You are on page 1of 24

TANAMAN SEMUSIM (VAC3013)

KULIAH 2

SAYURAN BERBUAH

PENGENALAN

S
ayuran berbuah mempunyai pelbagai jenis warna dan kandungan nutrisinya. Antara jenis sayuran
berbuah adalah terung, tomato, cili, bendi, dan lain-lain lagi. Waktu penuaian juga adalah berbeza
mengikut jenis sayuran berbuah tersebut.

ISI KANDUNGAN

Terung

T
erung (Solanum melongena) adalah daripada keluarga Solanaceae ialah sejenis sayur buah yang
dipercayai berasal dari India, tetapi kini telah meluas ditanam dikawasan beriklim tropika dan
beriklim sederhana. Di Malaysia, keluasan tanaman terung adalah seluas 1, 763 ha dengan
pengeluaran sebanyak 33, 887 Mt pada tahun 2011.

Rajah 1: Sayuran terung.


Jadual 1: Zat pemakanan terung (bagi setiap 100g)
Kandungan Jumlah
Protein 1.7 g
Karbohidrat 5.6 g
Lemak 0.1 g
Serat 1.0 g
Kalsium 15.0 mg
Zat besi 0 mg
Fosforus 20.0 mg
Kalium 0 mg
Natrium 0 mg
Beta karotena 90.0 ug
Vitamin B1 0 mg
Vitamin B2 0 mg
Niacin 0 mg
Vitamin C 18.4 mg

Sumber: MARDI-Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (2000).

Amalan Kultur

Penyediaan benih

Terung dibiak melalui biji benih yang disediakan di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Sejumlah
375-400 g biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman. Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat
seperti captan pada kadar 3 g untuk 1000 g biji benih untuk memberikan peratus pertumbuhan yang tinggi
dan bebas penyakit. Penyediaan anak benih yang dicadangkan adalah:
1. Semaian batas

Rajah 2: Membuat alur Rajah 3: Kaedah tabur terus.


menggunakan sudut cangkul Alur akan disirami air terlebih
dan alur akan terbentuk ‘V’ dahulu sebelum biji benih ditabur.
Kemudian tutup benih dengan
tanah.
Rajah 5: Melindungi anak benih Rajah 4: Menjarangkan pokok
menggunakan kertas surat khabar. selepas 10-14 hari menyemai.
Kertas perlu diganti setiap pagi (jika
perlu).

Rajah 6: Membuat sungkupan pada


tanah menggunakan kompos. Boleh
juga daripada jerami padi, plastik
silvershine, dll.

2. Semaian di dalam dulang benih

Medium bagi semaian dulang ini adalah peatmoss. Sebanyak 2 biji benih perlu disemai dalam setiap
lubang pada dulang. Penjarangan dilakukan apabila keluar 2-3 helai daun dan memindahkannya ke atas
batas.
Rajah 7: Dulang semaian biji benih / seed tray

Sungkupan pada tanah memberi banyak manfaat pada anak benih dan juga pada tanah itu sendiri. Pada
pendapat anda, apakah kepentingan sungkupan dalam penanaman?

Rajah 8: Sungkupan menggunakan plastik lutsinar atau silvershine

Penyediaan kawasan

Penyediaan kawasan adalah termasuk kerja-kerja pembersihan tanah, pembajakan dan pembinaan batas.
Tanah dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. Aktiviti ini boleh membantu mengurangkan pertumbuhan
rumpai. Kawasan yang telah dibajak dibiarkan selama 2 minggu bagi membolehkan biji benih rumpai yang
tersimpan bercambah. Kemudian, putar tanah dengan jentera bagi memecahkan ketulan tanah yang kasar
kpada saiz yang kecil dan dapat mengawal anak rumpai yang bercambah. Putar kali kedua bagi
memecahkan tanah kepada saiz yang dikehendaki bagi menanam. Batas pula dibuat selebar 1.2 m dan
tinggi 20-30 cm. Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah, pengapuran perlu dilakukan pada 14 hari
sebelum menanam. Bagi tanah gambut, pengapuran perlu dilakukan sebanyak 20-25 t/ha. Manakala
tanah berpasir pula 2-3 t/ha dan tanah mineral 3-4 t/ha.
Penanaman di ladang

Anak benih diubah ke ladang ketika 6 minggu. Hanya anak benih yang sihat sahaja dipilih. Sebelum
mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya
matahari beransur-ansur. Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas perlulah dsiram
terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut. Ini akan mengurangkan kerosakan pada
sistem akarnya. Ubah anak benih semasa cuaca redup atau waktu petang diikuti dengan siraman air.
Hanya anak benih yang subur dipilih untuk diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm x
150 cm ditanam satu baris setiap batas. Selepas seminggu menanam, sulaman dilakukan pada anak
benih yang mati ataupun kurang sihat.

Sistem sokongan

Pokok terung juga memerlukan sokongan. Pokok-pokok terung diikatkan dengan menggunakan tali rafia
dan digantung ke kayu penyokong untuk menyokongnya dari rebah atau buahnya terkena tanah. Cara ini
boleh meningkatkan kualiti dan hasil buah terung.

