You are on page 1of 39

Pengurusan

Kemudahan Sukan
Ahli Kumpulan:
Lim Jia Sheng
Tan Sew Lim
Chua Li Hui
Lee Hoei Yee
Lim Mei Yuan

Pengenalan
Pengurusan kemudahan sukan adalah satu bidang
pengkhususan pengurusan sukan.
Ia semakin popular dan diberi perhatian kerana
sektor ini menjadi penyumbang utama kepada
industri sukan, hiburan, dan penyelenggaraan
acara.
Ia turut menyumbang kepada industri pelancongan
dan menjana pertukaran mata wang asing.
Kemudahan-kemudahan yang diuruskan dengan baik
akan memberi peluang-peluang pekerjaan komuniti
sukan dan penduduk sekitar kemudahan tersebut.

Stadium Nasional Bukit


Jalil, Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil
merupakan antara stadium yang
terbesar di dunia dan menyediakan
tempat duduk berbumbung untuk
memberi keselesaan dan
perlindungan optimum daripada
cuaca untuk 100,000 penonton.

Stadium ialah
kemudahan sukan
yang utama yang
menjadi mercu
tanda sesebuah
negara.

Pengurusan Kemudahan
Ia melibatkan pelbagai jenis dan peringkat organisasi
termasuk badan korporat, institusi pendidikan, bank,
syarikat multinasional, institusi perubatan, majlis-majlis
daerah dan perbandaran, kerajaan tempatan, negeri dan
negara. Dilihat dari perspektif yang lebih besar,
contoh-contoh kemudahan melibatkan lapangan terbang,
dewan, dan bangunan awam.
Pengurusan kemudahan adalah satu perkhidmatan yang
ditawarkan oleh pengurus kemudahan dan khidmat ini
haruslah dapat memuaskan permintaan dan keperluan
mereka yang bergantung kepada kemudahan tersebut
untuk menjayakan apa-apa acara atau tujuan yang
dihajatkan.

Contoh: Litar F1 Sepang, Selangor


Litar Antarabangsa Sepang ialah
sebuah litar yang digunakan untuk
perlumbaan Formula Satu, Grand
Prix A1, Grand Prix Motosikal dan
sukan permotoran yang lain.
Litar ini dirasmikan
oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keempat,
iaitu Tun Doktor
Mahathir Bin Mohamad
pada 7 Mac 1999.
Beliau kemudiannya
merasmikan perlumbaan
Moto GP yang pertama
di Malaysia pada 20
April 1999, dan juga
perlumbaan Formula
Satu pertama di
Malaysia.

Peluang dan Tanggungjawab


Seorang Pengurus Kemudahan Sukan
Berpeluang untuk terlibat sama dalam membuat keputusan
dan amalan-amalan yang dapat membantu sesebuah
organisasi mengurus kos operasi di samping menyediakan
perkhidmatan di dalam persekitaran yang selamat, sihat
dan memuaskan.
Dapat menyesuaikan program pengurusan kemudahan
supaya memenuhi segala keperluan dan tanggungjawab.
Dapat mengklasifikasikan dengan betul perbelanjaan
penyelenggaraan dengan pembinaan.
Dapat memahami perbezaan dalam peranan semua yang
terlibat dengan pengurusan kemudahan sukan.
Dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti menyeluruh
(total quality service).

Aspek-aspek operasi amat penting diambil kira dalam


setiap rancangan pembinaan kemudahan sukan. Aspek
utama yang perlu difahami ialah keperluan peserta
dan penonton seperti di bawah:

Ruang permainan
Kapasiti tempat duduk
Keperluan pencahayaan
Keselesaan
Keperluan permukaan lantai
Keselamatan dan kesihatan
Keperluan padang rumput
Keperluan kolam renang
Keperluan trek olahraga
Keperluan kemudahan lain

