You are on page 1of 58

PENGAJIAN PERNIAGAAN

[ BAB 2 :PENGELUARAN ]

2.3 KAWALAN KUALITI


KAEDAH
PEMERIKSAAN
Pemeriksaan ke atas pengeluaran boleh
dilakukan di peringkat :

Kawalan Kawalan Kawalan


Awalan Semasa Selepas
Merupakan satu kaedah pantas untuk
mengesan kecacatan proses pengeluaran
dengan melakukan aktiviti pengujian
produk, aktiviti pengukuran dan aktiviti
sentuh.
Tujuan: -mengesan kecacatan pada
proses pengeluaran dan produk serta
melakukan penambahbaikan.
Kaedah dibuat secara:

a) Pemeriksaan menyeluruh
b) Pelan pensampelan
a)PEMERIKSAAN
MENYELURUH
Merupakan kaedah pengawalan kualiti
tradisional.
Melibatkan pengawalan kualiti terhadap
seluruh proses pengeluaran produk yang
dikeluarkan.

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH
Kebaikan:
Setiap peringkat proses pengeluaran
produk akan melalui proses
pemeriksaan.
Sesuai digunakan untuk mengawal
kualiti produk yang dihasilkan dalam
kuantiti yang kecil.

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH
Keburukan:
Tidak sesuai digunakan terhadap
proses pengeluaran produk secara
besar-besaran. (masa yang panjang
diperlukan & penggunaan sumber yang
banyak)

a) PEMERIKSAAN MENYELURUH
b) PELAN
PENSAMPELAN
Merupakan kaedah yang digunakan oleh
pembeli dan penjual untuk memeriksa
kualiti proses pengeluaran produk dan
produk siap yang sedia untuk dipasarkan.

b) PELAN PENSAMPELAN
Beberapa sampel produk akan diambil
secara rawak bagi mewakili satu
kumpulan produk.
Sampel yang diperiksa mematuhi
piawaian yang ditetapkan, kumpulan
produk tersebut akan diterima.
Sampel didapati mempunyai kecacatan,
kumpulan produk tersebut berhak ditolak
oleh pembeli.

b) PELAN PENSAMPELAN
Terdapat 2 jenis pelan pensampelan

b) PELAN PENSAMPELAN
Pelan pensampelan tunggal:
Menetapkan saiz sampel & bilangan
kecacatan.
JIKA:
a. Bilangan kecacatan yang diperiksa
daripada saiz sampel yang diambil
melebihi bilangan yang ditetapkan,
maka keseluruhan produk tidak
mencapai kualiti yang ditetapkan.

b) PELAN PENSAMPELAN
[PELAN PENSAMPELAN TUNGGAL]
b. Bilangan kecacatan kurang daripada
bilangan yang ditetapkan, maka
keseluruhan produk mencapai tahap
kualiti.

b) PELAN PENSAMPELAN
[PELAN PENSAMPELAN TUNGGAL]
Pelan pensampelan berganda dua:
Pemeriksaan produk yang dibuat
sebanyak dua kali.
Pemeriksaan kali pertama gagal
mengukur tahap kualiti sebenar produk.
Pemeriksaan kali kedua perlu dibuat.
Bukan menggambarkan bahawa
keseluruhan produk tersebut tidak
berkualiti.
b) PELAN PENSAMPELAN
[PELAN PENSAMPELAN BERGANDA DUA]
JIKA:
a. Pemeriksaan kali kedua mendapati
bilangan kecacatan produk mencapai
tahap kualiti, maka keseluruhan
produk tersebut diterima.
b. Pemeriksaan kali kedua mendapati
kecacatan produk tidak mencapai
tahap kualiti, maka keseluruhan
produk akan ditolak.

b) PELAN PENSAMPELAN
[PELAN PENSAMPELAN BERGANDA DUA]
ALAT KAWALAN
KUALITI
KAWALAN PROSES
SECARA STATISTIK
(SPC)

ALAT KAWALAN KUALITI


Merujuk kepada proses pengawalan
kualiti berdasarkan kaedah statistik yang
dijalankan sepanjang aktiviti pengeluaran.
Dalam sesuatu proses, jika tidak dikawal
akan menyebabkan kecacatan kepada
produk.
Perlu dikawal bagi memastikan output
yang dihasilkan dapat memenuhi
kehendak pelanggan.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC


Kegunaan SPC:
a) Memantau piawaian
b) Membuat pengukuran
c) Mengambil tindakan pembetulan

