You are on page 1of 114

Part 1 / Bahagian 1

Date / Tarikh : JUN 30, 2023 Certificate No./ No. Sijil : X989773A00

Dear Valued Certificate Owner/Kepada Pemilik Sijil Yang Dihargai,

Thank you for choosing AIA PUBLIC Takaful Bhd. as your ‘shield’ and allowing us the opportunity to serve you better. We
have now officially tied the knot!
We appreciate the trust you have placed in us. With great pleasure we are delivering you your Certificate Contract for your
safekeeping. The Certificate Contract has detailed all covered items, the sum covered and the terms and conditions of your
Takaful coverage(s). Kindly spare some time to go through the information in the Certificate Contract to ensure that it is
precisely printed. Please complete Part 2 of this letter and return it to us through your authorized representative or directly to
our Branch Office.
In AIA PUBLIC Takaful Bhd., we believe in continuously delivering excellence in all that we do and providing you our best
possible service at all times.
Should you need further servicing with respect to your Certificate, kindly contact your authorized representative or call our
Customer Service Hotline Number at 1300-88-8922. We are happy to assist you.

Terima kasih kerana memilih AIA PUBLIC Takaful Bhd. sebagai pelindung anda dan memberikan kami peluang untuk
berkhidmat dengan anda. Kini kita telah secara rasmi mengikat hubungan!
Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh anda kepada kami. Oleh itu, bersama ini kami sertakan Kontrak Sijil
untuk simpanan anda. Kontrak Sijil ini merangkumi segala perkara, jumlah yang dilindungi dan syarat-syarat perlindungan
Takaful anda. Sila luangkan masa untuk meneliti segala maklumat dalam Kontrak Sijil ini bagi memastikan ketepatan
maklumat yang terkandung di dalamnya. Sila lengkapkan Bahagian 2 lampiran ini dan hantarkan kepada kami melalui
pegawai yang dibenarkan anda atau terus kepada Pejabat Cawangan kami.
Kami di AIA PUBLIC Takaful Bhd., percaya bahawa mengekalkan kecemerlangan dalam setiap tindakan kami adalah
penting, begitu juga dengan menawarkan servis terbaik buat diri anda.
Jika anda memerlukan perkhidmatan seterusnya berkenaan sijil anda, sila hubungi pegawai yang dibenarkan atau telefon
Nombor Hotline Servis Pelanggan Kami di 1300-88-8922. Kami bersedia untuk membantu anda.

Yours Sincerely / Yang benar,

X989773A00 07/14 ACK TAB001


Part 2 / Bahagian 2
Certificate No X989773A00

Proposed Person Covered MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN FISAL

Owner/ Contributor MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN FISAL

Branch Johor Bahru 2

Issue Date JUN 30, 2023

To / Kepada : AIA PUBLIC Takaful Bhd.

I, , hereby acknowledge receipt of my


Certificate Contract as stated above.

Saya, __________________________________ dengan ini mengesahkan penerimaan Kontrak Sijil yang tersebut di
atas.

Signature of Person Covered / Owner :


Tandatangan Orang Dilindungi/Pemilik :_____________________________

Date / Tarikh :_____________________________


(MM/DD/YYYY / BB/HH/TTTT)

Note : This letter is issued in conjunction with any new certificate issue/nomination/change of nominee.
Nota : Surat ini dikeluarkan bersama sebarang sijil baru/penerima namaan baru/pindaan penerima namaan.

X989773A00 07/14 ACK TAB001


AIA PUBLIC Takaful Bhd. (935955-M)
99 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
P.O. Box 13009
50796 Kuala Lumpur
Care Line: (603) 2037 1333
1300 88 8922
(603) 2056 3690
AIAPUBLIC.COM.MY

JUNE 30, 2023 Ref: X989773A00

MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN FISAL


LOT 3492 KAMPUNG LATING NB
KEDAI MULONG
16010 KOTA BHARU

Dear Applicant,

RE: YOUR APPLICATION NO. : X989773A00


APPLICATION DATE : JUNE 24, 2023
PROPOSED PERSON COVERED : MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN FISAL

We are pleased to inform that your application for our Takaful plan has been approved and we thank you for
placing your trust in us. AIA PUBLIC Takaful Bhd. is recognized as a financially sound and secure Takaful
Operator and we are proud to have you as one of our certificate owners.
We trust that your authorised representative has conducted the financial needs analysis with you prior to
your signing the application form.
We have received the initial contribution for your Takaful plan, and your authorised representative will be
delivering the certificate contract to you in due course. The certificate contract has detailed all covered
items, the sum covered and the terms and conditions of your Takaful coverage(s). As such please go
through the information in the certificate to ensure that it is correct and complete.

Please check, confirm and/or ensure the accuracy and completeness of all information declared to and
submitted to the Company in relation to your application upon your receipt of the certificate contract. In the
event that you do not notify the Company that such information declared and submitted to the Company is
untrue, inaccurate and/or incomplete, the Company shall treat all information declared and submitted by
your authorised representative as true, accurate and complete.
If you do not receive your certificate contract within 14 days from the date of this approval letter or have any
queries, kindly contact your authorised representative or the nearest AIA branch office.
As our valued certificate holder, we look forward to your continuous support.

Yours sincerely,

cc (MOHAMAD KHAIRULFAZLI BIN ROHANI) (JB MEDINA GROUP) (06982 - 1907V)


STDAPP Johor Bahru 2 – EP – ALALR
ORANG DILINDUNGI : MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN FISAL

JUMLAH DILINDUNGI : 50,000.00 JUN 30, 2023 : TARIKH SIJIL

PELAN : A-Life Kasih Famili JUN 30, 2023 : TARIKH PENYERTAAN

NOMBOR SIJIL: X989773A00 JUN 30, 2070 : TARIKH MATANG

AGENSI : JB MEDINA GROUP

Kami akan, tertakluk kepada peruntukan Sijil ini, membayar faedah yang diperuntukan di bawah Sijil ini setelah
berpuas hati bahawa keadaan di mana faedah boleh dibayar telah berlaku semasa Sijil ini berkuatkuasa.

Pelan Takaful Asas dan Kontrak Tambahan, sekiranya ada, yang diperuntukan oleh Sijil ini dengan Jumlah
Faedahnya, ada dinyatakan di dalam Jadual Faedah dan Caruman di Halaman Maklumat Sijil. Hak untuk
faedah, pengecualian faedah, syarat-syarat bayaran dan lain-lain maklumat sijil dinyatakan di dalamnya.

Dikuatkuasakan dan ditandatangani oleh kami pada Tarikh Penyertaan untuk Sijil ini seperti yang dinyatakan
dalam Halaman Maklumat Sijil.

Duti Setem Berbayar

X989773A00 -1- 07/14 ZTAD001


CERTIFICATE INFORMATION PAGE /
HALAMAN MAKLUMAT SIJIL

Person Covered MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN NRIC No.


: : 000527020017
Orang Dilindungi FISAL No. KP.
Age (Admitted) Gender
: 23 (DISAHKAN) : LELAKI
Umur (Disahkan) Jantina
Participant MUHAMMAD IRFAN FAHMI BIN NRIC No.
: : 000527020017
Peserta FISAL No. KP
Age Gender
: 23 : LELAKI
Umur Jantina
Product Certificate Date
: A-Life Kasih Famili : JUN 30, 2023
Produk Tarikh Sijil
Certificate No. Issue Date
: X989773A00 : JUN 30, 2023
No. Sijil Tarikh Penyertaan
Basic Sum Covered Expiry / Maturity Date
: 50,000.00 : JUN 30, 2070
Jumlah Dilindungi Asas Tarikh Tamat / Matang

SCHEDULE OF BENEFITS AND CONTRIBUTIONS / JADUAL FAEDAH DAN CARUMAN


Contribution Expiry /
Sum Covered* Contributions
Benefits Cease Date Maturity Date Form No.
Jumlah Dilindungi* Caruman
Faedah-Faedah Tarikh Caruman Tarikh Tamat / No. Borang
(RM) (RM)
Terakhir Matang
A-Life Kasih Famili 50,000.00 44.46 06/30/2070 06/30/2070
A-Plus DisabilityCare-i 50,000.00 N/A N/A 06/30/2070 T1024T
A-Plus Waiver-i 533.52 3.67 06/30/2070 06/30/2070 T1026T

* Denote limitations of benefit and actual benefits payable in accordance with the coverage terms / Melambangkan had-had faedah dan
faedah sebenar yang boleh dibayar mengikut syarat-syarat perlindungan

MONTHLY CONTRIBUTION:
RM 48.13
CARUMAN BULANAN:
TOTAL AMOUNT PAYABLE (MONTHLY):
RM 48.13
JUMLAH AMAUN YANG PERLU DIBAYAR (BULANAN):

CONTRIBUTIONS ARE PAYABLE ON THE CERTIFICATE DATE AND IN ADVANCE SUBJECT TO THE TERMS AND
CONDITIONS OF THE CERTIFICATE.
CARUMAN PERLU DIBAYAR PADA TARIKH SIJIL DAN TERLEBIH DAHULU TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN
SYARAT SIJIL.

X989773A00 -2- ZTAE001


TAKRIFAN

Di dalam Sijil Takaful ini:

“Kemalangan” bermaksud suatu kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tanpa disengajakan, tidak disedari,
di luar kebiasaan dan spesifik pada masa dan tempat yang boleh dikenalpasti yang, berasingan daripada
sebab-sebab lain, menjadi satu-satunya punca Kecederaan Badan.

“Kecederaan Akibat Kemalangan” bermaksud kematian, kehilangan anggota, hilang upaya, rawatan
perubatan kecemasan, penghospitalan atau pembedahan yang disebabkan secara langsung oleh
Kecederaan Badan dan berlaku dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh Kemalangan.

“Nilai Akaun” bermaksud nilai di dalam Dana Peserta.

“Sijil Asas” bermaksud Sijil Takaful A-Life Kasih Famili termasuk dengan sebarang Endorsan yang dibuat
kepadanya tanpa sebarang Kontrak Tambahan/Rider.

“Kecederaan Badan” atau “Kecederaan” bermaksud keadaan badan di luar kebiasaan yang berlaku
disebabkan secara langsung dan berasingan daripada sebab-sebab lain oleh punca yang ganas, luaran,
boleh dilihat dan tanpa disengajakan sahaja dan bukan disebabkan oleh sebarang penyakit.

“Ulang Tahun Sijil” bermaksud tarikh yang sama dengan Tarikh Sijil pada setiap tahun.

“Caj Sijil” bermaksud caj-caj semasa yang diguna pakai di bawah Sijil Takaful seperti yang dinyatakan di
dalam Jadual Caj-Caj Sijil dan Peruntukan Caruman.

“Tarikh Sijil” bermaksud tarikh seperti yang dipaparkan di Halaman Maklumat Sijil yang merupakan tarikh
daripada mana Ulang Tahun Sijil, Tahun Sijil, bulan sijil dan tarikh Caruman perlu dibayar akan ditentukan.

“Tahun Sijil” bermaksud tempoh dua belas (12) bulan di antara dua (2) Ulang Tahun Sijil.

“Kenalan Rapat” bermaksud mana-mana individu yang berhubung rapat dengan Entiti sama ada secara sosial
atau profesional.

“Pemilik Kontinjen” bermaksud individu seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan yang akan
mengambil alih hak milik Sijil Takaful sekiranya Pemilik meninggal dunia ketika Orang Dilindungi masih hidup.
Perlantikan tersebut membawa makna bahawa individu tersebut merupakan wakil kepada Pemilik di sisi
undang-undang.

“Caruman” bermaksud amaun wang seperti yang dinyatakan di Halaman Maklumat Sijil yang Anda bayar
kepada Kami untuk menyertai Sijil Takaful ini.

“Pasangan Dilindungi” bermaksud suami atau isteri kepada Orang Dilindungi yang sah seperti yang
dinamakan dalam borang permohonan.

“Endorsan” bermaksud suatu perubahan yang dibuat kepada Sijil Takaful dan/atau sebarang Kontrak
Tambahan yang mungkin disertakan bersama dengannya.

“Entiti” bermaksud mana-mana individu, perbadanan, organisasi, institusi, pertubuhan, operasi yang:

(a) menerima sekatan atau larangan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau
sekatan dagangan atau ekonomi di bawah undang-undang atau peraturan Kesatuan Eropah,
United Kingdom atau Amerika Syarikat, atau sebarang negeri-negeri dibawahnya, dan/atau
sebarang undang-undang atau peraturan lain yang diguna pakai yang berkenaan dengan
sekatan dagangan atau ekonomi (“Entiti Yang Dikenakan Sekatan”); atau
(b) mengambil khidmat, mengupah, menjalankan dagangan atau berurusan dengan Entiti Yang
Dikenakan Sekatan dalam apa jua cara.

“Tarikh Tamat” bermaksud tarikh seperti yang dipaparkan di Jadual Faedah dan Caruman di bawah
Halaman Maklumat Sijil yang memberitahu bila Kontrak Tambahan akan tamat.

X989773A00 -3- 01/22 ZTAF026


“Tempoh Ihsan” bermaksud tempoh masa tambahan yang Kami berikan kepada Anda untuk membayar
Caruman. Tempoh Ihsan di bawah Sijil Takaful ini adalah selama tiga puluh satu (31) hari dari tarikh
Caruman perlu dibayar.

“Keuntungan Pelaburan” bermaksud keuntungan daripada pelaburan Dana Peserta setelah ditolak
sebarang perbelanjaan pelaburan.

“Tarikh Penyertaan” atau “Tarikh Mula” bermaksud tarikh di mana perlindungan di bawah Sijil Takaful ini
atau di bawah Kontrak Tambahan yang berkaitan mula berkuatkuasa. Tarikh Penyertaan dipaparkan di
Halaman Maklumat Sijil dan Tarikh Mula dipaparkan di endorsan yang berkenaan sekiranya terdapat
perubahan seterusnya pada terma-terma dan maklumat-maklumat perlindungan Sijil Takaful yang asal dan ia
juga merupakan tarikh penguatkuasaan semula Sijil Asas dan/atau Kontrak Tambahan yang berkaitan
sekiranya sebarang penguatkuasaan semula dibuat.

“Ju’alah” bermaksud komisen di mana Pengendali Takaful berhak untuk menerima sehingga lima puluh
peratus (50%) daripada Lebihan Dana Risiko Peserta sebagai upah pencapaian kerana mengendalikan dana
dengan cekap sehingga menghasilkan Lebihan.

“Tarikh Matang” bermaksud tarikh seperti yang dipaparkan di Halaman Maklumat Sijil di mana Sijil Asas
mencapai kematangan.

