You are on page 1of 2

Tutorial/Forum 3

Pembelajaran koperatif merupakan salah satu strategi berkesan untuk memupuk kemahiran
belajar akademik dan kemahiran sosial murid.
Bincangkan sejauh manakah pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan secara berkesan di
dalam bilik darjah di Malaysia.

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid


daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama. Dalam bilik darjah, guru memainkan peranan mereka bentuk
suasana berpasukan, iaitu identiti positif pasukan, hormat-menghormati, sayang-
menyayangi dan kepercayaan antara ahli serta melahirkan suasana pembelajaran yang
optimum. Pembelajaran koperatif harus sentiasa dipupuk di kalangan murid-murid di
dalam kelas. Guru boleh menbahagikan kumpulan tanpa mengira kaum, bangsa, dan
jantina agar pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik
darjah. Keadaan ini dapat membantu murid-murid memupuk keinginan untuk
bekerjasama. Selain itu, suasana di bilik darjah juga akan menjadi ceria kerana murid-
murid berupaya saling berinteraksi secara bersemuka dan mampu saling bergantung
antara satu sama lain secara positif.

You might also like