You are on page 1of 9

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI


Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/SLP/08

BUKU PANDUAN TANAMAN LONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 9
KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

1. Pendahuluan .......................................................................................1

2. Penanaman .........................................................................................1

2.1 Variati/kultivar yang disyorkan ..............................................1-2

2.1 Penyediaan Bahan Tanaman ..................................................2

2.2 Sistem Tanaman ....................................................................2

2.3 Penanaman Di Ladang ............................................................2

3. Penyelenggaraan .................................................................................2

3.1 Pengurusan Air ......................................................................2

3.2 Pembajaan .............................................................................2-3

3.3 Pemangkasan ........................................................................3-4

3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak...............................................4-5

4. Kematangan Dan Mengutip Hasil .........................................................5-7

5. Pengendalian lepastuai dan Penyimpanan..………………………….7

6. Masalah Dalam Penanaman Longan……………………………………..7

7. Rujukan…………………………………………………………………………….....7

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 2 drp 9
1. PENDAHULUAN

Ia dikatakan berasal dari negeri China.

Nama saintifik : Dimocarpus longan Lour


Nama lain : Mata Naga
Keluarga : Sapindaceae

Keadaan tanah dan iklim

Terdapat banyak ditanam secara komersil di kawasan beriklim sub-tropika pada altitud diantara 300-600
meter dari paras laut. Penghasilan longan sangat bergantung kepada keadaan cuaca terutama semasa
pembungaan dan pembentukan buah. Hujan yang berlebihan boleh menyebabkan bunga gugur, serta
menghalang pendebungaan dan pembentukan putik. Curahan hujan tahunan yang paling baik ialah
diantara 1200-1400 mm. Tanaman longan sangat peka kepada angin kencang.

Keadaan tanah yang mempunyai profil yang dalam (melebihi 100 pH 5.5 - 6.0 dalam kemasinan yang
rendah adalah sesuai untuk tanaman longan. Tanah lanar sungai yang bertekstur halus dan dapat
memegang air seperti Siri Tok Yong, Cempaka, Lundang, Kerayong, Tebok, Tawar, Gong Chenak dan
Lubok Kiat adalah sangat sesuai untuk tanaman longan.

Tanah sawah yang kurang salir didapati boleh ditanam dengan tanaman longan sekiranya air dapat
disalir dan aras air tanah dapat dikawal pada tahap 75 cm dari permukaan tanah sepanjang masa seperti
Siri Tepus, Jabil, Lating, Cherang Hangus dan Kg. Pusu. Elakkan menanam di kawasan yang mudah
bertakung air dan aras air bawah tanah yang tinggi seperti tanah gambut dan tanah lanar sungai yang
sangat kurang salir seperti Siri Lubok Itik, Binjai dan Lubok Sendong. Bagi tanah sedentari (bukit), profil
tanah yang dalam (melebihi 100 cm), bertekstur halus dan topografi kurang dari 20o adalah sesuai untuk
tanaman longan seperti Siri Bungor, Rengam, Jerangau, Munchong, Batang Merbau dan Kuantan.

2. PENANAMAN

2.1 Variati/Kultivar Yang Disyorkan

Bagi pengeluaran komersil di Malaysia, beberapa kultivar disyorkan:-

Edaw
Banyak terdapat di Thailand. Pucuk barunya berwarna kehijauan. Sentiasa mengeluarkan buah
yang banyak dan berkualiti. Buahnya besar, isi tebal dan biji kecil. Isinya ranggup, manis dan
rasanya sedap. Buah dipetik agak awal kerana bijinya mudah bercambah walaupun semasa di
pokok.

Chompoo
Buahnya lebih besar dan bijinya kecil. Pucuk daun mudanya berwarna merah jambu dan
kemudiannya bertukar kehijauan. Warna isinya sedikit kemerahan (Chompoo bermaksud merah
jambu dalam bahasa Thai). Buahnya sangat diminati.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 3 drp 9
Biew Khiew
Daunnya seperti Edaw tetapi berwarna hijau tua dan pucuknya berwarna merah. Buahnya besar
dan berkualiti tinggi daripada Edaw serta boleh bertahan lama di pokok.

Diamond / Berlian
Hasil daripada penyelidikan bioteknologi dan pembangunan longan di Thailand. Ia sesuai
ditanam dan berbuah secara semulajadi di kawasan tropika termasuk di Malaysia. Buahnya
besar dan manis tetapi sedikit berair.