Gelanggang Badminton

Gelanggang Tennis

Gelanggang Bola Tampar

Padang

Trek Larian

Stadium

Kolam Renang

Konsep Pengurusan
Kemudahan Sukan
Seorang pengurus yang baik haruslah memahami
semua aspek pengurusan kemudahan sukan dan
memiliki pengalaman peribadi mengendalikan tugastugas yang khusus.
Pengalaman bekerja dari peringkat bawahan seperti
mencuci lantai hinggalah kepada mengadakan
perjumpaan dengan ahli lembaga pengarah adalah
sangat berharga.
Pengetahuan, pengalaman dan latihan dalam kerja
(on-the-job) adalah saling berkait dan menghasilkan
seseorang pengurus kemudahan sukan yang
berwibawa.

(i) Objektif Pengurusan Kemudahan


Sukan

Antara objektif pengurusan kemudahan sukan adalah:


Memberi perkhidmatan berkualiti menyeluruh
Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan
peralatan
Menguruskan risiko kemudahan sukan
Memaksimakan faedah penggunaan kemudahan

(ii) Kemahiran pengurus kemudahan sukan


Pada amnya, kemahiran yang diperlukan oleh seorang
pengurus kemudahan sukan untuk membolehkan dia
melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna terbahagi
kepada tiga iaitu:

Kemahiran
Kemahiran
Lembut
Keras
Kemahiran
Teknikal

Kemahiran lembut (soft skills)


kemahiran berkomunikasi
kemahiran interpersonal (perseorangan)
Kemahiran keras (hard skills)
kemahiran pengurusan perniagaan
kemahiran perakaunan
kemahiran perancangan dan reka bentuk
kemahiran pemasaran
kemahiran merangka program
Kemahiran teknikal (technical skills)
Kesihatan dan keselamatan
Pengudaraan
Penyejukan
Pencahayaan
Penanaman dan penjagaan rumput
Pemasangan dan penjagaan lantai
Penyelenggaraan kolam renang
Penyelenggaraan trek olahraga

Kurikulum Pengurusan
Kemudahan Sukan
(i) Sejarah kemudahan Sukan
Sejarah kemudahan sukan bermula dari era
kegemilangan Greece, Roman, Inggeris.
Secara perbandingan, sejarah sukan moden di
Tanah Melayu masih baru lagi.
Pergerakan Olimpik kuno dan moden begitu
ketara sekali mempengaruhi perkembangan
kemajuan kemudahan sukan.

(ii) Falsafah pengurusan kemudahan sukan


Mengkaji falsafah pengurusan kemudahan sukan
bermaksud melihat pendekatan yang digunakan
dalam mencapai matlamat-matlamat yang
berbeza umpamanya kemudahan percuma dan
kemudahan berbayar. Aspek-aspek utama yang
diambil kira dalam menentukan falsafah
pengurusan kemudahan sukan adalah seperti
berikut:

Perancangan kemudahan, pemilihan, lokasi dan


reka bentuk serta proses pembinaannya
Perancangan sesebuah kemudahan sukan melibatkan
beberapa proses asas.
Pertama, perlu sekali mengambil kira ciri-ciri
yang mempengaruhi pemilihan lokasi.
Kedua, apakah aspek-aspek reka bentuk
kemudahan yang dapat menentukan
keberkesanan penggunaan dan
penyelenggaraannya, keperluan ruang dalaman.
Ketiga, apakah proses pembinaan dan pilihan
bahan binaan serta implikasi kos, masa
pembinaan dan sistem operasinya.

Sistem, operasi dan penyelenggaraan


kemudahan sukan
Adalah penting pengurus mengetahui serba
sedikit tentang sistem-sistem yang
digunakan dalam kemudahan sukan,
contohnya sistem pemanas dan
pengudaraan.
Melihat secara dekat operasi kemudahan
yang ada di negara ini seperti di Kompleks
Sukan Negara membolehkan kita memahami
konsep dan pendekatan penyelenggaraan
yang efektif dan menjimatkan.

