You are on page 1of 5

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN

(SUKAN DAN REKREASI)

SEMESTER (1)

SUBJEK (GGF1213 PROSEDUR PENGURUSAN


PERTANDINGAN SUKAN)

TUGASAN:

[PENGURUSAN SUKAN]

DISEDIAKAN OLEH:

[MUHAMMAD HAFIZULLAH BIN ROSDY]

NO MATRIK;

[A193939]

DISEDIAKAN UNTUK:

[DR. WAN AHMAD MUNSIF WAN PA]


Pengurusan bermaksud bekerja melalui orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang
dapat membantu organisasi mencapai objektifnya. Sukan boleh disamakan dengan sesuatu
aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada kerja profesional yang
perlu dibayar.Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk. Pertama, pengurusan sukan adalah
satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan
dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik
profesional yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib.

Tugas utama pengurus sukan ini terdiri daripada merangka dan mengurus pelan jangka
panjang sukan spesifik termasuk sasaran dan insentif bersama Pengurus Projek, Jurulatih dan
Saintis Sukan. .Pengurus sukan mempunyai obligasi untuk melaksanakan rutin yang
berbentuk perundangan atau sosial. Pengurus sukan perlu mengawasi,mencari dan menerima
pelbagai maklumat. Pihak pengurusan merupakan nadi pengerak organisasi bagi pihak luaran.
Pihak pengurusan menyampaikan maklumat kepada pihak luar dari segi aspek dasar,tindakan
atau hasil organisasi. Pengurus sukan juga perlu menjadi wakil pihak pengurus dalam
mesyuarat pengurus atau berperanan sebagai liaison sebagai contoh, dapat membekalkan
maklumat untuk mewujudkan organisasi. Pengurus juga perlu mewakili organisasi dalam
rundingan penting atau mesyuarat.Bukan itu sahaja, pengurus sukan juga berperanan sebagai
pengurus bajet. Hal ini dikatan demikian kerana pengurusan sukan perlu mencapai peluang
dan daya usaha untuk meningkatkan organisasi sebagai contoh, mengadakan perancangan
kewangan, mengekalkan rekod bajet serta memantau perakaunan dan juga menyatakan satu
dokumen perancangan kewangan. Selepas itu, penajaan pasukan. Pebgurus sukan perlu
mencari penjanaan untuk keperluan pasukannnya. Organisasi sukan berpotensi membuat
pinjaman,beli secara tunai,pelaburan jangka pendek. Perkara ini juga digunakan untuk
mendapatkan sumber-sumber yang lain seperti sumber manusia,peralatan sukan dan
teknologi.
Pengurus sukan juga berperanan sebagai penjaga kebajikan pasukan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengurus sukan bertindak sebagai pemimpin,bertanggungjawab dan
memotivasi. Pengurus sukan perlu menangani masalah yang timbul dalam organisasi dan
bertanggungjawab melaksanakan tindakan kolektif. Bertindak sebagai penyampai maklumat
ataupun penyebar maklumat kepada ahli organisasi.Pengurus sukan juga bertindak sebagai
pembuat keputusan dalam menghurai masalah yang dibuat untuk menyelesaikan masalah
yang wujud dalam organisasi, pengurus perlu membuat keputusan sebagai contoh dalam
membahagikan sumber. Seterusnya,sebagai pengurus prasarana latihan dan pertandingan.
Pengurus sukan mampu menggunakan dan kemahiran khusus dalam berkaitan alatan-alatan
sukan dan teknik-teknik yang berkaitan sukan dan permainan. Melakukan operasi dan
penyelenggaran pralatan dan memaksimakan kelancaran prasarana latihan dan pertandingan.
Akhir sekal, sebagai pelapor. Pengurusan sukan membuat pelaporan dalam semua aspek
kepada pegawai atasannya dan kepada atlet atau pekerjaannya. Berkemampuan untuk
menyampaikan laporan secara jelas, tepat dan padat berkaitan status atlet,pekerja dan jabatan

Dalam membentuk pasukan atau ahli jawatankuasa pengurusan sukan bidang tugas sesebuah organisasi
persatuan yang ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah hampir mempunyai persamaan
dengan bidang tugas persatuan di luar institusi pendidikan.Persatuan yang ditubuhkan di
sekolah rendah dan menengah mempunyai beberapa jawatankuasadi peringkat pentadbiran
(penaung, pengerusi, setiausaha, timbalan setiausaha, bendahari,timbalan bendahari, ahli
jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira) dan di peringkat teknikal(jurulatih, fisioterapi dan
pengadil).