2.2 Penyediaan Bahan Tanaman

Benih tanaman yang selalu digunakan ialah anak benih yang dibiakkan secara tampang, bergaris pusat
1.5 - 2.5 cm dan setinggi antara 45 - 60 cm.

2.3 Penaman di ladang

Kawasan perlu dibersihkan. Bagi kawasan rendah dan mendatar, parit perlu dibuat. Tanaman penutup
bumi adalah digalakkan. Jarak penanaman yang disyorkan adalah 14 m antara baris x 10 m antara pokok
dengan kepadatan 166 pokok/ha. Jarak ini boleh didapati selepas menebang 50% pada tahun ke 9
penanaman. Lubang tanaman disediakan sebulan sebelum menanam, bersaiz 60 cm x 60 cm x 60 cm.
GML sebanyak 0.5 kg/lubang ditaburkan jika kawasan tersebut mempunyai pH tanah kurang daripada
4.5. Lubang ini dimasukkan dengan 10 kg. bahan organan. Baja TSP sebanyak 250 gm ditaburkan di
dalam lubang dan digaul serta dibiarkan selama 1 minggu sebelum menanam.

3. PENYELENGGARAAN

3.1 Pengurusan Air

Air merupakan keperluan asas untuk membangunkan kebun longan. Jika kawasan mudah dibanjiri air
(air mudah bertakung), sistem saliran perlu diadakan. Pengairan sangat diperlukan pada peringkat awal
penanaman, semasa aberbunga dan juga semasa pembesaran buah.

3.2 Pembajaan

Pembajaan peringkat belum matang


Gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan. Baja organik seperti najis haiwan
disyorkan pada kadar 10 kg/pokok/tahun dengan kekerapan 3-4 kali/tahun ditambah dengan
baja bukan organik seperti 15:15:15 dengan kadar 1-4 kg/tahun.

Baja kimia Kekerapan Baja Organan Kekerapan GML Kekerapan


Umur
(kg/pkk/thn) (kali/thn) (kg/pkk/thn) (kali/thn) (kg/pkk/thn) (kali/tahun)

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 4 drp 9
1 1.0 4 5 3 0.5 1
2 2.0 4 10 3 0.5 1
3 3.0 4 10 3 1 1
4 4.0 4 10 3 2 !

Pembajaan peringkat matang


Kadar pemberian baja seperti berikut:-

Masa Jenis Baja Kadar Kegunaan

2-4 minggu lepas berputik NPK 15:15:15 1 kg/pokok Pembentukan buah.

1 bulan sebelum tuai NPK 13:13:21 1 kg/pokok Kemanisan buah.

Mengikut
Sepanjang peringkat Baja cecair koktail + racun Pembesaran buah dan
syor seperti
berbuah kulat + racun serangga hasil yang bermutu.
di label
NPK 15:15:15 atau Menggalakkan
20:10:10 2-3 kg/pokok pertumbuhan
pucuk baru dan
Baja organan kalsium meningkatkan kesuburan
2 minggu lepas pungut nitrat 20 kg/pokok pokok.
hasil (sebagai baja tambahan 1 kg/pokok
jika perlu, bila pokok
lemah)
2 kg/pokok
GML

2 bulan lepas kutipan hasil NPK - 12:12:17:2 + TE 1-2 kg/pokok Kesuburan pokok.

1 bulan sebelum aruhan Persediaan berbuah musim


NPK 1 - 12:12:17:2 + TE 2 kg/pokok
bunga dibuat selanjutnya.

3.3 Pemangkasan

Pemangkasan Pembentukan
Pokok longan dibiarkan tumbuh dengan sistem batang tunggal dan pangkasan dibuat pada
ketinggian 60 cm. Selepas itu dibiarkan tiga cabang utama tumbuh. Batang ini dipangkas pula
pada 30-45 cm dan biarkan 3 batang tumbuh tiap satu. Kemudiannya setiap dahan akan
mengeluarkan 3-4 dahan. Ini akan menjadikan kanopi longan terdiri daripada 27-36 dahan.
Pada keseluruhannya, ketinggian pokok dewasa ialah 3-4 meter dan luas kanopinya adalah 4-5
meter. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pokok. Pada peringkat awal, pertumbuhan
pokok mestilah pada tahap subur supaya saiz pokok mencapai peringkat terbaik sebelum ia
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 5 drp 9
diaruhkan pada tahun ke 4 dan ke atas.

