You are on page 1of 164

EEE603

Selected Topic
Group: EB82A (Power)
Power System
B. Electrical Engineering, UiTM
Seberang Perai, Pulau Pinang.
Ir. Muhammad Arkam B. Che
Munaaim, P.Eng, IntPE
B. Elec. Eng (Hons), UTM, Dip. Elec. Eng. (Power),
UTM
Electrical Professional Engineer, MIEM, MIEEE, MIET, ASEAN
Eng, APEC Eng.
Director (Electrical), Jurutera
E-Mail:
Perundingarkam@engineer.com
AZFA Sdn. Bhd, Shah
Alam,Number:
H/P Selangor. +6016-335 7727
Resident Engineer (Mechanical
& Electrical), Mega Jati Consult
Sdn. Bhd. for Project Design &
Build of Advanced Technology
Centre (ADTEC) Taiping, Perak.
Technical Advisory Committee
(TAC), Electronic Industries,
Institute Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Bukit Mertajam, Seberang
Perai, Penang.
Lecturer, Power System,
Durations Projects Client/Company Designation
6/4/99 5/5/99 Shah Alam (E) 132/33/11kV substation Tenaga Nasional Berhad Trainee Technician
Multi Discovery Sdn. Bhd.
10/5/99 Lumut Extension 132/11kV substation Tenaga Nasional Berhad Trainee Technician
7/6/99
28/10/99 Tanjung Kupang 132/11kV substation, Tenaga Nasional Berhad Technician
29/11/99 Johor.

July 2000 Paroi 275/132 kV substation, Negeri Tenaga Nasional Berhad/ Testing Engineer
Sembilan. ANSALDO
Aug. 2000 Kulim Hi-Tech Park (132kV Power Plant Northern Utility Resources ELIN Commissioning
14/9/20 & Substation) Kedah. Engineer
00
8/10/00 Seelong 132/11 kV substation, Johor. Tenaga Nasional Berhad Testing Engineer
16/11/00 Mahkota Technologies S/B

19/11/00 Matrix Power Sdn. Bhd. (Factory Test), Multi Discovery Sdn. Bhd. Testing Engineer
Selangor.
December Kg. Subang 132/33/11kV substation, Tenaga Nasional Berhad Testing Engineer
2000 Selangor. Multi Discovery Sdn. Bhd.
January 2001 Merck 33 kV substation (Factory-KHTP), Tenaga Nasional Berhad Testing Engineer
Kedah.
February Gurun HVDC 110kV Substation, Kedah. Tenaga Nasional Berhad Testing Engineer
2001
Mar 2001 IKBN Pagoh, Johor, Electrical contractor. Min. Youths & Sports. Electrical Engineer
May Usrahlite Engineering S/B
2001
May 2001 IKBN seberang Prai, Penang, M & E Min. Youths & Sports. Project Engineer
May 2003 contractor. Mega Nine Sdn. Bhd.
June 2003 TUDM Western Hill, Penang. Full- Min. Defense Malaysia Project Engineer
Mar 2004 package main contractor. Rasma Corporation S/B
April 2004 Tendering, Controlling, Evaluating, Rasma Corporation Sdn. Bhd. Senior Project
January Supervising, Claim, Reporting & & Mega Nine Sdn. Bhd. Engineer
2005 Meeting.

January Tendering, Controlling, Evaluating, Rasma Corporation Sdn. Bhd. Senior Project
2005- Supervising, Reporting & Meeting & Mega Nine Sdn. Bhd. Engineer
31 March for Tabung Haji Switchgear Project
2006 & TUDM Sukhoi.
1st January Membina dan menyiapkan Sekolah The Ministry Of Education Engineer
2007- Menengah Bertam Kepala Batas & University Islam Antarabangsa
Present Cadangan Pembangunan
Kompleks Sukan For University
Islam Antarabangsa Kuantan.

1st October Cadangan Merekabentuk, Membina & The Ministry Of Human Resources, Resident Engineer
2007- Menyiapkan Pusat Latihan Malaysia (Mechanical &
Present Teknologi Tinggi (ADTEC) Di Atas Electrical)
PT 15643 Kamunting Raya, Mukim
Asam Kubang, Daerah Larut
Matang, Perak D.R.
Sistem Pemarkahan

Tugasan 50%
Ujian 25%
Kuiz 25%
COURSE OUTLINE: SELECTED
TOPIC EEE603 POWER SYSTEM
WEEK CHAPTER SUB-CHAPTER
-Introduction To -Keperluan Asas Sistem Kuasa
Power System -Perkakasan Dalam Sistem Kuasa
Engineering -Penjanaan, penukaran tenaga.
-Generation -Penjanaan Kuasa Elektrik
-Sejarah Industri
1&2 -Punca-Punca Tenaga
Kuasa Di Malaysia
-Asas Penghasilan Elektrik
(8 hrs) -Magnet, pengalir, penebat, fluks.
-Stesen Penjana Terma, Nuklear,
Minyak, Arang Batu, Diesel, Turbin
Gas, Hidro, Kitar Padu, Solar
-Peristiwa Penting Industri Kuasa Di
Malaysia.
COURSE OUTLINE: SELECTED
TOPIC EEE603 POWER SYSTEM
WEEK CHAPTER SUB-CHAPTER
-Transmission -Kabel
-HVDC Transmission -Talian Penghantaran
-Voltan Dalam Sistem Penghantaran
3&4 -Jenis-Jenis Talian
-Perkakas Talian Penghantaran
(8 hrs) -Sistem Grid Nasional
-Talian Penghantaran DC
-Jenis-Jenis Perlindungan
-Kebaikan dan Keburukan Sistem
Grid Nasional
COURSE OUTLINE: SELECTED
TOPIC EEE603 POWER SYSTEM
WEEK CHAPTER SUB-CHAPTER

