You are on page 1of 39

BAB 7: KAJIAN FABRIK

Pengenalan
Hasil Pembelajaran :
Menyatakan klasifikasi fabrik
mengikut gentian
Mengenal pasti sumber gentian asli
Menyatakan contoh bagi setiap
sumber
Menyatakan ciri gentian asli
Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah
menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan asas
untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka.
Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat
menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu
daripada sumber asli dan bahan kimia untuk pakaian dan
artikel lain.
Contoh pakaian
Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan, dan
cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita
untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan
kelengkapan rumah tangga.
1. Klasifikasi Fabrik
Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan
asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan
fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada gentian asli
dan gentian buatan.
GENTIAN ASLI
Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan
pelbagai sumber semulajadi untuk melindungi tubuh
mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun
dan kulit pokok merupakan pilihan utama mereka.
Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi
berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu.
Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada gentian
tumbuhan dan gentian haiwan.
Gentian Tumbuhan
Kapas
Linen
Kapas
Pokok kapas banyak ditanam di
Negara India, Amerika Syarikat,
Russia, China, dan Mesir. Tinggi
pokok kapas lebih kurang satu
hingga satu setengah meter. Pada
peringkat awal, bunganya berwarna
kuning muda kemudian selepas tiga
hari bunga akan menjadi merah dan
gugur meninggalkan lenggaiatau
buah kapas.
Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam,
terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang
akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok
yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji
buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji
benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.
Pokok Kapas
Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:
i. Kapas Sea Island
ii. Kapas Mesir
iii. Kapas Amerika
iv. Kapas India
Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk
membuat benang kapas dan fabrik yang ringanseperti
Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal
dan berat untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah
tangga dan industri. Kapas India digunakan untuk
menhasilkan fabrik berkualiti rendah.
Struktur gentian kapas

Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang


merupakan tiub yang pipih, berpintal dan terdapat limen di
tengahnya.

CIRI-CIRI KAPAS

-mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas


-mengecut semasa cucian pertama
-pengalir haba yang baik
-tahan pada suhu yang tinggi
-tahan pada cahaya matahari
-gentian teguh (kering atau basah)
-mudah bertahi lalat jika tidak dikeringkan dengan betul
-mudah menyerap lembapan
-bersifat hidrofilik
-tiada cas elektrostatik
Contoh fabrik kapas