Rajah 9: Sokongan bagi pokok terung


Pembajaan

Pembajaan bagi terung adalah berbeza mengikut jenis tanah dan amalan agronomi penanaman. Jadual 2
menunjukkan pengesyoran pembajaan bagi terung.

Jadual 2: Pembajaan tanaman terung mengikut jenis tanah


Pembajaan
Jenis tanah Jenis baja Kadar Minggu selepas Cara
(tan/ha/musim) menanam
1.Bris
-Rudua Tahi ayam 10 -1*
NPK 12:12:17:2 2 2, 5, 8, 11 dan Bagi baja tahi ayam,
14 ia perlu digaul dalam
-Baging Tahi ayam 30 -1* tanah. Baja NPK,
NPK 12:12:17:2 3 2, 5, 8, 11 dan perlu ditabur keliling
14 pokok.
2. Bekas lombong
-Pasir Tahi ayam 30 -1*
NPK 12:12:17:2 3 2, 5, 8, 11 dan
14
- Mineral Tahi ayam 5 -1*
NPK 12:12:17:2 1.5 2, 6, 10 dan 14
- Gambut NPK 12:12:17:2 2 2, 6, 10 dan 14 Tabur keliling pokok
* satu minggu sebelum menanam
Sumber: Unit Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian.

Pengurusan air

Pengairan dilakukan samada menyiram menggunakan penyiram atau menggunakan sistem pengairan
renjis. Sistem ini boleh mengurangkan tenaga kerja dan lebih cekap. Penyiraman boleh dilakukan
sebanyak 2 kali sehari.

Pengurusan penyakit

Jadual 3: Jenis penyakit, bahagian yang diserang, cara merebak, simpan dan kawalan penyakit bagi
terung.
Nama penyakit Bahagian Cara Simptom Kawalan
diserang merebak
Layu bakteria Pangkal Air dan Pokok yang diserang Gilirkan tanaman yang berlainan
Oleh: Pseudomonas pokok dan tanah menjadi layu, biasanya keluarga. Gunakan kultivar yang
solanacearum akar bermula dengan daun tahan penyakit. Cabut dan bakar
muda. pokok yang berpenyakit.
Batang dan ranting
menjadi kecut dan
kering serta akhirnya
mati.
Reput buah Buah Angin Bahagian yang diserang Gunakan benih yang berkualiti
Oleh: Phomospsis berwarna perang. Buah tinggi dan bebas dari penyakit.
vexans menjadi lembut dan Sembur dengan racun kulat atau
reput. musnahkan buah-buah yang
diserang.
Pengurusan serangga

Jadual 4: Jenis perosak, bahagian yang diserang, peringkat serangan, simptom dan kawalan perosak bagi
terung.
Nama perosak Bahagian Peringkat Simptom Kawalan
diserang serangan
Kumbang daun Daun Semua Daun menjadi lutcahaya Serangan yang melebihi 10%
(Epilachna indica) peringkat akibat dari anak dan kerosakan, daun perlu
kumbang dewasa disembur dengan racun
memakan bahagian serangga seperti carbaryl
lapisan atas daun. atau trichlorfon.

Pengorek pucuk an Pucuk dan Berbuah Ulat mengorek ke dalam Bahagian yang diserang
buah buah pucuk dan buah, perlu dicantas dan dibakar.
(Leucinodes mengakibatkan pucuk Jika serangan melebihi 5%,
orbonalis spp.) layu dan buah ia perlu disembur dengan
berlubang-lubang halus racun serangga seperti
yang dipenihu dengan permethrin atau lambda-
sisa najis. cyhalothrin.
Ulat lipat daun Daun Semua Ulat menggulung daun Kutip dan musnah semua
(Psara bipunctalis F.) peringkat dan memakan tisu-tisu daun yang bergulung. Jika
dari bahagian dalam serangan melebihi 10%,
gulungan daun. sembur racun serangga
seperti carbaryl atau
acephate.
Kutu daun Daun, Semua Kutu menghisap cecair Kutip dan musnah semua
(Aphis sp.) bunga dan peringkat dari bahagian yang daun yang diserang. Sembur
buah diserang menyebabkan dengan racun malathion atau
muda. buah berparut dan dimethoate jika perlu.
pokok terbantut. Jika
daun diserang, daun
akan berkerekot dan
pokok terbantut.
Hamama Buah dan Semua Hamama dewasa dan Jika serangan serius,
daun peringkat nim akan menghisap semasa buah berputik,
cecair pada daun/buah embur dengan racun
yang diserang. Daun hamama seperti formothion
akan berkerekot dan atau propargite sebanyak 2
buah berbintik-bintik dan pusingan selang satu
berkarat. minggu.
Kawalan rumpai

Racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kh/ha) boleh digunakan dan disembur di atas batas selepas
benih ditanam tetapi sebelum rumpai tumbuh. Rumpai yang tumbuh di atas batas apabila pokok terung
panjang besar, boleh dicabut dengan tangan atau cangkul. Sungkupan amat digalakkan bagi mengelakkan
pertumbuhan rumpai. Bagi rumpai diantara batas, ia perlu disembur dengan racun paraquat (1.0 kg/ha),
glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6-2.5 kg/ha).