-Distribution - Perlindungan & Pembumian


-High Voltage - Switchgear: Air Circuit Breaker,
Distribution Vacuum Circuit Breaker, Gas Circuit
-Medium Voltage Breaker (Gas Insulation
5
Distribution Switchgear), Oil Circuit Breaker
-Low Voltage - Transformers: Oil Transformer,
(8 hrs) Cast Resin Transformer.
Distribution
-Lighting Protection & - Protection Relays: Over current,
Earthing System Earth Fault, Differential Relay, REF
& Standby Earth Fault Relay.
- Capacitor Bank
- Lightning Protection Systems
Rujukan:

Pemasangan & Penyenggaraan Elektrik, Edisi Kedua:


Abd Samad Hanif 1994
Panduan Peraturan IEE Edisi 15, A. Parameswaran &
Yahya Emat 1992
Pemasangan Elektrik, Soal Jawab Berdasarkan
Peraturan IEE, Abd Samad Hanif 1996
Laporan Latihan Jurutera Elektrik Kompeten
Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Ir Muhammad Arkam,
2006
Peraturan-Peraturan Bagi Pemasangan Elektrik, IEE
Edisi-16, 1998
Protective Relays: Application Guide, GEC
Measurement, 1990
Power System Protection & Switchgear, John Wiley &
Sons, 1987
Rujukan:

Electrical Machines, Drives & Power System,


Prentice Hall
Electrical Installation Works, TG Francis
High Voltage Engineering, Kuffel & Abdullah
High Voltage Technology, Alston
Introduction To Power Electronics, Daniel W
Hart, 1997
Electric Energy System Theory, An
Introduction, 2nd Ed, McGraw-Hill Book Co, NY,
1982
Electric Power System, 3rd Ed, John Wiley &
Sons, 1988
Rujukan:

Panduan Pendawaian Elektrik Domestik, Md


Nasir Abd Manan, 2005
BM Weedy, Electric Power System, 3rd Ed John
& Wiley, 1979
WD Stevenson, Elements Of Power System
Analysis, 3rd Ed, McGraw Hill, 1975
SA Nasar, Electric Energy System, Prentice
Hall International, 1996
T.Tamsir, Pengenalan Sistem Kuasa, Unit
Penerbitan Akademik, UTM, 1990
William D Stevenson Jr. Elements Of Power
System Analysis, Fourth Ed, McGraw Hill Book
Co, New York, 1982
Rujukan:

Vincent Del Toro, Electric Power Systems,


Prentice Hall International Ed, New Jersey,
1992
JD Glover & M Sharma, Power System
Analysis And Design (With Personal Computer
Applications) 2nd Ed, PWS Publishing Co.,
Boston, 1994
OI Elgerd, Electric Energy System Theory, An
Introduction, 2nd Ed, McGraw Hill Book Co,
New York, 1982
Renungan
Al Hadiid, Surah 57, Juzuk 27, Ayat 25:

Dan Kami ciptakan besi yang padanya


terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai
manafaat bagi manusia, (supaya mereka
mempergunakan besi itu) dan supaya Allah
mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya
dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak
dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi
Maha Perkasa
Pendahuluan

Penemuan lampu pijar (incandescent light bulb)


oleh Thomas Alva Edison pada tahun 1879
adalah pemangkin bagi perkembangan industri
sistem kuasa di dunia.
Pembekalan elektrik swasta yang pertama ke
Rawang oleh Loke Yew dan Thamboosamy
Pillai pada 1894 adalah pemula industri kuasa
di Malaysia.
KEPERLUAN ASAS
SISTEM KUASA
PENJANAAN (GENERATION)
PENGHANTARAN (TRANSMISSION)
PENGAGIHAN (DISTRIBUTION)

Keperluan Lain:
Sistem Perlindungan
Sistem Pembumian
Pengujian & Pentauliahan
PERKAKASAN DALAM SISTEM
KUASA
Penjana (Generator)
Pengubah (Step Up Transformer)
Talian Penghantaran (Transmission Line)
Alat Suis (Switchgear)
Pemutus Litar (Circuit Breaker)
Pengubah (Step Down Transformer)
Papan Suis (Switch Board)
Relay Perlindungan (Protection Relay)
Kabel (Cables)
Pembumian (Earthing)
Perlindungan Kilat (Lightning Protection)
TOPIK 1: PENJANAAN
Penjanaan ialah proses pengeluaran tenaga elektrik
dengan jumlah yang besar untuk kegunaan umum.
Kebiasaannya, tenaga yang dihasilkan pada voltan 10-
20kV bagi mengurangkan kos penebatan.
Asas-asas penukaran tenaga: Tenaga tidak boleh
dicipta atau di musnahkan tetapi boleh di tukarkan dari
satu bentuk ke bentuk yang lain.

