You are on page 1of 11

A.

GENTIAN ASLI

Gentian
tumbuh
an

Gentian
Haiwan

GENTIAN TUMBUHAN
FABRIK KAPAS
Kapas dihasilkan daripada buah pokok kapas. Kapas ialah gentian tertua
kerana telah digunakan oleh orang Mesir pada awal tahun 2500 S.M. Kini,
gentian ini menguasai setengah daripada penjualan fabrik dunia. Kapas boleh
dikategorikan kepada 4 kumpulan, iaitu kapas Sea Island, kapas Mesir, kapas
Amerika dan kapas India. Gentian kapas sesuai digunakan untuk membuat
pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga.
Contoh fabrik kapas nipis: Voil, Lawn, Muslin.
Contoh fabrik kapas sederhana: Gingham, Belacu, Poplin.
Contoh fabrik kapas tebal: Drill, Denim, Tuala Teri.

CIRI-CIRI:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

vi.

Keteguhan
Gentian teguh (kering atau basah)
Ketahanan terhadap suhu, cahaya matahari dan bahan kimia
Tahan pada suhu yang tinggi
Tahan pada cahaya matahari
Kekonduksian haba
Pengalir haba yang baik
Kekenyalan
Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas
Keselesaan
Struktur yang nipis dan berpintal membuatnya selesa dipakai
Kandungan lembapan 7%
Penyerapan lembapan
Mudah menyerap lembapan, bersifat hidrofilik

FABRIK LINEN
Fabrik ini ialah gentian asli daripada pokok fleks. Kain jenis ini mudah
berkedut dan mengecut tetapi ia sering diadun bersama poliester untuk
mengurangkan

masalah

ini.

Cucian

kering

disyorkan

jika

anda

ingin

mengekalkan rupanya yang keras atau boleh dibasuh dengan menggunakan


tangan untuk melembutkannya.
CIRI-CIRI:
i.

ii.

iii.
iv.

v.
vi.

Keteguhan
Paling kukuh
Sel berpoligon
Ketahanan terhadap suhu, cahaya matahari dan bahan kimia
Tahan pada matahari
Tahan pada asid lemah dan alkali
Boleh tahan pada suhu tinggi
Kekonduksian haba
Pengalir haba yang baik
Kekenyalan
Tidak Kenyal
Mudah renyuk
Keselesaan
Sejuk dipakai
Penyerapan lembapan
Daya penyerapan baik
Boleh menyerap 20% air
Cepat kering kerana terdapat ruang rongga dalam gentian

GENTIAN HAIWAN
FABRIK SUTERA
Fabrik sutera ialah gentian asli dan berasal daripada ulat sutera. Fabrik
ini agak tahan lasak, mewah dan beralun. Sutera ini mudah renyuk tetapi sutera
yang lebih berat kurang merenyuk. Sutera elok dibasuh melalui cucian kering
tetapi ia boleh dibasuh perlahan-lahan dengan tangan dan digosok semasa
masih lembap pada bahagian dalam pakaian, menggunakan suhu yang rendah.

Contoh Fabrik Sutera: Satin, Sifon, Georget, Syantung, Crepe de chine,


Broked, Jacquard.
CIRI-CIRI:
i.

ii.

iii.

iv.

v.
vi.

Keteguhan
Teguh semasa
Lemah 20% apabila basah
Ketahanan terhadap suhu, cahaya matahari dan bahan kimia
Sensitif pada suhu tinggi
Tidak tahan pada cahaya matahari
Mudah rosak oleh asid dan alkali
Kekonduksian haba
Fabrik cepat kering
Pengalir haba yang baik
Kekenyalan
Tidak kenyal
Mudah renyuk
Keselesaan
Ringan, lembut dan sangat selesa dipakai
Penyerapan lembapan
Daya penyerapan yang baik
Boleh menyerap 20% air
BENANG BIRI-BIRI

Bulu biri-biri terbahagi kepada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan
atas terdiri daripada bulu biri-biri yang panjang dan lurus.
Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri-biri yang lebih pendek, lebih lembut
dan keriting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkan banyak
udara yang menjadikannya lebih panas. Kambing diternak secara meluas di
Australia, Afrika Selatan dan Amerika Selatan. Kualiti bulu biri-biri bergantung
kepada baka, cara perternakan dan persekitaran. Bulu biri-biri biasanya
diperoleh daripada tiga jenis biri-biri.
Contoh Fabrik Benang biri-biri: Twill, Tweed, Gaberdin, Flannel, Jersi.
CIRI-CIRI:

i.

ii.

iii.
iv.
v.
vi.

Kekukuhan
Merupakan gentian yang kurang kukuh dan kekukuhannya
berkurangan sehingga 20 peratus ketika basah.
Kekenyalan
Kekenyalan yang baik
Mudah renyuk.
Penyerapan kelembapan
Dapat menyerap lembapan dengan baik.
Penebat haba
Dapat memerangkap udara.
Pengabat haba yang baik
Tidak mudah terbakar.
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Rosak pada suhu tinggi.

B. GENTIAN BUATAN MANUSIA


FABRIK RAYON
Fabrik ini ialah salah satu daripada gentian pertama buatan manusia yang
diperbuat daripada kertas. Ia boleh digunakan begitu sahaja atau diadun
dengan gentian lain untuk menjadikan kain kelihatan lebih lembut dan beralun.
Rayon amat mudah menyerap pencelup, jadinya kain jenis ini memang
mempunyai warna yang garang dan terang. Rayon agak mudah rosak atau
pecah, berkedut serta mengecut. Kain jenis ini elok dibasuh perlahan-lahan
dengan tangan atau cucian kering dan digosok pada suhu yang sederhana
panas.
CIRI-CIRI:
i.
ii.
iii.

