You are on page 1of 48

BAHASA MELAYU (BM3311D) FORMAT TEKS UCAPAN

Ahli kumpulan : PARAMESWARI A/P PERUMAL PANIMALAR A/P DARMALINGAM

PECAHAN TAJUK
Pengenalan Definisi ucapan Jenis-jenis ucapan Tujuan ucapan Ciri-ciri ucapan yang baik
Strategi Pengucapan yang baik Alat bantu dalam penyampaian ucapan Contoh-contoh format dan contohcontoh ucapan

PENGENALAN UCAPAN

Komunikasi sehala. (mendengar apa yang disampaikan oleh individu yang berucap ) Majlis majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan dan sebagainya. Kandungan ucapan berbeza mengikut fungsi majlis tersebut.

Menggambarkan individu yang berucap tentang sesuatu perkara di hadapan hadirin. Berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Memerlukan kemahiran dalam aspek aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan. Dapat menguasai perhatian hadirin.

DEFINISI UCAPAN

Kata kata yang mengandungi isi yang bagi melahirkan berbagai bagai harapan kepada khalayak tertentu. Merupakan kegiatan melafazkan kata kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah dan sebagainya.
Diertikan sebagai kata kata yang dilafazkan nasihat, penyataan, pemberitahuan.

JENIS-JENIS UCAPAN

UCAPAN RASMI
UCAPAN TIDAK RASMI

UCAPAN RASMI
Ucapan dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas atau orangorang kenamaan. Pengucap: boleh terdiri daripada orang kenamaan. Berbentuk komunikasi sehala. Hanya pengucap sahaja yang akan bertutur. Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi yang ditetapkan.

UCAPAN TIDAK RASMI


Ucapan yang disampaikan secara bebas dan tidak terikat kepada sebarang prosedur Penggunaan bahasa yang lebih ringkas dan terus kepada maksud Contoh: ucapan majlis hari jadi, ucapan hari raya, ucapan meraikan rakan sejawat yang baharu dan sebagainya

TUJUAN UCAPAN
Memberitahu serta menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada orang ramai.

Menghibur para audiens

Penganjuran majlis khas

Memujuk

FORMAT UCAPAN

Permulaan Ucapan
Dimulakan dengan rasa syukur kepada Tuhan, diikuti dgn kata hormat dan salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat kedudukan tetamu yang hadir. Mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur.

Permulaan
Susunan kata alu Panggilan hormataluan hendaklah panggilan yang wajar menggunakan bagi memperkenalkan panggilan hormat atau menyebut yang betul mengikut tetamu yang hadir status pangkat atau dalam sesuatu majlis taraf tetamu (gelaran, nama, dan pangkat atau jawatan daripada yng tertinggi kepada yang terendah)

Panggilan Hormat
o Tuan Yang Terutama
o Digunakan utk jawatan Tun, Datuk, Tuan, Yang Dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi

o Yang Amat Berhormat


o Digunakan untuk jawatan Perdana Menteri

o Yang Berhormat (YB)


o Digunakan utk jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Pegawai Undang-Undang Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Pegawai Kewangan Negeri

Yang Berbahagia (Y.Bhg.)


Digunakan untuk jawatan Y.Bhg. Tan Sri Datuk Prof. Dr. Haji (nama), Y.Bhg. Tan Sri Raja (nama), Y.Bhg. Tan Sri Tengku (nama), Y.Bhg. Tun. Dr. (nama), Y.Bhg. Tan Sri Datuk Patinggi (nama), Y.Bhg. Datin Seri (nama), Y.Bhg. Datuk Paduka (nama), Y.Bhg. Datin Paduka Hajah (nama) dan Y.Bhg. Datin (nama)

Yang Teramat Mulia (YTM)


Digunakan untuk jawatan YTM Tengku (nama) dan YTM Undang Rembau Negeri Sembilan

Yang Amat Arif Digunakan untuk jawatan Tuan Hakim Negara Yang Arif Digunakan untuk jawatan Tuan Hakim Besar Yang Berusaha/ Yang Berbahagia/ Yang Mulia Digunakan untuk jawatan Pengerusi Majlis, Ketua Jabatan, dan Ketua Bahagian Yang Mulia Digunakan untuk gelaran Tengku Raja, Tunku, Engku. Ungku dan Datu Yang Amat Berbahagia Digunakan untuk jawatan Tun dan Toh Puan

Isi Ucapan
Bergantung pada sesuatu majlis. Sesuai dengan majlis seperti tajuk atau tema dan hal-hal yang berkaitan. Contoh :
ucapan bagi penganjur majlis perpisahan. ucapan bagi orang yang diraikan

Penutup Ucapan
Bahagian yang merumuskan keseluruhan tujuan ucapan tersebut. Pengucap tidak perlu menyatakan lupa idea, tidak bersedia berucap, memohon maaf berkali-kali atau membuka cerita baharu. Contoh :
Penganjur majlis perpisahan hendaklah menyatakan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat sehingga majlis perpisahan itu berjaya dilangsungkan

Dalam ucapan umum, ayat penanda yang biasa digunakan ialah : saya mengakhiri ucapan dengan . Ucapan diakhiri oleh penyudah bicara seperti terima kasih , sekian, wassalam dan sebagainya.