Penuaian dan pengendalian lepas tuai

Pokok terung mula mengeluarkan bunga 9-10 minggu selepas menyemai. Hasil buah boleh dipungut 2
minggu selepas pendebungaan berlaku dan dipungut setiap 4 hari untuk selama 3-5 bulan. Pengutipan
hasil perlu dilakukan di waktu pagi atau petang. Tangkai dipotong dengan pisau dan pastikan tangkai tidak
terpisah daripada buah. Seeloknya tinggalkan tangkai kira-kira 2-3 cm daripada tampuk buah. Hasil
dimasukkan ke dalam bakul (plastik/buluh) yang dialas dengan kertas. Pada suhu bilik, terung boleh
disimpan selama 4 hari tetapi pada suhu 10 ˚C dengan kelembapan relatif 90-95%, jangka hayat
penyimpanan bertambah ke 2 minggu. Terung mempunyai 3 indeks kematangan seperti berikut:

Indeks 1: Muda atau belum matang

Kulit licin dan berwarna ungu muda bercampur warna putih. Gak padat bila dipicit dan mudah dipatahkan.
Jika dipotong, bahagian isi tidak menunjukkan struktur biji.

Indeks 2: Matang

Kulit licin dan berwarna ungu cerah sepenuhnya. Agak padat bila dipicit dan mudah dipatahkan. Jika
dipotong, bahagian isi menunjukkan struktur biji yang masih lembut.

Indeks 3: Terlalu matang

Kulit berwarna ungu gelap atau pudar sepenuhnya, bergantung pada varieti. Bahagian tangkai kelihatan
kering. Agak lembut bila dipicit dan jika dipotong bijinya berwarna keperangan.

Rajah 10: Terung yang tidak cukup matang, tidak segar, kotor dan mempunyai kecacatan.
Rajah 11: Terung yang rosak disebabkan oleh haiwan perosak, penyakit dan kecederaan mekanikal yang
boleh menjejaskan kualiti dan jangkahayat.

Tomato

T
omato (Lycopersicon esculentum atau Lycopersicon cycopersicum L.) adalah daripada keluarga
Solanaceae. Tomato mempunyai jangkahayat yang singkat dan berasal dari Amerika Selatan. Di
Malaysia, keluasan tanaman tomato adalah seluas 1, 354 ha dengan pengeluaran sebanyak 134,338
Mt pada tahun 2011.

Jadual 5: Zat pemakanan tomato (bagi setiap 100g)


Kandungan Jumlah
Protein 1.4 g
Karbohidrat 3.6 g
Lemak 0.2 g
Serat 0.4 g
Kalsium 12.0 mg
Zat besi 0.8 mg
Fosforus 28.0 mg
Beta karotena 790.0 ug
Vitamin B1 0.18 mg
Vitamin B2 0.09 mg
Niacin 0.3 mg
Vitamin C 25.8 mg

Sumber: MARDI-Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (2000).


Kultivar-kultivar yang disyorkan bagi tomato adalah MT 1, MT 11, L 24, Serdang 2 dan King Kong (F1).
Pokok tomato dibahagikan kepada 2 kumpulan besar, iaitu determinate dan indeterminate. Apakah
perbezaan bagi kedua-dua kumpulan ini?
Amalan Kultur

Penyediaan benih

Biji benih yang berkualiti tinggi perlu digunakan untuk proses penyemaian. Bagi penanaman sehektar
tomato, kira-kira 300 g biji benih diperlukan. Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu dengan racun kulat
seperti thiram pada kadar 3 g untuk 1000 g biji benih. Biji benih disemai 6 minggu sebelum menanam dan
disediakan 10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman. Anak benih perlu ditanam di bawah jaring kalis
serangga.

Rajah 12: Anak benih di bawah jarring kalis serangga.

Semaian benih tomato boleh dilakukan melalui semaian batas, semaian polibeg, semaian
kotak. Apakah perbezaan bagi setiap semaian ini?

Penyediaan kawasan

Penyediaan kawasan adalah termasuk kerja-kerja pembersihan tanah, pembajakan dan pembinaan batas.
Tanah dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. Aktiviti ini boleh membantu mengurangkan pertumbuhan
rumpai. Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah, pengapuran perlu dilakukan pada 1-2 bulan
sebelum menanam. Bagi tanah gambut, pengapuran perlu dilakukan sebanyak 3-7.5 t/ha. Manakala tanah
berpasir pula 1-3 t/ha dan tanah mineral 3-5 t/ha.

Penanaman di ladang

Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Hanya anak benih yang sihat sahaja dipilih.
Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada
cahaya matahari beransur-ansur. Bagi anak benih yang ditanam secara semaian batas, batas perlulah
dsiram terlebih dahulu supaya memudahkan anak-anak benih dicabut. Ini akan mengurangkan kerosakan
pada sistem akarnya. Ubah anak benih semasa cuaca redup atau waktu petang diikuti dengan siraman air.
Hanya anak benih yang subur dipilih untuk diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x
60 cm. Selepas seminggu menanam, sulaman dilakukan pada anak benih yang mati ataupun kurang sihat.

Sistem sokongan

Pokok tomato mempunyai dahan yang lemah dan memerlukan sokongan seperti pokok terung. Sokongan
perlu disediakan sebulan selepas mengubah.