“Mudharabah” bermaksud perkongsian keuntungan yang merujuk kepada kontrak di antara Peserta dan
Kami yang mana Peserta membenarkan Kami (atau wakil yang Kami lantik) untuk melaburkan amaun di dalam
Dana Peserta dan sebarang Keuntungan Pelaburan daripada Dana Akaun Peserta akan dikongsi di antara
Kami dan Peserta mengikut kadaran 20% dan 80% masing-masing.

“Dana Peserta” atau “DP” bermaksud akaun di mana Caruman (selepas ditolak Yuran Wakalah) dan
sebarang Keuntungan Pelaburan dan Lebihan bagi Peserta akan disimpan dan diuruskan mengikut terma-
terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.

“Dana Risiko Peserta” atau “DRP” bermaksud dana di mana Tabarru’ akan dikreditkan dan di mana faedah
tuntutan Takaful akan dibayar berasaskan prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di antara peserta-
peserta. Tiada faedah yang akan dibayar daripada dana ini selepas Tarikh Matang bagi Sijil Takaful ini.

“Orang Dilindungi” merujuk kepada individu yang dinamakan di Halaman Maklumat Sijil yang mana Sijil
Takaful ini dikeluarkan untuknya.

“Qard” bermaksud suatu pinjaman tanpa keuntungan yang diberikan oleh Kami kepada Dana Risiko Peserta
sekiranya ia mengalami defisit dan tidak berupaya untuk membayar faedah-faedah Takaful kepada peserta-
peserta yang layak. Amaun ini akan diambil semula daripada Lebihan pada masa akan datang sebelum
pengagihan dibuat.

“Saudara” bermaksud suami atau isteri, pasangan, adik-beradik, anak, ibu bapa atau mertua kepada Entiti.
Adik-beradik, anak, ibu bapa atau mertua merangkumi hubungan biologikal dan bukan biologikal.

“Jumlah Dilindungi” bermaksud amaun perlindungan Takaful bagi Sijil Asas pada masa ia dikeluarkan dan
dipaparkan di Halaman Maklumat Sijil. Sekiranya terdapat perubahan pada amaun Jumlah Dilindungi selepas
itu mengikut terma-terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini, amaun tersebut akan menjadi Jumlah Dilindungi.

“Kontrak Tambahan” atau “Rider” bermaksud faedah-faedah atau perlindungan tambahan kepada Sijil
Asas. Kontrak Tambahan atau Rider akan dianggap telah dilampirkan secara sah kepada Sijil Asas sekiranya
kod produk atau nama dan nombor borang bagi Kontrak Tambahan atau Rider tersebut terpapar di Halaman
Maklumat Sijil atau disertakan kemudiannya melalui endorsan yang berkenaan.

“Lebihan” bermaksud lebihan daripada Dana Risiko Peserta yang wujud selepas ditolak tuntutan yang
dibayar, simpanan dan keperluan modal yang diperlukan, jika ada. Lebihan, jika ada, akan dihitung dan
diagihkan pada setiap tahun ke Dana Akaun Peserta.

X989773A00 -4- 01/22 ZTAF026


“Tabarru’ ” bermaksud ‘derma’ yang akan ditentukan pada permulaan setiap bulan Sijil dengan mendarabkan
Jumlah Dilindungi seperti yang dipaparkan di Halaman Maklumat Sijil dengan kadar Tabarru’ yang diguna pakai
mengikut apa yang telah Kami tentukan berdasarkan jantina, umur yang dicapai, pengkadaran kelas dan faktor-
faktor pengkadaran lain yang berkaitan dengan Orang Dilindungi. Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana
Risiko Peserta untuk tujuan bantuan dan pertolongan bersama kepada peserta-peserta yang memerlukan
dan akan mula berkuatkuasa apabila amaun yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam Dana Risiko
Peserta. Tabarru’ adalah tidak dijamin dan Anda mungkin perlu membuat penambahan kepada amaun
Caruman sekiranya terdapat pindaan pada Tabarru’.

“Takaful” bermaksud suatu skim bantuan bersama di atas prinsip perpaduan, persaudaraan dan saling
bantu-membantu. Setiap peserta bersetuju untuk mencarum (menderma) Tabarru’ ke dalam Dana Risiko
Peserta yang kemudiannya akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.

“Sijil Takaful” atau “Sijil” bermaksud Sijil Asas dan Kontrak-Kontrak Tambahan yang mungkin disertakan
bersama.

“Wakalah” bermaksud agensi dan merupakan suatu kontrak di antara peserta-peserta dan Kami di mana
peserta-peserta memberi kuasa kepada Kami untuk bertindak bagi pihak mereka dalam menjalankan urusan
Takaful yang termasuk pengunderitan, pelaburan, khidmat sijil dan pemprosesan tuntutan. Dalam
menjalankan tugas di bawah kontrak Wakalah ini, Kami mungkin akan melantik pihak ketiga untuk
melaksanakan tugas-tugas relevan yang berkaitan dengan urusan Takaful.

“Kami” atau "AIA PUBLIC" bermaksud AIA PUBLIC Takaful Bhd.

“Anda”, “Peserta” atau “Pemilik” merujuk kepada pemilik Sijil Takaful ini seperti yang dipaparkan di
Halaman Maklumat Sijil.

Mengikut kesesuaian konteks, pernyataan yang merujuk kepada lelaki akan terpakai juga kepada perempuan
dan pernyataan yang merujuk kepada maksud tunggal akan terpakai juga kepada maksud jamak.

X989773A00 -5- 01/22 ZTAF026


JADUAL CAJ-CAJ SIJIL DAN PERUNTUKAN CARUMAN

Caj-caj semasa bagi Sijil Takaful ini adalah seperti berikut:

Tabarru‘ Tabarru’ bulanan akan dibayar dengan menolak Nilai Akaun pada setiap bulan.

Kami berhak untuk membuat pindaan pada Tabarru’ dan menaikkan Caruman bagi
Sijil Takaful dengan memberi notis awal secara bertulis kepada Anda sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan terlebih dahulu sebelum Ulang Tahun Sijil.

Yuran Wakalah Yuran pendahuluan adalah ditolak sebagai suatu peratusan daripada Caruman di
mana ia akan digunakan untuk memenuhi kos pengedaran langsung Kami (termasuk
komisen, jika ada) dan perbelanjaan pengurusan lain dalam menjalankan urusan
Takaful seperti yang dinyatakan di bawah takrifan Wakalah.

Peruntukan Peratusan daripada Caruman yang diperuntukkan kepada Dana Peserta dan Yuran
Caruman Wakalah adalah seperti berikut:

16 dan
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 6 - 15
seterusnya
Peruntukan
kepada Dana 25% 25% 35% 45% 45% 70% 100%
Peserta

Yuran Wakalah* 75% 75% 65% 55% 55% 30% 0%


*Yuran Wakalah tidak diperuntukkan kepada Dana Peserta.

X989773A00 -6- 01/22 ZTBB019


PERUNTUKAN DANA

DANA RISIKO PESERTA Berdasarkan konsep Tabarru‘, Anda akan menderma sebahagian daripada
(DRP) Caruman ke dalam DRP untuk tujuan bantuan bersama. DRP dimiliki oleh
kumpulan peserta dan diuruskan oleh Kami untuk tujuan pembayaran
tuntutan untuk peristiwa yang dilindungi di bawah Sijil Takaful ini. Sebarang
perbelanjaan langsung yang berkaitan bagi tujuan tuntutan (seperti kos
siasatan) dan pelaburan (seperti kos transaksi langsung untuk membeli
aset pelaburan bagi dana Takaful) yang ditanggung pada peringkat dana,
jika ada, akan dicaj dibawah DRP.

Lebihan daripada DRP, jika ada, akan ditentukan dan diisytiharkan pada
akhir tahun kewangan oleh Kami. Lebihan akan diagihkan kepada Anda
berdasarkan kadaran peruntukan Tabarru’ Anda dengan syarat tiada
faedah telah dibayar kepada Anda daripada DRP dibawah Sijil Takaful ini
semasa ia berkuatkuasa di dalam tahun kewangan tertentu.

Menggunakan kontrak Ju’alah, Kami berhak untuk menerima sehingga lima


puluh peratus (50%) daripada Lebihan yang diagihkan sebagai Ujrah
(yuran prestasi) kerana berupaya menguruskan dana dengan cekap
sehingga membawa kepada Lebihan. Baki Lebihan yang selebihnya akan
diagihkan kepada Anda.

Sekiranya DRP mengalami defisit, Kami akan menggunakan dana Kami


untuk menampung kekurangan tersebut di bawah prinsip Qard (pinjaman
tanpa keuntungan). Jumlah ini akan dibayar semula daripada Lebihan DRP
sebelum pengagihan dibuat.

DANA PESERTA (DP) Berdasarkan kontrak Mudharabah, Anda melantik Kami untuk menjalankan
aktiviti pelaburan patuh Shariah untuk DP bagi pihak Anda. Kami, sebagai
mudharib (usahawan), tidak boleh menjamin modal (amaun yang
dikreditkan ke dalam DP) dan keuntungan daripada pelaburan tersebut.
Sebarang perbelanjaan yang berkaitan pelaburan (seperti kos transaksi
langsung untuk membeli aset pelaburan bagi dana Takaful) yang
ditanggung pada peringkat dana, jika ada, akan dicaj dibawah DP.

Pada setiap bulan, Tabarru’, yang tidak berkaitan dengan aktiviti pelaburan
DP, akan ditolak daripada Nilai Akaun bagi tujuan memberi perlindungan
dan memenuhi tuntutan bagi peristiwa/risiko yang dilindungi di bawah Sijil
Takaful.

Sekiranya pada akhir setiap tahun kewangan Kami terdapat Keuntungan


Pelaburan daripada Dana Peserta, Anda bersetuju untuk berkongsi dengan
Kami Keuntungan Pelaburan tersebut (jika ada) di dalam kadaran lapan
puluh peratus (80%) kepada Anda dan dua puluh peratus (20%) kepada
Kami. Bahagian Anda daripada Keuntungan Pelaburan, jika ada, akan
dikreditkan ke dalam DP.

Sekiranya DP mengalami kerugian daripada pelaburan, perkongsian


Keuntungan Pelaburan daripada DP tidak akan dibuat untuk tahun
kewangan tersebut dan kerugian tersebut akan ditanggung oleh Anda
melainkan kerugian tersebut adalah disebabkan kesalahan pengurusan
atau kecuaian dari pihak Kami. Kecuaian dan kesalahan pengurusan di sini
adalah termasuk, tetapi tidak hanya terhad, kepada yang berikut:

(a) pendedahan yang lemah mengenai risiko pelaburan yang ditanggung


oleh Peserta;
(b) tidak mengikut strategi pelaburan atau pelaksanaan yang tidak
mengikut polisi-polisi yang telah disahkan;

X989773A00 -7- 01/22 ZTCF008


(c) strategi pelaburan yang digunakan bercanggah dengan strategi yang
telah dipersetujui bersama Peserta pada masa menyertai Sijil Takaful;
(d) maklumat yang mengelirukan diberi di dalam helaian pendedahan
produk,
yang mana, sekiranya berlaku, Kami akan mengganti kerugian tersebut
dengan pemindahan langsung daripada dana pemegang saham Kami ke
DP.

X989773A00 -7- 01/22 ZTCF008


PERUNTUKAN A-LIFE KASIH FAMILI

Sijil Asas Anda dinamakan A-Life Kasih Famili. Sijil ini adalah suatu pelan Takaful Keluarga caruman berkala
yang akan tamat pada Tarikh Matang seperti yang dinyatakan di Halaman Maklumat Sijil. Caruman perlu
dibayar sehingga tarikh tamat Caruman seperti yang dinyatakan di Halaman Maklumat Sijil atau sehingga Sijil
Takaful ini ditamatkan, yang mana berlaku terlebih dahulu.

Sijil Asas Anda menyediakan faedah-faedah berikut tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang
dinyatakan di bawah.

FAEDAH-FAEDAH

1. Faedah Kematian

(i) Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia semasa Sijil Takaful ini masih berkuatkuasa, Kami
akan membayar kepada Anda, penerima namaan atau pemegang amanah, mengikut mana-
mana yang berkenaan, Jumlah Dilindungi daripada Dana Risiko Peserta berserta Nilai Akaun.

(ii) Sijil Takaful ini kemudiannya akan tamat apabila faedah ini telah dibayar.

2. Faedah Kematian Akibat Kemalangan

(i) Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia disebabkan Kecederaan Akibat Kemalangan
semasa Sijil Takaful ini masih berkuatkuasa dan sebelum Orang Dilindungi mencapai umur tujuh
puluh (70) pada Ulang Tahun Sijil, Kami akan membayar kepada Anda, penerima namaan atau
pemegang amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, dua ratus peratus (200%) daripada
Jumlah Dilindungi daripada Dana Risiko Peserta berserta Nilai Akaun.

(ii) Sijil Takaful ini kemudiannya akan tamat apabila faedah ini telah dibayar.

Faedah ini boleh dibayar sehingga Ringgit Malaysia dua juta (RM2,000,000) bagi setiap orang.

3. Sekiranya terdapat tuntutan yang dibuat di bawah Sijil Takaful, sebarang baki Tabarru’ yang perlu
dibayar bagi keseluruhan Tahun Sijil di mana kematian berlaku akan ditolak daripada bayaran/faedah
yang dibayar di bawah Sijil Takaful ini.

4. Tabarru’ yang ditolak, jika ada, selepas tarikh kematian Orang Dilindungi dan sebelum Kami menerima
dan mengesahkan bukti kematian akan dibayar semula tanpa keuntungan kepada Anda, penerima
namaan atau pemegang amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa keuntungan. Walau
bagaimanapun, tiada pembayaran semula akan dibuat bagi sebarang Tabarru’ yang mana tarikh perlu
bayarnya adalah lebih daripada satu (1) tahun sebelum tarikh Kami menerima notis tuntutan bertulis.

5. Faedah Matang - Sekiranya Orang Dilindungi masih hidup pada Tarikh Matang semasa Sijil Takaful ini
berkuatkuasa, Kami akan membayar kepada Anda Nilai Akaun, jika ada, ditolak sebarang hutang yang
perlu dibayar di bawah Sijil Takaful ini. Sijil Takaful ini akan tamat apabila mencapai Tarikh Matang.

6. Sebarang hutang yang perlu dibayar bagi Sijil Takaful ini pada masa pembayaran mana-mana faedah
atau bayaran akan ditolak daripada amaun yang akan dibayar di bawah Sijil Takaful ini.

7. Terma-terma dan syarat-syarat peruntukan ini akan mengatasi sebarang peruntukan-peruntukan


bercanggah yang mungkin dilampirkan bersama atau membentuk sebahagian daripada Sijil Takaful ini.