Tenaga Cahaya Tenaga Haba


Tenaga Keupayaan Tenaga Mekanik
Tenaga Mekanik Tenaga Elektrik
PENJANAAN KUASA ELEKTRIK
Dalam takrif lain, Penjanaan ialah penghasilan
kuasa elektrik di stesen kuasa pusat untuk
penghantaran ke beban atau kawasan
keperluan dan seterusnya pengagihan ke
pengguna-pengguna.
3 elemen utama:
1) Punca-punca tenaga utama
2) Kaedah perubahan tenaga utama ke
tenaga putaran.
3) Penjanaan untuk mengubahkan tenaga
putaran ke tenaga elektrik.
PENJANAAN KUASA ELEKTRIK
Punca-punca tenaga ialah arang batu,
gas, minyak atau lain-lain unsur yang
berkerja untuk menggerakkan enjin wap.
Penjana elektrik ialah peranti untuk
mengubah bentuk tenaga yang lain ke
tenaga elektrik.
Putaran selalunya di hasilkan dalam turbin
yang di pacu oleh wap, kuasa air, gas-gas
pembakaran panas, angin dan
sebagainya.
ASAS ELEKTRIK
Semua bahan pepejal, cecair dan gas terdiri daripada
zarah bernama molekul.
Molekul terdiri daripada atom.
Molekul berlainan = Sebatian -
Molekul sama = unsur Elektron
Nucleus = proton + neutron
Proton = Positive Neukleus (Proton
+ Neutron)
Neutron = Neutral
Electron = Negative
Elektron valen = elektron yang berada di orbit paling
luar
Bilangan elektron valen 1-3: Pengalir, 5-8 Penebat 4:
Semikonduktor.
Pengalir: Bahan yang boleh mengalirkan
arus elektrik dengan baik.

Penebat: Bahan yang tidak boleh


mengalirkan arus elektrik.

Separuh pengalir: Bahan yang berada di


antara pengalir dan penebat. Pada satu
keadaan, boleh menjadi pengalir dan
boleh menjadi penebat pada keadaan
yang lain.
Arus: Pengaliran elektron bebas dari satu titik ke
titik yang lain, unit: Ampere.

Daya Gerak Elektrik: Keupayaan yang diperlukan


untuk menggerakkan elektron. Unit: Volts.

Kuasa: Kadar penukaran tenaga elektrik. Unit:


Watts.

Frekuensi: Bilangan kitar dalam satu saat. Satu


kitar dalam masa satu saat bersamaan dengan 1
Hertz.
ASAS PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK
Magnet Terbahagi kepada 2:

- Magnet Kekal
- Magnet Sementara (Elektromagnet)

Pemotongan urat daya (fluks) magnet oleh


sesuatu pengalir (conductor) akan
menghasilkan arus elektrik di dalam pengalir
tersebut.

Dan sebaliknya, pengaliran arus elektrik dalam


sesuatu pengalir akan menghasilkan fluks
magnet di sekeliling pengalir tersebut.
Inilah konsep asas PENJANAAN TENAGA
elektrik dan diperluaskan serta di modenkan
dengan kaedah-kaedah berikut:

1) Stesen Penjana Terma


2) Stesen Penjana Nuklear
3) Stesen Penjana Minyak
4) Stesen Penjana Arang Batu
5) Stesen Penjana Diesel
6) Stesen Penjana Turbin Gas
7) Stesen Penjana Hidro
8) Stesen Penjana Kitar Padu
9) Stesen Penjana Solar
10) Lain-Lain. Kincir angin, biodiesel, tenaga
dari bahan buangan dan sebagainya
Stesen Penjana Terma
Terma=Thermal=Haba bermaksud penglibatan tenaga haba
dalam menghasilkan tenaga elektrik.
Contoh penjana kategori ini: Stim, arang batu, minyak, nuklear,
dsb

Gambarajah blok menunjukkan stesen penjana terma.


Stesen Penjana Nuklear
Logi nuklear masih menggunakan haba sebagai penggerak turbin
tetapi oleh kerana bahaya dari sisa radioaktif dan kesukaran
mendapatkan bahan-bahan ini dari pasaran dunia, teknologi ini
tidak menjadi pilihan untuk dilaksanakan di negara kurang maju.

Gambarajah blok menunjukkan stesen penjana nuklear.


Stesen Penjana Minyak
Tidak banyak digunakan berbanding jenis arang batu kerana
memerlukan tempat yang mempunyai sumber minyak berdekatan
dan perlu hampir dengan air untuk sistem penyejukkan.
Contoh di Malaysia: Perai, Port Dickson dan Pelabuhan Kelang.
Mempunyai konsep yang sama dalam penghasilan tenaga elektrik
seperti Penjana Terma. Minyak yang digunakan ialah minyak asli
atau saki baki minyak selepas proses penapisan minyak dilakukan.

Stesen Penjana Diesel


Enjin diesel digunakan untuk memacu penjana. Aci (shaft) enjin
diesel dihubungkan terus dengan aci penjana untuk menghasilkan
tenaga elektrik sebaik sahaja enjin diesel dihidupkan.
Keupayaan enjin yang terhad menghadkan penghasilan tenaga.
Banyak digunakan di kawasan terpencil, tapak pembinaan,
lombong-lombong dan pulau-pulau kecil untuk penjimatkan kos.
Kuiz 1
1) Two girls caught 25 frogs. Lisa caught four times as
many Jen did. How many frogs did Jen catch?
2) A car traveled 28miles in 30minutes. How many miles
per hour was it traveling?
3) Ten people can paint 60 houses in 120 days, so five
people can paint 30 houses in days?
4) What number is one half of one quarter of one tenth
of 800?
5) Two cars start off at the same point on a straight
highway facing opposite directions. Each car drives
for 6 miles, take a left turn, and drives for 8 miles.
How far apart are the two cars?
Stesen Penjana Turbin Gas
Bahan api masih digunakan seperti stesen penjana terma.
Perbezaannya: Udara pada suhu biasa (+-30 oC) disedut menggunakan
kipas untuk menghasilkan putaran turbin.
Udara dihala ke tempat pembakaran atau pemampat. Bahan api seperti gas
dan arang batu digunakan untuk memanaskan udara tersebut.
Suhu udara dipanaskan hingga 1080 oC, 30 bar tekanan dan di lalukan
melalui turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Stesen Penjana HidroElektrik
Diperoleh daripada takungan air di empangan yang merentasi sungai
atau tasik yang lebih tinggi daripada aras laut.
Stesen di bina di kaki empangan pada 30-300 meter dari empangan.
Satu saluran dibuat antara empangan dan dewan turbin pada stesen
penjana.
Air menjunam ke bawah dengan deras memacu turbin dan menghasilkan
elektrik di bahagian penjana.
Penjana Hidro Elektrik
Tenaga elektrik yang terhasil pada penjana seterusnya
di naikkan ke paras GRID nasional yang bersesuaian
sebelum di hantar ke talian penghantaran.
Stesen hidro bergantung kepada hujan untuk
mendapatkan bekalan air. Pada musim kemarau, ketika
stesen tidak dapat berkendali, satu stesen pam di
pasang di hilir empangan. Pam ini akan menghantar air
semula ke takungan sebaik dilepaskan melalui turbin
bagi memastikan sentiasa ada takungan yang
mencukupi untuk beroperasi.
Antara kelebihan stesen hidro ialah bebas pencemaran,
kos operasi yang rendah, dapat mengeluarkan tenaga
yang besar dalam tempoh yang lama dan tetap.
Kekurangannya pula ialah teknologinya mahal dan kos
pembinaannya besar serta perlu kuat menghadapi
tekanan air pada masa akan datang.
Stesen Penjana Kitar Padu
Menggunakan kaedah stesen kuasa turbin gas,
tetapi lebihan haba yang tidak digunakan akan
disalurkan semula ke dandang bagi menghasilkan
tenaga elektrik secara terma.