Keteguhan
Lebih teguh berbanding dengan fabrik lain.
Ketahanan terhadap suhu
Mudah terbakar
Kekonduksian haba

iv.

Pengalir haba yang baik


Penyerapan lembapan
Mudah menyerap lembapan

FABRIK NILON
Nilon ini ialah gentian buatan manusia yang boleh digunakan begitu
sahaja atau diadun dengan gentian lain yang akan menghasilkan sejenis kain
yang ringan tetapi kuat, tahan kedut dan agak kalis air. Nilon tidak menyerap
peluh, jadi ia memendam haba badan dan boleh menghasilkan elektrikstatik.
Kain jenis ini boleh dibasuh dan dikeringkan dengan mesin basuh serta boleh
diseterika pada suhu rendah.
CIRI-CIRI:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Keteguhan
Teguh ketika kering dan hampir teguh ketika basah.
Kekonduksian haba
Bukan penebat haba.
Kekenyalan
Kuasa kekenyalan dan kepegasan yang baik.
Keselesaan
Panas untuk dipakai kecuali ditenun longgar.
Penyerapan lembapan
Gentian hidrofabrik dan elektrostatik.

FABRIK POLIESTER
Fabrik jenis ini ialah sejenis gentian buatan manusia yang boleh
digunakan begitu sahaja atau diadun dengan gentian lain seperti kapas, sutera
atau bulu. Poliester tidak mudah berkedut, jadi apabila diadun dengan gentian
semula jadi, ia membantu mengurangkan kedutan. Poliester kuat dan agak
panas, cepat kering dan tahan terhadap kulapuk atau tahi lalat. Ia tidak
menyerap peluh, mudah kotor dan mengeluarkan elektrikstatik serta digunakan
sebagai kain tiras atau lin untuk membalut luka. Ia boleh dibasuh dan
dikeringkan menggunakan mesin dan tidak perlu diseterika.
CIRI-CIRI:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

vi.

Keteguhan
teguh
Ketahanan terhadap suhu, cahaya matahari dan bahan kimia
Sensitif pada haba
Tahan pada sinaran cahaya matahari
Kekonduksian haba
Penebat haba yang baik
Kekenyalan
Kenyal, tidak mudah renyuk
Keselesaan
Tidak selesa dipakai
Melekap pada tubuh
Penyerapan lembapan
Gentian hidrofobik
Mudah mengalami elektrostatik

FABRIK AKRILIK
Fabrik jenis ini ialah sejenis gentian buatan manusia yang digunakan
untuk kain berbulu dan gebu seperti polar fleece, bulu faux, kain berkait dan kain
yang kelihatan seperti sakhlat. Ia amat lembut dan panas, tetapi ringan dan tidak
berkedut. Kain jenis ini sangat mudah menyerap warna dan biasanya terdapat
dalam warna yang sangat garang dan terang. Akrilik peka terhadap haba dan
boleh mencair jika diletakkan dalam suhu yang panas. Fabrik jenis tidak perlu
diseterika.
CIRI-CIRI:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

vi.
vii.

Keteguhan
Lemah dan kurang 20% apabila basah
Ketahanan terhadap suhu, cahaya matahari dan bahan kimia
Suhu sederhana, tahan pada cahaya matahari, tahan pada
asid, lemah pada alkali
Kekonduksian haba
Penebat haba yang baik
Kekenyalan
Kenyal, tidak renyuk
Ketahanan terhadap mikroorganisma dan serangga
Tahan serangan gegat
Tidak bertahi lalat
Keselesaan
selesa
Penyerapan lembapan
Menyerap 4% air
Gentian hidrofobik
Mudah mengalami elektrostatik

VISKOS
Viskos adalah gentian yang dibuat daripada selulosa yang dicampur
dengan alkali dan soda kaustik. Negara pengeluar utama viskos ialah Rusia,
Jepun, Amerika, Jerman dan Britain.
CIRI-CIRI:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

vi.

Kekukuhan
Sederhana kukuh.
Kekenyalan
Tidak kenyal, mudah hilang bentuk dan cepat renyuk
terutama dalam cuaca yang panas dan lembap.
Pen yerapan kelembapan
Kelembapan yang paling baik.
Pengalir haba
Pengalir haba yang sederhana
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Menjadi lemah jika fabrik terdedah lama kepada cahaya
matahari.
Keselesaan
Fabrik sejuk dan selesa dipakai.

Asetat

Asetat adalah gentian yang dibuat daripada selulosa serpihan kayu dan
kapas yang dicampurkan dengan bahan kimia. Pengeluar utama asetat adalah
Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

CIRI-CIRI:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

Kekukuhan
Menjadi lemah apabila basah.
Kekenyalan
Sederhana kenyal.
Mudah renyuk.
Penyerapan kelembapan
Kelembapan yang rendah
Pengalir haba
Pengalir haba yang tidak baik
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Tahan pada kededahan cahaya matahari.

PERBEZAAN GENTIAN ASLI DAN GENTIAN BUATAN

GENTIAN ASLI

GENTIAN BUATAN

Diperolehi mengikut musim.


Pengeluaran yang berterusan.
Kualiti berubah mengikut cuaca, nutrien, Kualiti terkawal.
serangga atau penyakit.
Ciri fizikal bergantung pada pertumbuhan Ciri
semula jadi tumbuhan atau haiwan.
Tahan suhu yang tinggi.
Ketidakseimbangan hasil keluaran.

fizikal

bergantung

pada

proses

permintaan dan kemasan yang diberikan.


Hanya tahan pada suhu yang sederhana.
Hasil keluaran seragam.

You might also like