Perkara ini terdiri daripada Pengerusi yang Mempengerusikan semua mesyuarat dan


bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat.Memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya seterusnya Setiausaha Menguruskan hal-
hal surat menyurat.Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau laporan kegiatan-
kegiatan persatuan.Mencatat kehadiran para ahli.Menyimpan dokumen yang berkaitan
dengan persatuan Selepas itu, Bendahari yang Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan persatuan.Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara yang
berkaitan dengan kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahihannya.Melaporkan
kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat Jawatankuasa Persatuan.
Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
Ahli JawatankuasaMembantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti persatuan
yang dirancang dan dilaksanakan.Mempengerusikan biro sekiranya dilantik dan exco-exco
lain seperti urus setia,disiplin dan keselamatan, pendaftaran,hadiah dan
cenderamata,makanan dan minuman dan akhir sekali ialah pengadil ataupun empire
 
Konflik dan penyelesaian masalah dalam pasukan atau organisasi sukan pula merujuk kepada
perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Kewujudan
Konflik di dalam sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh pelbagai punca, antaranya
disebabkan perbezaan atau percanggahan pendapat antara individu berkaitan sesuatu
maklumat atau tujuan, cara menjalankan tugas, perselisihan kefahaman terhadap sesuatu
keterangan, fakta, atau nilai iaitu salah atau benar sesuatu perkara membabitkan kepentingan
organisasi. Perselisihan pendapat boleh disebabkan oleh personaliti yang bertentangan,
perebutan kuasa, konflik peranan, ego dan kebanggaan dan percanggahan prestasi antara isu
lain. Konflik yang tidak diuruskan dengan baik akan memberi kesan yang negatif kepada
organisasi yang dipimpin, antaranya seperti yang berikut:

Persekitaran tempat yang toksik Adalah sesuatu yang mengecewakan apabila kita
berurusan atau berlatih dengan kakitangan sukan atau atlet yang tidak bertegur antara satu
sama lain disebabkan konflik yang tidak diselesaikan. Persekitaran seperti itu dibelenggu oleh
gosip dan sabotaj dan ia menjadi lebih parah apabila suasana berakhir dengan pergaduhan
fizikal dan lain-lain lagi. kos dan Masa.Banyak masa terbuang untuk mengurus konflik dan
usaha untuk menyelesaikannya. Terdapat kesan sampingan dan melibatkan kos dalam
mengurus konflik di tempat kerja termasuk tindakan undang-undang, keganasan, perpecahan,
dan masalah kesihatan antara masalah lain. Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung
kepada sejauh mana keupayaannya mengekalkan kesejahteraan persekitarannya sama ada
dalaman atau luaran. Bagi menjamin kesejahteraan persekitaran kerja dalam sesebuah
organisasi, aspek pengurusan konflik adalah satu kemahiran perlu dititikberatkan oleh
pemimpin. Seorang pemimpin yang efektif berupaya untuk memastikan perselisihan faham
atau konflik diselesaikan lebih awal sebelum ia menjadi lebih kronik. Antara cara untuk
menanganinya ialah selesaikan konflik Awal. Sebagai pemimpin yang sibuk dengan beban
tugas yang sedia ada, kadang kala mereka akan menangguhkan usaha kepada penyelesaian
konflik. Adalah penting untuk bertindak dengan segera dalam mengurus konflik sebelum ia
menjadi lebih kronik. Seterusnya,Amalkan komunikasi dan budaya yang cemerlang
Amalan komunikasi yang cemerlang, budaya hormat menghormati  dan bekerjasama di
tempat latihan atau kerja adalah amat penting. Dalam mana-mana konflik di dalam sesebuah
organisasi, kekurangan komunikasi adalah antara faktor utama penyebab berlakunya konflik.
Selepas itu,Kekalkan profesionalisme dan adil.Pemimpin yang efektif menangani
perselisihan pendapat  atau konflik di dalam  organisasi secara profesional dan secara adil.
Sesetengah konflik boleh menjadi peribadi  jika tidak diselesaikan dengan baik. Bukan itu
sahaja,Manfaatkan konflik sebagai peluang Konflik boleh bertukar menjadi peluang yang
hebat sekiranya pemimpin bersedia untuk menerima idea-idea baharu. Sebagai contoh,
apabila berlakunya konflik, satu mesyuarat atau perjumpaan boleh diadakan untuk memberi
kebebasan kepada atlet atau kakitangan untuk meluahkan perasaan, pendapat dan idea-idea
baru yang boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan dalam sesebuah organisasi sukan.
SUMBER RUJUKAN
1. Penny anak nathael naming, (2019) https://dokumen.tips/documents/membentuk-
jawatankuasa-pengelola-pertandingan.html
2. Jamilah ahmad, (2022) https://news.utm.my/ms/2022/12/mengurus-konflik-dalam-
organisasi/
3. Mohd Syamsul Samsuddin, (2013)
http://pencintasukan.blogspot.com/2013/06/pengurusan-sukan.html
4. muhdfahmisani, (2021) https://anyflip.com/iabwr/zmhw/basic
5. Mohd Salleh Aman, (2006), Pengurusan sukan : aplikasinya di Malaysia

You might also like