Pentadbiran, pemasaran, kewangan, sumber


manusia dan aspek undang-undang
kemudahan sukan
Ini termasuk mengenali selok-belok
pentadbiran kemudahan, pengendalian
kewangan dan kepentingannya, permintaan
dan pembekalan sumber manusia yang
berubah-ubah serta pengurusan risiko
kemudahan sukan.

Perancangan acara, keselamatan dan prosedurprosedur


Kejayaan program sukan adalah bergantung
kepada bagaimana perancangan acara
tersebut dilakukan dengan mengambil kira
kesediaan sesuatu kemudahan sukan.
Umpamanya apakah langkah-langkah
keselamatan, prosedur kesihatan dan keadaan
persekitaran kemudahan berada dalam
keadaan baik dan terkawal.

(iii) Contoh aplikasi dalam falsafah dalam


perancangan kemudahan, Olsen (1997)
1. Segala ruang aktiviti perlu direka bentuk
berdasarkan prinsip ketahanan, mudah
diubahsuaikan, fleksibiliti, dan kepelbagaian
penggunaan.
Ini bermakna kemudahan harus dibina bagi
membolehkan pelbagai acara dilangsungkan
secara serentak.
Isu pengubahsuaian dan pengalihan diambil kira
untuk menghadapi keadaan jadual acara yang
ketat.
Pelbagai kemudahan sokongan seperti empat
letak kereta, tandas, tempat penyediaan
makanan, ruang legar, tempat duduk penonton
dan peserta, pintu keluar, dan tangga tidak
boleh diabaikan.

2. Kemudahan untuk ujuan penyimpanan, sistem


kawalan, dan ciri-ciri keselamatan harus
diintegrasikan dengan teliti.
3. Dalam perancangan sistem operasi bangunan atau
kemudahan sukan, sistem pengaliran udara dan
air, sistem komunikasi dalaman dan luaran,
penjimatan tenaga, dan isu pemuliharaan jangka
panjang perlu dipertimbangkan.
4. Perancangan antara agensi (rekreasi, taman,
akademik, dan pegawai olahraga) diadakan bagi
memastikan penggunaan ruang atau tempat yang
maksimum serta mengelakkan kemudahan
bertindan dalam lokasi yang sama.

5. Keperluan khas bagi kumpulan pengguna istimewa


seperti yang kurang upaya dari segi fizikal dan
kognitif harus diambil kira dalam penyediaan
kemudahan sukan.
6. Dalam proses perancangan kemudahan sukan,
penggunaan tempat untuk program masyarakat
tempatan seperti acara muzik dan teater,
jamuan, aktiviti sekolah, dan pertunjukan harus
dipertimbangkan.
7. Kajian perlu dilaksanakan untuk memperoleh
pengetahuan tentang garis panduan kejuruteraan,
seni bina, dan teknolgi terkini dalam
pembangunan kemudahan atau infrastruktur
sukan.

Setiap cadangan tersebut mempunyai potensi untuk


mempengaruhi:
Jadual dan program yang berlangsung dalam
suatu institusi
Rancangan belanjawan
Prosedur pemilihan pegawai
Inisiatif perancangan kemudahan
Walaubagaimanapun, seorang pengurus kemudahan
sukan wajib membentuk dan melaksanakan falsafah
institusi dalam proses operasi harian dengan
pegawai atau kakitangannya.
Falsafah institusi yang dipraktikkan oleh kakitangan
organisasi harus difahami supaya dapat memberikan
perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna
berpandukan falsafah institusi.

Pengurusan Kemudahan Sukan yang


Strategik
Visi & Misi Organisasi
Visi & Misi Organisasi

Analisis Dalaman

Fasa
Perancangan

Analisis Luaran

Penentuan matlamat &


objektif
Mengenal pasti &
pemilihan strategi

Fasa
Implementasi

Pelaksanaan strategi
Operasi harian
Pengurusan acara

Fasa
Penilaian

Kawalan & penilaian


berterusan

M
A
K
L
U
M
B
A
L
A
S

1.

