mati. Daun-daun yang
layu tetap bertahan pada batang.

Dalaman: Tisu vaskular berjalur coklat gelap hingga hitam jika batang
dipotong. Jika bahagian potongan direndam kedalam bekas kaca yang
mengandungi air suling yang disteril, bebenang nipis akan meleleh dan
membentuk manik perang yang berwarna putih hingga coklat.

Kadang-kadang tanaman yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda


serangan.

PENGURUSAN
i) Menggunakan bahan penanaman dan tanah pasu yang bebas
patogen.
ii) Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang yang baik.
iii) Membuang dan memusnahkan bahan tanaman yang dijangkiti.
Sumber gambar:
iv) Mengawal nematod, serangga, dan mengelakkan kerosakan https://plantpath.ifas.ufl.
edu/u-
kultura pada tanaman. scout/tomato/bacterial-
wilt.html
http://doktortani.mardi.g

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN ov.my/cili/index.php/

Tidak berkaitan 20
NAMA PENYAKIT
Lecuh anak benih

NAMA SAINTIFIK
Pythium sp, Phytophthora sp , Rhizoctonia sp

BAHAGIAN TERJEJAS
Anak benih

TANDA-TANDA PENYAKIT
Tompok hitam pada pangkal anak benih. Anak benih yang
dijangkiti akan patah dan akhirnya menjadi kering. Tanaman
akan menjadi buruk

PENGURUSAN
i) Menggunakan biji benih yang berkualiti.
ii) Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang serta
alat-alat perkakas yang digunakan.
iii) Gunakan media semaian yang bersih dan bebas
penyakit dan tidak terlalu lembap.
iv) Jangan lakukan siraman berlebihan
v) Rawat biji benih dan semaian dengan racun kulat
sebelum menyemai.

BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN Sumber gambar:


http://doktortani.
Pythium sp. - Propamocarb + fosetyl mardi.gov.my/cili
/index.php/
Phytophtora sp. – Mancozeb, Chlorothalonil, Copper hydroxide
Rhizoctonia sp. - Carbendazim
21
NAMA PENYAKIT
Mozek Timun

NAMA SAINTIFIK
Cucumber Mosaic Virus (CMV)

BAHAGIAN TERJEJAS

Daun dan buah

TANDA-TANDA PENYAKIT

Tanaman menguning dan pertumbuhan terbantut. Daun


mengeriting dan kekuningan bercorak mozek, seperti
kekurangan nutrien, daun bertompok hijau tua dan hijau
muda .

PENGURUSAN
i) Menggunakan kultivar tanaman yang rintang.
ii) Mempraktikkan kebersihan dan sanitasi ladang,
dan mengawal populasi serangga penghisap serta
rumput rumpai.
iii) Menanam sama ada pada awal atau lewat musim
penanaman untuk mengelakkan penghijrahan afid
yang menjadi vektor kepada CMV
iv) Membuang bahagian-bahagian tanaman yang Sumber
gambar:
dijangkiti. http://doktorta
ni.mardi.gov.
BAHAN AKTIF YANG DISYORKAN my/cili/index.p
hp/
Gunakan racun serangga perosak untuk mengawal
serangga vektor pembawa virus
22
PENGENDALIAN
LEPAS TUAI
BAGI TANAMAN
Pengendalian lepas tuai
CILI
Aktiviti pengendalian lepas tuai di ladang perlu dilakukan dengan teliti dan cermat
bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada hasil tanaman yang mana boleh
menyebabkan hasil menjadi kurang berkualiti.

Antara kepentingan pengendalian lepas tuai adalah:-

Mengurangkan dan mencegah


kerugian lepas tuai

Mengekalkan kualiti tanaman


sentiasa segar

Mengekalkan mutu

Memberikan penampilan yang baik

Memperpanjangkan masa
penyimpanan

Penuaian
Kegiatan memetik, mengutip atau memungut hasil tanaman yang telah mencapai
tahap kematangan yang dikehendaki mengikut permintaan pasaran.
Masa penuaian bagi lada merah ialah 12 ke 15 minggu selepas tanaman. Lada boleh
di petik 60 - 75 hari selepas ditanam. Buah akan masak 30 - 35 hari selepas
berbunga.
Bagi tanaman lada perlu dituai dengan tangkainya sekali. Seelok-eloknya di
tinggalkan tangkai kira-kira 2–3 cm daripada tampuk buah.