X989773A00 -8- 01/22 ZTDA028


PERUNTUKAN AM

SIJIL TAKAFUL

1. Sijil Takaful ini dikeluarkan setelah mengambil kira bayaran Caruman seperti yang dinyatakan di dalam
Halaman Maklumat Sijil dan ia berdasarkan kepada:

(i) jawapan-jawapan yang Anda dan/atau Orang Dilindungi telah berikan di dalam borang permohonan
atau di dalam sebarang soal selidik yang Kami beri yang berkaitan dengan permohonan Anda dan
sebarang pendedahan yang telah Anda maklumkan di antara masa penyerahan permohonan Anda
dan masa kontrak ini dimeterai; dan

(ii) laporan perubatan dan sebarang laporan dan soal selidik lain,

(dirujuk secara kolektif sebagai ‘Maklumat Penting’)

dan Maklumat Penting tersebut akan membentuk sebahagian daripada Sijil Takaful ini di antara Kami dan
Anda. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata yang dibuat prakontrak berhubung
dengan Maklumat Penting tersebut, hanya remedi yang terkandung di dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 akan diguna pakai.

Sekiranya sebelum Sijil Takaful ini diperbaharui atau diubah Kami memerlukan Anda untuk menjawab
sebarang soalan atau mengesahkan atau meminda apa-apa perkara yang telah Anda dedahkan sebelum
ini kepada Kami berkaitan dengan Sijil Takaful ini, adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk mengambil
langkah sewajarnya untuk tidak membuat sebarang salah nyata semasa memberi jawapan atau semasa
membuat pengesahan atau membuat pindaan ke atas perkara-perkara yang telah didedahkan sebelum
ini.

Anda harus memaklumkan kepada Kami jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat-maklumat
yang telah Anda berikan kepada Kami di dalam jawapan-jawapan Anda atau yang berkaitan dengan apa-
apa perkara yang telah Anda dedahkan kepada Kami sebelum ini berhubung dengan Sijil Takaful
sekiranya perubahan tersebut berlaku setelah Anda telah menghantar permohonan untuk pembaharuan
atau perubahan tetapi sebelum Sijil Takaful diperbaharui atau diubah.

Terma-terma dan syarat-syarat di dalam Sijil Takaful ini tidak boleh diubah atau dikecualikan melainkan
melalui endorsan yang telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar Kami.

2. Sijil Anda terdiri daripada Sijil Asas dan Kontrak Tambahan yang mungkin dilampirkan bersama. Sijil
Asas Anda dinamakan A-Life Kasih Famili dan ia merupakan suatu pelan Takaful Keluarga. Nama pelan
bagi Sijil Asas dan nama kod/produk dan nombor borang bagi Kontrak Tambahan, jika dilampirkan
bersama dengan Sijil Takaful ini, adalah dipaparkan di bawah Jadual Faedah dan Caruman di Halaman
Maklumat Sijil.

KESALAHAN PENGURUSAN ATAU KECUAIAN

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan pengurusan atau kecuaian dari pihak Kami yang memberi kesan
buruk kepada Anda, Kami akan memberi pampasan bagi sebarang kerugian yang Anda tanggung atas sebab
keadaan tersebut sama ada dalam bentuk wang tunai atau bentuk pampasan lain yang dianggap
bersesuaian.

Kesalahan pengurusan dan kecuaian di sini adalah termasuk, tetapi tidak hanya terhad, kepada yang berikut:

(a) kegagalan atau kekurangan kawalan sehingga menyebabkan penipuan dalaman;

(b) kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab Kami di bawah Sijil Takaful ini dengan sengaja;

(c) kawalan dan pemantauan yang tidak mencukupi dalam operasi urusan Takaful;

(d) penyeliaan yang tidak betul,

atau sebarang keadaan-keadaan lain yang serupa.

X989773A00 -9- 01/22 ZTDB025


KETIDAKBOLEHTANDINGAN DAN SALAH NYATA

Kami tidak akan mempertikaikan kesahihan Sijil Takaful ini setelah ia berkuatkuasa untuk tempoh lebih
daripada dua (2) tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana lebih kemudian, semasa hayat
Orang Dilindungi. Walau bagaimanapun, sekiranya Kami dapat menunjukkan bahawa terdapat
penyelindungan Maklumat Penting atau suatu pernyataan yang dibuat oleh Anda/Orang Dilindungi berkenaan
Maklumat Penting didapati tidak tepat, palsu, mengelirukan dan ia dibuat atau ditinggalkan dengan niat untuk
menipu, Kami mempunyai hak untuk:

i) membatalkan Sijil Takaful ini dan menolak semua tuntutan di mana Kami akan memulangkan Caruman
yang telah dibayar tanpa keuntungan. Pembayaran ini secara sahnya akan menjadi pelepasan penuh
daripada sebarang liabiliti di bawah Sijil Takaful ini; atau

ii) mengambil mana-mana remedi mengikut peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013.

Sekiranya Sijil Takaful ini telah berkuatkuasa untuk tempoh dua (2) tahun atau kurang dari Tarikh Penyertaan
atau Tarikh Mula, yang mana lebih kemudian, semasa hayat Orang Dilindungi dan salah nyata didapati dibuat
secara cuai atau tanpa niat jahat atau sengaja atau melulu, Kami mempunyai hak untuk:

i) membatalkan Sijil Takaful ini dan menolak semua tuntutan di mana Kami akan memulangkan Caruman
yang telah dibayar tanpa keuntungan. Pembayaran ini secara sahnya akan menjadi pelepasan penuh
daripada sebarang liabiliti di bawah Sijil Takaful ini; atau

ii) mengambil mana-mana remedi mengikut peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013.

Walau bagaimanapun, klausa ini tidak akan terpakai untuk sebarang Kontrak Tambahan yang memberikan
faedah kemalangan, faedah penghospitalan atau faedah hilang upaya yang lain.

BUNUH DIRI

Sekiranya Orang Dilindungi, sama ada semasa waras atau tidak waras, membunuh diri dalam masa satu (1)
tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana lebih kemudian, liabiliti Kami hanya terhad
kepada pembayaran semula Caruman yang telah dibayar tanpa keuntungan. Selepas itu, Sijil Takaful ini
akan ditamatkan.

SALAH NYATA UMUR DAN JANTINA

1. Sijil Takaful ini dikeluarkan mengikut umur yang dinyatakan di Halaman Maklumat Sijil di mana umur
tersebut merupakan umur ulang tahun terakhir yang diisytiharkan oleh Orang Dilindungi di dalam
permohonan. Sekiranya pada waktu tuntutan dibuat, umur atau jantina Orang Dilindungi didapati tidak
tepat, Kami akan membuat penyelarasan berdasarkan yang di bawah:

(a) Sekiranya Tabarru’ bagi umur atau jantina Orang Dilindungi yang sebenar adalah lebih tinggi
daripada Tabarru’ yang telah ditolak, Kami akan mengurangkan amaun faedah yang akan dibayar di
bawah Sijil Takaful ini sebanyak perbezaan amaun di antara Tabarru’ yang telah dibayar dan Tabarru’
yang sepatutnya dibayar untuk Sijil Takaful; atau

(b) Sekiranya Tabarru’ bagi umur atau jantina Orang Dilindungi yang sebenar adalah lebih rendah
daripada Tabarru’ yang telah ditolak, Kami akan memulangkan semula perbezaan amaun di antara
Tabarru’ yang telah dibayar dan Tabarru’ yang sepatutnya dibayar dan akan mengkreditkannya ke
dalam Dana Peserta.

2. Sekiranya pada bila-bila masa selepas Sijil Takaful ini telah dikeluarkan, selain daripada ketika tuntutan
dibuat, umur atau jantina Orang Dilindungi didapati telah disalah nyata, Nilai Akaun akan dikira semula dari
Tarikh Penyertaan berdasarkan sebarang semakan semula Caruman, Yuran Wakalah dan Tabarru’.
Perbezaan amaun di antara Tabarru’ yang telah dikira semula dan Tabarru’ yang telah ditolak juga akan
didebitkan daripada atau dikreditkan ke dalam Dana Risiko Peserta, mengikut mana-mana yang
bersesuaian.

X989773A00 - 10 - 01/22 ZTDB025


KEPENTINGAN BOLEH LINDUNG TAKAFUL

1. Peserta, sekiranya lain daripada Orang Dilindungi, hendaklah mempunyai kepentingan boleh lindung
Takaful terhadap Orang Dilindungi pada masa kontrak Takaful dikuatkuasakan dan pada masa faedah-
faedah Takaful dibayar.

2. Peserta akan dianggap mempunyai kepentingan boleh lindung Takaful terhadap Orang Dilindungi
sekiranya Orang Dilindungi merupakan:

(a) suami/isteri atau anak kepada Peserta;

(b) seseorang yang di bawah umur di dalam jagaan Peserta pada ketika Orang Dilindungi memasuki
kontrak Takaful;

(c) pekerja kepada Peserta; atau

(d) seseorang yang bergantung (sepenuhnya atau sebahagiannya) kepada Peserta untuk memberi
saraan atau membiayai pendidikan pada ketika Orang Dilindungi memasuki kontrak Takaful.

3. Sekiranya Anda mengambil Sijil Takaful ini bagi pihak Orang Dilindungi, Anda harus mendapatkan
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Orang Dilindungi melainkan Orang Dilindungi adalah di
bawah umur. Orang Dilindungi mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan
dengan memaklumkan kepada Kami secara bertulis pada bila-bila masa selepas Sijil Takaful telah
dikeluarkan. Apabila kebenaran telah ditarik balik, Anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh lindung
Takaful terhadap Orang Dilindungi.

4. Sekiranya pada bila-bila masa setelah Sijil Takaful ini dikeluarkan Kami mendapat tahu bahawa Anda
tidak lagi mempunyai kepentingan boleh lindung Takaful terhadap Orang Dilindungi sama ada jika ada
atau tiada tuntutan dibuat atau pada ketika Sijil Takaful matang, untuk mana-mana yang berkenaan,
Kami akan:

(a) membayar kepada Anda apa-apa amaun yang boleh dibayar di bawah Sijil Takaful ini sebagaimana
yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia; dan

(b) setelah pembayaran tersebut dibuat, Sijil Takaful ini akan dianggap sebagai telah ditamatkan.

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Sijil Takaful ini adalah di bawah pengawalan undang-undang Malaysia dan Mahkamah Malaysia mempunyai
bidang kuasa ekslusif ke atas sebarang tuntutan yang mungkin timbul atau yang berkaitan dengan Sijil
Takaful ini.

MATA WANG

Semua amaun yang perlu dibayar kepada atau oleh Kami akan dibayar di dalam mata wang yang dinyatakan di
Halaman Maklumat Sijil atau di dalam endorsan.

KEBEBASAN DARIPADA SEKATAN

Melainkan diberitahu secara khusus, Sijil Takaful ini tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas Orang
Dilindungi untuk hal-hal yang melibatkan perjalanan, tempat tinggal atau pekerjaan.

PINDAAN

Sekiranya Orang Dilindungi berniat untuk membuat sebarang pindaan atau mengecualikan mana-mana
peruntukan di dalam Sijil Takaful ini, pindaan atau pengecualian tersebut harus dibuat melalui Endorsan.
Endorsan itu harus ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Pendaftar Kami.

Kami boleh meminta Orang Dilindungi untuk menyerahkan Sijil Takaful ini kepada Kami untuk melaksanakan
sebarang Endorsan.

X989773A00 - 11 - 01/22 ZTDB025


NOTIS TUNTUTAN

Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, notis tuntutan perlu dikemukakan kepada Kami dengan segera.
Notis yang diberikan kepada Kami di pejabat Kami dengan butiran yang mencukupi untuk mengenal pasti
Orang Dilindungi akan dianggap sebagai notis tuntutan yang boleh diterima. Sekiranya pihak yang membuat
tuntutan gagal untul memberi notis dengan segera, Kami tidak akan membatalkan tuntutan tersebut
sekiranya ia dapat dibuktikan bahawa notis tidak dapat diberikan dengan segera atas sebab yang
munasabah dan notis telah dihantar secepat yang mungkin selepas itu.

BUKTI KEMATIAN

Setelah menerima notis tuntutan, Kami akan memberikan borang-borang yang bersesuaian kepada pihak
yang membuat tuntutan untuk memfailkan bukti kematian. Sekiranya borang-borang tersebut tidak
dikembalikan dalam tempoh lima belas (15) hari, pihak yang membuat tuntutan masih lagi dianggap telah
mematuhi syarat peruntukan ini sekiranya dapat menghantar bukti secara bertulis yang menerangkan perihal
kejadian dan keadaan kematian yang membawa kepada tuntutan dibuat.

MEMFAIL BUKTI KEMATIAN

Bukti kematian harus dihantar kepada Kami dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas tarikh kematian.

TEMPOH PERCUBAAN

i) Sijil Takaful Fizikal

Anda boleh memohon untuk membatalkan Sijil Takaful ini dengan mengembalikan Sijil Takaful
kepada Kami berserta dengan suatu notis bertulis dalam tempoh lima belas (15) hari selepas
anda telah menerima Sijil Takaful. Caruman yang telah dibayar ditolak sebarang perbelanjaan yang
mungkin Kami tanggung bagi sebarang pemeriksaan kesihatan akan dikembalikan kepada Anda
tanpa keuntungan. Anda tidak boleh menggunakan hak Anda untuk membatalkan Sijil Takaful di
bawah klausa ini sekiranya Kami telah membayar sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini
semasa Tempoh Percubaan.

ii) E-Sijil

Anda boleh memohon untuk membatalkan Sijil Takaful ini dengan syarat permohonan tersebut
diterima secara terus oleh Kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh e-Sijil telah tersedia di
portal MY AIA (AIA.COM.MY). ditolak sebarang perbelanjaan yang mungkin Kami tanggung bagi
sebarang pemeriksaan kesihatan ihatan akan dikembalikan kepada Anda tanpa keuntungan. Anda
tidak boleh menggunakan hak Anda untuk membatalkan Sijil Takaful di bawah klausa ini sekiranya
Kami telah membayar sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini semasa Tempoh Percubaan.

SERAHAN SIJIL

1. Anda boleh, pada bila-bila masa semasa Orang Dilindungi masih hidup dan Sijil Takaful ini masih
berkuatkuasa, membuat serahan ke atas Sijil Takaful ini dengan memberi notis bertulis kepada Kami.

2. Nilai serahan adalah Nilai Akaun pada tarikh apabila notis serahan diterima dan disahkan oleh Kami.

3. Nilai serahan pada kebiasaannya akan dibayar kepada Anda tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas
penerimaan notis serahan Anda.

4. Setelah Kami membayar nilai serahan kepada Anda, Sijil Takaful ini akan ditamatkan dan semua
faedah-faedah dan hak-hak di bawah Sijil Takaful ini akan terhenti dan tidak lagi berkuatkuasa.

