You are on page 1of 9

BITUMEN DAN ASPHALT, CAT DAN COMPOSITE

MATERIAL
BITUMEN DAN ASFALT
• Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon.
• Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch.
• Asfalt ialah separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi dihasilkan
dengan memproses petroleum.
• Kegunaan utama (70%) asfalt/bitumen adalah dalam pembuatan jalan, dan
pengikat campuran dengan partikel agregat untuk menghasilkan konkrit asfalt.
• Kegunaan lainnya adalah untuk produk bitumen kalis air, termasuk penghasilan felt
bumbung dan untuk menutup bumbung yang rata.
• Asfalt dan bitumen digunakan silih berganti membawa erti kedua-dua bentuk
semulajadi.
ASFALT SEMULAJADI BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK :-
• Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam
tanah.
• Rock Asfalt (batu asfalt) didapati dicelah
batu.
• Glisonite didapat melalui bumi seperti
arang batu.
• Tar pula terhasil apabila proses
mereputkan bahan-bahan seperti arang
batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang
binatang dan benda-benda lain.
• Pitch pula terhasil apabila tar
diproseskan melalui proses distillation
keatas tar.
CIRI-CIRI BITUMEN
• Warna coklat gelap atau hitam.
• Tahan air atau wap.
• Tahan serangan asid dan alkali
tetapi tidak tahan pada minyak.
• Menjadi lembut apabila
terdedah kepada cahaya
matahari.
Kegunaan Asfalt
• Sebagai bahan kalis air dan kalis
lembab.
• Bahan perekat dan film.
• Hasilan cat.
• Jubin lantai.
CAT
• Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada
permukaan bahan-bahan binaan.
• Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan
bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya
lampu dan menambah keselamatan.
• Secara am-nya, cat yang sering digunakan untuk kekemasan adalah :-
 Cat Minyak.
 Cat Air.
 Cat Kapur (Emulsi).
 Cat Distemper.
 Cat Kegunaan Khas
CAT MINYAK

• Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak


linseed (minyak biji rami). Minyak linseed
bertujuan untuk membuat kayu menjadi lebih kuat.
• Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat
diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan
lapisan kemasan. Mengecat Cat Minyak pada Kayu

CAT AIR
• Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin
tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa
digunakan.
• Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan
menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai
digunakan untuk mengecat permukaan tembok Mengecat Cat Air pada Konkrit
bata dan konkrit.
CAT DISTEMPER/CAT KAPUR

• Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur.


• Cat jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan
konkrit.
• Cat ini sering digunakan sebagai cat alas untuk lapisan pertama yang di aplikasikan
pada dinding batu/konkrit yang baru atau mengecat semula permukaan.

Cat Kapur Untuk Alas Pertama Pada


Permukaan Dinding Baru
CAT KEGUNAAN KHAS
ANTARA CAT UNTUK KEGUNAAN KHAS ADALAH :-

• Cat Aluminium :-
Digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan
sebagainya.

• Cat bitumen :-
Ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat
yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.

• Cat kalis kulat :-


Cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan
ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

• Cat tahan api :-


Cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada
kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

You might also like