Muslin Denim Gingha


m
Linen
Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di
Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok
fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus,
bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian
yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika
batangnya berwarna hijau. Gentian fleks
menghasilkan yan dan tow.
Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin,
dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabric
batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan
rumah tangga, dan pakaian.
Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar,
lembut, dn terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan
untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala.
Pokok fleks
Struktur gentian fleks
Gentian fleks berupa satu jaluran yang mengandungi
lebih kurang 30 unit sel. Purata panjang gentian adalah
lebih kurang 500 milimeter. Ketebalan gentian bergantung
kepada jumlah sel yang terdapat dalam gentian tersebut.
Sel gentian fleks dipastikan dengan adanya ruas apabila
di lihat dibawah mikroskop. Bentuk permukaan keratin
rentas gentian fleks adalah polygonal. Gentian fleks
mengandungi gam dan lilin.
CIRI-CIRI GENTIAN LINEN
KEKUKUHAN
Linen merupakan gentian yang paliang kukuh antara gentian asli yang lain.
Kekukuhannya bertambah semasa basah kerana permukaan selnya yang berpoligon.
KEKENYALAN
Gentian linen tidak kenyal dan gentian dengan ini fabric linen dapat mengekalkan
bentuk. Ciri ini juga menyebabkan pakaian lebih mudah renyuk dan pakaian tidak
tergantung dengan elok. Pereka fenyen mengatasi masalah ini dengan menggunakan
stail pakaian yang ringkas.
PENYERAP LEMBAPAN
Kebolehan linen menyerap lembapan menjadikan fabrik linen selesa dipakai. Linen
dapat menyerap hingga 20% air. Gentian linen akan kering dengan lebih cepat
berbanding dengan kapas kerana gentian linen kurang mempunyai ruang berongga.
PENGALIR HABA
Gentian linen adalah pengalir haba yang baik kerana permukaan linen yang tidak licin
menggasilkan sentuhan maksima dengan kulit. Oleh itu, haba dapat dialirkan bagi
mengimbangkan suhu tubuh.
Oleh kerana linen adalah pengalir haba yang baik, fabrik linen diseterika pada suhu
yang tinggi. Walaupun linen tahan pada tindak balas haba tetapi penggunaan air
panas dan wap yang terlalu kerap dapat memecahkan lilin dan gam yang terdapat
dalam sel gentian dan merosakkannya.
TINDAKAN ASID
Linen mudah dirosakkan oleh asid pekat tetapi asid lemah tidak
member sebarang kesan padanya.
TINDAK BALAS ALKALI
Gentian linen tahan dengan tindakan alkali, tetapi sekiranya
fabrik linen terlalu kerap dicuci, bahan alkali akan memecahkan
kandungan linen dan gam pada gentian. Ini menyebabakan
warna gentian menjadi pudar. Sekiranya bahan alkali
digunakan sebagai agen pencuci, fabric perlu dibilas dengan
bersih untuk mengelakkan gentian daripada bertukar warna.
KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI
Gentian line tahan apabila didedahkan kepada cahaya
matahari.
GENTIAN HAIWAN
-Mengandungi protein daripada rambut, bulu, dan filemen.
-Protein bagi sutera dikenali sebagai fibrion.
-Protein bagi benang sayat digelar keratin
-Diklasifikasikan mengikut sumber iaitu:
i. Sutera
ii. Benang sayat
Sutera
Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu
menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi.
Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit
sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh
ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.
Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang
kelenjar mengeluarkan cecair protein fibrion dan
membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila
terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang
kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang
meletakkan kedua-dua filament.
Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka
lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera
kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong
sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum
kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan
filament dan merendahkan kualiti sutera.
Kebanyakkan filamen sutera diperoleh daripada bombyx
morri, iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak. Sutera liar
seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupu-kupu
Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di
Asia Tenggara. Kupu-kupu ini makan daun oak dan
menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau
hijau.
Struktur filamen sutera
Fibroin tersusun rapat untuk membentuk kawasan
berhablur yang menjadikan gentian sutera kukuh. Filamen
sutera kelihatan seperti rod licin dan keratin rentasnya
berbentuk segitiga. Bentuk segitiga ini memberi kilauan
kepada fabrik.
CIRI-CIRI FILAMEN SUTERA

KEKUKUHAN
Sutera adalah gentian yang kukuh. Tetapi ketika basah sutera akan kehilangan 20%
kekukuhannya. Oleh itu sutera perlu diberi perhatian ketika dicuci .
KEKENYALAN
Kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti. Sutera yang baik tidak mudah renyuk.
Kuasa memeri yang terdapat pada sutera menjadikan fabric sutera tergantung dengan
elok.
PENYERAPAN LEMBAPAN
Fabric sutera adalah ringan, menyerap haba dengan baik dan membolehkan
lembapan kering dengan cepat. Oleh kerana permukaan sutera licin dan berupaya
menyerap 20% air menjadikan fabric sutera selesa dipakai.
PENGALIR HABA
Sutera adalah pengalir haba yang kurang baik dan dapat mengekalka suhu tubuh
normal walaupun suhu udara terlalu tinggi atau rendah. Permukaan fabric sutera yang
licin member sentuhan yang maksima kepada kulit, menjadikan fabrik dirasai sejuk.
Fabrik sutera amat sensitive kepada suhu yang tinggi. Sutera hanya memerlukan
suhu yang rendah ketika diseterika. Suhu yang tinggi ketika mencuci akan
memudarkan warna fabrik.
TINDAKAN ASID
Bahan yang mengandungi asid dan garam seperti peluh,
buah-buahan, agen pencuci dapat merosakkan sutera. Fabric
yang terkena bahan yang mengandungi asid dan garam mesti
dicuci dengan segera. Elakkan daripada menggunakan agen
pencuci yang mengandungi asid pekat.
TINDAKAN ALKALI
Tindakan alkali dapat melemahkan dan merosakkan sutera.
Sutera memerlukan agen pencuvi yang lemut.
KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI
Sutera tidak tahan kepada dedahan cahaya matahari kerana
cahaya matahari dapat menguningkan atau memudarkan
warna sutera. Fabrik sutera perlu dikeringkan ditempat teduh.
Contoh fabrik sutera