X989773A00 - 12 - 01/22 ZTDB025


PENAMATAN

Semua perlindungan di bawah Sijil Takaful ini akan tamat secara automatik sekiranya mana-mana perkara yang
di bawah berlaku:

(a) Sijil Asas matang, luput atau diserahkan; atau

(b) Orang Dilindungi meninggal dunia.

Kami tidak akan memulangkan kembali sebarang Yuran Wakalah yang telah ditolak apabila Sijil Takaful telah
tamat.

KESINAMBUNGAN KONTRAK TAMBAHAN

1. Sekiranya terdapat tuntutan yang dibayar di bawah Kontrak Tambahan yang memberi bayaran faedah
bersifat pendahuluan daripada Jumlah Dilindungi bagi Sijil Asas dan menyebabkan Jumlah Dilindungi
bagi Sijil Asas berkurang sehingga sifar (0), Kontrak Tambahan itu dan lain-lain Kontrak Tambahan yang
juga mempunyai bayaran faedah bersifat pendahuluan daripada Jumlah Dilindungi bagi Sijil Asas akan
tamat secara automatik.

2. Walau bagaimanapun, tanpa mengambil kira fasal berkenaan penamatan perlindungan untuk sebarang
pembayaran faedah bersifat pendahuluan atau pengecualian Caruman di dalam mana-mana Kontrak
Tambahan yang dilampirkan bersama Sijil Asas, semua Kontrak-Kontrak Tambahan lain akan kekal
berkuatkuasa.

PENGAGIHAN LEBIHAN

1. Kami akan mengurus dan melaburkan Dana Risiko Peserta, di mana yang berkenaan, mengikut strategi
pelaburan yang berpegang kepada prinsip Shariah. Sekiranya terdapat sebarang Lebihan daripada Dana
Risiko Peserta, Anda bersetuju bahawa Kami akan menerima sebanyak lima puluh peratus (50%)
daripada Lebihan tersebut sebagai insentif, mengikut dasar Ju’alah, manakala baki Lebihan sebanyak
lima puluh peratus (50%) lagi akan disimpan untuk diagihkan di antara peserta-peserta tertakluk kepada
terma-terma Sijil Takaful ini dan sebarang peraturan-peraturan lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa.
Lebihan tersebut akan diagihkan kepada setiap peserta berdasarkan amaun caruman Tabarru’ masing-
masing ke dalam Dana Risiko Peserta di dalam tahun kewangan yang tertentu. Lebihan akan diagihkan
kepada peserta-peserta dengan mengkreditkannya ke dalam Dana Peserta.

2. Sebarang Lebihan yang diterima oleh peserta-peserta akan dikongsi mengikut kadaran yang ditentukan
dengan syarat tiada tuntutan atau sebarang faedah telah dibayar bagi mana-mana perlindungan di bawah
Sijil Takaful semasa ia masih berkuatkuasa.

QARD

Sekiranya Dana Risiko Peserta tidak mencukupi untuk membayar liabiliti-liabilitinya, Kami akan menampung
kekurangan tersebut melalui Qard (pinjaman tanpa keuntungan). Amaun ini kemudiannya akan dibayar
semula tanpa keuntungan kepada Kami daripada Dana Risiko Peserta sebaik sahaja Dana Risiko Peserta
mempunyai amaun yang mencukupi sebelum sebarang pengagihan Lebihan dibuat.

AKTA PEMATUHAN CUKAI AKAUN ASING (FATCA)

Sekiranya Anda mempunyai Indicia Amerika Syarikat dan gagal, setelah diminta oleh Kami, untuk
memberikan maklumat, kebenaran dan/atau bantuan yang mungkin Kami perlukan dari semasa ke semasa
bagi membolehkan Kami mematuhi kewajipan kontrak, undang-undang dan/atau kawal selia di bawah Akta
Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat termasuk sebarang laporan kepada Perkhidmatan Hasil
Dalam Negeri mengenai maklumat berkaitan dengan Anda atau benefisiari (penerima namaan atau
pemegang serah hak, yang mana diguna pakai) yang berkaitan dengan Sijil Takaful ini, Kami berhak untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya yang mungkin termasuk menyerahkan laporan yang sepatutnya,
menggantung akaun/Sijil Takaful Anda, menahan pembayaran wang yang berkenaan, menamatkan Sijil
Takaful ini dan memulangkan nilai tunai (jika ada) setelah ditolak sebarang hutang sekiranya penamatan
tersebut berlaku.

X989773A00 - 13 - 01/22 ZTDB025


FASAL HAD DAN PENGECUALIAN SEKATAN

(1) Kami tidak dibenarkan untuk memberi perlindungan untuk sebarang risiko dan/atau aktiviti dan tidak
akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau sebarang faedah di bawah Sijil Takaful
ini sekiranya peruntukan perlindungan, pembayaran tuntutan atau peruntukan faedah tersebut akan
mendedahkan Kami kepada sebarang sekatan atau larangan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, atau sekatan perdagangan atau sekatan ekonomi, undang-undang atau peraturan-
peraturan Kesatuan Eropah, United Kingdom atau Amerika Syarikat, atau sebarang dari negerinya,
dan/atau sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan sekatan ekonomi atau perdagangan lain
yang berkenaan.

(2) Kami tidak dibenarkan memberi perlindungan untuk sebarang risiko dan/atau aktiviti dan tidak akan
bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau sebarang faedah di bawah Sijil Takaful ini
sekiranya peruntukan perlindungan, pembayaran tuntutan atau peruntukan faedah tersebut adalah untuk
sebarang Entiti dan/atau Saudara/Kenalan Rapat bagi mana-mana Entiti.

(3) Kami boleh menamatkan Sijil Takaful ini dengan serta-merta dan seterusnya tidak diwajibkan untuk
melakukan sebarang urusan dengan Anda berkaitan dengan Sijil Takaful ini termasuk, tetapi tidak hanya
terhad kepada, membayar atau menerima sebarang bayaran di bawah Sijil Takaful ini.

CUKAI DAN BAYARAN LAIN YANG DIKENAKAN OLEH UNDANG-UNDANG

Caruman yang akan dibayar oleh Anda kepada Kami di bawah Sijil Takaful ini adalah tidak termasuk
sebarang Cukai dan sekiranya, di bawah undang-undang yang terpakai, Kami perlu membayar Cukai di atas
Caruman yang dibayar oleh Anda, Kami akan mengira dan memungut daripada Anda sebarang bayaran yang
telah dibayar atau perlu dibayar di bawah Sijil Takaful ini disebabkan oleh sebarang Cukai tersebut. Amaun
tersebut seperti yang telah Kami kira, perlu dibayar oleh Anda sebagai tambahan kepada dan tanpa sebarang
penolakan atau pengurangan daripada Caruman yang perlu dibayar kepada Kami di bawah Sijil Takaful ini.
Cukai ditakrifkan sebagai sebarang cukai sama ada pada masa sekarang atau masa depan, secara langsung
atau tidak langsung, termasuk cukai jualan, cukai perkhidmatan, sebarang cukai lain yang sama sifatnya, levi,
impos, duti, caj, sebarang jenis potongan atau penangguhan, dan sebarang faedah atau penalti yang
berkenaan dengannya yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia.

NOTIS DAN SURAT-MENYURAT

(1) Melainkan telah disediakan, sebarang notis, permintaan, arahan atau surat-menyurat yang
dikehendaki atau dibenarkan untuk diberi di bawah Sijil Takaful ini kepada Kami atau kepada Anda
harus dibuat secara bertulis.

(2) Kami akan menghantar melalui pos atau secara sendiri sebarang notis, permintaan, arahan atau
surat-menyurat ke alamat terakhir Anda atau surat elektronik yang ada dalam rekod Kami. Ia akan
dianggap telah diterima secara muktamad:

(a) pada masa penghantaran untuk penghantaran sendiri; dan

(b) tujuh (7) hari selepas tarikh diposkan jika diposkan di dalam negara dan empat belas (14)
hari selepas tarikh diposkan jika diposkan ke alamat luar negara untuk penghantaran melalui
pos, sama ada berdaftar atau tidak.

(c) selepas dua puluh empat (24) jam daripada penghantaran bagi surat elektronik.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN LAIN

1. Sebarang klausa di dalam Peruntukan Am ini yang didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau
tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia tidak akan menjejaskan kesahihan
klausa-klausa lain di dalam Sijil Takaful ini.

2. Buku-buku dan/atau akaun-akaun Kami merupakan bukti muktamad tentang keadaan akaun-akaun di
antara pihak-pihak di dalam Sijil Takaful ini. Sebarang pengesahan oleh mana-mana pegawai Kami
mengenai wang atau liabiliti yang perlu dibayar atau berbaki atau terhutang kepada Kami oleh Orang
Dilindungi adalah terikat dan akan menjadi bukti muktamad ke atas Orang Dilindungi di semua
mahkamah undang-undang dan di tempat-tempat lain.

X989773A00 - 14 - 01/22 ZTDB025


3. Sekiranya Kami lewat atau gagal dalam melaksanakan mana-mana hak/remedi di bawah Sijil Takaful ini,
ia tidak akan dianggap sebagai pengecualian kepada hak/remedi tersebut. Perlaksanaan tunggal/separa
mana-mana hak/remedi tidak akan menghalang perlaksanaan mana-mana hak/remedi yang lain. Hak
dan remedi yang diperuntukkan di dalam Sijil Takaful ini adalah bersifat kumulatif dan tidak terpisah
daripada mana-mana hak/remedi lain (sama ada diperuntukkan oleh undang-undang atau sebaliknya).

4. Sijil Takaful ini akan terus sah dan terikat bagi semua tujuan meskipun berlaku sebarang perubahan
melalui penggabungan, perubahan nama, penyusunan semula atau sebagainya yang mungkin Kami
buat.

5. Terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful ini akan membentuk seluruh terma-
terma dan syarat-syarat bagi Sijil Takaful ini. Tiada representasi atau pernyataan yang tidak konsisten
yang dibuat sebelum ini berkenaan dengan Sijil Takaful ini sama ada secara lisan ataupun bertulis akan
membentuk mana-mana bahagian daripada Sijil Takaful ini.

6. Kami berhak untuk membuat perubahan kepada terma-terma Sijil Takaful ini mengikut apa yang Kami
anggap sesuai sekiranya terdapat perubahan pada undang-undang atau pada levi percukaian yang
terpakai kepada Kami atau Sijil Takaful ini.

7. Melainkan terdapat sesuatu di dalam subjek atau konteks yang tidak konsisten dengan pentafsiran atau
dinyatakan sebaliknya dengan jelas:

(a) Semua Caruman dan permintaan untuk pengeluaran separa, penyerahan, penambahan atau
pengurangan Jumlah Dilindungi/Caruman atau pemberitahuan tuntutan haruslah diterima dan
disahkan di pejabat-pejabat Kami mengikut tempoh masa yang telah Kami tentukan.

(b) Sebarang rujukan kepada “hari perniagaan” adalah kepada suatu hari (bukan hari Sabtu, Ahad atau
Cuti Am di Malaysia) di mana bank-bank yang berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di
bawah peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dibuka untuk perniagaan di
Malaysia dan sebarang rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun” merupakan hari,
minggu, bulan atau tahun menurut takwim Gregory.

(c) Mana-mana urus niaga yang dibuat atau akan dibuat haruslah dilakukan mengikut masa yang
ditentukan oleh Kami pada hari perniagaan itu untuk urus niaga tersebut dianggap telah dijalankan
pada hari perniagaan itu. Jika tidak, urus niaga tersebut akan dianggap telah dijalankan pada hari
perniagaan yang berikutnya.

(d) Halaman Maklumat Sijil adalah merupakan bahagian penting bagi Sijil Takaful ini. Sekiranya timbul
sebarang konflik atau percanggahan di antara mana-mana peruntukan Sijil Takaful ini, maka konflik
atau percanggahan tersebut, bagi tujuan tafsiran dan penguatkuasaan Sijil Takaful ini, akan
diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam
Peruntukan Am ke atas peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Halaman Maklumat Sijil.

X989773A00 - 15 - 01/22 ZTDB025


PERUNTUKAN PEMILIK

PESERTA

Anda, seperti yang dinyatakan sebagai Peserta di dalam Halaman Maklumat Sijil, adalah Pemilik Sijil Takaful
ini sehingga berlakunya sebarang pindaan. Hanya Peserta yang boleh, semasa Orang Dilindungi masih
hidup, menggunakan semua hak, keistimewaan dan pilihan yang disediakan di bawah Sijil Takaful ini
tertakluk kepada sebarang hak pemegang amanah. Sekiranya Peserta meninggal dunia, semua hak,
keistimewaan dan pilihan tersebut akan berpindah kepada Pemilik Kontinjen, jika ada.

PENERIMA NAMAAN

1. Anda boleh menamakan seseorang yang waras untuk menerima wang yang akan dibayar di bawah Sijil
Takaful ini sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia. Penamaan boleh dibuat pada masa
permohonan ditanda tangan atau pada bila-bila masa selepas Sijil Takaful ini telah dikeluarkan melalui
borang yang Kami tetapkan.

2. Anda berhak untuk membatalkan sebarang penamaan dan/atau untuk menamakan orang lain sebagai
penerima namaan melalui pemberitahuan bertulis kepada Kami. Pemberitahuan bertulis Anda haruslah
diterima dan didaftarkan oleh Kami semasa Orang Dilindungi masih hidup.

3. Pembatalan dan penukaran penerima namaan akan berkuat kuasa daripada tarikh Kami menerima
pemberitahuan bertulis tersebut.

4. Melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus, kepentingan mana-mana penerima namaan yang
meninggal dunia sebelum Anda akan berpindah kepada Anda sebagai Pemilik Sijil Takaful.

5. Pembayaran faedah Takaful di bawah Sijil Takaful ini yang berkaitan dengan penamaan akan dibuat
mengikut undang-undang yang berkenaan.

PINDAAN TERHADAP PEMILIKAN

Semasa Sijil Takaful ini masih berkuat kuasa, Anda boleh menukar hak milik Sijil Takaful ini dengan
menghantar notis bertulis kepada Kami. Pindaan tersebut hanya sah sekiranya direkodkan oleh Kami semasa
Orang Dilindungi masih hidup dan disahkan pada Sijil Takaful ini.