Pembajaan

Pembajaan bagi pokok tomato adalah berbeza mengikut jenis tanah dan amalan agronomi penanaman.
Jadual 7 menunjukkan pengesyoran pembajaan bagi tomato.

Jadual 7: Pembajaan pokok tomato mengikut jenis tanah


Pembajaan
Jenis tanah Jenis baja Kadar Minggu selepas Cara
(tan/ha/musim) menanam
1.Bris
-Rudua Tahi ayam 10 -1*
NPK 12:12:17:2 2 2, 4 dan 8 Baja tahi ayam
-Baging Tahi ayam 25 -1* perlu digaul dalam
NPK 12:12:17:2 3 2, 4 dan 8 tanah. Baja NPK
2. Bekas lombong perlu ditabur
-Pasir Tahi ayam 25 -1* keliling pokok.
NPK 12:12:17:2 2 2, 4 dan 8
- Mineral Tahi ayam 5 -1*
NPK 12:12:17:2 1.5 2, 4 dan 8
- Gambut NPK 12:12:17:2 2 2, 4 dan 8 Ditabur keliling
pokok
* satu minggu sebelum menanam

Pengurusan air

Pengairan dilakukan samada menyiram menggunakan penyiram atau menggunakan sistem pengairan
renjis. Sistem ini boleh mengurangkan tenaga kerja dan lebih cekap. Penyiraman boleh dilakukan
sebanyak 2 kali sehari.

Pengurusan penyakit

Jadual 8: Jenis penyakit, bahagian yang diserang, cara merebak, 11ngina11 dan kawalan penyakit bagi
tomato.
Nama penyakit Bahagian Cara Simptom Kawalan
diserang merebak
Antraknos/ Bintik Buah Biji benih Jangkitan awal kelihatan lekuk Biji benih dirawat
berpusar dan angin yang kemudian membesar dengan racun kulat.
Oleh: menjadi tompok-tompok Bajak reput relai ke
Colletotrichum sp. perang kehitaman. Buah akan dalam tanah semasa
menjadi reput. penyediaan tanah.
Musnahkan buah
yang berpenyakit.
Menyembur racun
mancozeb 0.1% jika
terdapat serangan.
Hawar Batang, Angin Terdapat bintik-bintik Bakar pokok yang
Oleh: Alternaria daun dan berwarna perang pada batang berpenyakit. Embur
solani buah dan daun tua. Bintik-bintik dengan racun copper
kemudiannya membesar oxychloride,
menjadi tompok yang mancozeb atau
berpusar hitam. Tisu daun di chlorothalonil jika
keliling tompok selalunya perlu.
bertukar menjadi kuning.
Buah yang berwarna hitam
mempunyai lekuk dan
dipenuhi dengan spora-spora
hitam. Serangan selalunya
bermula di hujung tangkai
buah.
Hawar Daun dan Tanah dan Daun bertompok-tompok Sembur racun kulat
Phytophthora buah air perang kehitanamn dan berair seperti maneb,
Oleh: Phytophthora selalunya di hujung dan di tepi mancozeb, captafol
infestans daun tua. Terdapat juga atau cuprous oxide.
tompok-tompok putih di Bakar bahagian yang
bahagian belakang daun. berpenyakit. Pastikan
Akhirnya pook layu dan mati. kawasan tanaman
Pada buah mudayang masih bersaliran baik. Jaga
hijau, terdapat bintik lecuh kebersihan kawasan
(water soak) berwarna kelabu tanaman.
yang membesar kepada saiz
dan bentuk yang tidak
menentu. Lama kelamaan
bahagian yang diserang
menjadi perang, berkedut dan
mempunyai sempadan yang
nyata.
Reput pangkal Pangkal Tanah Pokok layu dan pangkal Pastikan kawasan
Oleh: (Schlerotium pokok menjadi reput. Terdapat bersaliran baik. Jika
rolfsii/ Rhizoctonia maisilia putih pada bahagian terdapat serangan,
sp.) serangan. Pangkal menjadi cabut dan bakar
hitam dan reput. pokok yang
berpenyakit.

Layu Daun Tanah dan Daun-daun menjadi kuning. Pastikan saliran baik.
Oleh: Fusarium sp. air Bahagian daun akan kering Jika terdapat
bermula daripada bawah. serangan, sembur
Pokok menjadi bantut dan dengan racun kulat
layu. atau musnahkan dan
bakar pokok yang
dijangkiti.
Virus mozek Seluruh Kutu daun Daun berbintik-bintik serta Jaga kebersihan
Oleh: Virus pokok berkerekot. Serangan yang kawasan tanaman,
teruk menyebabkan pokok kawal kutu daun
bantut, buah kecil dan dengan racun dan
berubah rupa. musnahkan pokok
yang berpenyakit.
Layu bakteria Batang dan Air, tanah Daun layu dan menjadi Gilirkan tanaman
Oleh: akar dan akar kuning. Empulur berwarna yang berlainan
Pseudomonas kehitaman dan berair. Jika keluarga solanaceae.
Solanacearum akar atau batang dipotong Pastikan saliran yang
dan direndam dalam air, ia baik. Bakar dan
mengeluarkan cecair jaluran musnahkan pook
putih. yang diserang
peyakit.
Reput hujung buah Buah - Terdapat tompok kecil Pastikan proses
Oleh: Gangguan berwarna perang atau pengapuran tanah
fisiologi atau kehitaman dan berkeadaan dan pembajaan
kekurangan zat basah di bahagian hujung dilakukan dengan
kalsium. buah. Tompok kemudiannya sempurna dan
membesar menjadi lekuk dan mencukupi.
berwarna hitam.

