You are on page 1of 10

PENGENALAN

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak


dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Program ini dilaksanakan untuk murid daripada


keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di
paras status sosio ekonomi yang rendah agar
mendapat makanan seimbang semasa berada di
sekolah.

Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada


murid sekolah rendah terutama dari luar bandar
dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400
dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Tujuan :

Meningkatkan taraf
kesihatan dan pemakanan
murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan
fizikal, kesihatan mental dan
kesihatan umum murid
sekolah bertambah baik.

Menggalakkan murid
meminum susu di peringkat
awal.
Objektif Program:
Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid
sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran.
Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada
golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami
kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma.
Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian
program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di
bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui
penglibatan agensi sektor swasta.
Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang
diingini khususnya berhubung dengan makanan,
pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan
perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan
dan bekalan susu.
RANCANGAN
MAKANAN
TAMBAHAN
PENGENALAN
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian
daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan
Jabatan Perdana Menteri (JPM).

AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan


usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan.

Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid


sekolah rendah dan kawasan luar bandar.

Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil


alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua
kawasan di seluruh negara.

Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria


utama pemilihan murid.
Tujuan :

Membantu meningkatkan taraf pemakanan


murid yang terlibat supaya golongan ini dapat
memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan


mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik selain membantu murid
mendapat makanan yang seimbang.
Objektif :

Memberi makanan tambahan yang berzat dan


seimbang kepada murid-murid dari golongan miskin
untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah
dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

Menyelenggara amalan kesihatan dan pemakanan


langsung dan tidak langsung.

Memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa


serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan
kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan
alam sekitar.
KADAR DAN PERUNTUKAN
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah RM 2.50 sehari bagi
murid di Semenanjung dan RM 3.00 sehari bagi
Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai
tahun 2016.

Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di


pasaran dan tidak mengambil kira keperluan
perkhidmatan, bahan api, dan minuman.

Program ini dilaksanakan sepanjang 170 hari


persekolahan dalam setahun.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan
yang bertanggungjawab mengurus bekalan bahan,
menyedia dan menghidang makanan, membersih
peralatan serta tempat hidangan.

Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada


senarai 20 menu yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan menu ini diulangi setiap
minggu atau dua minggu mengikut cita rasa
setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan
sesuaian dengan peruntukan kewangan.

Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di


Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan
makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit
sebelum waktu rehat.

You might also like