Kaedah Memperbaiki
Kemudahan Dan Peralatan
Sukan
Kenalpasti dengan jelas keperluan kemudahan dan

peralatan yang sebenarnya. Keutamaan dalam


menggunakan peralatan itu harus diambil perhatian.

2. Cuba sibarkan secara meluas keperluan sukan itu


kepada pegawai-pegawai pendidikan, ahli-ahli politik,
pemimpin masyarakat, tentera, ahli-ahli perniagaan
dan pegawai-pegawai kerajaan. Perhatikan sekiranya
mereka dapat memberi bantuan dan memberikan
khidmat nasihat.

3. Dapatkan kerjasama daripada persatuan-persatuan


sukan yang lain dan di kalangan masyarakat untuk
membuat perancangan dan mengatur strategi untuk
memenuhi keperluan persatuan sukan anda.
4. Memperolehi bantuan dan sokongan daripada
golongan korporat untuk memberi peralatan dan
pakaian sukan.
5. Dapatkan penajaan daripada syarikat, orang-orang
kenamaan dan individu yang terpengaruh untuk
membayai program latihan.
6. Berjumpa dan berbincang dengan Persekutuan
Persatuan Sukan negara untuk menentukan sekiranya
mereka dapat memberi bantuan dalam bentuk
kemudahan dan peralatan sukan.

7. Dapatkan kemudahan latihan di tempat lain, selain


daripada pusat latihan persatuan yang ada
sekarang, untuk mempertingkatkan lagi mutu
latihan.
8. Tentukan anda mengetahui semua kemudahan dan
peralatan sukan yang ada dalam masyarakat.
Mungkin boleh diminta kebenaran untuk
menggunakan kemudahan dan peralatan mereka
untuk tujuan latihan.
9. Dengan mengadakan program pertandingan
mungkin mendorongkan kerajaan menyediakan
kemudahan dan peralatan sukan.

Kesimpulan
Kemudahan dan peralatan merupakan salah satu
komponen yang amat penting dalam sukan.
Kemudahan dianggap berkualiti jika memenuhi
keperluan semasa organisasi dan penggunanya.
Kemudahan berkualiti harus mempunyai ciri-ciri
berikut:
1. Kos efektif dari segi penyelenggaraan
2. Lengkap dan sesuai
3. Mudah dicapai
4. Bersih, selamat, mudah digunakan, dan selesa
5. Selesa dipandang dan digemari oleh pengguna
atau pelanggan

Rujukan
1. Omardin Ashaari (1998). Pengurusan Sukan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
2. Mohd Salleh Aman (2006). Pengurusan Sukan
Aplikasinya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit
Universiti Malaya.
3. Wee Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan
Abdullah (2007). Pengurusan Strategik Sukan.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sesi Soal Jawab

Di bawah manakah merupakan aspek-aspek utama yang diambil


kira dalam menentukan falsafah pengurusan kemudahan
sukan?
I. Perancangan kemudahan, pemilihan, lokasi dan reka
bentuk serta proses pembinaannya
II.Sistem, operasi dan penyelenggaraan kemudahan sukan
III.Pentadbiran, pemasaran, kewangan, sumber manusia
dan aspek undang-undang kemudahan sukan
IV.Perancangan acara, keselamatan dan prosedur-prosedur
A.
B.
C.
D.

I, II, IV
II, III, IV
I, III, IV
Semua di atas

Di bawah merupakan antara objektif


pengurusan kemudahan sukan kecuali : A. Memberi perkhidmatan berkualiti
menyeluruh
B. Meminimakan faedah penggunaan
kemudahan
C. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan
dan peralatan
D. Menguruskan risiko kemudahan sukan

Apakah ciri-ciri kemudahan yang


berkualiti?
1. Kos efektif dari segi
penyelenggaraan
2. Lengkap dan sesuai
3. Mudah dicapai
4. Bersih, selamat, mudah
digunakan, dan selesa
5. Selesa dipandang dan digemari
oleh pengguna atau pelanggan

Sekian,
Terima
Kasih!

You might also like