Ini bererti tiada tenaga yang terbuang begitu sahaja


seperti yang berlaku pada stesen penjana lain.

Air laut biasanya digunakan untuk tujuan penyejukan


stim setelah digunakan dalam kitar tertutup sistem
penjana terma.

Sistem ini terdapat di Paka, Terengganu.


Dalam logi kitar padu, kuasa elektrik di janakan oleh
gabungan antara turbin gas, pemanas haba buangan
dan turbin stim.

Di dalam turbin gas, udara atmosfera di sedut masuk


dan diberi tekanan tinggi.

Udara tertekan dicampur dengan minyak dan dibakar


dalam combustion chamber.

Hasilnya, combustion chamber melalukan udara


panas dengan halaju tinggi yang berkembang
melalui kepingan-kepingan turbin.

Turbin yang berputar itu memacu generator untuk


menghasilkan elektrik.
Pada operasi kitar terbuka, turbin gas akan mengeluarkan
gas buangan ke udara melalui liang (blast stack) yang akan
membazirkan tenaga haba di dalamnya.

Pada operasi kitar padu, turbin gas akan di salurkan oleh


sistem damper ke pemanas haba buangan.

Haba buangan dilalukan pada air dalam litar pemanas untuk


menghasilkan stim. Pemanas di reka bentuk untuk
menghasilkan stim melalui 2 tekanan berbeza iaitu stim haba
tekanan dan stim haba tekanan menurun.

Hasil daripada stim haba akan di bawa ke panghantaran stim


biasa pada tekanan tinggi sebelum di masukkan ke turbin
stim.
Dalam turbin stim, stim akan dikembangkan
melalui kepingan turbin dan susunan nozel.
Perkembangan stim akan menghasilkan
kesan putaran pada turbin yang digabungkan
dengan generator untuk menghasilkan tenaga
elektrik.

Stim yang telah digunakan akan


dikondensasikan menggunakan air laut.

Air yang telah dikondensasi di hantar semula


ke punca asal untuk pemprosesan semula.
Perbandingan Antara Stesen Penjana
Di Malaysia hanya terdapat 5 jenis stesen
penjanaan:

1) Penjana Terma
2) Penjana Turbin Gas
3) Penjana Kitar Padu
4) Penjana Hidro
5) Penjana Diesel & Solar (Skala Kecil)

Penjana solar dan diesel ada dipasang secara


kecil-kecilan di kawasan pedalaman yang sukar
diberikan bekalan elektrik secara talian
penghantaran atau berkepadatan penduduk
rendah dan sistem perumahan tidak teratur.
Penjana Solar
SISTEM PHOTOVOLTAIC

Tenaga photovoltaic ialah penukaran


tenaga dari cahaya matahari kepada
bekalan elektrik melalui sel photovoltaic
(PVs), kebiasaannya dipanggil sebagai
sel suria. Sel photovoltaic ialah peranti
bukan mekanikal yang selalunya
diperbuat daripada silikon aloi.
Cahaya matahari akan membentuk
photon-photon atau cebisan-cebisan
kecil dari tenaga solar. Apabila photon-
photon ini menghentam sel photovoltaic,
ia mungkin akan memantul atau
menyerap. Hanya photon-photon yang
menyerap boleh membekalkan tenaga
untuk menghasilkan bekalan elektrik.
Apabila cahaya matahari atau tenaga dari matahari
diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron dipaksa
keluar dari atom bahan tersebut.

