You are on page 1of 7

PENGURUSAN MESYUARAT

PENGERTIAN MESYUARAT :
 Mesyuaratberasal daripada bahasa Arab yang membawa
makna berhimpun,berkumpul untuk berbincang bagi
mencapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu
pekerjaan.
 Sebentukkomunikasi formal yang dilakukan dalam
sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat
sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang
masalah berbangkit. (Omardin Ashaari, 1996)
JENIS-JENIS MESYUARAT
1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
- Mesyuarat utama dalam siri mesyuarat sesebuah
pertubuhan/persatuan/perkumpulan.
- Melibatkan semua kakitangan.
- Mesyuarat ini membincangkan mengenai
pertubuhan/persatuan/perkumpulan secara
menyeluruh dan melaksanakan pemilihan ahli
jawatankuasa kerja yang baharu.
AGENDA SEMASA MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
 Ucapan Pengerusi.
 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan
yang lepas.
 Membentang dan menerima penyata tahunan tahun lalu.
 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun lalu.
 Memilih Jawatankuasa Kerja yang baharu.
 Membincang dan meluluskan usul atau cadangan.
 Ucapan penangguhan.
2. MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

- Turut dikenali sebagai Mesyuarat Agung Khas atau


Mesyuarat Agung Luar Biasa.
- Diadakan apabila :
>Pengerusi memikirkannya perlu diadakan.
>Permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya 8
orang ahli jawatankuasa kerja.
>Mesyuarat yang memerlukan keputusan segera.
3. MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA

- Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang


bersesuaian dengan corak projek ditubuhkan.
- Segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap
projek dibahaskan, diperinci untuk dilaksanakan.
- Agenda mesyuarat biasanya berkaitan dengan
aktiviti, perkembangan, pengurusan, dan
pentadbiran persatuan.
4. MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL
- Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ialah mesyuarat yang
paling bawah. Jawatankuasa ini sudah diberikan satu
atau dua tugas tertentu untuk dilaksanakan.
- Mungkin terdiri daripada 5 atau 6 orang AJK sahaja.
- Agendanya hanyalah berbincang cara untuk
melaksanakan tugas yang diberikan kepada
jawatankuasa tersebut, termasuklah jumlah
kewangan yang diperlukan untuk dibentangkan dalam
Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan dalam
tempoh masa terdekat.
5. MESYUARAT JAWATANKUASA SEMENTARA
- Dikendalikan secara tidak berjadual.
- Biasanya mesyuarat ini dilaksanakan di awal.
penubuhan sesuatu persatuan, yakni sebelum
tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan
mengendalikan perjalanan persatuan.
- Contohnya apabila sekumpulan pelajar dikerahkan
untuk melaksanakan sesuatu projek, sama ada
penting atau tidak dalam jangka waktu yang amat
singkat.

You might also like