You are on page 1of 3

Forum 4

SOALAN A:
Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan gaya
pembelajaran.
Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses
maklumat melalui cara yang berbeza.
Gaya pembelajaran menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan
memperoleh pengalaman pembelajaran serta bukan menekankan tentang
persoalan sama ada murid tersebut dan atau pintar atau sebaliknya.
Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran
manusia dan hasil kajian mereka berasaskan faktor warisan, cara didikan, dan
persekitaran.
Setiap individu mempunyai peluang untuk menerima dan memproses
maklumat dengan cara yang berbeza.
Soalan B:
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dipercayai
boleh membantu guru dalam merancang pengajaran.
Bincangkan pernyataan ini dalam konteks guru di negara
kita.
Setiap individu murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri, maka guru perlu
merancang sesuatu pengajaran dengan teliti agar sesuai dengan setiap murid. Guru perlu
mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid sebelum membuat perancangan pengajaran
& pembelajaran agar dapat membantu dalam merancang pengajaran. Guru perlu
menggunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Selain itu, guru
harus membentuk aktiviti kumpulan berdasarkan gaya pembelajaran murid-murid. Guru
hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan gaya pembelajaran
murid-murid. Tambahan pula, guru patut menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan sesuai dengan gaya pembelajaran murid-murid.Guru harus menggunakan
pendekatan, strategi dan teknik mengajar yang pelbagai untuk meningkatkan pembelajaran
murid-murid. Pendekatan pengajaran bolehlah berbentuk kaedah kumpulan, perbincangan,
sumbangsaran, projek, eksperimen dan lawatan sambil belajar. Pengetahuan tentang gaya
pembelajaran murid haruslah sihat dan positif. Guru di Negara kita mempunyai
tanggungjawab untuk menjamin gaya pembelajaran seseorang murid adalah wajar dan sihat.

You might also like