X989773A00 - 16 - 12/22 ZTDC002


PERUNTUKAN CARUMAN

BAYARAN

Semua Caruman bagi Sijil Takaful ini harus dibayar kepada Kami pada atau sebelum tarikh perlu
bayarnya sama ada di pejabat Kami yang mengeluarkannya atau kepada ejen atau juruwang Kami
yang dibenarkan. Kami akan mengisu resit rasmi bagi setiap pembayaran yang diterima oleh pejabat
Kami. Walau bagaimanapun, sekiranya Anda membayar Caruman menggunakan kad kredit/debit
atau autodebit daripada akaun bank Anda, Kami tidak akan mengeluarkan resit rasmi bagi
pembayaran tersebut. Slip deposit yang disahkan atau potongan Caruman yang dipaparkan sama
ada di dalam penyata kad kredit/debit atau penyata bank Anda akan dianggap sebagai bukti
pembayaran.

CARUMAN PENDAHULUAN

Bagi sebarang bayaran tambahan selain daripada Caruman tetap yang Anda bayar, jumlah tambahan
tersebut akan dikira sebagai Caruman pendahuluan di mana ia akan digunakan serta-merta untuk
pembayaran Caruman bagi kitaran Caruman tetap yang berikutnya mengikut mod pembayaran
Caruman yang telah dipilih. Sebarang lebihan bayaran yang tidak mencukupi untuk membayar
Caruman tetap/pendahuluan (mengikut mod pembayaran Caruman) akan dipulangkan kepada Anda.

PEMBAHARUAN

Sijil Asas ini akan diperbaharui pada setiap Ulang Tahun Sijil dengan bayaran Caruman terlebih
dahulu pada kadar yang ditetapkan oleh Kami pada masa pembaharuan. Caruman bagi Sijil Asas
adalah tidak dijamin dan Kami berhak untuk membuat perubahan kepada kadar Caruman pada masa
pembaharuan tersebut dengan memberi notis bertulis sembilan puluh (90) hari kepada Anda. Kadar
Caruman yang telah diubah akan terpakai pada pembaharuan Sijil Asas yang berikutnya.

Sekiranya Kami menaikkan kadar Caruman, Anda perlu membayar kadar Caruman yang telah diubah
tersebut. Jika tidak, Anda boleh menggunakan pilihan-pilihan berikut dengan syarat Anda
memaklumkan kepada Kami secara bertulis mengenai keputusan Anda dalam tempoh tiga puluh (30)
hari daripada tarikh pemberitahuan Kami mengenai penambahan kadar Caruman tersebut:

(a) Membayar Caruman yang sama tetapi dengan pengurangan pada Jumlah Dilindungi; atau

(b) Melepaskan semua faedah-faedah di bawah Sijil Takaful ini kecuali Faedah Kematian, Faedah
Kematian Akibat Kemalangan dan Faedah Matang. Sekiranya Anda membuat keputusan untuk
mengambil pilihan ini, Kami akan mengurangkan Caruman yang perlu dibayar bagi Sijil Takaful
dan akan memaklumkan kepada Anda amaun Caruman yang baru.

Kami akan menghantar Endorsan kepada Anda untuk melaksanakan perubahan yang dinyatakan di
atas. Perubahan ini akan berkuatkuasa pada Ulang Tahun Sijil yang berikutnya selepas tarikh Kami
menerima pemberitahuan Anda.

PERUBAHAN

Anda boleh mengubah kekerapan bayaran Caruman dengan menghantar permintaan bertulis kepada
Kami. Caruman boleh dibayar secara tahunan, separuh tahunan, suku tahunan atau bulanan.

KEGAGALAN

Selepas pembayaran Caruman pertama, kegagalan membayar Caruman yang berikutnya pada atau
sebelum tarikh patut dibayar akan dianggap sebagai kegagalan membayar Caruman.

TEMPOH IHSAN

Tempoh Ihsan selama tiga puluh satu (31) hari daripada tarikh perlu bayar akan diberikan bagi setiap
pembayaran Caruman berikutnya. Sijil Takaful akan kekal berkuatkuasa sepanjang Tempoh Ihsan.

X989773A00 - 17 - 01/22 ZTDD019


TEMPOH BAYARAN LEWAT

Kami akan menerima pembayaran Caruman tertunggak untuk tempoh tambahan empat belas (14)
hari selepas Tempoh Ihsan berakhir tanpa perlu melalui formaliti pengembalian semula dengan syarat
Orang Dilindungi masih hidup dan/atau tidak mengalami kecederaan, penyakit, hilang upaya atau
kerugian yang layak untuk dituntut di bawah Sijil Asas atau sebarang Kontrak-Kontrak Tambahan
yang disertakan bersama. Tawaran ini tidak boleh dianggap sebagai lanjutan kepada Tempoh Ihsan
dan tidak membawa kepada Sijil Takaful ini berkuatkuasa semula. Sijil Takaful hanya akan
berkuatkuasa semula selepas semua pembayaran yang tertunggak telah Kami terima semasa Orang
Dilindungi masih hidup dan Kami hanya akan membayar tuntutan bagi kecederaan, penyakit, hilang
upaya atau kerugian yang berlaku selepas pembayaran tersebut telah dibuat dan telah Kami terima.

POTONGAN CAJ BERTERUSAN

(i) Setelah berakhirnya Tempoh Lewat Bayar, Sijil Asas dan Kontrak-Kontrak Tambahan yang
disertakan bersama akan kekal berkuatkuasa secara automatik dengan syarat Nilai Akaun cukup
untuk menampung semua Caj Sijil dan Tabarru’ bagi Sijil Asas dan sebarang Kontrak-Kontrak
Tambahan yang disertakan bersama Sijil Asas.

(ii) Caj Sijil dan Tabarru’ bagi Sijil Asas dan sebarang Kontrak-Kontrak Tambahan yang disertakan
bersama Sijil Asas, yang mana akan terus ditolak ketika Potongan Caj Berterusan, akan ditolak
daripada Nilai Akaun dengan serta-merta sebaik sahaja Tempoh Lawat Bayar berakhir
sehinggalah Nilai Akaun telah digunakan sepenuhnya.

(iii) Potongan tersebut akan berterusan selama yang mungkin dari berakhirnya Tempoh Lewat Bayar
sehinggalah Nilai Akaun telah digunakan sepenuhnya yang kemudiannya akan menyebabkan
Sijil Takaful luput. Sekiranya sebarang Nilai Akaun yang tinggal tidak mencukupi untuk
menampung caj-caj dan kos-kos yang berkenaan, baki Nilai Akaun tersebut akan dipulangkan
kepada Anda.

Sebarang pembayaran Caruman yang seterusnya semasa Potongan Caj Berterusan berlaku adalah
tertakluk kepada Peruntukan Caruman. Peruntukan Caruman di dalam situasi ini akan mengikut
peruntukan yang sepatutnya bagi setiap Tahun Sijil seperti yang telah Kami tentukan dan peruntukan
yang digunakan tidak mungkin mengikut kadar yang lebih awal daripada kali terakhir Caruman
dibayar.

PENGEMBALIAN SEMULA

Sekiranya Caruman masih lagi tertunggak selepas Tempoh Ihsan dan sekiranya Sijil Takaful ini
belum diserahkan untuk Nilai Akaunnya, Sijil Takaful ini boleh dikembalikan semula oleh Kami. Walau
bagaimanapun, pengembalian semula ini harus dibuat dalam tempoh dua (2) tahun daripada tarikh
luput dan tertakluk kepada yang berikut:

(i) Permohonan bertulis dibuat oleh Anda untuk mengembalikan semula Sijil Takaful ini; dan

(ii) Orang Dilindungi masih dalam lingkungan umur yang dibenarkan sepertimana yang ditentukan
oleh Kami pada masa pengembalian semula; dan

(iii) Orang Dilindungi perlu memberi bukti kelayakan bagi perlindungan Takaful yang memuaskan
kepada Kami; dan

(iv) Pembayaran semua Caruman yang tertunggak;

(v) Pembayaran semua hutang yang masih belum dibayar; dan

(vi) Sebarang pengembalian semula hanya akan melindungi kerugian atau peristiwa yang dilindungi
yang berlaku selepas tarikh pengembalian semula.

X989773A00 - 18 - 01/22 ZTDD019


PERUNTUKAN KONTRAK TAMBAHAN

Kontrak Tambahan adalah dilampirkan secara sah pada Sijil ini sekiranya nama produk atau kod dan
nombor borang dinyatakan pada Halaman Maklumat Sijil atau kemudiannya ditambah melalui
Endorsan berkaitan.

Peruntukan Sijil Asas di mana sebarang Kontrak Tambahan dilampirkan hendaklah terpakai kepada
Kontrak Tambahan tersebut, melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika terdapat peruntukan yang
bercanggah di antara Sijil Asas dan Kontrak Tambahan, Kontrak Tambahan hendaklah diterima pakai
kecuali di mana Sijil Asas mengandungi Peruntukan ‘Keberterusan Kontrak Tambahan’, peruntukan
tersebut akan mengawal dan mengatasinya.

Amaun perlindungan ("Jumlah Dilindungi bagi Kontrak Tambahan") yang disediakan oleh Kontrak
Tambahan berkaitan ditunjukkan pada Halaman Maklumat Sijil atau pada Endorsan yang sesuai,
sekiranya Kontrak Tambahan berkaitan ditambah kemudiannya. Melainkan diperuntukkan sebaliknya,
Kontrak Tambahan tidak memperolehi sebarang nilai tunai.

Kontrak Tambahan akan tamat secara automatik atas:

(a) Tidak membayar Sumbangan Sijil Asas dan / atau Kontrak Tambahan yang berkaitan pada akhir
Tempoh Ihsan;

(b) Sekiranya Sijil Asas atau Sijil menjadi matang, ditamatkan atau diserahkan;

(c) Pada Tarikh Tamat Tempoh bagi Kontrak Tambahan yang berkaitan;

(d) Pada Ulang Tahun Sijil sebaik selepas umur pembaharuan maksimum bagi Kontrak Tambahan
berkaitan; atau

(e) Kematian Orang Dilindungi,

yang mana berlaku lebih awal.

Penamatan atau pembatalan ke atas Kontrak Tambahan tidak akan menjejaskan sebarang tuntutan
yang timbul sebelum penamatan atau pembatalan tersebut, melainkan dinyatakan sebaliknya.
Sebarang Caruman yang dibayar kepada atau diterima oleh Kami atau ejen atau juruwang Kami yang
dibenarkan selepas penamatan atau pembatalan tersebut tidak akan mewujudkan sebarang liabiliti
kepada Kami, melainkan untuk mengembalikan sebarang Caruman tersebut.

PENOLAKAN TABARRU’ KEATAS TUNTUTAN

Sekiranya pembayaran tuntutan di bawah Kontrak Tambahan yang dilampirkan pada Sijil ini akan
menamatkan Kontrak Tambahan atau mengurangkan amaun perlindungan, penolokandaripada hasil
akan dibuat untuk apa-apa baki Tabarru' yang belum dibayar yang disebabkan oleh bahagian jumlah
perlindungan yang ditamatkan atau dikurangkan untuk Tahun Sijil penuh di mana peristiwa dilindungi
berlaku.

Jika pembayaran di bawah Kontrak Tambahan yang dilampirkan pada Sijil ini akan menamatkan Sijil
Asas dan / atau mana-mana Kontrak Tambahan lain, atau mengurangkan Jumlah Dilindungi atau
amaun perlindungan, potongan dari hasil juga akan dibuat untuk sebarang baki Tabarru' disebabkan
bahagian Jumlah Dilindungi atau amaun perlindungan yang ditamatkan atau dikurangkan di bawah
Sijil Asas dan/atau Kontrak Tambahan untuk Tahun Sijil penuh di mana peristiwa yang dilindungi
berlaku.

X989773A00 - 19 - 11/18 (ALKF) ZTDN004


PERUNTUKAN SEKSYEN PENYAKIT KRITIKAL

PEMAKAIAN UNTUK SEKSYEN INI

Seksyen ini mengandungi terma-terma dan syarat-syarat standard yang diterima pakai pada semua Kontrak
Tambahan Penyakit Kritikal sahaja. Klasifikasi setiap Kontrak Tambahan ada dinyatakan pada fasal Jenis
Kontrak bagi Kontrak Tambahan berkaitan.

TAKRIFAN

“Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)” adalah seperti berikut:

(i) Pemindahan
Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

(ii) Pergerakan
Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.

(iii) Perihal Mengawal


Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing secara sendirinya seperti menjaga
kebersihan diri.

(iv) Pemakaian
Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

(v) Mandi/ Membersihkan diri


Keupayaan untuk membersihkan diri di tempat mandi tab atau mandi pancuran (termasuk memasuki dan
keluar dari tempat mandi tab atau mandi pancuran) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.

(vi) Makan
Kesemua tugas memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.

“Tempoh Penilaian” bermaksud tempoh yang mana pengendali Takaful akan menilai keadaan sebelum
menentukan samada keadaan tersebut layak atau tidak dikira sebagai kekal. Tempoh penilaian adalah untuk
jangka masa tempoh minimum yang dinyatakan dalam definisi yang berkaitan dan tidak akan lebih daripada
dua belas (12) bulan (dengan syarat segala bukti yang diperlukan telah diserahkan).

“Pembedahan Dilindungi” bermaksud, bagi tujuan Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal, pelbagai operasi
atau prosedur pembedahan yang ditakrifkan atau ditentukan dalam Takrifan Penyakit Kritikal.

“Penyakit Kritikal” bermaksud penyakit yang tanda atau gejalanya bermula lebih daripada tiga puluh (30)
hari (melainkan Penyakit Kritikal No. 2, 3, 4, 5 dan 6 yang tertakluk kepada enam puluh (60) hari) selepas
Tarikh Penyertaan, atau Tarikh Mula Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan,yang mana
kemudian, dan hendaklah termasuk sama ada diagnosis sebarang penyakit berikut atau prestasi sebarang
Pembedahan Dilindungi seperti yang tertera di bawah, iaitu:

1. Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal Dengan Simptom-Simptom Klinikal


Berterusan.

Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau embolisasi
dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal
berterusan. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat pada imbasan CT atau
MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum selama tiga (3) bulan
adalah digunapakai.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Serangan iskemia sementara (TIA)

(ii) Simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migrain

X989773A00 - 20 - 01/21 ZTGA007


(iii) Kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah

(iv) Penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibular

2. Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal

Sebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan
pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk
leukimia, limfoma dan sarcoma.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut:

• pra-malignan

• bukan invasif

• karsinoma in situ

• mempunyai malignan pinggiran (borderline)

• mempunyai potensi malignan

(ii) Semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM)

(iii) Semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi TNM)

(iv) Semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi
TNM)

(v) Leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3

(vi) Semua kanser dengan kewujudan HIV

(vii) Sebarang kanser kulit selain melanoma malignan

3. Serangan Jantung – keterukan tertentu

Kematian otot jantung, disebabkan oleh kekurangan bekalan darah yang telah menyebabkan infarksi
miokardium akut dengan semua bukti berikut:

(i) Sejarah sakit dada tipikal;

(ii) Perubahan ciri baru elektrokardiografik; dengan pembentukan salah satu daripada yang berikut:
peningkatan atau penurunan ST, penyonsangan (inversi) gelombang T, patologi gelombang Q atau
blok cabang berkas kiri; dan

(iii) Peningkatan petunjuk kardium, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmal yang diterima
secara umum atau Troponin yang direkodkan berada di peringkat berikut atau lebih tinggi:
- Troponin T Kardium atau Troponin l Kardium > / = 0.5 ng/ml.