Pemangkasan Penjagaan
Pokok longan dipangkas untuk mendapatkan bentuk 'open center' yang akan menggalakkan
cahaya matahari masuk ke dalam kanopi. Di bahagian sisi kanopi pula dibuat pemangkasan
penjagaan untuk menggalakkan cahaya dan pengudaraan yang sempurna.

Pemangkasan Bunga dan Buah


Pada keadaan tertentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz
dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial
bearing. Jika buah terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun
berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga
jumlah buah. Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu), iaitu bila jambak bunga
berukuran 10-12 cm panjang (anggaran 40-50% bunga dipangkas) dan bila berputik (anggaran
10% putik dipangkas).

3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak

Memandangkan tanaman longan masih belum ditanam secara meluas di Malaysia, serangan serius
serangga perosak dan penyakit masih belum lagi dilaporkan. Namun begitu beberapa perosak dan
penyakit utama telah ditemui di negara-negara pengeluar longan secara komersil seperti Thailand,
Taiwan, China dan Florida.

Kawalan serangga perosak adalah seperti berikut:-

Pengorek buah - Sejenis kupu-kupu, larvanya menyerang bahagian buah. Guna racun serangga
yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.

Thrips - Pada daun dan buah. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan
yang disyorkan.

Mile - Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah menjadi tompok kuning. Serangan
pada kebiasaannya berlaku pada musim kemarau. Guna racun serangga yang sesuai mengikut
kadar dan kekerapan yang disyorkan.

Lalat Buah - Serang pada buah. Kawalan kultura iaitu sanitasi ladang. Guna racun serangga
yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.

Kesing - Merosakkan jambak bunga, daun muda dan pucuk. pucuk menjadi rosak dan
terbantut. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan.

Webworm - Memakan pucuk dan tunas baru. Guna racunj serangga yang sesuai mengikut kadar
dan kekerapan yang disyorkan.

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 6 drp 9
Gagak - Buah dimakan oleh gagak, keluang dan kelawar. Memasang jaring/pukat pada bahagian
atas pokok longan. Tembak menggunakan senapang.

Kawalan Penyakit Tanaman Longan

Penyakit yang biasa menyerang longan ialah kelapuk hitam, antraknos dan beberapa penyakit yang
ditemui di negara-negara pengeluar longan.

Kulapuk hitam - Berjelaga hitam pada daun dan kulit buah. Kawal koya dengan minyak putih
pada kadar 1:50.

Penyakit Reput - Tangkai buah kering dan buah gugur. Memangkas dahan untuk memperbaiki
pengudaraan dan merendahkan kelembapan di sekitar kanopi pokok.

Antraknos - Serangan pada buah dan daun. Guna racun kulat yang sesuai mengikut kadar dan
kekerapan yang disyorkan.

Mati Rosot - Seluruh pokok atau sebahagian pokok didapati mati mengejut disebabkan saliran
yang kurang baik. Jangan tanam di kawasan air yang bertakung dan saliran yang kurang baik.

4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Aruhan Pembungaan
Longan Edaw, Chompoo dan Biew Khiew adalah kultivar yang memerlukan suhu yang rendah
dan kering (2 bulan) untuk berbunga. Pada kebiasaan biasa, ia tidak berbunga di Malaysia.
Menurut kajian, longan Edaw boleh berbunga dengan menggunakan rawatan kalium klorat.

Sebelum rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru. Larutkan
kalium klorat bersama air pada kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi). Bersihkan kawasan
kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah dibawah kanopi di sekeliling
pokok. Kadar kalium klorat yang diperlukan untuk mengaruh pembungaan dan jumlah air yang
diperlukan untuk melarutkan kalium klorat mengikut kadar keluasan kanopi adalah seperti
berikut:-

Jejari Jejari Keluasan Kadar KaliumKlorat Kadar Air


Kanopi (8gm/m2) Digunakan
(kaki) (m) m2 (gm) (Liter)
1 0.30 0.29 2.32 0.46
2 0.61 1.16 9.29 1.86
3 0.91 2.61 20.91 4.18
4 1.22 4.65 371.7 7.43
5 1.52 7.26 58.07 11.61