Pengurusan serangga

Jadual 9: Jenis perosak, bahagian yang diserang, peringkat serangan, simptom dan kawalan perosak bagi
pokok tomato.
Nama perosak Bahagian Peringkat Simptom Kawalan
diserang serangan
Ulat pengorek buah Bunga, Berbunga Buah berlubang dan Sembur keseluruhan pokok
(Chloridea obsolete daun, dan busuk, pucuk muda dan dengan permethrin atau
F.) tunas dan berbuah bunga dimakan ulat. acephate selang 14 hari.
buah Kutip buah yang diserang
dan musnahkan.
Lalat buah Buah Berbuah Buah muda yang Bungkus buah-buah yang
(Bactrocera sp.) diserang teruk berubah muda. Musnah buah-buah
bentuk, menjadi yang diserang. Sebagai
terbantut dan busuk. kawalan, gunakan attractant
seperti methyleugenol.
Hamama Daun dan Semua Hamama dewasa dan Sembur dengan racun
(Tetranychus bunga peringkat nim akan menghisap serangga dicofol atau
truncatus) cecair pada daun/buah propagate.
yang diserang. Daun
akan berkerekot dan
buah berbintik-bintik dan
berkarat.

Sistem penanaman bergilir yang melibatkan sayur seperti kacang panjang, kacang buncis, timun dan
petola adalah amat digalakkan. Apakah kesan terhadap pembajaan, penyakit dan perosak jika sistem ini
diamalkan?

Kawalan rumpai

Racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kh/ha) boleh digunakan dan disembur di atas batas selepas
benih ditanam tetapi sebelum rumpai tumbuh. Rumpai yang tumbuh di atas batas apabila pokok tomato
besar, boleh dicabut dengan tangan atau cangkul. Sungkupan amat digalakkan bagi mengelakkan
pertumbuhan rumpai. Bagi rumpai diantara batas, ia perlu disembur dengan racun paraquat (1.0 kg/ha),
glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6-2.5 kg/ha).

Penuaian dan pengendalian lepas tuai

Hasil buah tomato mula dikutip 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan masak 30 hari selepas
berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas kutipan pertama untuk jenis
determinate. Untuk jenis indeterminate tempoh pengeluaran buah adalah lebih lama. Buah boleh dipungut
bila masih berwarna hijau tetapi telah matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan
dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah. Buah-buah dipetik dengan tangan sebiji demi sebiji dengan
memastikan kulit buah tidak tercedera. Buah yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang beralas kertas,
dengan muatan tidak lebih daripada 30 kg. Dalam keadaan ambien, buah-buah tomato masak boleh
disimpan selama 2 hari. Jangka masa penyimpanan boleh ditingkatkan ke 1-2 minggu jika disimpan di bilik
sejuk pada suhu 5-10 ˚C dengan kelembapan relatif antara 90-95%. Tomato mempunyai 6 indeks
kematangan seperti berikut:

Indeks 1: Belum matang

Permukaan kulit berwarna hijau muda dan pudar.

Indeks 2: Matang

Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau muda dan berkilat.

Indeks 3: Peringkat pecah warna

Buah yang mempunyai sedikit calitan warna merah atau kuning hingga separuh masak.
Indeks 4: Tiga perempat (3/4) masak

Permukaan buah mempunyai sedikit warna hijau dan warna merah atau jingga melebihi 75% daripada
permukaan buah.

Indeks 5: Masak sepenuhnya

Buah berwarna merah atau jingga sepenuhnya tetapi tekstur masih pejal.

Indeks 6: Terlalu masak

Buah berwarna merah atau jingga gelap sepenuhnya dengan tekstur yang lembut.

Rajah 13: Tomato yang tidak cukup matang, tidak segar, kotor dan mempunyai kecacatan.

Rajah 14: Tomato yang rosak disebabkan oleh haiwan perosak, penyakit dan kecederaan mekanikal yang
boleh menjejaskan kualiti dan jangkahayat.

Cili

C
ili (Capsicum annum Linn.) adalah daripada keluarga Solanaceae. la dipercayai berasal dari Mexico
dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Di Malaysia,
keluasan tanaman cili adalah seluas 2, 986 ha dengan pengeluaran sebanyak 29, 686 Mt pada
tahun 2011.
Jadual 10: Zat pemakanan cili (bagi setiap 100g)
Kandungan Jumlah
Protein 2.8
Karbohidrat 9.5
0.7
Kalsium 0
Zat besi 15.0
Fosforus 1.8
Kalium 80.0
Natrium 00
2730.0
Vitamin B1 0.2
Vitamin B2 0.1
Niacin 0.7
Vitamin C 175.5