Bukti mesti menunjukkan kejadian infarksi miokardium akut adalah pasti, yang mana seharusnya
disahkan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

• kejadian sindrom koronari akut termasuk tetapi tidak terhad kepada angina tidak stabil.

• peningkatan petunjuk kardium akibat daripada prosedur perkutaneus untuk penyakit arteri koronari.

X989773A00 - 21 - 01/21 ZTGA007


4. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

Merujuk kepada pembedahan bukaan dada sebenar untuk memulihkan atau merawat Penyakit Arteri
Koronari (CAD) dengan cara cantuman pintasan arteri koronari.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) angioplasti;

(ii) teknik intra-arteri yang lain atau teknik berasaskan kateter;

(iii) prosedur lubang kunci (keyhole);

(iv) prosedur laser.

5. Penyakit Arteri Koronari Serius

Penyempitan lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri
Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum enam
puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari (prosedur
diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh peratus (60%) atau
lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan
Areteri Sirkumfleks. Kejadian yang dilindungi akan dibayar tidak mengira samada sebarang bentuk
pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.

6. Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari

Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten buat
pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat seperti yang
dibuktikan oleh angiografi.

Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad
kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal di bawah sijil ini tertakluk kepada
jumlah maksimum RM25,000. Kejadian yang dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan akan ditolak
daripada amaun Kontrak ini, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekaligus yang boleh dibayar.

7. Pembedahan Injap Jantung

Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung disebabkan
oleh kecacatan atau keabnormalan injap jantung.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Pembaikan menerusi prosedur intra-arteri

(ii) Pembaikan menerusi pembedahan lubang kunci atau lain-lain teknik yang serupa.

8. Hepatitis Viral Fulminan

Nekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub-masif) kepada besar (masif) yang disebabkan oleh
sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut:

(i) Penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrasound abdomen;

(ii) Nekrosis (kematian tisu) melibatkan keseluruhan lobula, meninggalkan hanya satu rangka retikulum;

(iii) Ujian kefungsian hati yang semakin merosot; dan

(iv) Jaundis yang semakin mendalam.

Jangkitan viral hepatitis atau status pembawa sahaja (termasuk tetapi tidak terhad kepada Hepatitis B
dan Hepatitis C) tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.

X989773A00 - 22 - 01/21 ZTGA007


9. Kegagalan Hati Tahap Akhir

Kegagalan hati tahap akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:

• Jaundis kekal;

• Asites (lebihan cecair dalam kaviti peritoneal);

• Ensefalopati hepatik; dan

• Kegagalan hati sekunder yang disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak
dilindungi.

10. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu

Diagnosis muktamad hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang
ditentukan menerusi penyiasatan termasuk kateter jantung, yang menyebabkan kecacatan fizikal kekal
sehingga tahap sekurang-kurangnya klasifikasi Kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA) bagi
kerosakan jantung.

Hipertensi arteri pulmonari disebabkan oleh sebab-sebab lain adalah dikecualikan daripada faedah ini.

Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:

• Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada
kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom.

• Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom
simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.

11. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir

Penyakit paru-paru tahap akhir yang menyebabkan kegagalan pernafasan kronik. Semua kriteria berikut
mestilah dipenuhi:

(i) Keperluan rawatan oksigen berkala secara kekal;

(ii) Gangguan kekal pada fungsi paru-paru dengan Isi padu Ekspirasi Paksa (FEV) yang konsisten
kurang daripada satu (1) liter pada saat pertama;

(iii) Sesak nafas dalam keadaan rehat; dan

(iv) Analisis Asas Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang.

12. Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik Tidak Boleh
Pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala
dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.

X989773A00 - 23 - 01/21 ZTGA007


13. Pembedahan Aorta

Menjalani pembedahan menerusi torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan dada atau abdomen)
untuk membetulkan aneurisme aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Untuk definisi ini, aorta
hendaklah bermaksud aorta di bahagian dada dan abdomen tetapi bukan cabangnya.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) angioplasti;

(ii) lain-lain kaedah intra-arteri atau teknik berasaskan kateter;

(iii) prosedur lubang kunci yang lain;

(iv) prosedur laser.

14. Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang

Kegagalan kekal dan Tidak Boleh Pulih sumsum tulang yang menyebabkan anemia, neutropenia dan
trombositopenia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) daripada rawatan berikut:

(i) Tranfusi produk darah berkala;

(ii) Agen perangsang sumsum;

(iii) Agen imunosupresif;atau

(iv) Transplan sumsum tulang.

Diagnosis mesti disahkan oleh biopsi sumsum tulang.

15. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang

Penerimaan transplan seperti berikut:

• Sumsum tulang manusia menggunakan sel stem hematopoietik didahului dengan ablasi sumsum
tulang menyeluruh; atau

• Salah satu daripada organ-organ manusia berikut: jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas
yang tidak dapat dipulihkan akibat kegagalan tahap akhir organ yang berkenaan.

Lain-lain pemindahan sel stem adalah tidak dilindungi.

16. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih

Kehilangan penglihatan kekal dan Tidak Boleh Pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga suatu
tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60 atau lebih teruk
untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian yang setara dan keputusan
tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi.

17. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih

Hilang Upaya mendengar secara kekal dan Tidak Boleh Pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga
suatu tahap kehilangan yang lebih daripada 80 desibel merentasi semua frekuensi pendengaran pada
kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan di dalam bentuk keputusan ujian audiometri dan ujian ambang
bunyi mesti disediakan dan disahkan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

X989773A00 - 24 - 01/21 ZTGA007


18. Hilang Keupayaan Bertutur

Hilang keupayaan bertutur sepenuhnya, berkekalan dan Tidak Boleh Pulih disebabkan oleh kecederaan
atau penyakit. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai. Bukti perubatan
untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit kepada peti suara untuk menyokong kehilangan upaya ini
mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).

Semua sebab yang berkaitan psikiatrik adalah tidak dilindungi.

19. Koma – mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal Dengan Simptom Klinikal Yang Berterusan

Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar atau
keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam,
memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan
simptom klinikal berterusan. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.
Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan.

Berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah

20. Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu

Lecuran kulit tahap ketiga (iaitu ketebalan penuh) meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
daripada jumlah kawasan permukaan badan.

21. Sklerosis Multipel

Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh semua
perkara berikut:

(i) Siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel;

(ii) Defisit neurologi berbilang yang menyebabkan kecacatan fungsi motor dan deria untuk tempoh yang
berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan; dan

(iii) Sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit neurologi yang
didokumenkan dengan baik.

22. Kelumpuhan Anggota

Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau satu
tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh Penilaian
minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

23. Distrofi Otot

Diagnosis muktamad Distrofi Otot oleh pakar neurologi dan mesti disokong oleh kesemua berikut:

(i) Penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif;

(ii) Tiada penglibatan saraf tengah / periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan sensor;

(iii) Hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot.

Tiada faedah akan dibayar di bawah Peristiwa Dilindungi sebelum Peserta/Orang Yang Dilindungi
mencapai umur 12 tahun tarikh lahir berikutnya.

X989773A00 - 25 - 01/21 ZTGA007


24. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk

Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian imej
diakibatkan oleh Penyakit Alzheimer atau Dementia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan otak organik
yang Tidak Boleh Pulih. Kejadian yang dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurangan ketara fungsi
mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Peserta/Orang Yang Dilindungi.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neorologi.

Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis;

(ii) Penyakit psikiatrik;

(iii) Kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.

25. Penyakit Neuron Motor – Defisit Neurologi Kekal Dengan Simptom Klinikal Berterusan

Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi otot
tulang belakang, bulbar palsi progresif, sclerosis amiotrofik lateral atau sclerosis lateral utama. Mesti ada
kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.

26. Penyakit Parkinson – mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan
Harian

Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua keadaan berikut dipenuhi:

(i) Tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan;

(ii) Menunjukkan tanda-tanda kemerosotan progresif; dan

(iii) Pengesahan ketidakupayaan kekal Peserta/Orang Yang Dilindungi untuk melakukan tiga (3) atau
lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan.

Hanya penyakit Parkinson idiopatik sahaja yang dilindungi. Parkinson yang disebabkan oleh ubat-ubatan
atau toksik adalah tidak dilindungi.

27. Penyakit Terminal (Membawa Maut)

Diagnosis muktamad sesuatu keadaan yang dijangka mengakibatkan kematian Peserta/Orang Yang
Dilindungi dalam tempoh 12 bulan. Peserta/Orang Yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima rawatan
aktif selain daripada untuk melegakan kesakitan. Diagnosis ini mestilah disokong dengan pengesahan
bertulis daripada doktor pakar yang bersesuaian dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh
Kami/Pengendali Takaful.

28. Ensefalitis – mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal mesti
mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Kehidupan
Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai. Kejadian yang
dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi.

Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.

X989773A00 - 26 - 01/21 ZTGA007


29. Tumor Otak Benign – keterukan tertentu

Tumor benign dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua keadaan berikut dipenuhi:

(i) Ia mengancam nyawa;

(ii) Ia menyebabkan kerosakan otak;

(iii) Ia telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi yang kekal
dengan simptom klinikal berterusan; dan

(iv) Kewujudannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah neurologi dan disokong oleh
imbasan MRI, CT atau teknik-teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai.

Berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Sista,

(ii) Granuloma,

(iii) Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak,

(iv) Hematoma,

(v) Tumor di dalam kelenjar pituitary

(vi) Tumor di dalam tulang belakang

(vii) Tumor saraf akustik.

30. Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan Aktiviti
Kehidupan Harian

Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan oleh
pakar neurologi. Kerosakan kesak fungsian mesti menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan
sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga
(3) bulan digunapakai.

31. Meningitis Bakteria – mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan
Harian

Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang yang
mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan ketidakupayaan
kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh
Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh:

(i) seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan

(ii) kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar.

Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk meningitis viral adalah tidak dilindungi.

X989773A00 - 27 - 01/21 ZTGA007


32. Pembedahan Otak

Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak) dilakukan di
bawah anestesia am.

Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:

(i) Prosedur lubang gerudi (burr hole)

(ii) Prosedur transfenoid

(iii) Prosedur bantuan endoskopik atau lain-lain prosedur invasif secara minimum

(iv) Pembedahan otak akibat kemalangan.

33. Penyakit Sistik Medular

Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula, atrofi
tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan kehilangan natrium
dari ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong oleh biopsi ginjal.

34. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)

Pengesahan oleh pakar yang bersesuaian mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari dan
mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti
Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.

35. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah

Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) melalui transfusi darah, dengan syarat semua
keadaan berikut dipenuhi:

(i) Transfusi darah adalah keperluan dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian daripada
rawatan perubatan;

(ii) Transfusi darah adalah diterima di Malaysia atau Singapura selepas kuatkuasa sijil;

(iii) Sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfusi darah atau institusi
yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV;

(iv) Peserta/Orang yang Dilindungi tidak menghidap hemofilia; dan

(v) Peserta/Orang yang Dilindungi bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi tidak
terhad kepada pengguna dadah intravena.

36. Kardiomiopati – keterukan tertentu

Diagnosis muktamad kardiomiopati oleh pakar kardiologi yang menyebabkan kerosakan fungsi ventrikel
kekal dan menyebabkan kerosakan fizikal kekal pada sekurang-kurangnya klasifikasi kelas III Persatuan
Jantung New York (NYHA) mengenai kerosakan jantung. Diagnosis hendaklah disokong oleh hasil
penemuan ekokardiografik untuk prestasi ventrikel yang dikompromi.

Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:

• Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada
kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom.

• Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptom-
simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.

Kardiomiopati yang berkait langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak dilindungi.

X989773A00 - 28 - 01/21 ZTGA007


37. AIDS PERINGKAT TERUK

Manifestasi klinikal AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) mesti disokong dengan keputusan
positif ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit) dan ujian pengesahan Western Blot.
Selain itu, Hayat Yang Diinsuranskan juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang daripada dua
ratus (200) serta memenuhi satu atau lebih daripada kriteria berikut :-

i) Kehilangan berat badan lebih daripada 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan
atau kurang (sindrom susut badan);

ii) Sarkoma Kaposi;

iii) Pneumonia Carinii Pneumosistis


iv) Leukoensefalopati Multifokal yang Semakin Melarat;

v) Tuberkulosis Aktif;

vi) Limfosit kurang daripada satu ribu (1000)

vii) Limfoma Malignan

38. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Lupus Nefritis [SLE]

Merujuk kepada gangguan autoimun pelbagai sistem yang dicirikan oleh penghasilan autoantibodi yang
menyerang pelbagai antigen diri sendiri.

Dalam konteks polisi ini, SLE terhad kepada jenis Lupus Eritematosus Sistemik yang melibatkan buah
pinggang (Lupus Nefritis Jenis III hingga Jenis V yang dibuktikan melalui biopsi ginjal). Jenis lain seperti
lupus diskoid dan jenis yang hanya melibatkan hematologi dan sendi tidak termasuk dalam takrif ini.

Klasifikasi Lupus oleh WHO :-

Kelas I – Perubahan glomerulonefritis yang minimum


Kelas II – Glomerulonefritis mesangial
Kelas III – Glomerulonefritis segmen fokal
Kelas IV – Glomerulonefritis resap
Kelas V – Glomerulonefritis bermembran

39. Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV) Disebabkan Pekerjaan

Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (hanya sekiranya Hayat Yang Diinsuranskan merupakan
Kakitangan Perubatan seperti yang ditakrifkan di bawah), di mana ia dijangkiti akibat kemalangan yang
berlaku semasa menjalankan tugas pekerjaan yang biasa dengan serokonversi kepada jangkitan HIV
yang berlaku dalam tempoh enam (6) bulan dari kemalangan. Sebarang kemalangan yang berpotensi
menimbulkan tuntutan mestilah dilaporkan kepada Syarikat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
berlakunya kemalangan dengan disokong oleh ujian HIV yang negatif yang diambil dalam tempoh tujuh
(7) hari dari kemalangan itu.

“Kakitangan Perubatan” ditakrifkan sebagai Doktor (Pakar Perubatan Umum dan Doktor Pakar),
jururawat, juruteknik makmal, doktor gigi (pakar bedah dan jururawat), pekerja ambulans yang bekerja di
pusat perubatan atau hospital atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia.