23
Indeks kematangan
Indeks yang disarankan adalah 4 dan 5 bagi pasaran tempatan.

INDEKS WARNA CILI

24
Operasi pengendalian lepas tuai

Penuaian Pemilihan

Pencucian dan Rawatan Penggredan

Pengeringan Penghantaran

Penyimpanan Pengedaran

Pelabelan Pembungkusan

25
Pengelasan saiz

Saiz cili ditentukan oleh panjang dalam unit sentimeter (sm) seperti jadual berikut:

Pembersihan dan Rawatan

Tujuan pencucian adalah seperti berikut:

Membuang kotoran dari hasil tuai.


Membuang sisa bahan kimia seperti
racun kulat dan pencemaran lain.

Pembersihan hasil tuaian lada boleh dilakukan dengan membilas di dalam air sejuk
dan boleh dicampur sedikit dengan bahan rawatan bagi menghalang pertumbuhan
kulat.

Adalah penting bagi hasil yang telah siap dibilas agar segera dikeringkan.

Pengeringan produk dilakukan dengan mengatur lada di atas rak tertentu, ianya
didedahkan pada udara persekitaran tanpa di tempat yang tertutup tanpa sinaran
matahari. Pengeringan produk boleh dicepatkan menggunakan kipas.

26
Pembungkusan

Pembungkusan yang sesuai akan dapat mengurangkan risiko kerosakan dan


kerugian dalam pengendalian hasil ladang. Pembungkusan yang sesuai juga akan
memudahkan perdagangan dan pemasaran dengan melancarkan sistem pengedaran
dan pengankutan yang lebih efektif dan ekonomikal.

Bagi jualan runcit, cili bolehlah


disusun ke dalam scallop container
dengan teratur mengikut gred dan
saiz yang sepadan. Bagi jualan borong, cili bolehlah
dibungkus dengan menggunakan
corrugated box yang dialas dengan
plastic. Pastikan muatan di dalam
kotak yang digunakan tidak terlalu
padat.

Kotak pembungkus sebaiknya dilabel


dengan keterangan tentang hasil
seperti nama buah dan varieti, tarikh,
berat bersih (kg), gred, saiz, nama
dan alamat pengeluar.

27
Penyimpanan

Kaedah penyimpanan hasil tanaman adalah mengikut jenis tanaman seperti sayur
daun, sayur buah, kekacang, umbisi, bijiran atau buah-buahan dan ianya adalah
berbeza mengikut keperluan. Kaedah yang paling mudah adalah dengan menyimpan
hasil tanaman di dalam kawasan tertutup pada suhu yang rendah dengan
menggunakan bilik sejuk.

Suhu penyimpanan yang sesuai bagi lada merah ialah pada 10°C dengan
kelembapan relatif (RH) 85-90% di mana tempoh simpanannya ialah selama 3-6
minggu bergantung pada tahap kematangan dan jenis pembungkusan yang diguna.

NOTA :
Untuk sebarang makluman lebih lanjut mengenai pengendalian lepas tuai bagi
tanaman cili bolehlah merujuk kepada …………..(link pengendalian lepas tuai bagi
tanaman cili (akan dikemaskini)).
Ataupun bolehlah menghubungi Unit Kawalan Kualiti Keselamatan Tanaman di
Pejabat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kawasan Kemajuan Pertanian
dan Agrimakanan, Kampung Tungku ataupun boleh menerusi email
quality.crop@agriculture.gov.bn

28
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN CHILI
(GERAK KERJA)
1. KAEDAH PENANAMAN MENGGUNAKAN FERTIGASI DAN POLIBEG

HST - Hari Selepas Tanam (pindah Tanam)


HSS - Hari Sebelum Semai

29
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN CHILI (GERAK KERJA)

HST - Hari Selepas Tanam (pindah Tanam)


HSS - Hari Sebelum Semai

30
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN CHILI (GERAK KERJA)

HST - Hari Selepas Tanam (pindah Tanam)


HSS - Hari Sebelum Semai

31
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN CHILI (GERAK KERJA)

HST - Hari Selepas Tanam (pindah Tanam)


HSS - Hari Sebelum Semai

32
PANDUAN MANUAL PENANAMAN TANAMAN CHILI (GERAK KERJA)

HST - Hari Selepas Tanam (pindah Tanam)


HSS - Hari Sebelum Semai

33

You might also like