You are on page 1of 3

JADUAL

1. Fasal 5 (x) - Kelulusan

2. Fasal 6 (i) - Gaji

(a) Gaji Bulanan

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada


institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,188.00);
atau
ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pendidikan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94);
atau
iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94);
atau
iv) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,902.98);
atau
v) Ijazah doktof falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakkan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,209.60);

(Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred DG41)

(b) Pergerakan Gaji

Pegawai boleh dipertimbangkan pergerakan gaji biasa pada


tarikh pergerakan gaji tahunannya berdasarkan kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan.

3. Fasal 6 (ii) – Elaun dan Kemudahan:

Pegawai akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak


mengikut gred jawatan yang ditawarkan tertakluk kepada Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.1.1.1 dan Ceraian
UP.1.1.8.

4. Fasal 6 (iii) - Ganjaran:

Ganjaran hanya akan dibayar dengan syarat pegawai menyempurnakan


perkhidmatan dengan memuaskan. Pengiraan ganjaran berdasarkan
formula berikut:

Mencarum kepada KWSP


(17.5% - kadar caruman majikan dalam KWSP) x (gaji akhir x jumlah genap
bulan perkhidmatan) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam
KWSP).

Tidak Mencarum kepada KWSP


17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan.
5. Fasal 9 dan 10 – Notis Berhenti Kerja:

Pihak Kerajaan dan pihak pegawai boleh menamatkan perkhidmatan kontrak


ini dengan memberi 30 hari notis ataupun membayar sebulan gaji sebagai
menggantikan notis.

You might also like