40. Poliomielitis

Diagnosis muktamad jangkitan dengan virus polio membawa kepada penyakit paralitik seperti yang
dibuktikan oleh fungsi motor terjejas atau kelemahan pernafasan dan mengakibatkan ketidakupayaan
menyeluruh Orang Yang Dilindungi untuk melakukan (tanpa bantuan) sekurang-kurangnya tiga (3)
daripada Aktiviti Kehidupan Harian bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.

X989773A00 - 29 - 01/21 ZTGA007


41. Scleroderma Progresif

Penyakit kolagen-vaskular sistemik yang menyebabkan fibrosis meresap secara progresif di dalam kulit,
saluran darah dan organ dalaman. Diagnosis ini perlu disokong dengan jelas oleh biopsi dan bukti
serologi dan gangguan perlu mencapai perkadaran sistemik untuk melibatkan jantung, paru-paru atau
buah pinggang.

Yang berikut adalah dikecualikan:

(a) Scleroderma setempat (scleroderma linear atau morfea);

(b) Fasciitis eosinofilik; dan

(c) Sindrom CREST.

42. Sindrom Apalik

Nekrosis korteks otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis ini mestilah disahkan
oleh pakar neurologi dan keadaan ini mestilah didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1)
bulan.

43. Pankreatitis Berulang Kronik

Diagnosis muktamad Pankreatitis Berulang Kronik dibuat oleh pakar gastroenterologi yang disahkan
merupakan sambungan penyakit radang pankreatik bercirikan perubahan morfologi yang tidak dapat
dipulihkan dan secara kebiasaannya menyebabkan kesakitan dan/ atau gangguan fungsi yang kekal.

Kondisi ini perlulah dicirikan dengan:

(a) pankreatitis akut berulang untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun;

(b) deposit kalsium secara umum di pankreas dari kajian pengimejan; dan

(c) gangguan fungsi pankreas kronik berterusan yang mengakibatkan penyerapan usus yang tidak betul
(lemak tinggi dalam najis) atau diabetes.

Pankreatitis Berulang Kronik yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau
sebahagiannya, oleh penggunaan alkohol adalah dikecualikan.

44. Elephantiasis

Luka peringkat akhir filariasis dicirikan oleh edema lengan dan kaki atau bahagian badan lain yang teruk
dan kekal akibat penyumbatan limfatik.

Diagnosis muktamad mengenai elephantiasis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar yang berkaitan,
termasuk pengesahan makmal untuk mikrofilaria.

Lymphedema yang disebabkan oleh jangkitan dari penyakit kelamin, trauma, kanser, parut pasca
operasi, kegagalan jantung kongestif, radiasi atau kelainan sistem limfatik kongenital adalah
dikecualikan.

45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Penyakit neurologi, ensefalopati spongiform maut, disertai dengan tanda dan gejala:

(a) kekejangan otot yang tidak terkawal, bergegar;

(b) demensia progresif yang teruk;

(c) gangguan serebrum; dan

X989773A00 - 30 - 01/21 ZTGA007


(d) athetosis.

Diagnosis mesti dibuat oleh pakar neurologi yang diterima oleh kami, dan mesti berdasarkan penemuan
electroencephalography (EEG) dan cecair serebrospinal (CSF) serta imbasan tomografi (CT) dan
pengimejan resonans magnetik (MRI).

“Diagnosis” bermaksud diagnosis muktamad yang dibuat oleh Pakar Perubatan, sepertimana ditakrifkan di
bawah ini, berdasarkan bukti khusus, sepertimana yang dirujuk dalam takrifan Penyakit Kritikal tertentu yang
berkenaan atau, tanpa kehadiran bukti khusus tersebut, berdasarkan bukti radiologi, klinikal, histologi atau
makmal yang boleh Kami terima. Diagnosis tersebut mestilah disokong oleh doktor perubatan Kami yang
akan menetapkan pendapatnya berdasarkan bukti perubatan yang dikemukakan oleh Orang Dilindungi/Anda
dan/atau sebarang bukti tambahan yang mungkin diperlukan olehnya.

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau percanggahan pendapat berkaitan kesesuaian atau ketepatan
diagnosis, Kami berhak memanggil untuk pemeriksaan sama ada Orang Dilindungi/Anda atau bukti yang
digunakan dalam menetapkan diagnosis seperti itu, oleh pakar bebas yang diiktiraf dalam bidang perubatan
berkaitan yang Kami pilih dan pendapat pakar tersebut terhadap diagnosis harus dipersetujui oleh Orang
Dilindungi/Anda dan Kami.

“Tidak Boleh Pulih” bermaksud tidak boleh dipulihkan dengan sewajarnya oleh rawatan perubatan dan/atau
prosedur pembedahan yang konsisten dengan piawaian semasa perkhidmatan perubatan yang boleh
didapati di Malaysia.

“Kekal” bermaksud dijangka untuk kekal seumur hidup Peserta/Orang Yang Dilindungi.

“Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-simptom Klinikal Berterusan” bermaksud simptom disfungsi
dalam sistem saraf yang didapati semasa pemeriksaan klinikal dan dijangka kekal seumur hidup
Peserta/Orang Yang Dilindungi. Simptom-simptom yang dilindungi termasuk kebas, lumpuh, kelemahan
setempat, dysarthia (kesukaran bertutur), aphasia (ketidakupayaan bertutur), dysphagia (kesukaran
menelan), kecacatan visual, kesukaran berjalan, kekurangan koordinasi, tremor, sawan, demensia, delirium
dan koma.

“Pakar Perubatan” bermaksud pengamal perubatan berdaftar yang berkelayakan dan dilesenkan untuk
mengamal perubatan barat dan yang, dalam memberikan rawatan tersebut, mengamal dalam skop
pelesenan dan latihannya di kawasan geografi dia mengamal, tetapi tidak termasuk pakar perubatan atau
pakar bedah yang merupakan Orang Dilindungi/Anda sendiri.

“Keadaan Sedia Ada” bermaksud penyakit/hilang upaya sebelum Tarikh Mula atau Tarikh Penyertaan
Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan, yang mana kemudian, dan Orang Dilindungi/Anda patut
sewajarnya mengetahui tentang keadaan tersebut. Orang Dilindungi/Anda dianggap sewajarnya mengetahui
tentang sesuatu Keadaan Sedia Ada apabila keadaan itu merupakan keadaan di mana:

(a) Orang Dilindungi/Anda telah menerima atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan yang telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan ketara telah terbukti; atau

(d) kewujudannya adalah nyata bagi orang yang waras dalam keadaan itu.

PROSEDUR TUNTUTAN

1. Notis Tuntutan

Notis bertulis tuntutan mestilah diberikan kepada Kami seperti berikut:

(a) Notis segera sekiranya berlaku kematian Orang Dilindungi/Anda;

(b) Dalam masa enam puluh (60) hari selepas didiagnosiskan Penyakit Kritikal atau Pembedahan
Dilindungi; atau

X989773A00 - 31 - 01/21 ZTGA007


(c) Dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh mula hilang upaya,

mengikut mana-mana yang berkenaan. Notis tersebut perlu dikemukakan kepada Kami dengan butir-butir
yang mencukupi untuk mengenal pasti Orang Dilindungi/Anda, akan diterima sebagai notis kepada Kami.
Kegagalan memberikan notis dalam tempoh masa itu tidak akan membatalkan sebarang tuntutan,
sekiranya ia dapat dibuktikan tidak munasabah secara wajar untuk memberikan notis seperti itu dan
bahawa notis tersebut diberikan sebaik sahaja ia munasabah secara wajar diberikan.

2. Bukti Kematian, Penyakit Kritikal, Pembedahan Dilindungi atau Hilang Upaya

Kami akan, selepas menerima notis seperti itu, memberikan pihak menuntut borang-borang yang
berkenaan untuk memfailkan bukti Kematian, Penyakit Kritikal, Pembedahan Dilindungi atau hilang
upaya. Sekiranya borang tersebut tidak dilengkapkan dalam masa lima belas (15) hari, pihak menuntut
dengan bukti bertulis yang meliputi kejadian dan keadaan kematian, atau kejadian, ciri-ciri atau tahap
Penyakit Kritikal, Pembedahan Dilindungi atau hilang upaya di atas tuntutan yang dibuat hendaklah
dianggap telah mematuhi syarat peruntukan ini.

3. Memfail Bukti Kematian, Penyakit Kritikal, Pembedahan Dilindungi atau Hilang Upaya

Bukti Penyakit Kritikal atau Pembedahan Dilindungi mestilah dilengkapkan dan dikemukakan kepada
Kami semasa jangka hayat Orang Dilindungi/Anda. Bagi Penyakit Kritikal atau Pembedahan Dilindungi,
bukti tersebut perlu diberikan dalam masa enam (6) bulan selepas didiagnosis dengan Penyakit Kritikal
atau pelaksanaan pembedahan tersebut dan dalam keadaan hilang upaya, bukti tersebut perlu
dikemukakan dalam masa satu (1) tahun dari tarikh caruman tertunggak pertama, jika terdapat
tunggakkan tersebut. Bukti kematian mestilah dikemukakan kepada Kami dalam masa sembilan puluh
(90) hari dari tarikh kematian.

PENGECUALIAN

Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal tidak akan melindungi:

(a) sebarang penyakit atau pembedahan selain daripada yang didiagnosis dengan Penyakit Kritikal seperti
yang ditakrifkan di sini;

(b) Penyakit Kritikal No. 1, 7 hingga 45 dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku
dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Kontrak Tambahan
Penyakit Kritikal berkaitan, yang mana kemudian;

(c) Penyakit Kritikal No. 2 hingga 6 dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam
tempoh enam puluh (60) hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Kontrak Tambahan Penyakit
Kritikal berkaitan, yang mana kemudian;

d) sebarang Penyakit Kritikal didiagnosis yang disebabkan, secara langsung atau tidak langsung, oleh
kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum Orang
Dilindungi/Anda mencapai umur tujuh belas (17) tahun;

(e) sebarang Keadaan Sedia Ada sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula bagi Kontrak Tambahan
Penyakit Kritikal yang berkaitan, yang mana kemudian;

(f) Orang Dilindungi/Anda didiagnosis dengan Hepatitis Virus Fulminan, Kanser, Ensefalitis, Meningitis
Bakteria, Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih atau Penyakit
Membawa Maut, yang pada pendapat Kami disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan
Penyakit (HIV). Kami
berhak untuk mengarahkan Orang Dilindungi/Anda menjalani ujian darah untuk HIV sebagai syarat lazim
untuk penerimaan sebarang tuntutan. Bagi tujuan Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal:

(i) Takrifan AIDS akan merupakan apa yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun
1987, atau semakan terbarunya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan takrifan itu.

X989773A00 - 32 - 01/21 ZTGA007


(ii) Jangkitan hendaklah dianggap telah berlaku di mana ujian darah atau sebarang ujian lain
menandakan, pada pendapat Kami, kewujudan sebarang HIV atau Antibodi terhadap Virus seperti
itu.

(g) mana-mana daripada Penyakit Kritikal atau Pembedahan Dilindungi yang diterangkan di sini adalah
disebabkan oleh kecederaan yang disengajakan.

PINDAAN

Kami berhak untuk meminda terma dan peruntukan Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan
dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis terdahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir Anda yang
diketahui yang ada dalam rekod Kami, dan pindaan tersebut akan diterima pakai dari pembaharuan Kontrak
Tambahan Penyakit Kritikal berkaitan yang berikutnya.

Tiada pindaan pada Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan akan sah melainkan dibenarkan oleh
Kami dan kelulusan tersebut diendors pada Sijil ini.

PEMBATALAN

Anda boleh membatalkan Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan pada bila-bila masa dengan
memberi notis bertulis kepada Kami.

KETIDAKBOLEHTANDINGAN

Kami tidak akan menandingi kesahihan Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal yang berkaitan selepas ia
berkuatkuasa semasa hayat Orang Dilindungi selama tempoh lebih daripada dua (2) tahun dari Tarikh
Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian.

X989773A00 - 33 - 01/21 ZTGA007


KONTRAK TAMBAHAN A-PLUS WAIVER-i
NO. BORANG T1026T

JENIS KONTRAK

Kontrak Tambahan ini diklasifikasikan sebagai Kontrak Tambahan Penyakit Kritikal.

FAEDAH

Penepian Caruman - Kami akan menepikan Caruman yang perlu dibayar di bawah Sijil Asas dan Kontrak
Tambahan ini yang dinyatakan pada Halaman Maklumat Sijil sekiranya Orang Dilindungi:

(1) didiagnosis menghidapi Penyakit Kritikal; atau

(2) sebenarnya menjalani Pembedahan Dilindungi

selama Kontrak Tambahan ini berkuatkuasa.

Pelbagai Penyakit Kritikal dan Pembedahan Dilindungi ada disenaraikan dan/atau ditakrifkan dalam
peruntukan seksyen Penyakit Kritikal. Walau bagaimanapun, bagi tujuan kontrak tambahan ini, Angioplasti
dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari (penyakit kritikal no. 6 daripada takrifan) tidak
dilindungi oleh kontrak tambahan ini.

TEMPOH FAEDAH

Caruman pertama yang akan diketepikan adalah yang genap tempohnya selepas sahaja tarikh diagnosis
Penyakit Kritikal atau Pembedahan Dilindungi dilakukan. Walau bagaimanapun, tiada penepian bagi:

(1) sebarang Caruman selepas tempoh di mana Caruman tidak perlu dibayar untuk Sijil Asas; dan

(2) sebarang Caruman yang genap tarikh tempohnya melebihi satu (1) tahun sebelum tarikh penerimaan
notis tuntutan bertulis Anda oleh Kami.

PEMBAHARUAN

Anda boleh memperbaharui Kontrak Tambahan ini dengan bayaran pendahuluan Caruman tahunan yang
berkaitan. Caruman adalah tidak terjamin dan kami berhak untuk meminda atau menyelaraskannya pada
masa pembaharuan tersebut dengan memberi Anda tiga (3) bulan notis bertulis terdahulu melalui pos biasa
ke alamat terakhir Anda yang diketahui yang ada dalam rekod Kami. Pindaan atau penyelarasan Caruman
tersebut akan diterima pakai dari pembaharuan kontrak tambahan berkaitan yang berikutnya.

PERUBAHAN TIDAK DIBENARKAN

Perubahan yang berikut tidak akan dibenarkan selama faedah diperihalkan di dalam Klausa Faedah di atas
diberi:

(1) perubahan cara bayaran Caruman; dan/atau

(2) perubahan pelan.

