You are on page 1of 7

EDU 3083

ASAS KEPIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN
PROFESIONALSIME GURU

Guru Disiplin Diberi Kuasa Polis


Saranan agar guru disiplin diberi
kuasa polis tambahan tidak akan
mampu membendung masalah
disiplin pelajar di sekolah
sebaliknya memberi bebanan baru
kepada guru terlibat.
Tanggungjawab yang dipikul oleh
guru-guru pada hari ini amat berat
dan tidak wajar sekiranya mereka
terpaksa menggalas
tanggungjawab baru pula iaitu polis
tambahan bagi membendung
masalah disiplin di kalangan pelajar.
Kita tidak mahu nanti tugas guru
yang lebih penting iaitu mengajar
terpaksa dikesampingkan akibat
memikul tanggungjawab lain.
Ibarat yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran pula.
Sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah tidak
mampu dilaksanakan dengan baik
jika saranan itu diwujudkan kerana
pelajar akan kurang menghormati
tetapi berasa takut terhadap guru-
guru mereka.
Tidak sepatutnya tanggungjawab
membendung masalah disiplin
pelajar diletakkan di bahu guru
sahaja. Seharusnya semua pihak
iaitu pengetua, guru, pelajar, ibu
bapa dan masyarakat bekerja
sebagai satu pasukan bagi
menangani masalah tersebut.
(Isu semasa NUTP)

You might also like