Jadual 11: Ciri-ciri kultivar cili


Kultivar Ciri-ciri

MC11

MC12

Bangi

Kulai

Amalan Kultur

Penyediaan benih

Biji benih yang berkualiti tinggi perlu digunakan untuk proses penyemaian. Kira-kira 300-500 g biji benih
untuk ditanam pada sehektar tanah. Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu dengan racun kulat seperti
captan pada kadar 3 g untuk 1000 g biji benih. Rawatan dengan merendamkan biji benih ke dalam larutan
10 % TSP (Tri Sodium Phosphate) selama 30 minit dapat membantu dalam pencegahan penyakit virus. Biji
benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam. Anak benih perlu disemai di bawah jaring
kalis serangga. Semaian benih cili boleh dilakukan melalui semaian batas, semaian polibeg, semaian
kotak. Di peringkat semaian, anak benih disembur dengan baja daun pada minggu kedua selepas disemai.
Sembur racun amitraz bergilir dengan imidacloprid setiap 7 hari untuk mengawal vektor virus cili.
Semburan dihentikan pada peringkat anak benih sedia untuk diubah ke ladang.
Penyediaan kawasan

Penyediaan kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah, pembajakan dan pembinaan batas.
Tanah dibajak dan digembur sedalam 15 - 22 cm. Aktiviti penyediaan tanah ini memberi keadaan fizikal
yang baik untuk pembesaran pokok cili di samping menolong mengurangkan populasi rumpai dengan
memusnah dan membenamkan rumpai yang hidup ke dalam tanah. Batas dibuat selebar 1.2 m dan tinggi
20 - 30 cm. Jarak antara tengah batas disyorkan 150 cm. Bagi tanah masam, pengapuran hendaklah
dilakukan tidak kurang daripada 14 hari sebelum menanam. Secara umumnya 20 - 25 t/ha kapur
diperlukan bagi tanah gambut kawasan baru, 2 - 3 t/ha tanah pasir dan 3 - 4 t/ha bagi tanah mineral.
Pengapuran dilakukan semasa kerja pembajakan dijalankan supaya kapur boleh digaulkan ke dalam
tanah. Selepas menabur baja organik semasa pembajaan asas, batas hendaklah ditutup dengan plastik
lutsinar untuk kawalan rumpai dan mengurangkan serangan aphid. Kemudian tebuk lubang di atas plastik
lutsinar dengan menggunakan penebuk lubang khas. Jarak di antara lubang ialah 90 cm di dalam satu
barisan.

Rajah 15: Anak benih cili yang ditutup dengan plastik lutsinar bagi mengawal rumpai.

Penanaman di ladang

Anak benih ditanam ke ladang selepas 6 minggu di tapak semaian dengan memilih anak benih yang sihat
dan subur sahaja. Sebelum mengubah, anak benih perlu melalui proses pengerasan dengan cara
mendedahkannya kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Bagi anak benih dari semaian batas,
batas perlu disiram terlebih dahulu untuk memudahkan anak benih dicabut dan mengurangkan kerosakan
pada sistem akar. Kerja-kerja mengubah dilakukan semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti
dengan siraman air. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm dalam baris. Pokok cili ditanam secara
sebaris dalam setiap batas. Bagi menghalang serangan musuh dan penyakit, sistem tanaman giliran perlu
diamalkan. Secara umumnya elakkan menanam cili di kawasan yang mana tanaman dari keluarga
Solanaceace telah ditanam pada musim sebelumnya.
Sistem sokongan

Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati atau kurang sihat perlu disulam. Satu bulan selepas
ditanam di ladang, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh untuk mengelakkan pokok
tumbang.

Pembajaan

Pembajaan bagi pokok cili adalah berbeza mengikut jenis tanah dan amalan agronomi penanaman. Jadual
12 menunjukkan pengesyoran pembajaan bagi cili.

Jadual 12: Pembajaan tanaman cili mengikut jenis tanah.


Jenis tanah Masa membaja Jenis baja Kadar Cara membaja
(Minggu)
Tanah mineral -1* Baja tahi ayam 3.5 tan/ha Digaul dalam tanah
2, 8 dan 14 Baja NPK 12:12:17:2 1.5 tan/ha Tabur keliling pokok
Tanah Bris -1* Baja tahi ayam 10-20 tan/ha Digaul dalam tanah
2, 8 dan 14 Baja NPK 12:12:17:2 2-3 tan/ha Tabur keliling pokok
Tanah organik 2, 8 dan 14 Baja NPK 12:12:17:2 1.2 tan/ha Tabur keliling pokok
* satu minggu sebelum menanam

Pengurusan air

Pokok cili memerlukan air yang cukup. Penyiraman air mestilah 2 kali sehari. Pengairan boleh dilakukan
samada menyiram menggunakan penyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem ini boleh
mengurangkan tenaga kerja dan lebih cekap.

Rajah 16: Sistem pengairan renjis.


