You are on page 1of 9

EDUP 3013

FALSAFAH & PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Disediakan oleh : Barathi Ragenra


PENGERTIAN FALSAFAH
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan
yunani, iaitu

PHILOS (bermakna mencintai)

SOPHIA (bermakna ilmu atau kebijaksanaan).


Maka dengan digabungkan kedua-dua makna
perkataan yunani ini, istilah falsafah boleh
diertikan sebagai
.
Menurut kamus dewan edisi keempat
FALSAFAH adalah pengetahuan tentang pengertian
yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Dengan kata lain, FALSAFAH merupakan suatu


ungkapan yang mengambarkan sesuatu secara
teori oleh sebilangan pemikiran ataupun
pandangan yang mana dihasilkan daripada usaha
kajian ahli falsafah dengan kaedah secara saintifik,
sistematik dan logikal bagi menaungi dan memberi
hala tuju dasar sesebuah aliran pemikiran dan
tamadun manusia sejagat.
Plato (427-347SM) menyatakan bahawa ahli falsafah adalah
manusia yang bersedia menerima ilmu pengetahuan, cinta, tidak
pernah puas-puas belajar dan berminat mencari kebenaran dan
suka melihat kebenaran itu diterjemahkan dalam kehidupan,
hatinya terpaut kepada kebenaran. Selain itu, ia menjelaskan
bahawa terdapat unsur moral dalam falsafahnya.

Socrates (470-399SM) berpendapat bahawa falsafah adalah


merupakan aspek yang menyentuh kehidupan secara praktikal.
Menurutnya, falsafah adalah usaha memperbaiki manusia melalui
prinsip moral yang boleh diperolehi daripada kebersihan fikiran.
Beliau juga menyatakan bahawa untuk memperbaiki moral, ia
memerlukan kepada kebersihan fikiran.
Aristotle (387-322SM) menyatakan bahawa falsafah ialah ilmu
tentang kebenaran. Ini kerana, tujuan atau matlamat falsafah
adalah mengetahui hakikat sesuatu. Kehidupan sebagai ahli falsafah
ialah kehidupan sebagai pengkaji dan penyelidik untuk mencari
kebenaran. Untuk mencari dan mendapatkan kebenaran, ahli
falsafah itu perlu berfikir dan mencari ilmu.
PENGERTIAN FALSAFAH
PENDIDIKAN
KONSEP PENDIDIKAN
Pendidikan dalam bahasa inggeris bermaksud
Education.
Perkataan education dibentuk daripada dua perkataan
Latin, iaitu
Educere = membimbing atau melatih, dan
Educare = melatih atau mengasuh.
Pendidikan mengikut pandangan umum, bermaksud
proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk
menambahkan kemahiran, kebolehan dan
pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan,
faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak
rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama

You might also like