FAEDAH SIJIL ASAS YANG TIDAK TERJEJAS

Penerimaan Penepian Caruman di bawah Kontrak Tambahan ini tidak akan menjejaskan faedah Sijil Asas
dan Sijil Asas akan terus berkuatkuasa seolah-olah Caruman yang diketepikan telah dibayar dengan
sewajarnya.

X989773A00 - 34 - 11/18 (ALKF) (APW CPR) ZTGI001


PERUNTUKAN SEKSYEN HILANG UPAYA

PEMAKAIAN SEKSYEN INI

Seksyen ini mengandungi terma-terma dan syarat-syarat standard yang diterima pakai pada semua Kontrak
Tambahan Hilang Upaya sahaja. Klasifikasi setiap Kontrak Tambahan adalah dinyatakan pada fasal Jenis
Kontrak bagi Kontrak Tambahan berkaitan.

TAKRIFAN

“Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)” adalah seperti berikut:

(i) Pemindahan
Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

(ii) Pergerakan
Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.

(iii) Perihal Mengawal


Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing secara sendirinya seperti menjaga
kebersihan diri.

(iv) Pemakaian
Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

(v) Mandi/ Membersihkan diri


Keupayaan untuk membersihkan diri di tempat mandi tab atau mandi pancuran (termasuk memasuki dan
keluar dari tempat mandi tab atau mandi pancuran) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.

(vi) Makan
Kesemua tugas memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.

“Sijil” bermaksud pelan di mana Kontrak Tambahan Hilang Upaya yang berkaitan dilampirkan. Ia mungkin
Sijil Asas, Kontrak Tambahan Takaful Bertempoh atau lain-lain Kontrak-kontrak Tambahan yang mana
Kontrak Tambahan Hilang Upaya di bawah Seksyen ini dilampirkan.

“Hilang Upaya Andaian” bermaksud terjadinya mana-mana yang berikut:

(i) Hilang penglihatan KEDUA-DUA mata secara menyeluruh dan tidak dapat disembuhkan;
(ii) Putus KEDUA-DUA (2) anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
(iii) Hilang penglihatan SATU (1) mata dan hilang disebabkan putus SATU (1) anggota pada atau di atas
pergelangan tangan atau buku lali secara menyeluruh dan tidak dapat disembuhkan.

“Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal” atau “Hilang Upaya” bermaksud hilang upaya secara menyeluruh
dan berterusan Orang Dilindungi disebabkan oleh kecederaan atau penyakit untuk melaksanakan atau
melibatkan diri dalam sebarang kerja berupah, pekerjaan atau perniagaan yang dia secara wajarnya
berkelayakan atau cekap berdasarkan pengetahuan, latihan atau pengalaman.

Untuk Kami menentukan ciri-ciri menyeluruh dan kekal bagi hilang upaya Orang Dilindungi, adalah mandatori
bahawa hilang upaya itu mestilah berterusan selama sekurang- kurangnya enam (6) bulan dari tarikh mula
hilang upaya kecuali dalam kes Hilang Upaya Andaian di atas, di mana Kami dengan serta-merta mengenal
pasti Hilang Upaya itu sebagai bersifat Menyeluruh dan Kekal.

Sekiranya Orang Dilindungi menganggur atau tidak melakukan sebarang kerja berupah, pekerjaan atau
perniagaan atau telah bersara pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan sebelum Hilang Upaya,
Orang Dilindungi akan dianggap sebagai mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. Ini adalah dengan
syarat Orang Dilindungi tidak mampu melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan
Harian, seperti yang ditakrif di sini, sama ada dengan atau tidak menggunakan peralatan mekanikal, peranti
khas atau bantuan dan penyesuaian yang lain dalam penggunaannya untuk orang kurang upaya.

X989773A00 - 35 - 11/18 DIS PROV ZTHA007


PROSEDUR TUNTUTAN

1. Notis Tuntutan - Notis tuntutan bertulis Anda mestilah dihantar kepada Kami dengan seberapa
segera tetapi tidak melebihi enam (6) bulan selepas tarikh mula Hilang Upaya. Notis Tuntutan kepada
Kami ke atas sebarang Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal menjadi notis tuntutan ke atas semua
sijil-sijil yang berkuatkuasa dengan Kami yang mana Kontrak Tambahan Hilang Upaya dilampirkan.

2. Memfail Bukti Tuntutan Hilang Upaya - Borang yang sesuai yang boleh diperolehi daripada Kami
mesti dilengkapkan dan dikembalikan kepada Kami semasa hayat Orang Dilindungi, jika berkaitan,
dan dalam masa satu (1) tahun selepas tarikh genap tempoh caruman tertunggak pertama selepas
Hilang Upaya. Borang yang sesuai hendaklah dilengkapkan dengan penuh dan benar oleh
Anda/pihak menuntut atau sesiapa yang Kami rasa perlu.

PENGECUALIAN

Kontrak Tambahan Hilang Upaya ini tidak melindungi sebarang Hilang Upaya yang disebabkan secara
langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut:

(i) pendedahan kepada bahaya secara sengaja, cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa
siuman ataupun tidak siuman;

(ii) perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan
atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang menyerupai peperangan atau pemulihan
ketenteraman awam;

(iii) memasuki, keluar, mengendali, atau memberi khidmat, atau diangkut melalui sebarang peranti atau
pengangkutan udara melainkan apabila Orang Dilindungi adalah penumpang berbayar atau ahli krew
untuk penerbangan pengangkutan udara komersial di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui
laluan penumpang yang ditetapkan; atau

(iv) sebarang kecacatan kongenital yang telah dipaparkan atau telah didiagnosiskan sebelum Orang
Dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun.

Tiada faedah akan diperuntukkan bagi Hilang Upaya akibat daripada keadaan fizikal atau mental yang wujud
sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula bagi Kontrak Tambahan Hilang Upaya yang berkaitan, yang
mana kemudian, yang tidak dinyatakan dalam permohonan atau kenyataan kesihatan.

PERUBAHAN TIDAK DIBENARKAN

Tiada perubahan dalam mod pembayaran caruman, dan tiada perubahan dalam pelan Sijil itu boleh dibuat
selagi Hilang Upaya itu berlanjutan.

X989773A00 - 36 - 11/18 DIS PROV ZTHA007


KONTRAK TAMBAHAN A-PLUS DISABILITYCARE-i
NO. BORANG T1024T

JENIS KONTRAK

Kontrak Tambahan ini diklasifikasikan sebagai Kontrak Tambahan Hilang Upaya.

FAEDAH

Sekiranya, Kontrak Tambahan ini berkuatkuasa dan semasa hayat Orang Dilindungi, Orang Dilindungi
mengalami Hilang Upaya Andaian seperti yang ditakrifkan dalam Peruntukan Seksyen Hilang Upaya atau
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (Sebarang Pekerjaan) akan dibayar secara sekaligus tanpa sebarang
diskaun, sebaik sahaja selepas tarikh tuntutan diluluskan. Kontrak Tambahan ini akan ditamatkan selepas
seratus peratus (100%) Jumlah Dilindungi bagi Kontrak Tambahan ini dibayar.

Bukti Hilang Upaya harus dikemukakan kepada Kami di mana Kami akan menentukan sama ada Hilang
Upaya sepertimana ditakrifkan dalam Kontrak Tambahan ini memuaskan. Kami berhak meminta Orang
Dilindungi untuk membuat pemeriksaan dan/atau memberi bukti yang digunakan dalam membuat keputusan
Hilang Upaya yang sedemikian, oleh orang tersebut sepertimana yang Kami kehendaki.

PENAMATAN

Di samping peruntukan Sijil Asas, perlindungan Anda dibawah Kontrak Tambahan ini akan tamat secara
automatik pada Ulang Tahun Sijil sebaik sahaja Orang Dilindungi mencapai ulang tahun hari jadi ketujuh
puluh (ke-70).

TAKRIFAN

"Jumlah Asal Dilindungi bagi Kontrak Tambahan" bermaksud amaun perlindungan Kontrak Tambahan
semasa Kontrak Tambahan ini dilampirkan kepada Sijil Asas.

"Jumlah Semasa Dilindungi bagi Kontrak Tambahan" bermaksud amaun perlindungan Kontrak
Tambahan semasa peristiwa terjadi pada Orang Dilindungi.

"Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (Sebarang Pekerjaan)" bermaksud hilang upaya secara kekal,
menyeluruh dan berterusan di mana:

1. akibat kecederaan, kesakitan atau menghidapi penyakit, Orang Dilindungi tidak menjalankan sebarang
pekerjaan untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan semata-mata kerana
kecederaan, kesakitan atau menghidapi penyakit tersebut; dan

2. Orang Dilindungi sedang menerima rawatan Pengamal Perubatan Berdaftar dan telah menjalani
semua rawatan biasa dan sewajarnya termasuk pemulihan untuk kecederaan, kesakitan atau penyakit
yang dihidapi; dan

3. pada pendapat Kami biarpun Orang Dilindungi telah mendapat penjagaan perubatan/rawatan dan
pemulihan yang optimum, Orang Dilindungi tidak lagi berupaya untuk bekerja dalam sebarang
pekerjaan atau kewajipan biasa; dan

4. untuk tujuan mentakrif Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (Sebarang Pekerjaan), ia tidak mengambil
kira sama ada perniagaan, pekerjaan atau kewajipan biasa diberi ganjaran atau tidak.

Untuk tujuan Kontrak Tambahan ini, takrifan “Hilang Upaya” seperti yang dirujukkan dalam Peruntukan
Seksyen Hilang Upaya dan Kontrak Tambahan akan mengikut takrifan “Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
(Sebarang Pekerjaan)”, mana-mana yang berkenaan, seperti yang diperuntukkan dalam Kontrak Tambahan
ini.

X989773A00 - 37 - 11/18 (ALKF) (APDC) ZTHC007


KENYATAAN MAKLUMAT SIJIL

Sijil Takaful Keluarga Anda adalah hak milik yang amat berharga dan berguna dalam membantu keluarga
Anda jika sebarang ketidaktentuan berlaku di masa hadapan.

Anda mungkin tidak mempunyai masa untuk memahami segala peruntukan Sijil tersebut, tetapi adalah
penting untuk Anda mengetahui faedah-faedah unik Sijil ini. Kenyataan Maklumat Sijil ini disediakan khas
dalam bahasa yang mudah bagi memaklumkan beberapa faedah tersebut.

(1) Faedah Kematian akan dibayar kepada Penerima Namaan atau Pemegang Amanah Anda jika Anda
tidak hidup sehingga Tarikh Matang/Tamat Tempoh Sijil Anda.

(2) Bayaran Caruman Berkala Anda boleh dibuat secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau
bulanan, yang mana sesuai untuk Anda.

Anda boleh membayar caruman melalui mana-mana cara berikut:

(i) Autodebit menerusi kad Visa/MasterCard (untuk pelan caruman biasa sahaja);
(ii) Autodebit melalui bank seperti yang dinyatakan oleh Kami;
(iii) Bayaran di mana-mana bank seperti yang dibenarkan oleh Kami;
(iv) Terus kepada Kami.

Sekiranya Anda membayar Caruman Anda menerusi kad Visa/MasterCard atau secara autodebit,
Kami tidak akan menghantar sebarang notis awal kepada Anda apabila caruman Anda perlu dibayar.
Tiada resit rasmi akan dikeluarkan sekiranya bayaran dibuat secara (i), (ii) atau (iii) di atas. Slip
deposit yang disahkan atau potongan caruman yang ditunjukkan dalam penyata kad Visa/MasterCard
atau penyata bank Anda akan dianggap sebagai bukti pembayaran.

(3) Anda boleh menyerahkan Sijil Takaful Anda untuk Nilai Serahan dan Nilai Akaun.
Walaubagaimanapun, tindakan ini tidak akan menguntungkan Anda jika Anda serahkan Sijil Takaful
Anda dan Anda mungkin mendapat amaun yang kurang daripada apa yang Anda bayar.

(4) Jika umur Anda tidak disahkan, Anda dikehendaki menghantar satu salinan daripada sebarang
dokumen berikut untuk pengesahan umur:

(a) Kad Pengenalan

(b) Sijil Lahir

(c) Pasport

(5) Anda boleh menamakan seseorang untuk menerima wang Sijil melalui notis bertulis kepada Kami
atau dengan menyatakannya dalam borang permohonan.

(6) Adalah penting untuk Anda memaklumkan kepada Kami tentang sebarang perubahan pada alamat
Anda atau penerima namaan Anda.

(7) Anda berhak membatalkan Sijil ini dengan mengemukakan notis bertulis dan memulangkan Sijil ini
kepada Kami. Kami akan membayar balik Caruman kurang sebarang perbelanjaan yang mungkin
digunakan untuk sebarang pemeriksaan perubatan. Notis tersebut hendaklah ditandatangani oleh
Anda dan diterima terus oleh Kami dalam masa lima belas (15) hari selepas Anda menerima Sijil ini.
Jika dalam permohonan Anda, Anda tidak memilih untuk menerima salinan Sijil Anda, permintaan
tersebut mesti dibuat dalam tempoh lima belas (15) hari e-Sijil Anda yang disediakan di portal MY
AIA (AIA.COM.MY).

X989773A00 - 38 - 04/20 (ALKF) ZTLA016


(8) Sekiranya terdapat sebarang pertikaian berhubung Sijil ini, Anda boleh menulis kepada:
(a) AIA PUBLIC Takaful Bhd. (b) Ombudsman for Financial (c) Contact Centre (BNMTELELINK)
Menara AIA Services (664393P) Laman Informasi Nasihat
99 Jalan Ampang (Formerly known as Financial dan Khidmat (LINK)
50450 Kuala Lumpur Mediation Bureau) Bank Negara Malaysia
Customer Contact: Level 14, Main Block, P.O. Box 10922
1-300-88- 8922 Menara Takaful Malaysia 50929 Kuala Lumpur
Fax: 03-2056 3690 No 4, Jalan Sultan Sulaiman Tel: 1-300-88-5465
Website: www.aia.com.my 50000 Kuala Lumpur (1-300-88-LINK)
Tel: 03-2272 2811 (Overseas: 603-2174 1717)
Fax: 03-2272 1577 Fax: 03-2174 1515
E-mail: enquiry@ofs.org.my E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Website: www.ofs.org.my

(9) Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Sijil Anda, Anda boleh menghubungi Kami
atau Perancang Hayat Kami. Anda juga boleh menghubungi mana-mana cawangan AIA yang
disenaraikan dalam AIA.COM.MY.

(10) Sekiranya tuntutan dibuat di bawah Sijil, Anda dinasihati untuk memaklumkan Kami dengan segera.
Anda boleh merujuk kepada peruntukan yang berkenaan dalam Sijil untuk prosedur tuntutan yang
terperinci.

(11) Kepentingan Anda sebagai Peserta adalah dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

X989773A00 - 39 - 04/20 (ALKF) ZTLA016

You might also like