Satin Broked Jacquar


d
BENANG SAYAT (BULU BIRI-BIRI)
Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah.
Lapisan atas terdiri daripada bulu biri-bir yang panjang dan lurus.
Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih
lembut dan kerinting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat
memerangkap banyak udara yang menjadikannya lebih panas.
Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan,
dan persekitaran. Bulu biri-biri biasanya terdiri daripda tiga jenis
iaitu Merino (halus, lembut dansangan kerinting), Lincoin
(panjang, kasar dan berkilau) dan Kacukan (panjang, tebal,
kurang lemut dan kurang kerinting)

CIRI-CIRI GENTIAN BULU BIRI-BIRI


KEKUKUHAN
Bulu biri-biri adalah gentian yang kurang kukuh dan
kekukuhannya berkurangan sehingga 20% ketika basah.
Dalamkeadaan basah, gentian menjadi lembut dan akan
memeri jika tidak dikawal.
KEKENYALAN
Daya kekenyalan kepegasanbulu biri-biri adalah baik. Ini
menjadikan fabrik bulu biri tidak renyuk. Kerenyukan yang
sedikit dapat dihilangakn dengan menggantungkan
pakaian. Kerenyukan yang banyak dapat diatasi dengan
menggunkan seterika stin atau kain lembap yang
diletakkan di atas pakaian sebelum diseterika. Lipatan
lesu pada fabrik ini kekal jika diseterika.
PENYERAPAN LEMBAPAN
Bulu biri-biri adalah gentian asli yang dpat menyerap
lembapan dengan baik. Ini kerana bulu biri-biriberupaya
menyerap sehingga 30% air. Gentian bulu biri-biri dapat
mengeluarkan haba apabila pakaian yang kering menyerap
lembapan daripada udara pada musim sejuk.lembapan
akan tersejat dengan perlahan.
PENEBAT HABA
Sisik yang terdapat pada gentian bulu biri-biri dapat
memerangkapudara. Ini membolehkan bulu biri-biri menjadi
penebat haba yang baik. Gentian bulu biri-biri tidak mudah
terbakar dan menyala perlahan dalam api yang kecil.
Semasa menseterika, febrik bulu biri-biri memerlukan haba
ynag sedikit. Haba yang tinggi dan kekerapan menseterika
dapat memudah dan memudarkan warna gentian.
TINDAKAN ASID
Asid lemah tidak merosakkan gentian bulu biri-biri.
Penggunaan asid lemah, jus lemon dan cuka dalam
bilasan terekhir semasa mencuci dapat memperbaiki
warna dan member keselesaankepada pemakai.
TINDAKAN ALKALI
Alkali dapat merosakkan gentian bulu biri-biri. Oleh itu,
fabrik bulu biri-biri
Perlu menggunakan agen pencuci yang khusus atau
dibilas dengan sempurna jika menggunakan agen pencuci
alkali.
KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI
Gentian bulu biri-biri yang terdedah lama kepada cahaya
matahari akan menjadi kasar, kuning, keras dan reput.
Contoh fabrik benang sayat

Tweed Twill Jersi


LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah maksud gentian?
2. Berikan klasifikasi gentian asli (dalam bentuk peta buih)

You might also like