**Bagi SPC, alat yang dipanggil carta


kawalan digunakan untuk memantau
prestasi proses pengeluaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC


CARTA KAWALAN
Kaedah grafik untuk menilai sama ada
sesuatu proses itu berada di bawah
kawalan secara statistik atau tidak.
Sampel/contoh diambil secara rawak
daripada keseluruhan produk bagi
memastikan kualitinya.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC


Carta Kawalan:

Had kawalan atas



Garis Tengah

Had Kawalan Bawah

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC


oSetiap titik mewakili 1 sampel produk daripada
keseluruhan produk yang dikeluarkan.
oGaris tengah kualiti sebenar
oHad kawalan atas & bawah standard kualiti

yang masih dapat diterima walaupun tidak


memenuhi piawaian yang ditetapkan.
oSampel tidak berada dalam lingkungan had

kawalan atas & had kawalan bawah


menunjukkan kualiti sampel yang tidak boleh
diterima.
ALAT KAWALAN KUALITI-SPC
o Apabila hal ini berlaku beberapa tindakan
yang boleh diambil:
i. Menahan semua keluaran daripada
dipasarkan.
ii. Mengkaji punca masalah kualiti yang
wujud.
iii. Mengatasi masalah kualiti.
iv. Mengulang proses pengeluaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-SPC


ANALISIS NILAI
TAMBAH
Pengeluaran
a. Analisis sistematik dalam mengenal pasti &
memilih alternatif terbaik untuk mereka
bentuk bahan, proses dan sistem.
b. Dapat mengurangkan kos tanpa
menjejaskan keberkesanan.
c. Dapat mengekalkan kualiti & kepuasan
pelanggan.

ALAT KAWALAN KUALITI-ANALISIS


NILAI TAMBAH
Pembelian
a. Pemeriksaan setiap barang yang diperolehi
bagi memastikan jumlah kos
pengambilalihan, penyelenggaraan &
penggunaan semasa kitaran hayat produk.
b. Jika pemeriksaan menunjukkan kos yang
tinggi, syarikat akan menggantikannya
dengan pengganti lain dengan kos yang
lebih berpatutan.
c. Dikenali sebagai analisis value-in-use.

ALAT KAWALAN KUALITI-ANALISIS


NILAI TAMBAH
CARTA KAWALAN
Pemantauan adalah perlu untuk
memastikan sejauh mana produk yang
dikeluarkan memenuhi spesifikasi.
Terdapat 2 halangan berkaitan dengan
kualiti produk
i. Penyimpangan daripada spesifikasi
sasaran.
ii. Kebolehubahan yang melebihi had
spesifikasi sasaran.

ALAT KAWALAN KUALITI-CARTA


KAWALAN
Aktiviti kawalan dijalankan untuk
meminimumkan halangan-halangan
tersebut.
Pendekatan umum untuk mengawal
kualiti adalah dengan mengambil sampel
dalam bilangan tertentu daripada proses
pengeluaran yang sedang berjalan.
Rajah garis pemboleh ubah dihasilkan
bagi membandingkan dengan spesifikasi
sasaran.
ALAT KAWALAN KUALITI-CARTA
KAWALAN
KAJIAN KUALITI/KOS
Merujuk kepada tindakan pengurus
pengeluaran dalam melakukan penyelidikan
berkaitan kualiti produk yang dikeluarkan
berbanding dengan kos yang terlibat.
Kualiti produk - suatu standard produk yang
akan diterjemahkan oleh pengguna.
Kos jumlah perbelanjaan kewangan yang
dikeluarkan oleh perniagaan untuk
mematuhi kualiti produk yang ditentukan
oleh pengguna.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN


KUALITI/KOS
Pihak pengeluar meminimumkan kos
pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti
produk.
Kos pengeluaran yang rendah
membolehkan pihak perniagaan
menentukan harga serendah mungkin
untuk dijual kepada pengguna.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN


KUALITI/KOS
Kos kualiti yang ditanggung oleh
pengeluar terbahagi kepada 3.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN


KUALITI/KOS
a) Kos pencegahan-kos perancangan
kualiti, kos kajian semula teknikal, kos
kelengkapan pengujian dan kos latihan.
b) Kos taksiran-melibatkan kos prose
pengeluaran, kos kelengkapan
pengujian dan kos pengujian produk.
c) Kos kegagalan-merangkumi kos analisis
kegagalan dan membaik pulih
kegagalan.

