You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

DATOK KERAMAT (2)

KERTAS KERJA
HARI SUKANEKA PRAPERMATA GENIUS
2018

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)

TARIKH
26 APRIL 2018
HARI SUKANEKA PRASEKOLAH PERMATA GENIUS
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2) 2018

1.0 PENDAHULUAN
Prasekolah Permata Genius dengan kerjasama AJK Prasekolah akan mengadakan Hari
Sukaneka Prasekolah Permata Genius 2018. Aktiviti dapat melahirkan murid yang sihat dan
cergas. Aktiviti sukaneka juga dapat menunjukkan kemahiran tunjang fizikal yang telah diajar
kepada murid seperti kemahiran motor kasa lokomotor dan bukan lokomotor. Diharapkan
melalui aktiviti hari sukaneka ini, warga sekolah, penjaga dan murid-murid Prasekolah Pintar
dapa tmengeratkan hubungan SARANA terhadap kami. Kerjasama dari semua warga sekolah,
waris dan murid-murid amat diharapkan bagi melicinkan perjalanan aktiviti Hari Sukaneka
Prasekolah Permata Genius 2018.
2.0 OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti sukaneka yang dipertandingkan.
2. Mencungkil bakat dan potensi diri di kalangan murid prasekolah dalam bidang sukan
3. Mewujudkan jati diri dan daya saing murid ke arah kejayaan yang lebih positif semasa
pertandingan dijalankan.
4. Memupuk semangat kerjasama dan penglibatan langsung di kalangan murid, guru-guru dan
ibu bapa.

3.0 KUMPULAN SASARAN


- Murid-murid Prasekolah Permata Genius 2018. seramai 25 orang murid.

4.0 MAKLUMAT PROJEK


Tarikh : 26 April 2018
Hari : Khamis
Masa : 8.00pg – 12.30tghr

5.0 JAWATANKUASA PROJEK


Pengerusi : En. Halim Bin Khamis
Naib Pengerusi : En. Mohd Shukri Bin Abdullah
: Pn. Siti Arneda Binti Muhammad
: En. Ahamad Shukre B Mat Lazim
Setiausaha : Pn. Nurul Nadirah Binti Ramli
Bendahari : Cik. Rosazlizahaida Binti Azahar
6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
MASA AKTIVITI
7.45 pagi Pendaftaran ibu/bapa/penjaga dan murid prasekolah/Taklimat
8.00 pagi Bacaan doa
8.15 pagi Ucapan Perasmian Guru Besar
Oleh En. Halim Bin Khamis
9.00 pagi Perbarisan masuk
Aktiviti sukaneka
Acara 1 : Berlari zig-zag dan membawa bola ping pong dalam sudu
Acara 2 : Melompat Kanggaru dan mengisi air dalam botol
Acara 3 : Jumping ball dan berlari membawa bola
Acara 4 : Skipping
Acara 5 : Mencari huruf dan nombor
Aktiviti Waris
Acara 1 : Lari berpasangan ikat kaki
Acara 2 : Cari cinta dalam hati.
Acara 3 : Menyusun Puzzle
12.30 tghr Penyampaian hadiah
Jamuan dan bersurai

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Akaun bantuan Kokurikulum Prasekolah


7.2 Akaun Bantuan Makan Prasekolah
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut adalah merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti sukaneka
ialah;-
BIL. PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH
Hadiah Made 25 orang RM 10.00
1.

JUMLAH RM250.00
Makanan murid Prasekolah
2.  Sarapan RM 3.00 25 orang RM75
 Makan Tengahari RM 5.00 25 orang RM125
JUMLAH RM200
Cenderahati murid Prasekolah
3. - Baju t-shirt RM 20.00 25 orang RM500

JUMLAH KESELURUHAN RM 950.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti hari sukaneka Prasekolah Permata Genius 2018 dapat dijalankan
dengan lancar dan dapat memberi makna dalam peningkatan kendiri murid. Di samping itu, aktiviti
ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diharapkan juga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan
ibu bapa dengan pengurusan sekolah dan memberikan keseronokkan kepada murid prasekolah.

Disediakan Oleh ; Disemak oleh;

------------------------------------------ ------------------------------------------------------
(NURUL NADIRAH BINTI RAMLI) (AHAMAD SHUKRE BIN MAT LAZIM)
Guru Prasekolah Permata Genius Guru Penolong Kanan KOKU
SKDKr 2 SKDKr 2

Disahkan oleh;

--------------------------------------------
(HALIM BIN KHAMIS)
Guru Besar
SKDKr 2

You might also like