You are on page 1of 7

PENGENALAN

Projek Tebatan Banjir Bandar, Pekan Pahang Fasa 2 Kerja-kerja Menaiktaraf Ban
Selatan, Parit Utama, Sungai Air Hitam, Pembinaan Penyambung Ketapang,
Struktur Kawalan Sungai Mat Dulang, Parit Kuliah, Sungai Air Tawar dan Kerja-
kerja Yang Berkaitan adalah di bawah kelolaan Jabatan Pengairan Dan Saliran
Malaysia (JPS) sepenuhnya dan telah dianugerahakan kepada MMN BINA SDN
BHD sebagai kontraktor utama.

Jumlah kontrak bagi projek ini adalah sebanyak RM 102,800,000.00. Manakala


tempoh kontrak bagi projek ini adalah selama 24 bulan yang bermula daripada
19hb Mac 2015 sehingga 18hb Mac 2017.

TUJUAN

Tujuan proposal ini dirangka adalah untuk mendapat kelulusan daripada pihak
JPS bagi menggunakan kaedah hydroseeding sebagai satu kaedah penanaman
rumput bagi mengawal hakisan cerun di dalam projek ini. Kaedah ini adalah bagi
menggantikan kaedah asal yang terdapat di dalam kontrak iaitu kaedah close
trufing.

SKOP KERJA YANG TERLIBAT

i. Protective Vegetation For Erosion Control

LOKASI KERJA YANG TERLIBAT

i. Sungai Utama
ii. Sungai Air Tawar
iii. Sungai Air Hitam
iv. Penyambung Ketapang

MEMBEKAL BAHAN BINAAN


a. Air
Air diperolehi daripada sumber sekitar tapak yang telah dikenal pasti.
Sampel dari sumber air ini akan diuji sebelum digunakan dengan
menggunakan alat khas atau bahan kimia khas untuk mendapat bacaan
kandungan bahan yang terdapat di dalamnya.

b. Benih
Terdapat dua jenis benih yang dikenalpasti dan bersesuaian untuk
digunakan di kawasan kerja yang terlibat. Perkara ini dapat dikenalpasti
melalui mock-up yang telah di sediakan di tapak pembinaan Parti Utama
(CH 6400 Kanan). Antara benih yang bersesuaian untuk digunakan
adalah :

Signal Grass (Brachiaria Decumbens)


Benih ini sesuai ditanam di cerun yang mana tanahnya
berasid.
Tanah yang mempunyai kandungan aluminium yang tinggi.
Tanah mempunyai kandungan air yang kurang dan juga di
kawasan yang menerima taburan hujan yang sedikit.
Sampel tanah akan diambil dan diuji bagi menentukan
kesesuaian jenis benih.
Bermuda Grass ( Cynodon Dactylon)
Percambahan berlaku dengan cepat.
Sesuai ditanam di pelbagai jenis profile tanah.
Kawasan yang menerima taburan hujan yang persis dan
kadar penerimaan cahaya matahari yang tinggi.
Sampel tanah akan diambil dan diuji bagi menentukan
kesesuaian jenis benih.

c. Dc 250 Double Net Coconut Blanket


DC 250 Double net Coconut Blanket adalah sebagai lapisan alas dan juga
sebagai pelindung hakisan sebelum kerja hydroseedingdimulakan. Ia
juga mampu melindungi tanah, benih dan baja daripada wash away
semasa hujan. Selain itu, ia juga mampu memerangkap lembapan dan
meningkatkan kesuburan tanah dan melindungi rumput yang baru
bercambah daripada washout. Pembekal utama bagi bahan binaan ini
adalah MTS Fibromat.

d. Baja.
Jenis baja yang digunakan bagi membantu percambahan rumput adalah
NPK 15:15:15 EC Fertilizer.

e. Kertas
Cebisan kertas juga digunakan bagi melindungi benih dan baja daripada
wash away dan juga membantu memerangkap lembapan dengan lebih
lama.

METHOD STATEMENT
Berikut adalah method statement bagi penanaman rumput menggunakan
kaedah hydroseeding di kawasan cerun seluas 600m.

a. Bahan binaan
i. Air 1,300 liter
ii. Benih 8 kilogram
iii. Baja 18 kilogram
iv. Kertas 50 kilogram
v. DC 250 Double net Coconut Blanket 600m

b. Peralatan
i. Hydroseeder Pump 1 unit

c. Pekerja
i. Pekerja Mahir - 1 orang
ii. Pekerja Separuh Mahir - 1 orang
iii. Pekerja Kurang Mahir - 1 orang
d. Prosedur

i. Penyediaan Tapak
Kerja pembersihan cerun dilakukan sebelum hydroseeding
dimulakan. Cerun perlu dibersihkan terlebih dahulu dan bebas dari
segala akar, sampah, sisa binaan dan lain-lain.
Permukaan di cerun perlu di scrapping bagi mendapatkan
permukaan yang lembut. Ini dapat memudahkan percambahan
benih berlaku dan ia juga membantu memerangkap lembapan.
Pemasangan scaffolding dan platform dilakukan jika dirasakan
perlu.
Pemasangan DC 250 Double net Coconut Blanket dilakukan di
permukaan cerun yang terlibat.
Kawasan yang terlibat perlu dilembapkan sebelum memulakan
hydroseeding

ii. Operasi Hydroseeding


Benih, baja, dan kertas dicampurkan didalam air mengikut nisbah
yang telah ditetapkan.
Campuran tersebut disembur ke permukaan cerun yang telah
disediakn dengan menggunakan hydroseeder pump
Campuran itu hendaklah disembur secara konsisten.
Kawasan semburan hendaklah meliputi sekurang-kurangnya 80%
dari keseluruhan kawasan kerja.

iii. Pembajaan.
Pembajaan dilakukan sepanjang 3 bulan (setiap 2 minggu) selepas
kerja-kerja hydroseeding dilakukan.
Penyiraman perlu dilakukan secara konsisten jika cuaca kering.

KOS.

Bi Kos/m Amoun Area Total


Description Profit
l 2 t/m2 m2 Amount
Supply and Install
Signal Grass/Bermuda Rm
Rm Rm 232,6
1 Grass + DC 250 15% 1,284,056.8
4.80 5.52 19
Double net Coconut 0
Blanket

Tiada pertambahan kos bagi kerja-kerja hydroseeding. Tuntutan


bayaran kemajuan kerja bulanan akan dibuat berdasarkan kadar
harga yang sama seperti di dalam bill of quantities.
Perbandingan kos sila rujuk lampiran appendix C.
PENUTUP.
Diharapkan dengan proposal yang dirangka ini, pihak JPS dapat memberi
kelulusan kepada pihak MMN Bina Sdn. Bhd bagi menggunakan kaedah
hydroseeding sebagai satu kaedah penanaman rumput bagi mengawal hakisan
cerun di dalam projek ini. Segala kerjasama dan tindakan dari pihak JPS amatlah
kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN
Appendix D : Sebut Harga
KERJA-KERJA PENYEDIAAN
TAPAK

PEMASANGAN DC250
DOUBLE NET COCCONUT
BLANKET
KERJA PEMBAJAAN

i.

MOCK UP PROTECTIVE
VEGETATION FOR
EROSION CONTROL

You might also like