ALAT KAWALAN KUALITI-KAJIAN


KUALITI/KOS
PASUKAN
PENAMBAHBAIKAN
KUALITI
Definisi-satukumpulan pekerja multi-
terampil yang dibebankan dengan
tanggungjawab untuk meningkatkan
proses pengeluaran atau mereka bentuk
produk baharu supaya produk mencapai
tahap kualiti yang ditetapkan.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN


PENAMBAHBAIKAN KUALITI
Mempunyai tujuan tertentu dari segi masa
dan wang serta memerlukan
pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN


PENAMBAHBAIKAN KUALITI
Menyertai proses penyelesaian masalah
untuk mencapai tujuan, mentakrif dan
memperincikan masalah, pertimbangan
alternatif penyelesaian masalah, memilih
alternatif penyelesaian dan melakukan
pemeriksaan selepas pelaksanaan.

ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN


PENAMBAHBAIKAN KUALITI
Mendorong peningkatan kualiti dalam
proses pengeluaran.(termasuk
penyelesaian masalah, tindakan
pembaikan, masalah audit, masalah
kecacatan produk, masalah proses,
masalah sistem dan masalah
pentadbiran)
Ia merupakan tanggungjawab 1 pasukan
bagi memastikan produk yang dihasilkan
berkualiti tinggi.
ALAT KAWALAN KUALITI-PASUKAN
PENAMBAHBAIKAN KUALITI
PENANDA ARAS
Merupakan proses membandingkan
prestasi dan merit sendiri dengan prestasi
dan merit yang terbaik dalam industri
yang sama atau berlainan dengan firma.
Dimensi yang diukur adalah:
i. Kualiti
ii. Masa
iii. kos

ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA


ARAS
Merupakan satu proses yang sistematik
& berterusan untuk mengenal pasti,
mempelajari, mengubahsuai &
melaksanakan amalan-amalan terbaik
daripada organisasi yang sama atau
berlainan.
Menggalakkan peningkatan kualiti
produk dengan cara menganalisis dan
kemudian meniru kaedah pengurusan
pemimpin lain.
ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA
ARAS
Membabitkan pihak pengurusan
mengenal pasti firma terbaik dalam
industri mereka, atau
sebarang industri yang memiliki proses
yang sama, dan membandingkan
keputusan dan proses yang dikaji dengan
keputusan dan proses sendiri bagi
mengetahui keupayaan prestasi sasaran
dan kaedah untuk menjadi yang terbaik.

ALAT KAWALAN KUALITI-PENANDA


ARAS
PENDEKATAN
KAWALAN KUALITI
PENDEKATAN
KAWALAN KUALITI
-KAWALAN INPUT
o Merujuk kepada kawalan awalan yang
dilaksanakan sebelum barang kerosakan
atau penyimpangan berlaku.
o Digunakan untuk mengawal aktiviti yang
melibatkan penggunaan mesin atau
peralatan.
o Dilaksanakan sebelum sesuatu aktiviti
dimulakan.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN INPUT
o Pengawalan dijalankan:
a) Memeriksa
b) Membaiki atau menggantikan
peralatan atau mesin yang telah rosak.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN INPUT
PENDEKATAN KAWALAN KUALITI
-KAWALAN PROSES TRANSFORMASI
o Merujuk kepada kawalan semasa yang
dilaksanakan ketika sesuatu proses atau
aktiviti sedang berjalan.
o Kawalan semasa melibatkan:
a) Tindakan pemulihan
b) Tindakan pembetulan
c) Tindakan pengubahsuaian selepas
kerosakan atau penyimpangan
berlaku.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN PROSES TRANSFORMASI
o Bentuk kawalan semasa:

i. Kawalan kualiti
ii. Kawalan kuantiti
iii. Kawalan prestasi

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN PROSES TRANSFORMASI
PENDEKATAN
KAWALAN KUALITI
-KAWALAN OUTPUT
o Merujuk kepada kawalan selepas yang
akan dilaksanakan selepas sesuatu
proses atau aktiviti tamat.
o Kesan:- kecekapan, keberkesanan
sesuatu aktiviti yang telah dijalankan
dapat dikenal pasti.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN OUTPUT
o Analisis varian boleh digunakan untuk
menilai kejayaan dan kegagalan sesuatu
proses/aktiviti.
o Tindakan pembetulan diambil terhadap
proses pengawalan pada masa akan
datang.

PENDEKATAN KAWALAN KUALITI-


KAWALAN OUTPUT
TERIMA KASIH.

Disediakan oleh Allan N.

You might also like