You are on page 1of 16

PENGAJIAN AM

BAB 7

CIRI DAN PRINSIP TADBIR


URUS YANG BAIK
7.1 CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG BAIK
7.2 KEPENTINGAN DAN CABARAN URUS TADBIR
7.3 CABARAN-CABARAN DALAM TADBIR URUS BAIK
• Tindakan yang dilaksanakan oleh golongan yang
mempunyai kuasa daripada pelbagai peringkat
pengurusan untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan,
persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketulusan dan
akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran.
• melaksanakan tanggungjawab secara telus,
berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan
keputusan dan penyampaian hasil
• meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan
pelbagai pihak yang berkepentingan.

DEFINISI
• Berakauntabiliti
sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau
sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia
memberikan penjelasan atau kewajaran yg
diperlukan.
• Ketulusan
• hati kebersihan dan kejujuran hati

Maksud istilah
Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap keupayaan kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.

Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem


penyampaian perkhidmatan awam
• Meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan
pelbagai pihak yang berkepentingan (Stakeholders).
• Aspek utama :

Menyampaikan perkhidmatan secara


cekap dan berkesan seperti yang
PRESTASI diharapkan stakeholder
Value of money
Mengurangkan pembaziran sumber EKSPETASI
PERKHIDMATAN
Pematuhan undang-undang, CEMERLANG
peraturan, piawaian yang diguna pakai
PEMATUHAN Amalan kejujuran, akauntabiliti,
integriti dan telus dalam perkongsian
maklumat

TADBIR URUS BAIK


FOKUS KEPADA PELANGGAN BERETIKA KETELUSAN

• Memberikan keutamaan • Memastikan ahli2 dalam agensi • Menitikberatkan ketelusan dalam


menyeluruh kepada pelanggan. mempunyai etika yang tinggi perkongsian maklumat kepada
Usaha ke arah meningkatkan serta mengamalkan nilai2 murni pihak yang berkepentingan.
kepuasan tahap pelanggan dalam pelaksanaan dan
sentiasa dilaksanakan secara penyampaiaan perkhidmatan.
berterusan

AKAUNTABILITI & INTEGRITI EFEKTIF & EFISIEN PENGURUSAN PERUBAHAN

• Memberi penjelasan terhadap apa • Memastikan penyampaiaan • Tadbir urus yang cekap dan
jua tindakan dalam pelaksanaan perkhidmatan dilaksanakan secara berkesan adalah bagaimana
efektif (cekap) dan efisien (berkesan). mengurus dan
tugasan.
• Memastikan organisasinya mempunyai menangani perubahan.
• Akauntabiliti dan integrasi adalah sistem yang dinamik, cepat dan tepat, • Menghasilkan organisasi yang
elemen terpenting dalam melalui penggunaan sumber lebih dinamik dan berdaya saing
tadbir urus terbaik. yang minimal dengan penghasilan kerja
yang maksimum

PRINSIP UTAMA TADBIR URUS


GLOBALISASI TEKNOLOGI

CABARAN TADBIR URUS BAIK


• merujuk kepada semua peringkat pengurusan
kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab
Tatacara secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari
segi pengambilan keputusan dan penyampaian
hasil.

Mekanisme atau • termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara


struktur jabatan jabatan awam berurusan dengan pelbagai pihak
yang berkepentingan.
kerajaan

• merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi


awam diarahkan, dikawal dan
Proses dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
objektif seperti yang telah ditetapkan.
AKAUNTABILITI

Ketua agensi hendaklah melibatkan kewajipan untuk


memastikan tanggungjawab ini memberikan jawapan dan
diamanahkan kepada semua penjelasan tentang sesuatu
pegawai dengan memperjelas tindakan dan prestasi kepada
peranan masing-masing supaya sesiapa yang berhak untuk
dapat dilaksanakan dengan mendapat jawapan dan
berkesan penjelasan.

Akauntabiliti ialah proses


Semua pihak perlu sesebuah agensi
mempunyai kefahaman bertanggungjawab terhadap
yang jelas tentang semua keputusan yang
tanggungjawab ini. dibuatnya dan tindakan
yang diambilnya.
Ketelusan, ialah keperluan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap
proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan
dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang
lengkap, tepat dan jelas dengan pihaka yang berkepentingan akan memastikan tindakan
yang diambil itu adalah berkesan dan menepati waktu, di samping membolehkan
pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.
47. Pembangunan pesat dunia ICT mengakibatkan transaksi dan pergerakan informasi
berlaku dengan begitu pantas. Bentuk dan perlakuan jenayah turut menjadi borderless,
seperti penghantaran wang rasuah keluar negara melalui electronic funds transfer.
Pengesanan jenayah dan wang hasil rasuah menjadi bertambah rumit. Keadaan ini
memerlukan negara membasmi jenayah termasuk rasuah secara kerjasama
antarabangsa melalui bilateral dan multilateral arrangements.
25. Manakala itu, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam
sistem kawalan dalaman. Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi
sedangkan pelanggan berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera. Keadaan ini boleh
mewujudkan peluang rasuah di mana pelanggan tadi terpaksa menyogok untuk mendapatkan
perkhidmatan yang cepat.

26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan sistem”. Dalam keadaan di mana
seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa
budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang
dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak perlu accountable atau bertanggungjawab
ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa
atau terlibat dengan rasuah.

27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi
kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa
Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar
saman – sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan
kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam membuat keputusan.
Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan
melakukan rasuah.
rdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap
dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan
berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi
menanganinya. Namun begitu, berdasar rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara
amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan
peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak
diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang
awam, ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai
tangkapan berkaitan rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan
awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang
menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan amnya.

21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan
awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai
kelewatan perkhidmatan awam semakin menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang
paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan memberi perkhidmatan serta kualiti
perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka peluang kepada
perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa
jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti,
maka perlu sogok pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang
kecekapan, salah guna kuasa dan penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya
berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan
kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada kelemahan sistem, yang mana jika
tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna
kuasa.
4. Integriti pula bermaksud “continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the
quality of being unimpaired; soundness” (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti,
Institut Integriti Malaysia (IIM), integriti memberi maksud “perihal sifat individu dan organisasi
yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab,
telus, cekap dan bijaksana”. Oleh itu, Integriti merupakan suatu tahap, keadaan atau sifat yang
sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada
rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka
wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama.

5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang
baik mempunyai elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh
itu, usaha untuk meningkatkan integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus
yang baik dalam masyarakat.

6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai
aspek, seperti hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan,
keadilan sosial dan keselamatan diri, dan berbagai lagi.

7. Oleh itu bagi tujuan ceramah saya ini, saya akan menumpukan kepada aspek integriti,
bersesuaian dengan tujuan dan tema Konvensyen ini. Antara lain, saya akan menyentuh tentang
apakah isu-isu yang menggugat integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali
gus menjurus kepada usaha ke arah memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan
awam.
Tadbir Urus Sektor Awam merangkumi: -

a. Tatacara seorang Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua


Eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan
melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan
berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil.

b. Struktur, termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara mereka


berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
(stakeholders).

c. Proses bagaimana Agensi awam diarah, dikawal dan


dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang
telah dipersetujui.

10. Oleh yang demikian, objektif tadbir urus adalah bertujuan untuk menyemai
dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping mengekalkan
4 akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam. Tadbir urus yang terbaik perlu
memberi penumpuan terhadap dua aspek seperti berikut:

a. Prestasi, di mana pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk

You might also like