You are on page 1of 11

PEPERIKSAAN BERPUSAT

Ujian penilaian
sekolah rendah (UPSR)

Struktur /format kertas ujian

Fokus ujian

Implementasi

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Kertas SAINS mula diperkenalkan dalam UPSR pada tahun 1997. Dari tahun 1997 hingga 2002, kertas soalan hanya menggunakan Bahasa Melayu. Pada tahun 2003 hingga 2007, kertas soalan mengandungi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara bersetentang muka surat. Pada tahun 2008, kertas soalan menggunakan Bahasa Inggeris diikuti oleh Bahasa Melayu dengan kaedah `satu selepas yang lain.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka. Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ). UPSR dilapor berdasarkan pencapaian pelajar dalam setiap ujian menggunakan skala limamata.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


A B C
Sangat Baik Baik Sederhana Pencapaian di atas tahap penguasaan minimum (lulus)

D E

Lemah Sangat Lemah

Pencapaian di bawah tahap penguasaan minimum (gagal)

Struktur /format kertas ujian UPSR Sains

Kertas Sains ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 15 minit (75 minit). Calon dicadangkan menjawab Bahagian A dalam masa 45 minit manakala Bahagian B dalam masa 30 minit. Soalan yang dikemukakan dalam Bahagian A adalah berbentuk objektif. Terdapat 30 soalan dan calon diminta menjawab kesemua soalan tersebut yang membawa 30 markah.

Dalam Bahagian B, calon diminta menulis jawapan di ruangan yang disediakan dalam kertas soalan. Jumlah soalan dalam Bahagian B ini tidak tetap iaitu 4 hingga 5 soalan utama. Setiap soalan utama itu diikuti pula 2 hingga 5 soalan kecil (sub soalan). Walau jumlah soalannya berbeza-beza dari tahun ke tahun, tetapi jumlah markah penuhnya tetap sama iaitu 20 markah. Seperti dalam Bahagian A, Bahagian B juga calon diminta menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.

Jumlah markah : 30 + 20 =

50 50

x 2 = 100%

Perincian kertas sains UPSR


BAHAGIAN

BENTUK SOALAN

BILANGAN SOALAN

PERKARA YANG DIUJI

CADANGAN MASA

PERATUS MARKAH

Objektif: 1. A Aneka Pilihan (Multiple choice) 1. Aneka Gabungan (Multiple combination)

30

Fakta

45 minit

60%

Subjektif

45

Kemahiran Proses Sains

30 minit

40%

JUMLAH

75 minit

100%

You might also like