Apabila elektron keluar dari tempatnya, hole akan


terbentuk. Apabila terdapat elektron yang banyak di
mana setiap elektron akan membawa cas negatif,
elektron akan pergi menghala ke bahagian depan sel
photovoltaic. Hasil daripada kekurangan imbangan cas
di antara bahagian depan sel dengan bahagian
belakang sel dan ini akan membentuk keupayaan
voltan seperti terminal negatif dan positif bateri. Apabila
dua bahagian disambungkan melalui beban luar,
bekalan elektrik akan mengalir.
Photons in sunlight hit the solar panel and are
absorbed by semiconducting materials, such as silicon.
Electrons (negatively charged) are knocked loose from
their atoms, allowing them to flow through the material
to produce electricity. The complementary positive
charges that are also created (like bubbles) are called
holes and flow in the direction opposite of the electrons
in a silicon solar panel.
An array of solar panels converts solar energy into a
usable amount of direct current (DC) electricity.
When a photon hits a piece of silicon, one of three
things can happen:
1) The photon can pass straight through the silicon
this (generally) happens for lower energy photons,
2) The photon can reflect off the surface,
3) The photon can be absorbed by the silicon, if the
photon energy is higher than the silicon band gap
value. This generates an electron-hole pair and
sometimes heat, depending on the band structure.
Sistem Photovoltaic (PV) Sambungan
Grid

Sistem ini menggunakan cahaya matahari


sebagai sumber tenaga. Ianya senyap dan tidak
mempunyai bahagian yang bergerak dan hampir
tidak memerlukan pemantauan. Kekurangan
dalam sistem ini ialah kadar efisiensi PV yang
rendah di sesetengah keadaan alam dan kos
sistem PV yang tinggi. Walaubagaimanapun,
sistem ini semakin popular kerana nilai arkitektur
yang tinggi.
Konsep:

Panel PV menukarkan cahaya kepada elektrik


melalui bentuk aliran arus. Ia lebih dilihat sebagai
sumber arus elektrik kerana jumlah penghasilan
arus adalah berdasarkan jumlah cahaya.
Regulator diperlukan untuk mengawal jumlah
kuasa yang perlu dialirkan semula ke sistem grid
dan jumlah kuasa yang perlu dialirkan ke luar.
Jika arus keluar yang diperlukan adalah tinggi,
regulator akan mengalirkan semua tenaga dari
panel PV ke luar dan jika sebaliknya, kuasa
berlebihan akan dialirkan ke sistem grid.
Bergantung kepada output yang diperlukan,
output DC (arus terus) memerlukan
kelengkapan DC disambung terus ke
sistem PV ini manakala output AC (arus
ulangalik) memerlukan penukar DC-AC
untuk menghasilkan output AC.
Kapasiti kuasa bagi sistem PV ini
bergantung kepada saiz panel yang
digunakan. Maka kapasiti kuasa yang
besar akan dihasilkan jika terdapat panel
PV yang besar atau banyak.
PV in buildings
Building-integrated photovoltaics (BIPV) are increasingly
incorporated into new domestic and industrial buildings as a
principal or ancillary source of electrical power, and are one of
the fastest growing segments of the photovoltaic industry.
Typically, an array is incorporated into the roof or walls of a
building, and roof tiles with integrated PV cells can now be
purchased. Arrays can also be retrofitted into existing buildings;
in this case they are usually fitted on top of the existing roof
structure. Alternatively, an array can be located separately from
the building but connected by cable to supply power for the
building.
Where a building is at a considerable distance from the public
electricity supply (or grid) - in remote or mountainous areas
PV may be the preferred possibility for generating electricity, or
PV may be used together with wind, diesel generators and/or
hydroelectric power. In such off-grid circumstances batteries are
usually used to store the electric power.
PV in transport

PV has traditionally been used for auxiliary


power in space. PV is rarely used to provide
motive power in transport applications, but is
being used increasingly to provide auxiliary
power in boats and cars. Recent advances in
solar cell technology, however, have shown the
cell's ability to administer significant hydrogen
production, making it one of the top prospects
for alternative energy for automobiles.
PV in standalone devices

PV has been used for many years to power


calculators and novelty devices. Improvements in
integrated circuits and low power LCD displays make
it possible to power a calculator for several years
between battery changes, making solar calculators
less common. In contrast, solar powered remote fixed
devices have seen increasing use recently, due to
increasing cost of labour for connection of mains
electricity or a regular maintenance programme. In
particular, parking meters, emergency telephones, and
temporary traffic signs.
Worldwide installed
photovoltaic totals
World solar photovoltaic (PV) market installations
reached a record high of 2.8 gigawatts peak (GWp)
in 2007.
The three leading countries (Germany, Japan and
the USA) represent nearly 89% of the total
worldwide PV installed capacity. On Wed 1 August
2007, word was published of construction of a
production facility in China, which is projected to be
one of the largest wafer factories in the world, with
a peak capacity of around 1,500MW.
STESEN KEBAIKAN KEBURUKAN
PENJANA
STIM Murah Penjagaan lebih, pencemaran
udara, bekalan tenaga tidak
terkawal

HIDRO Kos operasi murah, tiada pencemaran,


kurang penjagaan
Tempat tertentu, belanja awal
mahal, masalah alam sekitar jika
tidak dirancang dengan
sempurna

NUKLEAR Voltan tinggi boleh diperoleh dengan


bahan bakar kecil, tenaga maksimum
Bahaya radioaktif, bahan
buangan perlukan penelitian,
walaupun saiz kecil. penjagaan lebih, penglibatan
kuasa besar dunia dalam
pembelian bahan radioaktif.

DIESEL Ringkas, mudah alih. Voltan kecil, tenaga terhad.

SOLAR Kos operasi murah, tiada pencemaran,


kurang penjagaan
Tempat tertentu, belanja awal
mahal, kuasa terhad.

KITAR Bekalan tenaga yang lebih, pencemaran


yang kurang, tiada pembaziran sumber
Kos pembaikan dan
penyenggaraan yang tinggi.