Pengurusan penyakit

Jadual 13: Jenis penyakit, bahagian yang diserang, cara merebak, simptom dan kawalan penyakit bagi
pokok cili.
Nama penyakit Bahagian Cara Simptom Kawalan
diserang merebak
Antraknos/ Bintik Buah Biji benih Bintik-bintik lekok Bagi pencegahan penyakit,
berpusar dan angin dan berpusar, rawat biji benih dengan racun
Oleh: Colletotrichum berwarna kulat yang sesuai mengikut
capsici keperangan terdapat kadar yang disyorkan.
di kulit buah. Lekok- Musnahkan buah yang
lekok ini akan diserang.
membesar, menjadi Sembur racun kulat seperti
kehitaman dan mancozeb, chlorothalonil,
akhirya buah busuk thiophanate methyl, propineb
dan gugur. atau atau difenoconazole
mengikut kadar yang disyorkan.
Bintik daun Daun dan Angin Terdapat bintik-bintik Musnahkan bahagian yang
Oleh: tangkai kecil bulat berwarna diserang. Sembur dengan racun
Cercospora capsici daun perang pada daun. kulat chlorothalonil,
difenoconazole, propineb,
thiophanate methyl atau
carbendazim mengikut kadar
yang disyorkan.
Amalkan tanaman bergilir
dengan sayuran lain.
Hawar pucuk Pucuk Angin Terdapat spora- Rawat biji benih dengan racun
Oleh: spora hitam pada thiram atau captan mengikut
Choanephora pucuk yang kadar yang disyorkan.
cucurbitarum berpenyakit. Musnahkan buah yang
Pucuk menjadi layu diserang. Guna racun kulat
dan seperti chlorothalonil, copper
berwarna hitam. hydroxide mengikut kadar yang
disyorkan.
Reput pangkal Pangkal Tanah Daun layu. Terdapat Cabut dan bakar pokok yang
Oleh: pokok maisilia putih dan diserang. Guna racun seperti
Sclerotium rolfsii skelerotia seperti carbendazim mengikut kadar
biji sawi di pangkal yang disyorkan.
pokok. Pangkal
pokok dan akar
menjadi hitam dan
reput
Lecuh anak benih Batang Tanah dan Di pangkal anak Rawat biji benih dengan racun
Oleh: Phyhium sp. anak benih air benih kelihatan kulat seperti captan atau
seakan-akan lecuh. thiram mengikut kadar yang
Serangan yang teruk disyorkan. Tentukan
menyebabkan anak siraman air tidak berlebihan.
benih tumbang. Pastikan tapak semaian
mempunyai saliran yang baik.
Jika terdapat serangan,
siram tapak semaian dengan
thiram.
Layu bakteria Daun dan Tanah, air Daun layu dan Cabut dan bakar pokok
Oleh: Ralstonia batang dan akar. kuning. Empulur berpenyakit. Tentukan saliran
solanacearum berwama perang yang baik di kawasan kebun.
kehitaman dan Gilirkan tanaman yang berlainan
berair. Jika akar atau daripada famili Solanaceae.
batang dipotong dan
direndam dalam air,
ianya mengeluarkan
cecair jaluran putih.
Akhirnya pokok layu
dan mati.
Virus mozek Seluruh Kutu daun Daun berbintik-bintik Jaga kebersihan kawasan
Oleh: Virus pokok serta berkerekot. tanaman, kawal kutu daun
Serangan yang teruk dengan racun dan musnahkan
menyebabkan pokok pokok yang berpenyakit.
bantut, buah kecil
dan berubah rupa.

Apakah nama penyakit, simptom dan kawalan bagi penyakit cili di bawah.