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 7 drp 9
6 1.82 10.45 83.63 16.73
7 2.13 14.23 113.83 22.77
8 2.43 18.58 148.67 29.73
9 2.74 23.52 188.16 37.63
10 3.04 29.04 232.30 46.46
11 3.34 35.13 281.08 56.22
12 3.65 41.81 334.51 66.90
13 3.95 49.07 392.58 78.52
14 4.26 56.91 455.30 91.06
15 4.56 65.33 522.67 104.53
16 4.86 74.33 594.68 118.94
17 5.17 83.92 671.34 134.27
18 5.47 94.08 752.64 150.53
19 5.78 104.82 838.59 167.72
20 6.08 116.15 929.19 185.84

1 - Daun matang (hijau tua) keseluruhannya.


2 - Bersihkan bawah kanopi dari rumpai
3 - Kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1)
4 - Timbang kalium klorat mengikut jadual di atas (kolum 4)
5 - Sediakan air bersih mengikut jadual di atas (kolum 5)
6 - Larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut
7 - kesemuanya.
8 - Curahkan rata-rata pada larutan kalium klorat itu di bawah kanopi.
Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu.

Penentuan masa aruhan ini dibuat kerana terdapat hujan yang mencukupi bagi pengeluaran putik dan
pembentukan buah. Suhu sebelah malam yang sejuk adalah baik untuk pembentukan buah.

Kematangan Buah
Longan mengambil masa 5-7 bulan (bergantung kepada kultivar) daripada peringkat berbunga
sehingga matang. Kulit buah longan matang lebih licin dan berwarna perang kekuningan
berbanding dengan buah longan muda. Bagi longan kultivar Edaw, pungutan hasil dibuat lebih
awal sedikit kerana jika terlalu lama, biji mungkin bercambah walaupun buah masih di pokok.

Pungutan Hasil
Kutipan hasil dibuat dengan memotong tangkai buah termasuk sedikit bahagian daun dengan

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 8 drp 9
berhati-hati dan disimpan di dalam bakul. Buah yang dikutip ini dibawa dengan segera ke pusat
pengumpulan hasil dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil

Kawalan menggunakan racun perosak boleh menimbulkan kesan sampingan terhadap alam sekitar dan
kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang. Semburan hendaklah dilakukan secara berhemah.
Ikuti aturan menggunakan seperti yang disyorkan serta patuhi arahan yang dinyatakan.

5. PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN

Pemilihan buah dibuat di pusat pembungkusan. Buah yang baik disimpan dalam bakul dan dijual dalam
keadaan bertangkai manakala yang rosak dan berlainan warna dibuang. Untuk pasaran eksport,
rawatan buah secara rendaman racun kulat atau fumigasi sulfan dioksida digunakan sebelum dieksport.

6. MASALAH DALAM PENANAMAN LONGAN

Biennial bearing - masalah paling serius didalam penanaman longan secara komersial. Pengeluaran
buah menaik pada satu tahun tetapi kemudiannya menurun pada tahun berikutnya. Pangkasan bunga
dan buah perlu dibuat.

Saiz buah kecil - masih terdapat di Taiwan, Amerika Syarikat dan juga di tempat-tempat lain.
Permintaan adalah kepada longan bersaiz besar.

Penyakit virus witches broom - banyak terdapat di negara pengeluar longan di Asia. Belum dikesan di
Terengganu.

Kelawat dan keluang - musuh terbesar kepada longan. Pukat/jaring perangkap burung digunakan untuk
memerangkap keluang dan kelawar, 2-3 rawan pukat mencukupi untuk 1 hektar.

Dahannya mudah merekah dan mudah tumbang - dahan longan mudah merekah dan mudah patah
bila ditiup angin kencang. Kanopinya yang besar dan lebat dengan daun dan buah menyebabkan ia
mudah tumbang bila ditiup angin. Oleh itu ia memerlukan tiang sokongan yang diikat pada dahannya.

Perlukan aruhan untuk longan berbunga - longan komersial yang berasal dari Thailand tidak berbunga
semulajadi pada iklim Malaysia . Ia perlu diaruhkan dengan kalium klorat untuk berbunga dan berbuah.
Pengusaha longan memerlukan satu program pembajaan yang intensif untuk mendapatkan buah longan
yang berkualiti tinggi.

7. RUJUKAN

SUMBER : JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK

NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 9 drp 9

You might also like