PADU tenaga, kurang penjagaan


Kalendar Peristiwa Penting
Industri Kuasa Di Malaysia.
1894: Pembekalan Elektrik swasta pertama ke Rawang oleh Loke
Yew dan Thamboosamy Pillai
1896: Pemasangan Lampu elektrik di Stesen Keretapi Kuala
Lumpur-Yang pertama di Kuala Lumpur
1900: Stesen Janakuasa Pertama Negara, Hidro, Sempan, Raub.
1904: Bekalan elektrik awam yang pertama di mulakan di Pulau
Pinang.
1905: Bekalan elektrik awam yang pertama ke Kuala Lumpur
dengan pelancaran Stesen Janaelektrik Hidro Ulu Gombak.
1919: Perlancaran Stesen Diesel Jalan Gombak yang berhadapan
dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memenuhi
permintaan elektrik yang meningkat.
1926: Perak River Hidro Electric Company Ltd ditubuhkan.
1927: Penubuhan Jabatan Letrik Negeri-Negeri Melayu Bersekutu &
Pelancaran Stesen Janaelektrik Bangsar di Kuala Lumpur.
Pelancaran Stesen Janaelektrik Hidro Ulu Langat.
1928: Pelancaran Stesen Janaelektrik Malim Nawar 18MW oleh
PRHEP. Kinta Electrical Distribution Co Ltd (KED) ditubuhkan
sebagai anak syarikat PRHEP. 1929: Pelancaran talian 66kV yang
pertama di antara Chenderoh dan Sungai Siput. Pelancaran Stesen
Janaelektrik Hidro Chenderoh 27MW oleh PRHEP.
1933: Jabatan Letrik membeli stesen Janaelektrik Hidro Ulu Langat
daripada lombong Sungai Besi. Pelancaran stesen Janaelektrik Batu
Gajah 9MW oleh PRHEP.
1937: Jumlah keupayaan penjanaan di stesen-stesen melebihi
100MW, 85% dimiliki oleh PRHEP dan syarikat-syarikat
perlombongan.
1942: Tanah Melayu diserang Jepun menyebabkan loji-loii elektrik
dimusnahkan oleh tentera British yang berundur. Penubuhan Nippon
Hassoden Kabushiki Kaisha atau Syarikat Perdagangan Elektrik
Jepun yang setara dengan Jabatan Lektrik.
1946: Jabatan Letrik Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(Kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu) ditubuhkan semula dan
memulakan pemulihan loji elektrik.
1948: Jabatan Letrik mengambil alih Syarikat Elektrik Melaka.
1949: Penubuhan Lembaga Letrik Pusat dengan perlulusan
Ordinan Letrik, 1949 oleh Suruhanjaya Perundangan
Persekutuan.
1951: Jawatan Pengurus Besar Lembaga Letrik Pusat diwujudkan
pada 31 Disember.
1952: Perlancaran talian 66kV yang pertama dalam sistem LLP,
SJJC Bangsar, SJJC Bangi-Seremban-Melaka.
1953: Peringkat pertama Stesen Janaelektrik Jambatan
Connaught dilancarkan.
1956: Stesen Janaelektrik Jambatan Connought 80MW siap
dengan pelancaran fasa kedua 40MW. Permulaan pemasangan
elektrik luar bandar dengan peruntukan RM 4.6juta di bawah
Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama 1956-1960.
1958: Sistem 66kV di sambung ke Johor (Melaka-Keluang)
1959: Fasa pertama Stesen Janaelektrik Melaka dilancarkan.
1963: Stesen Janaelektrik Sultan Yussof 100MW dilancarkan
serentak dengan pelancaran talian penghantaran 132kV yang
pertama menghubungkan Skim Elektrik-Hidro, Cameron Highland
dengan Stesen Janaelektrik Jambatan Connought.
1964: J. Sharples bersara dari jawatan Pengurus Besar LLP dan
diganti oleh Raja Zainal Raja Sulaiman. Anak Melayu pertama.
1965: Lembaga Letrik Pusat Persekutuan di beri nama baru,
Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu.
1966: Bangunan ibu pejabat yang terletak di Jalan Bangsar dibuka
dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri
yang pertama.
Komputer pertama di negara ini ditempatkan di ibu pejabat LLTM ini.
1967: Pelancaran Stesen Janaelektrik Perai, dengan muatan 60MW
dan penghantaran 132kV diperluaskan ke Perai dari Cameron
Highland/Ipoh, Grid kebangsaan diwujudkan. Pegawai asing tamat
perkhidmatan dengan lembaga selepas Rancangan
Pewarganegaraan disempurnakan.
1969: Stesen Janaelektrik Hidro Sultan Idris 150MW di Batang
Padang dilancarkan. Pelancaran Peringkat Pertama Stesen
Janaelektrik Tuanku Jaafar (120MW) di Port Dickson. Pelancaran
talian 275kV yang pertama: Port Dickson-Kuala Lumpur.
1974: Tan Sri Raja Zainal Raja Sulaiman bersara dari perkhidmatan
dan digantikan oleh Abu Zarim Hj Omar (Tan Sri Dato). Bekalan grid
mula disambung ke Pantai Timur 132kV ke Kuantan.
1976: Jabatan Bekalan Letrik Majlis Bandaran Pulau Pinang
diambilalih oleh LLN. Perlancaran peringkat akhir Stesen
Janaelektrik Tuanku Jaafar.
1978: Stesen Janaelektrik Hidro Temenggor 348MW dilancarkan
dengan grid 275kV disambung dari Kuala Lumpur ke Temenggor.
1979: Pusat Kawalan Muatankuasa Nasional dibuka dengan
rasminya oleh Tun Hussein Onn. Kabel bawah laut 132kV yang
pertama dilancarkan.
1980: Sambungan akhir 360MW ke Stesen Janaelektrik Perai
dilancarkan. Grid 275kV diperluaskan dari Temenggor ke Perai.
1981: Pelancaran saling hubungan 100MW EGAT-LLN (Sadao ke
Bukit Keteri)
1982: Pengambilalihan PRHEP dan KED oleh Lembaga Letrik
Negara, Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar 240MW di Pasir
Gudang.
1983: Stesen Janaelektrik Hidro Sultan Azlan Shah (Bersia) 72MW
dilancarkan. Grid 275kV disambung ke Kelantan.
1984: Tan Sri Dato Abu Zarim bersara dan diganti oleh Mohd
Jalaluddin sebagai Pengurus Besar. Bahagian Pemeriksaan Elektrik
di asingkan dari LLN dan diletakkan di bawah K Tenaga, Telekom &
Pos. Stesen Janaelektrik Hidro Sultan Azlan Shah 120MW dan
sambungan turbin gas 180MW Jambatan Connought dilancarkan.
1985: Bekalan elektrik sampai ke 65% kawasan luar bandar.
1986: Lingkaran 275kV menyambungkan semua stesen ke grid.
1990
-Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat awam yang disenaraikan
di BSKL, telah ditubuhkan penswastaan Lembaga Letrik Negara (
www.tnb.com.my ).
1996
-TNB telah menjalankan penstrukturan dalaman secara besar-
besaran dengan penubuhan pelbagai anak syarikat, setiap satu
diberikan tanggungjawab dalam bidang tertentu:
TNB Generation Sdn. Bhd. (www.tnb.com.my/tnbg/ )
TNB Transmission Sdn. Bhd. (www.tnb.com.my/ )
TNB Distribution Sdn. Bhd. (www.tnbubf.com.my/esd/ )
TNB Research Sdn. Bhd. (www.tnrd.com.my/ )
TNB Engineers Sdn. Bhd. (www.tnrd.com.my/tnbe /)
University Tenaga Nasional (www.uniten.edu.my/)
TNB Engineering and Consultancy Sdn. Bhd. (
www.tnec.com.my/remaco )
TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd. (www.tnb.com.my/remaco/ )
1998
-Sabah Electricity Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1 September
1998 untuk mengambil alih urusan pembekalan elektrik di negeri
Sabah daripada Lembaga Letrik Sabah, sebuah badan berkanun
Kerajaan Persekutuan yang telah membekalkan elektrik di Sabah
dan Labuan.
-SESB dimiliki oleh TNB dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia menjual
1,912 GWh elektrik.
2000
- Jumlah kakitangan TNB seramai 24,334 orang. Sebanyak 52,576
GWh elektrik telah dijual kepada pengguna
- SESB menjual 1,912 GWh elektrik pada tahun 2000.
- SESCo merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan
Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak memegang
sebanyak 55% sementara Sarawak Enterprise Corporation Bhd
(SECB) pula memiliki 45% saham. Ia merupakan sebuah utiliti
bersepadu dan telah menjual 2,537,036,803 kWh elektrik pada
tahun 2000.
Industri Pembekalan Elektrik
Sub-sektor elektrik dikuasai oleh tiga utiliti bersepadu iaitu Tenaga
Nasional Berhad (TNB) untuk perkhidmatan di Semenanjung
Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak
Electricity Supply Corporation (SESCo). Sub-sektor ini juga turut
disokong oleh pelbagai penjana tenaga bebas (independent power
producers - IPPs), pengeluar tenaga juga co-generators.