Rajah 17: Penyakit yang menyerang cili


Pengurusan serangga

Jadual 14: Jenis perosak, bahagian yang diserang, peringkat serangan, simptom dan kawalan perosak
bagi pokok cili.
Nama perosak Bahagian Peringkat Simptom Kawalan
diserang serangan
Kumbang daun Daun dan Semua Daun dan akar rosak teruk. Sembur seluruh pokok
(Aulacophora sp.) akar peringkat dengan racun serangga
seperti malathion/ carbaryl
dengan kadar 0.1%.
Aphid (Aphis Daun, Semua Serangan teruk akan Sembur dengan racun
gosgypii dan bunga peringkat menyebab daun menjadi serangga; malathion,
Glow homoptera) dan buah kerekot, bunga gugur dan dimethoate, profenfos atau
muda. buah terbantut. bendiocarb dengan kadar
0.1%.
Hamama Merah Daun dan Pokok Daun berkerekot, bunga Sembur dengan racun
(Tetranychus bunga. matang. gugur dan pokok serangga seperti
spp.) terbantut. flufenoxuron, diafenthiuron,
amitraz, deltamethrin,
malathion atau imidacloprid
mengikut kadar yang
disyorkan.
Kutu Daun (Aphis Daun, Semua Daun menjadi kerekot, bunga Sembur dengan chlorpyrifos
spp.) bunga peringkat. gugur dan buah terbantut. atau imidacloprid mengikut
dan buah kadar yang disyorkan
muda. selepas anak benih ditanam
ke ladang jika perlu.Selepas
2.5 bulan di ladang, jika
serangan virus melebihi 20 %
sembur dengan racun
serangga seperti chlorpyrifos,
cypermethrin, deltamethrin,
dimethoate atau imidacloprid
untuk kawalan vektor.
Ulat Pengorek Daun dan Peringkat Daun dan buah berlubang- Sembur dengan racun
Buah buah. berbuah. lubang. serangga seperti chlorpyrifos,
(Helicoverpa cypermethrin,
armigera). lambdacyhalothrin, lufenuron,
emamectin benzoate atau
deltamethrin jika lebih
daripada 5 % buah diserang.
Kutu Trips Daun dan Semua Daun menjadi kerekot dan Sembur dengan racun
(Thrips spp.) bunga. peringkat. bunga gugur. serangga seperti chlorpyrifos,
cypermethrin, deltamethrin,
dimethoate atau imidacloprid
mengikut kadar dan
kekerapan yang disyorkan
sehingga pokok berumur 2.5
bulan.
Selepas pokok berumur 2.5
bulan jika serangan virus
melebihi 20 % sembur racun
serangga seperti
cypermethrin, deltamethrin
atau imidacloprid untuk
kawalan vektor.
Lalat buah Buah Berbuah Terdapat lorong-lorong kecil Sembur dengan racun
(Bactrocera sp.) di dalam buah. Buah jadi serangga seperti
busuk dan buah gugur. cypermethrin, flufenoxuron
atau chlorpyrifos apabila
pokok mula berbuah.
Semburan 'protein bait' yang
dicampur dengan racun
perosak ke bahagian daun
sebanyak 10 ml sepokok,
setiap selang 10 pokok.
Ulat Ratus Daun, Semua Daun menjadi berlubang- Pungut telur dan larva,
(Spodoptera buah dan peringkat. lubang hingga tinggal urat musnahkan. Sembur dengan
exigua) bunga. daun sahaja. Larva juga racun seperti
memakan buah dan kuntum methoxyfenozide mengikut
bunga. kadar yang disyorkan.
Lalat Putih Daun Semua Lalat putih menghisap cairan Peringkat awal serangan,
(Aleurodicus peringkat pada bahagian pokok yang serangga ini boleh dikawal
disperses dan diserang. Serangga ini dengan memangkas
Bamisia tabaci) menyerang secara bahagian pokok yang
berkelompok dan lebih ketara diserang dan musnahkannya.
pada bahagian daun. Pokok Jika serangan serius, buat
yang diserang akan semburan dengan racun
kehilangan banyak air dan yang sesuai seperti
nutrien, menyebabkan imidacloprid/ dimethoate/
pertumbuhan terjejas. Bahan thiamethoxam.
buangan lalat putih adalah
berbentuk rembesan madu
dan mudah dijangkiti oleh
kulat jelaga hitam. Jelaga
hitam pada daun akan
menyebabkan proses
fotosintesis terhalang dan
seterusnya akan
menyebabkan pertumbuhan
pokok terganggu dan tidak
sihat.
Kawalan rumpai

Racun rumpai pracambah metalachlor (0.3-1.0 kh/ha) boleh digunakan dan disembur di atas batas selepas
benih ditanam tetapi sebelum rumpai tumbuh. Rumpai yang tumbuh di atas batas apabila pokok cili besar,
boleh dicabut dengan tangan atau cangkul. Sungkupan amat digalakkan bagi mengelakkan pertumbuhan
rumpai. Bagi rumpai diantara batas, ia perlu disembur dengan racun paraquat (1.0 kg/ha), glufosinate-
ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6-2.5 kg/ha).

Penuaian dan pengendalian lepas tuai

Cili mula berbunga 60 - 75 hari selepas menanam di ladang. Buah akan masak 30 – 35 hari selepas
berbunga. Buah yang masak berwarna merah dan biasanya dipungut secara (manual) setiap 3-4 hari
sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah di antara 3 – 4 bulan dari tempoh hari pertama mengutip hasil.
Hasil cili bergantung kepada Kultivar yang ditanam. Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili bagi
kegunaan segar ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau
dijadikan cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipungut ialah apabila berwarna merah sepenuhnya.

Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya, kerja-kerja mengutip hasil dilakukan
pada waktu atau lewat petang ketika suhu rendah. Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti
bakul plastik yang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementara pembungkusan runcit,
bahan pembungkus seperti beg polietilin (plastik), jarring plastik, beg kertas dan dulang polistirena berbalut
filem polivinil klorid adalah sesuai. Pra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10 ˚C boleh
menurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 - 2.5 jam. Cili dapat disimpan selama 3 –
6 minggu pada suhu 5 - 8 ˚C dengan kelembapan relative di antara 90 - 95 %. Cili mempunyai 6 indeks
kematangan seperti berikut:

Indeks 1: Tidak Matang


Kulit berwarna hijau muda. Dipasarkan sebagai cili hijau.

Indeks 2: Matang
Kulit berwarna hijau tua. Keadaannya berkilat. Dipasarkan sebagai cili hijau.

Indeks 3: Cukup Matang


Kulit kelihatan berwarna merah dan hijau ataupun hijau merah. Dipasarkan sebagai cili merah.

Indeks 4: Cukup Matang


Kulit cili berwarna merah dan sedikit hijau. Keadaan ini masih boleh diterima
oleh pasaran pada peringkat runcit

Indeks 5: Cukup Matang


Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya. Dipasarkan sebagai cili merah.

Indeks 6: Terlalu Matang


Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman dan struktur kulit buah menjadi layu atau kecut dan
dipasarkan sebagai cili merah.
Rajah 18: Cili yang tidak segar dan mempunyai kecacatan.

Rajah 19: Cili yang rosak disebabkan oleh haiwan perosak, penyakit dan kecederaan mekanikal yang
boleh menjejaskan kualiti dan jangkahayat.

You might also like