PERSEDIAAN UCAPAN

Persediaan sebelum memberi ucapan adalah aktiviti penting. Makna sesebuah ucapan adalah bagi memastikan semua pendengar memikirkan apa yang bakal anda tekankan semasa ucapan itu diberikan. Aktiviti PENYELIDIKAN amat penting dan harus dilakukan sebelum menyampaikan ucapan. Terdapat beberapa sebab yang menyokong idea ini iaitu :

Sebagai penceramah kita harus tahu apakah jenis maklumat yang sukar diperoleh oleh pendengar. Kawasan pedalaman Tiada tahap ketersampaian. Kawasan terpencil.

Kita perlu tahu apakah masalah masalah semasa yang jawapannya masih kabur pada sesetengah pihak. Kita juga harus memahami apakah pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh pendengar pendengar yang hadir.

CIRI-CIRI UCAPAN

Ciri-Ciri Ucapan yang Baik


a) Bahasa mudah difahami Mudah difahami untuk kumpulan yang disasarkan Tidak mengandungi makna yang berbungabunga, bahasa kiasan, mengandungi bahasa tersirat dan istilah khusus Pendengar akan keliru sekiranya perkataan tersebut digunakan

Bahasa seharusnya berkesan, padat, tegas, dan meyakinkan Bahasa seharusnya sesuai dengan taraf hadirin dan mesej ucapan Pemilihan kata, struktur ayat, laras bahasa harus tepat dan sesuai Teks ucapan rasmi: gaya bahasa perlu bersifat formal, serius dan tegas

Isi yang Bermakna


Sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar Contoh: Kanak-kanak isi ucapan hendaklah ringkas, tidak terlalu panjang dan bersesuaian dengan tahap umur Faktor taraf pendidikan juga perlu diambil kira

Struktur Ucapan
1. Kata alu-aluan bagi menghargai hadirin yang hadir 2. Isi kandungan ucapan dengan mendahulukan isi yang penting daripada isi yang kurang penting 3. Pada waktu-waktu tertentu, pengucap perlu menyebut rujukan terhadap hadirin bagi menarik tumpuan mereka

4. Contoh:

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saudarasaudara sekalian, Rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi 5. Ucapan diakhiri dengan penutup dan ucapan terima kasih * Ucapan yang tidak berstrukturpendengar tidak dapat mengikuti isu ucapan secara berkesan

Suara yang Jelas

Suara yang jelas dan terang Mengelakkan penggunaan nada suara yang mendatar Gunakan nada suara yang berbeza-beza dalam keadaan tertentu

Cara Persembahan Merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapan secara keseluruhan Persembahan yang baik dapat melindungi kekurangan semasa berucap

STRATEGI PENGUCAPAN AWAM

Strategi Persiapan Berucap yang Tersusun


1. Mempunyai objektif ucapan Menetapkan matlamat adalah langkah pertama untuk menukarkan sesuatu kejayaan dalam hidup.-Anthony Robbins Susunkan objektif mengikut kepentingan Pengucap perlu memastikan semua objektif kehendak disampaikan tercapai dan tidak melebihi masa yang diperuntukkan.

2. Ucapan mempunyai pengenalan, isi dan

penutup yang tersusun dan menarik

Gunakan senapang, bukannya pistol untuk mensasarkan beberapa sasaran utama dan tembaklah betul-betul di tengah sasaran. - Anonim-

Ucapan Memenuhi Sasaran Audiens


Sasaran audiens bergantung kepada umur, kehendak, tahap pemikiran, bangsa, agama, negeri, kepercayaan Melihat respons audiens semasa berucap * Tidak menyentuh sentimen perkauman

Persiapan Sebelum Ucapan 1. Menjaga kesihatan 2. Menganalisis audiens 3. Memilih dan menyelidiki topik 4. Merangka dan menyusun maklumat

BEBERAPA STRATEGI YANG PERNAH DIAMALKAN OLEH BEBERAPA ORANG PENGUCAP

90 peratus daripada sejauh mana bagusnya ucapan seseorang ditentukan sebelum dia naik ke pentas.-Somers White Saya membuat persiapan sekurangkurangnya selama tiga minggu sebagai persediaan untuk ucapan spontan.-Mark Twain Saya membuat persiapan selama satu jam untuk setiap minit ucapan saya.-Dr. Roger Burgoff-

Latihan Berucap
1) Baca ucapan kita beberapa kali secara kuat. 2) Berucap kepada satu titik pada dinding. 3) Rakamkan latihan ucapan kita pada kaset ataupun video. 4) Berlatih cara penyampaian kita di hadapan cermin. 5) Berlatih di hadapan kawan-kawan ataupun ahli keluarga kita.

6) Berlatih berseorangan.
7) Menghafal beberapa ayat ataupun ungkapan yang menarik. 8) Berpakaian secara selesa. 9) Bersedia sepenuhnya.

10)Berdoa.

Format ucapan
Pengenalan- Dimulakan dengan katakata aluan kepada hadirin mengikut protokol atau peringkat kedudukan masing-masing. Isi- Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan tujuanseterusnya isi ucapan.

Kata-kata Penghadapan- Kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya bertujuan menarik perhatian. Penutup-Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan diakhiri. Misalnya: Akhir sekali..

Alat bantu

Alat pembesar suara Mikrofon Layar skrin Teks ucapan

Contoh
Contoh 1 Contoh 2

CONTOH UCAPAN TIDAK RASMI DI SEKOLAH

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like