TENAGA NASIONAL BERHAD


Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat awam yang disenaraikan
di BSKL, telah ditubuhkan pada tahun 1990 melalui penswastaan
Lembaga Letrik Negara (www.tnb.com.my ). TNB merupakan utiliti
elektrik yang terbesar di Malaysia dengan aset yang melebihi
RM54.0 bilion. Ia juga mempunyai kapasiti penjanaan tertinggi yang
melebihi 7100 MW yakni merupakan lebih daripada 61% jumlah
keseluruhan tenaga yang dijana di Semenanjung Malaysia. Jumlah
kakitangannya pula sehingga 31 Ogos 2000 ialah seramai 24,334
orang. Sebanyak 52,576 GWh elektrik telah dijual kepada pengguna
pada tahun 2000.
SABAH ELECTRICITY SDN. BHD. (SESB)
Sabah Electricity Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1 September
1998 untuk mengambil alih urusan pembekalan elektrik di negeri
Sabah daripada Lembaga Letrik Sabah, sebuah badan berkanun
Kerajaan Persekutuan yang telah membekalkan elektrik di Sabah
dan Labuan. SESB dimiliki oleh TNB dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia
menjual 1,912 GWh elektrik pada tahun 2000.

SARAWAK ELECTRICITY SUPPLY CORP. (SESCo)


SESCo merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan
Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak memegang
sebanyak 55% sementara Sarawak Enterprise Corporation Bhd
(SECB) pula memiliki 45% saham. Ia merupakan sebuah utiliti
bersepadu dan telah menjual 2,537,036,803 kWh elektrik pada
tahun 2000.
Power Purchase Agreement
A Power Purchase Agreement, or PPA, is a long-term agreement to
buy power from a company that produces electricity. Solar Power
Partners (SPP), using its own source of funds, builds a solar
energy facility on our customer's site and maintains and operates the
facility for 15 years or longer. This facility generates reliable, long-
term clean energy for use by our customer. Under the terms of a
PPA, SPP assumes the risks and responsibilities of ownership
when it purchases, operates, and maintains the turn-key facility. We
clean the solar panels regularly, provide preventative maintenance
services, repair any faults, monitor the energy production and the
system's health and well-being. Our customers just run their
businesses as usual, without any of the headaches of owning a
power plant. At the end of the PPA term, the facility can be purchased
by our customers at fair maket value or the PPA can be renewed on
favorable terms. The PPA enables our customers (and our world) to
benefit from the use of "green" energy, while still receiving some of
the benefits of ownership (lower and/or "hedged" electricity costs,
positive public image, etc. ) and allows them to spend their capital
budget on their core businesses.
PENJANA TENAGA BEBAS (IPPs)
IPPs di Malaysia menjana dan menjual elektrik secara pukal kepada
3 utiliti dominan. IPPs, yang sedang beroperasi adalah seperti
berikut :

Semenanjung Malaysia
IPP LOKASI KAPASITI (MW) TARIKH LESEN DIISU

Paka, Terengganu & 808


YTL Power Generation 7 April 1993
Pasir Gudang, Johor 404

Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. Lumut, Perak 1,303 15 Julai 1993

Powertek Sdn Bhd. Alor Gajah, Melaka 440 1 Disember 1993

Port Dickson Sdn. Bhd. Tanjung Gemuk, Port Dickson 440 1 Disember 1993

Pahlawan Power Sdn. Bhd Tanjung Keling, Melaka 334 26 Mei 1999

Genting Sanyen Power Sdn Bhd Kuala Langat, Selangor 720 1 Julai 1993
IPP LOKASI KAPASITI (MW) TARIKH LESEN DIISU

ARL Tenaga Sdn. Bhd. Melawa 50 14 June 1994

Serudong Power Sdn. Bhd. Tawau 36 31 Mac 1995

Powertron Resources Sdn. Bhd. Karambunai 120 6 Februari 1997

Stratavest Sdn. Bhd. Sandakan 64.4 1 Oktober 1996

Sandakan Power corporation Sdn. Bhd. Sandakan 34 29 November 1997


Sarawak
Tidak terdapat sebarang IPPs di Sarawak tetapi terdapat sebuah
penjana tenaga bersekutu dikenali sebagai Sejingkat Power Sdn.
Bhd, syarikat penjanaan yang dimiliki bersama oleh SESCo
sebanyak 49% dan Sarawak Enterprise Corporation Berhad (SECB)
sebanyak 51%. Ia terletak di Sejingkat, Sarawak dan mempunyai
kapasiti 50 MW sebanyak 2 unit yang mana setiap satunya
digerakkan menggunakan arang batu dari Global Minerals
berhampiran Kapit, Sarawak.

Co Generators
Co-generators adalah pengeluaran elektrik dan tenaga haba
daripada satu sumber bahanapi sahaja. Kecekapan termal sehingga
90% adalah mungkin berbanding 40% sahaja dengan penjanaan
termal secara konvensional manakala kira-kira 60% di loji
penjanaan gabungan kitaran. Sehingga kini, terdapat kira-kira 30
co-generators yang telah mendapat lesen daripada Suruhanjaya
Tenaga. Berikut adalah antara co-generators yang utama :
SYARIKAT LOKASI KAPASITI (MW) JENIS PENJANAAN

Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. Sipitang, Sabah 57.7 Awam

Tanjung Berhala, Kemaman,


Perwaja Steel Sdn. Bhd. 9.5 Persendirian
Terengganu

Titan Petrochemicals (M) Sdn. Bhd. Pasir Gudang Industrial Estate, Johor 56 Persendirian

Lembaga Padi dan Beras Negara Sekinchan, Selangor 0.2 Persendirian

Gas District Cooling (KLIA) Sepang, Selangor 60 Awam

Gas District Cooling (KLCC) Kuala Lumpur City Centre 12 Persendirian


ISTILAH ASAS SISTEM KUASA
Power supply

Power supply is a reference to a source


of electrical power. A device or system
that supplies electrical or other types of
energy to an output load or group of
loads is called a power supply unit or
PSU. The term is most commonly applied
to electrical energy supplies, less often to
mechanical ones, and rarely to others.
ISTILAH ASAS SISTEM KUASA
Electric power is defined as the rate at
which electrical energy is transferred
by an electric circuit. The SI unit of
power is the watt.
When electric current flows in a circuit
with resistance, it does work. Devices
convert this work into many useful
forms, such as heat (electric heaters),
light (light bulbs), motion (electric
motors) and sound (loudspeaker).
In circuits,
Electric power, like mechanical power, is
represented by the letter P in electrical equations.
The term wattage is used colloquially to mean
"electric power in watts."
In direct current resistive circuits, instantaneous
electrical power is calculated using Joule's Law,
which is named after the British physicist James
Joule, who first showed that heat and mechanical
energy were interchangeable.

where
P is the power (watt or W)
V is the potential difference (volt or V)
I is the current (ampere or A)
Joule's law can be combined with Ohm's
law to produce two more equations:

P= I2R = V2/R
In alternating current circuits, energy
storage elements such as inductance
and capacitance may result in periodic
reversals of the direction of energy flow.

The portion of power flow that, averaged


over a complete cycle of the AC
waveform, results in net transfer of
energy in one direction is known as real
power (also referred to as active power).
That portion of power flow due to stored
energy, that returns to the source in each
cycle, is known as reactive power.
The relationship between real power, reactive power and apparent
power can be expressed by representing the quantities as
vectors.
Real power is represented as a horizontal vector and reactive
power is represented as a vertical vector. The apparent power
vector is the hypotenuse of a right triangle formed by connecting
the real and reactive power vectors. This representation is often
called the power triangle. Using the Pythagorean Theorem, the
relationship among real, reactive and apparent power is:

(apparent power)2 = (real power)2 + (reactive power)2


VA2 = W2 + VAR2 VA
VAR
(real power) = (apparent power) * cos

(reactive power) = (apparent power) * sin W

The ratio of real power to apparent power is called power factor and is number
always between 0 and 1.
Sekian..
Akan Datang
TALIAN PENGHANTARAN

You might also like